Khamis, 11 Oktober 2018

3 Nutrien untuk Kesihatan Berpanjangan

Kekal sihat adalah suatu yang orang pandang nampak tak nampak saja. Untuk kekal sihat, kita insan-insan ini kena aktiviti harian termasuk makanan. Bersenam, jaga emosi dan jaga makanan.

Gaya hidup yang sihat menghasilkan kesihatan yang berkekalan. Selain gaya hidup sihat, kita juga boleh tambahkan supplemen ke dalam pemakanan harian.

Di sini Kak Len syorkan 1 set vitamin yang Kak Len berpendapat, semua insan yang hendak menambahkan nilai ke dalam kesihatan masing-masing. Set ini terdiri daripada Vitamin C, Kalsium dan Omega 3. Nama vitamin ini di botol ialah Sustained Release Vita-C Plus, Ostematrix dan Omegaguard.


Related image


Walaupun Set ini hanya terdiri dari 3 nutrien sahaja, tapi cukup sebagai bekalan untuk menjadikan tubuh lebih kuat untuk melawan penyakit-penyakit yang biasa dihadapi manusia zaman ini.

Nutrien ini bukan pencegah 100%, tetapi dengan mengamalkannya dengan konsisten dan mengikut dos yang ditetapkan, inshaAllah, badan kita dalam penjagaan yang baik.

Set ini sesuai untuk lelaki dan wanita.

Sebenarnya gaya hidup zaman sekarang, memerlukan kita menambahkan penjagaan tambahan untuk kesihatan. Cuba kita lihat sekeliling kita, penuh dengan situasi yang menekankan (stress) dan juga keadaan hectic, membuatkan kita menggunakan tubuh badan dengan lebih keras. Supplemen adalah pilihan untuk mendapatkan nutrien yang badan kita perlukan untuk pemulihan dan juga meningkatkan antibodi badan.

Mari selami apa kepentingan nutrien dalam set ini.

Vitamin C:
- memenuhi keperluan kesihatan umum, iaitu, imun sistem, kulit, pemulihan, dan antioksidan.
- membantu penuaan kulit yang lebih sihat , melambatkan kedutan
- membantu penyerapan makanan yang lebih baik

Kalsium 
-mensasarkan kesihatan tulang.

Omega 3 :
- mensasarkan kesihatan jantung.
- membantu aktiviti otak kerana mengandungi DHA
- meningkatkan sistem imun badan

Masing-masing mempunyai pendapat yang berbeza tentang supplemen. Bagi KakLen, amalan yang konsisten dan ikut sukatan yang ditetapkan, akan membantu tubuh badan lebih tahan dari serangan penyakit.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended o diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia.

Nak beli Produk Shaklee?
Nak Jadi Ahli Shaklee?
Nak buat side-income dengan Shaklee?

Whatsapp ke 016-874 9195



Selasa, 25 September 2018

The Nun - Review Kak Len

Assalamualaikum.

Kali ini buat review lagi. (Rasa-rasa, masa akan datang akan buat review movie yang Kak Len tonton untuk kenangan Kak Len sendiri).

Movie yang Kak Len tengok hari tu, The Nun. Kak Len peminat setia cerita-cerita hantu dan seram. Macam mana Kak Len rate movie ini? 4 bintang dari 5.

Image result for the nun malaysia

Meh cerita sikit la. Kisahnya bermula apabila ada satu biara (mereka sebut 'abbey') di Romania telah berlaku kejadian bunuh diri oleh seorang biarawati (nun). Mayat biarawati telah ditemui oleh seorang penghantar makanan. Berita kematian biarawati itu telah sampai ke pengetahuan Paderi besar di Vatican. Maka mereka menghantar Father Burke dan Sister Irene ke Romania untuk menyiasat keadaan di biarawati tersebut. Dalam cerita ini, watak utama adalah Father Burke, Sister Irene dan penghantar makanan yang dia gelarkan diri sendiri Frenchie.

Mereka bertiga telah pergi ke biara untuk menyiasat kejadian bunuh diri biarawati. Jalan cerita agak perlahan. Tapi, setiap babak diselubungi keadaan seram.

