Jumaat, 22 Ogos 2014

Segmen Berkenalan dengan Protege ABDR : http://wanrohaniismail.blogspot.com/

Assalamualaikum.
Alhamdulillah.



Tahu tak apa yang best apabila menyertai ABDR ini? Yang best nya ialah, salah satu entri yang pernah kita buat akan diletakkan dalam blog ahli-ahli ABDR yang lain sebagai promosi dan juga pengiktirafan hasil tulisan mereka. FIKIRKAN : Seronok tak kalau ada orang tolong kita promosikan blog atau produk secara percuma?



Sebelum saya ceritakan lebih lanjut, mari kita baca dahulu entri daripada salah satu protégé ABDR ini.


Pengalaman pertama bekerja sebagai pendidik di sebuah sekolah swasta yang menerapkan hafazan sebagai satu modul wajib setiap pelajar. Setiap guru yang mengajar di sekolah tersebut bertanggungjawab mendengar dan menyemak bacaan hafazan pelajar. Hafazan dijalankan setiap pagi sebelum memulakan sesi akademik. Saya tidak terkecuali walaupun mengajar subjek Matematik, Matematik Tambahan, English dan Fizik. Semasa sesi temuduga bukan soalan akademik yang ditanya pengetua sekolah tetapi bacaan quran dan jawi.
Julai 2002 mendapat tawaran sebagai Pegawai Sistem Maklumat (bidang rangkaian) di sebuah badan berkanun kerajaan di ibukota. Selepas 4 tahun saya mula bosan dengan rutin kerja, hati memberontak mahukan pengalaman dan suasana kerja yang baru. Mendapat tawaran sebagai jurutera rangkaian di sebuah syarikat pembekal perkhidmatan internet. Jawatan yang saya idamkan sejak dari zaman belajar.
Selepas dua tahun bekerja di sana, saya mengambil keputusan untuk berhenti. Saya bukan seorang yang suka mengikut sahaja perintah. Saya sentiasa mahukan sesuatu yang baru, idea baru, pengalaman baru. Paling ketara saya memilih untuk bekerja mengikut rentak sendiri. Berulang-alik lebih 100km dengan jalan yang sesak setiap hari sangat membosankan. Sehingga saya terfikir, tiadakah perkara yang lebih baik saya boleh lakukan daripada membazir waktu di dalam kereta seperti ini?
Bermula sebagai seorang perunding kewangan, kemudian saya berjinak-jinak dengan dunia blog. Saya mula menjual pakaian dan aksesori kanak-kanak selepas berjumpa dengan seorang usahawan wanita muda yang memborong sendiri di China. Setahun kemudian saya mula menjual secara borong. Mengikuti rombongan memborong ke Guangzhou, China.

Berkenalan dengan Wan Anie
Singgah di blog beliau http://wanrohaniismail.blogspot.com/2014/07/salam-perkenalan.html


Bagaimana entri beliau? Menarikkan. Anda ingin juga entri anda tersebar di alam maya sebegini? Saya menjemput anda menyertai kami di ABDR dan sama-sama kita berusaha mencapai cita-cita kita samada hendak menjadi WAHM ataupun meluaskan perniagaan anda.

Marilah bergabung dengan kami lebih 800 blog dan menuju 2000 blog. Setiap hari kami menerima pendaftaran baru. Alhamdulillah.

Senarai program-program/kelas-kelas yang ditawarkan di ABDR:
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog, fan page mula bisnes
3. kelas beriklan mudah.my
4. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
5. Kelas akaun wahm/soho
6. Kelas penulisan ebook pertama
7. Pendaftaran Pengurus Online ABDR -setiap hari
8. Tempahan blog bisnes/penulisan-3 hari siap
9. Beriklan dengan kami di Soho Directory
10. Untuk keterangan lanjut berkaitan program di ABDR sila layari  http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/

Inginkan maklumat lanjut? Jangan segan-segan jangan malu-malu, hubungi saya melalui cara-cara yang anda selesa, SMS boleh, WhatsApp boleh, e-mail pun boleh :


Lenny Boniface 
di
lenny.boniface@gmail.com
016-8749195 (SMS/WhatsApp)
https://www.facebook.com/lenny.Boniface


Isnin, 11 Ogos 2014

TERKINI : Sarang Burung Walet Untuk Dijual.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.

