Isnin, 27 April 2026

Fasa Kehidupan

 Assalamualaikum.

Setiap manusia mengalami perubahan dalam kehidupan dan melalui fasa-fasa perubahan. Aku dulu berfikiran sebegitu sebegini, apabila dah melalui ujian masa dan kehidupan fikiran aku berubah kepada begini begitu. 

Sekarang ini, aku dalam fasa aku nak jadi Stay-at-home-mom. Perasaan ini sangat kuat sekarang ini.



Khamis, 23 April 2026

Kembali ke Blog

 Assalamualaikum. 

Setelah sekian lama tidak ingin menjenguk ke blog aku, akhirnya aku kembali. Dengan mentaliti yang lebih tenang dan lebih berpijak di bumi. Apakah sebab aku mempunyai ADHD? aku tak tahu dan tak ingin tahu. Sebab dunia ini telah datang dengan terlalu banyak label - anxiety, bipolar, ADHD, dyxlesia.

Tapi bagi jasad aku dan mental aku, aku adalah aku walaupun seandainya aku ADHD atau whatsoever. Sekarang aku datang dengan fasa baru lagi dalam hidup wanita - PERIMENOPAUSE. Aku pun tak tahu itu apa. Tapi internet terlalu banyak info yang menerpa saban hari, saban waktu.

Aku kembali ke blog, ingin mengasah semula jari-jari dan otak untuk mengarang di blog. Aku ingin menulis lagi, mengarang dari lubuk hati dan menyatakan buah fikiran aku yang makin hari makin sarat dengan info dan ilmu yang aku dapat harian. 

Aku ucapkann kepada diriku selamat kembali ke blog diriku.

Fasa Kehidupan

 Assalamualaikum. Setiap manusia mengalami perubahan dalam kehidupan dan melalui fasa-fasa perubahan. Aku dulu berfikiran sebegitu sebegini,...