Jumaat, 31 Januari 2020

Wabak Penyakit 2020- " 2019 -nCov "

Gempar dunia dengan penyakit dari coronavirus yang merebak dengan cepatnya. OK, pertama sekali cuba fahami ya. CORONAVIRUS - ini adalah virus, dan virus ini menyebabkan penyakit.

"A coronavirus is a kind of common virus that causes an infection in your nose, sinuses, or upper throat. Most coronaviruses are not dangerous."-WebMD.

Pada asalnya, coronavirus ini adalah normal dan tak merbahaya. Tetapi disebabkan mutasi, telah menghasilkan "novel coronavirus" yang sedang mengancam manusia umumnya.

Demam selsema yang berpunca dari "novel coronavirus" ini mengancam nyawa. Disebut sebagai "2019 -nCov" dan menyebabkan penyakit sistem pernafasan yang boleh membawa kepada kematian.

2019 Novel Coronavirus (2019-nCoV) is a virus (more specifically, a coronavirus) identified as the cause of an outbreak of respiratory illness first detected in Wuhan, China. -https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/about/index.html

Kepada sesiapa yang  hendak mencari fakta tentang 2019 -nCov  ini, sila Google kepada website-website medical yang bertauliah (contoh : KKM website, CDC website dan lain2) dan bukan merujuk kepada sosial media yang hanya menyediakan gambar dan video yang belum tahu sumbernya.

Image result for novel coronavirus facts

Aku cuma nak share di blog ini langkah-langkah yang boleh - kita rakyat Malaysia amalkan untuk mengelakkan berlaku penyebaran penyakit dari virus 2019 -nCov  ini.

1. Berdoa kepada Allah lindungi kita dan keluarga daripada penularan 2019 -nCov.
2. Elakkan berkunjung (dan membawa anak-anak) ke tempat-tempat yang padat dan sesak dengan manusia seperti shopping mall, tempat perlancongan.
3. Elakkan melancong ke luar negara buat sementara waktu. 
4. Jaga kebersihan diri, dengan membasuh tangan dengan bersih dengan sabun nyahkuman atau sanitiser. 
5. Elakkan menggosok mata, hidung atau mulut dengan tangan yang belum dicuci.
6. Sekiranya bekerja di tempat umum, kaunter atau berurusan dengan orang ramai, amalkan keselamatan dengan memakai topeng muka.
7. Elak dari mendekati atau menyentuh individu yang mempunyai simtom penyakit sistem pernafasan seperti bersin kerap, dan batuk.
8. Pastikan makanan daripada daging atau binatang dimasak dengan sempurna dan betul-betul masak.
9. Sekiranya, anda mendapati anda mempunyai simtom-simtom seperti demam, batuk dan sesak nafas, cepat-cepat dapatkan rawatan segera. Tindakan segera boleh menyelamatkan nyawa sendiri dan juga ahli keluarga.
10. Bagi yang mengamalkan supplemen vitamin atau tidak mengamalkan supplemen vitamin, tingkat sistem imun dengan mengambil vitamin C dan Omega-3. 

Akhir kata, jaga kesihatan diri sendiri dan keluarga. Jangan pentingkan diri sendiri dengan mengabaikan kesihatan diri dan orang sekeliling. Hidup akan lebih bermakna.


Ditulis oleh:

Lenny Boniface
- Woman Empowerment Lover-
- S.I.D Shaklee-
- Minimalist Lover-
- A mother want to be successful- 


Rabu, 29 Januari 2020

Cuti-cuti CNY Ke Padang Besar (Part 1)


Salam membaca. 

Tahu tak apa aktiviti yang memberikan satu suntikan ceria pada jiwa? Iaitu aktiviti berjalan-jalan ke tempat orang ataupun orang sebut bercuti.

Aku ini jenis manusia yang tak suka berlama-lama satu tempat. Tapi kalau dah berkeluarga, kena lah bermastautin tetap di satu tempat kan.

Tapi, aku asal ada peluang aku akan pergi berjalan-jalan ke mana-mana. Ia bagaikan terapi.

Kali ini, sempena cuti CNY yang lepas, aku berpeluang pergi ke Padang Besar, dek atas jemputan kenduri kahwin member suami. 

Kami bertolak dari pagi 25 Januari 2020 (Sabtu) pukul 4 pagi bergerak. Ini kerana hendak mengelakkan dari bertembung dengan keadaan trafik jem. Aku dan anak-anak tidur di belakang kereta. Manakala suami memandu sejak pukul 4 pagi. 

Pada pukul 9 pagi, kami sampai di Pulau Pinang, kata suami, bersarapan di P.Pinang. Kami pun masuk Pulau Pinang bersarapan. Kawasan yang kami pergi ialah Astaka Taman Tun Sardon. Itu pun setelah gagal mencari kedai untuk bersarapan. Aku bukan 'foodie'jadi tak mengambil gambar makanan whatsoever lah. :)

Selesai je aktiviti makan, kami cari port nak habis masa sebelum bertolak ke Padang Besar. Tetapi tak jumpa kawasan yang sesuai. Akhirnya, kami parking di kawasan Tanjung City Marina. Ini kawasan ada feri P. Pinang.

Sang suami hendak beradu tidur,sebab penat memandu, jadi aku pun secara automatik membawa anak-anak keluar berjalan sekitar kawasan Tanjung City Marina.



Yang gambar atas ini adalah tulisan kat arca 'Arca Puncak Gelombang', aku tak ambil gambar penuh sebab keadaan cuaca panas membuatkan aku tak rasa nak amik gambar arca ni penuh.