Pernah dengar 'Sarang Burung Layang-layang atau Walet' ? Banyak khasiat yang boleh didapati daripada sarang burung wallet. Produk ini sangat terkenal di kalangan pengguna bangsa Cina. Dan mereka sejak dari dahulu lagi mengamalkan pemakanan sarang burung wallet untuk kecantikan dan juga kesihatan dalaman.

Saya ingin memperkenalkan Penjual sarang burung walet yang juga saudara saya iaitu Encik Jam Tambi.  Beliau mengusahakan sarang burung walet secara kecil-kecilan. Dan produk yang beliau usahakan adalah 100% organic dan asli.

Berikut adalah rumah penternakan sarang burung walet yang dibangunkan sendiri oleh beliau.




Dan sehingga masa kini, di rumah ternak ini terdapat banyak sarang yang telah dihasilkan oleh burung walet. Saya sendiri pernah mengunjungi rumah penternakan ini. Dan saya telah mengambil beberapa gambar dalam rumah ternak tersebut. Tapi gambar yang saya ambil kurang memuaskan dan juga tidak meliputi keseluruhan ruang rumah ternak oleh kerana saya tidak tahan dengan bau najis burung. Bahagian yang paling banyak sarang burung tidak diambil gambarnya kerana berada di tingkat ke-2 rumah ternak.








Dan hasil tuaian sarang burung walit adalah seperti gambar di bawah. Ini adalah hasil yang belum diproses.


 
 




Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan sarang burung walet yang :

a) belum diproses (mentah)
b) siap diproses

boleh lah menghubungi En Jam Tambi dan isteri,  untuk maklumat lanjut berkaitan harga dan sebagainya :

Jam Tambi  : 013-8071887
Jemaah Paris : 014-8836462 (isteri)


Manfaat sarang burung layang-layang ( Walet ) 

(sumber info : http://anizyn.blogspot.com/2010/01/khasiat-sarang-burung-layang-layang.html#ixzz3A2eGKJUj)

 # Kajian perubatan Cina di Beijing mendapati sarang burung walet menjadikannya agen pemutihan kulit dan juga baik untuk kesihatan mata. Bagi penghidap asma, ia juga menjadi agen terbaik memulihkan sistem pernafasan dan memperkuatkan paru-paru. Hasil daripada eksperimen dan penelitian menunjukkan bahawa sarang burung bermanfaat sebagai:

# Zat kolagen yang terkandung dalam setiap sarang burung walet dapat melancarkan pembuluh darah, meningkatkan nafsu makan serta memperbaiki saluran pencernaan.

# Sarang burung walet dapat mengurangkan kahak dan menyembuhkan batuk. Ini juga adalah nutrisi yang bagus untuk paru-paru dan menguatkan saluran pernafasan.

# Pengambilan sarang burung walet ketika kehamilan dapat mengurangi rasa sakit pada punggung, memperkuat paru-paru bayi yang dikandung. Juga dapat mempercepat proses penyembuhan setelah melahirkan.

# Untuk wanita, pemakanan secara teratur dapat meningkatkan daya metabolisme, memperbaiki kulit serta melambatkan proses penuaan.

# Untuk orang tua, pemakanan secara teratur dapat menguatkan urat dan tulang serta meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit.

# Untuk kanak-kanak, sarang burung berkenaan dapat membesarkan daya serap nutrisi yang ada pada setiap makanan dan memperkuatkan paru-paru.

# Dipilih sebagai makanan yang amat baik kepada para perokok selain dapat mengurangkan kesan yang ditimbulkan daripada nikotin dan mencegah serangan barah.

 


Berminat untuk mempromosikan perniagaan anda di blog ini?
Atau ingin mempunyai blog untuk untuk tujuan perniagaan?

Sila berhubung dengan saya melalui butiran tertera di bawah.

Sabtu, 9 Ogos 2014

Perniagaan???

Assalamualikum.

Alhamdulillah.

Ingin memulakan perniagaan? Tapi risau dan takut. Jangan takut. Apabila kita hendak mencuba benda baru memang sesuatu yang menakutkan. Tapi jangan takut. Berdoa dan berusaha dan belajar. In shaa Allah, Allah akan permudahkan jalan.