Kak Len tak cerita perjalanan movie ini. Cuma nak bagi pendapat dan perasaan sendiri tentang movie ini. Kak Len rasa cerita ini memang seram, sehinggakan tutup-tutup mata la. Kalau nak tengok mesti tengok di pawagam atau TV HD, tahu tak kenapa? Kerana kebanyakkan babak dalam gelap. Jadi nak tengok secara jelas, tengok la di pawagam atau TV besar di rumah.(Perasaan Kak Len saja).

Bagi sedikit pecah rahsia la tentang hantu tu. Hantu tu sebenarnya adalah jin syaitan diseru oleh orang jahat dulu yang pernah mendiami Biara tersebut. Kiranya, di biara itu ada satu 'jalan' untuk jin syaitan itu untuk masuk ke dunia ini.

#reviewmoviekaklen
#kaklenshaklee
#lennyshaklee


KakLen,
Pengedar Sah Shaklee,
Whatsapp : 0168749195 untuk produk  Shaklee & peluang bisnes

Ahad, 16 September 2018

Tiga untuk sepanjang masa

Muda lagi dik?
Berusia ke cik?
Usah gusar. Masih boleh untuk kekalkan kesihatan.
Jaga pemakanan, bersenam.
Plus....
Ambil set ini ðŸ‘‡
KEsihatan bukan mudah begitu sahaja, semua kena usahakan. Jaga makan, bersenam, jaga emosi, jaga spiritual.
Plus, kita tambah sedikit supplemen ke dalam pengambilan harian



Khamis, 13 September 2018

Review Munafik 2

Assalamualaikum.

Baru balik dari panggung, tengok cerita Munafik 2.
Nak bagi review personal ni.

Image result for munafik 2

Best! Best! Best! Tak rugi tengok. KakLen memang peminat cerita hantu. Memang terbaiklah cerita Munafik 2.

Cerita ini berkisah tentang ajaran sesat, dan sihir. Menceritakan bagaimana Ustaz Adam terjebak dalam situasi di mana ajaran sesat berleluasa di suatu kampung dan bagaimana pemimpin ajaran sesat menggunakan sihir.

Dalam cerita ini dua watak yang menonjol, Sakinah dan Ustaz Adam. Walaupun dua-dua tak mempunyai hubungan secara terus menerus, tetapi watak-watak ini yanv paling memberi kesan kepada KakLen.

Paling terbaik, babak hantu, jin memang terbaiklah.
KakLen taknak ulas banyak-banyak. Cuma nak share yang movie ini tak rugi tengok.
Kena tengok sendiri.

KakLen bagi 5  plus plus.



KakLen,
Pengedar Sah Shaklee,
Whatsapp : 0168749195 untuk produk  Shaklee & peluang bisnes





Rabu, 15 Ogos 2018

Apa Itu Vivix?


Barang baik jangan didiamkan. Produk-produk yang mendatangkan kebaikan, patut dikongsikan kebaikannya dengan semua orang.

Vivix Shaklee, sekarang ini tengah promo. Tapi orang ramai tak tahu lagi kelebihan Vivix ini.

Kak Lenn buat intro dulu ya. Vivix ini berbentuk cecair. Minum sahaja. Senang, tak payah telan pil (bagi yang susah nak telan pil).


Apa kelebihan dia? Apa kebaikan dia?
Vivix ini mengandungi bahan dipanggil RESVERATROL. 
Resveratrol ini pula adalah satu sebahagian daripada bahan POLYPHENOLS (polifenol).

Apa pula Polyphenols ni?
Polyphenols ini adalah terdiri daripada lebih 500 kumpulan phytochemicals, yang mana phytochemical ini adalah micronutrien yang terdapat di dalam tumbuh-tumbuhan.

Kalau dalam bahasa mudahnya, Vivix ini adalah khasiat semulajadi yang sangat bagus yang diambil mikronutriennya dari tumbuh-tumbuhan tertentu. 

