Rabu, 30 September 2026

My Checklist For My Life Goals or Progress Goals

 #hidupiniujian

Ini adalah chceklist aku nak buat untuk aku catat progress dan goals aku:

1.  Aktiviti kempiskan Perut.

2. Habit catat perbelanjaan dan kumpul tabung untuk langsaikan hutang.

3. Catatan Aktiviti Pelaburan Saham dan pelaburan lain.

4. Aktiviti Spiritual

5. Impian untuk anak-anak dan suami.



---------------------------------------------

link untuk blog wanita 50an

90 Best Women Over Fifty Blogs to Follow in 2026

Log In Log out

 #hidupiniujian


Decided. Aku buat blog ini sebagai Log aku. Untuk segala aktivit yang aku lakukan aku log di blog ini. Supaya menjadi satu habit aku untuk mencatat progress kehidupan aku.

Semoga aku tidak ditenggelamkan oleh Drama AI yang sangat mengasyikkan. 

Selasa, 9 Jun 2026

Hidup ini Ujian

Ada ketika aku mempersoalkan takdir diri dan kehidupan. Aku mempersoalkan masa lepas. Kenapa begitu?  Kenapa begini?  kalau aku buat begitu, mungkin jadi begini. Ini juga adalah salah satu tindakan syaitan untuk kita mempersoalkan Qada' dan Qadar Allah.

Kan, sebagai wanita yang berusia 40an, ini adalah terlalu banyak  untuk difikirkan. Alhamdulillah, Allah masih bagi aku satu pegangan yang kuat - HIDUP INI SATU UJIAN.

Apa yang berlaku adalah ujian, masa lalu, masa depan. Setiap detik adalah ujan. 
Apa yang boleh dibuat? Hidup di masa sekarang. Yang dah lepas  biarlah lepas. Yang ke depan usah dikhuatiri.

Belajar sentiasa tenang dan hidup di masa sekarang. Banyakkan doa untuk kebaikan dan masa depan.  Doa adalah salah satu usaha untuk ubah masa depan dan juga mentaliti.

Rabu, 20 Mei 2026

Bulan ZulHIjjah dan Puasa Sunat

 Assalamualaikum.

Kita sudah memasuki bulan Zulhijjah. Haritu aku tertanya la, bila puasa sunat Arafah? kepada rakan sekerja. Rupanya ada Puasa Sunat Zulhijjah yang aku tak tau. Bermula dari 18.05.2026 (1 Zulhijjah) sampai 24.05.2026 (7 Zulhijjah) dan kemudian bersambung Puasa hari Tarwiyah pada 25.05.2026 (8 Zulhijjah), dan kemudian kemuncaknya pada 26.05.2026 Puasa Hari Arafah 26.05.2026 (9 Zulhijjah).

Aku baru dapat info puasa sunat pada 19.05.2026 waktu petang, so dah miss 2 hari Puasa Sunat Zulhijjah. So aku start puasa sunat pada 20.05.2026. 

Update kepada blog: Yes aku berjaya puasa sunat pada 25.06.2026 dan 26.06.2026. Ini sebagai rekod kepada diri aku sendiri untuk baca di masa depan. 💓

Isnin, 27 April 2026

Fasa Kehidupan

 Assalamualaikum.

Setiap manusia mengalami perubahan dalam kehidupan dan melalui fasa-fasa perubahan. Aku dulu berfikiran sebegitu sebegini, apabila dah melalui ujian masa dan kehidupan fikiran aku berubah kepada begini begitu. 

Sekarang ini, aku dalam fasa aku nak jadi Stay-at-home-mom. Perasaan ini sangat kuat sekarang ini.



Khamis, 23 April 2026

Kembali ke Blog

 Assalamualaikum. 

Setelah sekian lama tidak ingin menjenguk ke blog aku, akhirnya aku kembali. Dengan mentaliti yang lebih tenang dan lebih berpijak di bumi. Apakah sebab aku mempunyai ADHD? aku tak tahu dan tak ingin tahu. Sebab dunia ini telah datang dengan terlalu banyak label - anxiety, bipolar, ADHD, dyxlesia.

Tapi bagi jasad aku dan mental aku, aku adalah aku walaupun seandainya aku ADHD atau whatsoever. Sekarang aku datang dengan fasa baru lagi dalam hidup wanita - PERIMENOPAUSE. Aku pun tak tahu itu apa. Tapi internet terlalu banyak info yang menerpa saban hari, saban waktu.

Aku kembali ke blog, ingin mengasah semula jari-jari dan otak untuk mengarang di blog. Aku ingin menulis lagi, mengarang dari lubuk hati dan menyatakan buah fikiran aku yang makin hari makin sarat dengan info dan ilmu yang aku dapat harian. 

Aku ucapkann kepada diriku selamat kembali ke blog diriku.

Khamis, 13 Mac 2025

𝗙𝗔𝗞𝗧𝗢𝗥 𝗞𝗘𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗜𝗠𝗣𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗘𝗠𝗔𝗦

 



Berikut adalah beberapa faktor keuntungan simpanan emas untuk tuan puan fahami. 1. Nilai Kekal : Emas memang terkenal dengan nilai yang stabil. Walaupun di waktu ekonomi tidak menentu, nilai emas sentiasa kekal atau meningkat. 2. Pelindung Daripada Inflasi : Apabila harga barang naik, nilai emas biasanya juga turut meningkat. Simpanan emas tuan puan tidak terjejas oleh inflasi. 3. Kepelbagaian Pelaburan : Emas adalah cara yang baik untuk mempelbagaikan pelaburan tuan puan. Jika pasaran saham merudum, emas boleh membantu mengekalkan keseluruhan portfolio kewangan. 4. Permintaan Tinggi : Emas sentiasa ada permintaan tinggi, baik dalam industri perhiasan mahupun teknologi. Ini bermakna tuan puan boleh menjual emas pada  bila-bila masa jika perlukan wang. 5. Tiada Risiko Kebankrapan : Berbeza dengan simpanan di bank, emas tidak akan 'hilang' disebabkan masalah kewangan institusi. Emas adalah aset fizikal yang tuan puan boleh pegang. 6. Mudah Alih : Emas fizikal, seperti barang kemas, goldbar atau pun syiling mudah dibawa dan tidak susah untuk disimpan. Jadi, simpanan emas bukan sahaja dapat melindungi kekayaan tuan puan, tetapi juga boleh memberi keuntungan yang baik di masa depan! Nak mula menabung emas dengan ilmu? Jom saya bantu sebaiknya. Saya adalah dealer aktif Public Gold di bawah rangkaian G100, di bawah mentor Tuan Mohd Zulkifli bin Shafie, boleh hubungi saya di sini
👇 https://www.publicgoldofficial.com/LennyBoniface
Bimbingan saya adalah PERCUMA. LENNY BONIFACE PG00303319 #PublicGold #PGG100Network #misiubahhidup1000keluarga

My Checklist For My Life Goals or Progress Goals

 #hidupiniujian Ini adalah chceklist aku nak buat untuk aku catat progress dan goals aku: 1.  Aktiviti kempiskan Perut. 2. Habit catat perbe...