Sekiranya ingin belajar perniagaan tanpa risiko dan tekanan, sila hubungi saya ye. Tapi siapkan diri anda dengan keinginan nak belajar, sifat tekun, sifat tidak berputus asa, sifat fokus dan lain-lain nilai murni yang perlu ada dalam menjalankan perniagaan. Perniagaan boleh dijalankan, tapi nilai dalam diri kita yang akan mengekalkan legasi dan mengembangkan perniagaan kita. Allahua'lam.

Jumaat, 8 Ogos 2014

TERBAIK : Trafik tertinggi!!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Positif. Positif. Buang semua yang negatif. Alhamdulillah. Sebenarnya saya ingin menunjukkan statistic trafik saya semalam. Wah! first time lah dapat trafik 250 sehari. Memang membangkitkan semangat untuk menulis entri lebih kerap dan mengisikan entri dengan maklumat yang berguna untuk pembaca dan juga diri saya sendiri.



Hendak menjadi trafik yang memberansangkan di blog anda?

Saya cadangkan anda menyerta kami di ABDR untuk bergabung dengan lebih 800 blog dan sedang menuju ke arah 2000 peserta. Untuk maklumat lanjut hubungi saya melalui maklumat tertera. Jazakallah.









Khamis, 7 Ogos 2014

Kiamat Sudah Dekat

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.

Saya ingin berkongsi sedikit daripada pemikiran saya yang agak celaru ini suatu masa dahulu. Pernah saya memikirkan bahawa KIAMAT sudah dekat, maka buat apa saya kena berusaha gigih dan berkerja sungguh-sungguh untuk hidup saya. Betul kan? Jangan salah faham, ini adalah pemikiran saya zaman jahiliyah dahulu. Sekarang apabila masa berlalu, banyak ceramah-ceramah yang saya dengar, baru saya faham kenapa kena BERSUNGGUH-SUNGGUH dalam hidup di dunia ini.




Dunia adalah sementara. Tapi dunia tidak asing dengan akhirat. Dunia adalah tempat untuk mencari bekalan untuk akhirat. Sekiranya, di dunia kita tidak berusaha untuk mencari bekalan untuk akhirat, maka sia-sia waktu kita di dunia. Hatta, sekiranya Kiamat adalah seminggu lagi dari sekarang, kita insan, dan umat Muhammad wajib berusaha bersungguh-sungguh untuk berbuat kebaikan untuk 'simpanan' di akhirat kelak. Sekarang baru saya faham kenapa kita manusia yang berakal dan beriman wajib bersungguh-sungguh dalam hidup kita. Bersungguh-sungguh dalam berbuat kebaikan supaya di akhirat kelak, kita mempunyai 'simpanan' untuk bekalan di sana.
Allahua'lam.


Marilah bergabung dengan kami lebih 800 blog dan menuju 2000 blog. Setiap hari kami menerima pendaftaran baru. Alhamdulillah.

Senarai program-program/kelas-kelas yang ditawarkan di ABDR:
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog, fan page mula bisnes
3. kelas beriklan mudah.my
4. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
5. Kelas akaun wahm/soho
6. Kelas penulisan ebook pertama
7. Pendaftaran Pengurus Online ABDR -setiap hari
8. Tempahan blog bisnes/penulisan-3 hari siap
9. Beriklan dengan kami di Soho Directory
10. Untuk keterangan lanjut berkaitan program di ABDR sila layari  http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/

Inginkan maklumat lanjut? Jangan segan-segan jangan malu-malu, hubungi saya melalui cara-cara yang anda selesa, SMS boleh, WhatsApp boleh, e-mail pun boleh :

Lenny Boniface 
di
lenny.boniface@gmail.com
016-8749195 (SMS/WhatsApp)
https://www.facebook.com/lenny.Boniface

Rabu, 6 Ogos 2014

Entri Pilihan Protege ABDR

Salam.
Alhamdulillah.

Wah! Makin hari makin ramai yang berminat menjadi WAHM. Saya ingin perkenalkan salah seorang ahli ABDR yang mempunyai idea yang bermacam-macam untuk dikongsikan bersama pembaca alam maya. Mari kita kenali Ema Basar dan juga pemilik blog http://huzaimahbasar.blogspot.com/. Mari singgah di blog beliau. Berikut adalah petikan pendek daripada salah satu entri beliau.