(* untuk bacaan santai dan lanjut boleh pergi ke website ini : https://www.verywellfit.com/what-are-polyphenols-2507085)

Di Shaklee, Vivix adalah salah satu hot selling produk. Kerana khasiatnya dan ramai telah merasai kebaikannya.

Antara kebaikannya ialah: 
  • Menggalakan penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan
  • Membantu mengurangkan risiko mendapatkan kanser
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Mengurangkan komplikasi diabetes / kencing manis
  • Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
  • Mengurangkan insiden penyakit nyanyuk
  • Menggalakan kesihatan keseluruhan

Dan promosi bulan Ogos di Shaklee adalah :

Beli 2 Vivix - dapat diskuan 5%
&

Beli 6 botol Vivix dapat PERCUMA 1 Vivix


untuk dapatkan Vivix yang SUPER-AWESOME ini, boleh wasap kepada saya dengan menekan link di bawah :








KakLen,
Pengedar Sah Shaklee,
Whatsapp : 0168749195 untuk produk  Shaklee & peluang bisnes

Isnin, 13 Ogos 2018

5 Tips Membantu Ibu-ibu (newbies) yang Menyusu Badan


Bercerita tentang menyusu badan ini, Kak Lenn selalu akan kenang balik masa-masa Kak Lenn menyusu badan dahulu. Pengalaman menyusu Kak Lenn adalah pengalaman pahit-manis. Kerana menyusu badanlah Kak Lenn jumpa Shaklee.

Di sini Kak Lenn ingin kongsikan 5 tips untuk membantu ibu-ibu yang belum ada pengalaman menyusu. Bagaimana hendak memperbanyakkan susu badan atau mengekalkan pengeluaran susu yang stabil.

1. Minum air yang secukupnya 
Ibu-ibu yang menyusu badan, wajib minum air yang cukup setiap hari. Sebab susu badan terdiri daripada 90% air. Minum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter setiap hari, agar membantu penghasilan susu yang cukup untuk bayi. 

2. Amalkan urutan payudara.
Urutan payudara boleh dilakukan sendiri oleh ibu-ibu. Andai tak tahu macam mana teknik urutan payudara, boleh cari di Youtube. Kerana Kak Lenn pun mempelajarinya dari Youtube. Urutan payudara ini penting sekiranya ibu-ibu mempunyai masalah aliran susu yang tidak lancar. Dan tidak dinafikan, urutan boleh membantu ibu-ibu mengeluarkan susu dengan lebih efisien. 

3. Amalkan pengambilan protein yang cukup.
Ibu yang menyusu badan memerlukan protein yang lebih dari individu yang tidak menyusu badan. Kak Lenn nak katakan, protein sangat membantu ibu menyusu dalam mengekalkan tenaga harian. Sekiranya ibu mendapati pengeluaran susu ada sedikit berkurang, boleh lah mengambil protein yang lebih sedikit daripada biasa.

4. Amalkan pengambilan Alfalfa
Kajian menunjukkan Alfalfa bersifat seperti galactagogue iaitu sejenis bahan yang boleh membantu merangsang pengeluaran susu badan.

5. Kawal stress
Perasaan dan mood ibu mempengaruhi pengeluaran susu badan. Ibu yang sedih dan murung akan mengurangkan penghasilan susu badan. Jaga emosi, kawal stress. Dapatkan bantuan sekiranya ibu merasa stress yang berlebihan.  Cuba amalkan aktiviti yang boleh menenangkan diri, seperti latihan tarik nafas, bermeditasi, senaman ringan atau hobi. 




Jumaat, 3 Ogos 2018

Berita Baik di Ogos - Promosi Shaklee

Assalamualaikum.

Alhamdulillah masuk ke bulan Ogos 2018. Mari kita doa baik-baik termasuk mencapai kejayaan dunia dan akhirat.

Kak Lenn nak kongsikan berita baik di bulan Ogos 2018, iaitu promosi Shaklee.













Hidup ini Ujian

Ada ketika aku mempersoalkan takdir diri dan kehidupan. Aku mempersoalkan masa lepas. Kenapa begitu?  Kenapa begini?  kalau aku buat begitu,...