Bermain bersama anak: Permainan Getah Rambut Menggantikan PermainanRing Tower

(teks : Ema Basar)

Antara aktiviti bersama Shaima' ketika perjalanan pulang ke kampung adalah menyusun gegelung getah rambut ke dalam portable tray rack. Permainan getah rambut ini seumpa permainan Ring Tower.Getah rambut yang bewarna warni memberi keterujaan kepada Shaima' untuk bermain.
Permainan ini membina kemahiran motor skill jari serta fokus terhadap aktiviti. Selain itu mendidik si kecil untuk menyelesaikan masalah. Ianya juga dapat melatih si kecil supaya bersabar.
Sambil bermain, Si kecik di perkenalkan dengan warna. Jika si kecil telah mengenali warna, permainan ini boleh di olah dengan menyusun mengikut warna.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
Getah rambut pelbagai warna
Portable tray atau batang lidi yang di susun menegak.
Permainan yang murah tetapi membantu perkembangan minda, sosial fizikal yang baik kepada kanak-kanak. Si kecil juga belajar menjadi lebih kreatif dengan minda yang cergas apabila bermain.

 
Kami mengalu-lakukan anda untuk bergabung dengan kami lebih 700 blog. Setiap hari kami menerima pendaftaran baru. Alhamdulillah.

Senarai program-program/kelas-kelas yang ditawarkan di ABDR:
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog, fan page mula bisnes
3. kelas beriklan mudah.my
4. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
5. Kelas akaun wahm/soho
6. Kelas penulisan ebook pertama
7. Pendaftaran Pengurus Online ABDR -setiap hari
8. Tempahan blog bisnes/penulisan-3 hari siap
9. Beriklan dengan kami di Soho Directory
10. Untuk keterangan lanjut berkaitan program di ABDR sila layari http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/

Inginkan maklumat lanjut? Jangan segan-segan jangan malu-malu, hubungi saya melalui cara-cara yang anda selesa, SMS boleh, WhatsApp boleh, e-mail pun boleh :

Lenny Boniface
 di
lenny.boniface@gmail.com
016-8749195 (SMS/WhatsApp)

https://www.facebook.com/lenny.Boniface
 
 

Isnin, 4 Ogos 2014

Hari Pertama Masuk Kerja Selepas Bercuti Panjang

Salam.

Alhamdulillah.

Sungguh lama saya tidak membuat entri. Terasa sangat kerugian, kerana masa berlalu begitu sahaja tanpa saya membuat entri baru. Dek kerana musim Hari Raya Aidilfitri, saya sibuk menguruskan persiapan Hari Raya dan juga balik kampung saudara mara, maka tak berusik komputer di rumah.

Hari ini adalah hari pertama saya masuk kerja setelah bercuti sepanjang bulan Ramadhan. Fuh bestnya duduk di rumah. Ini semakin membakar semangat saya untuk menjadi WAHM. Ya Allah perkenankanlah dan permudahkanlah impian saya Ya Allah. Amin.

Sebulan bersama dengan anak manja saya memang seronok. Cepatnya masa berlalu. Rasa ingin pusingkan balik masa. Alhamdulillah, Allah permudahkan cuti saya. :)

Sekarang, bermula balik sasaran utama saya, menjana pendapatan saya secara online. Cia yok! Jangan putus asa. Mari kita berusaha dan bertawakal. Sesungguhnya Allah Maha Pemurah dan Maha Mengabulkan doa.












Inginkan maklumat lanjut? Jangan segan-segan jangan malu-malu, hubungi saya melalui cara-cara yang anda selesa, SMS boleh, WhatsApp boleh, e-mail pun boleh :

Lenny Boniface  dilenny.boniface@gmail.com
016-8749195 (SMS/WhatsApp)https://www.facebook.com/lenny.Boniface



Hidup ini Ujian

Ada ketika aku mempersoalkan takdir diri dan kehidupan. Aku mempersoalkan masa lepas. Kenapa begitu?  Kenapa begini?  kalau aku buat begitu,...