Beberapa gambar di bawah ini, aku ambil masa berjalan-jalan di sekitar kawasan ni juga. Tapi aku sampai ke kawasan Street Art - Brother and Sister on Swing. Tapi art ini dah tak ada. Yang aku nampak art gambar orang utan je.

Tengah-tengah jalan sebelum sampai ke Street Art - Brother and Sister on Swing, kami terjumpa 'Wonder Food Museum'. Dalam tu adalah tempat model-model makanan yang besar dan nampak real.
Kena beli tiket untuk masuk. Tapi kami lalu saja di ruangan tiket, tak masuk dalam.

Nak letak video dalam ni tak arif lagi. Nanti aku letak video kat 'wonder Food Museum' tu.


























Di sekitar kawasan Tanjung City Marina ini, ada servis sewa basikal untuk ronda-ronda kawasan. Ini saja gambar yang aku tangkap masa tu. Basikal masih lagi dalam canvas simpanan.






Gambar bawah ni diambil di Church Street Pier. Dari kawasan dapat lihat kapal cruise. Cantik, tapi masa ini, kawasan ini banyak tutup sebab cuti umum.
Di kawasan dekat-dekat jeti feri ini, ada kawasan kedai-kedai, kawasan ini banyak tempat menarik. Tapi aku tak sempat nak jelajah banyak, kerana sang suami nak gerak ke Padang Besar dah.



























Ditulis oleh:

Lenny Boniface
-Traveler wannabe
- S.I.D Shaklee-
- A mom- 


Jumaat, 24 Januari 2020

CHALLENGE 2020 untuk diri sendiri

Rindunya menulis.

Agak lama juga blog ini tidak terisi dengan perkongsian hidup aku.

Dalam mencari ilham itu, aku baca post lama aku - MENCARI TUJUAN.

Antara dalam post itu ialah aku tulis

1. Baca buku - 2 buku berkaitan motivasi /berniaga setiap bulan/ bantu diri
2. Mengaji Al -Quran - 1 hari min 6 muka surat
3. Berkongsi Info Produk setiap hari di Sosial Media.
4. Menulis (5 minit) - blog, fb, atau karang cerita. (setiap hari)
5. Memasak untuk anak-anak setiap hari.

Dan hari ini, aku akan baca dengan mulut aku apa aku nak buat. Dan ada tambahan lagi untuk senarai di atas.

6. Mengerjakan kebun sayur dengan konsisten.
7. Melakukan aktivti minimalis dan 'declutter' secara konsisten atau berkala.
8. Kisah parenting -tips dan cabaran

Dan sebelum ini, aku juga pernah tulis nak kongsikan projek tanaman kebun aku. Projek dah berjalan tapi aku tak upload lagi di dalam blog. 

Terasa macam aku yang menyia-nyiakn peluang dan masa untuk mengemaskini blog kesayangan aku ini.

Pada asalnya, aku bercadang untuk sepenuhnya menulis tentang produk dan bisnes Shaklee. Rupanya dengan niat itu, aku telah 'mencantas' peluang aku untuk kembangkan ideologi, pemikiran, ilmu lain-lain yang aku dapat. 

Kerana mengehadkan penulisan dengan bisnes aku sahaja, aku telah mengehadkan pergerakan aku.

Alhamdulillah, Allah memberikan aku ilham untuk tidak menyia-nyiakan blog ini. Aku menjadikan blog ini sebagai medan aku sebarkan ilmu yang aku ada di dalam dada, pemikiran aku serta sebagai jurnal untuk mencatatkan perjalanan kegagalan dan kejayaan aku.

Setiap konten yang kita letakkan di dalam blog, menunjukkan cara kita 'grow' - bertumbuh/berkembang/menjadi matang.

Dengan ini, aku menyatakan kepada diri aku ini adalah CHALLENGE ke pada diri aku. Untuk  menunjukkan aku 'grow'.




Ditulis oleh:

Lenny Boniface
- Woman Empowerment Lover-
- S.I.D Shaklee-
- Minimalist Lover-
- A mother want to be successful- 




Jumaat, 25 Oktober 2019

FB Post Aku Hari ni

Ini tulisan post fb aku✔️✔️

Aku tgk byk share post fb buat baik pada isteri dapat ni ni ni..
Tu la paling banyak..
Takde plak tazkirah kata buat baik pada suami, anda dpt ni ni ni ni..

Actually kena seimbang, buat baik pada isteri, buat baik pada suami, buat baik pada anak, buat pada keluarga..

Kebaikan ini, Allah suruh kita buat. Dan buat kerana dapat balasan Allah. Sesungguhnya aku pun nak dapat ni ni ni.. Tapi aku percaya aku buat kebaikan sikit pun pada sesiapa saja, aku pun dapat ni ni ni.. Cuma Islam kata lebih afdal dahulukan keluarga.

Dunia ini berat, pada sesiapa yang faham. Akhirat lagi berat berlipat ganda. 

Anda sudah tazkirah???

Cuma secubit pandangan dari sudut hamba yang hina ini.

Khamis, 24 Oktober 2019

Nikmat Syukur (dari istilah dan rasa)

Assalamualaikum.

Semoga hari hari yang barokah untuk semua.

Emotional sikit hari ini. Hari ini baca IG Story FynnJamal, ada satu bahagian berkaitan 'dapur'. Sesiapa baca mesti tersentuh lah, romantik bagai. Jadi apa kaitan dengan aku?

Selepas baca IG Story tu, satu perkataan 'pop-up' depan mata aku : SYUKUR.
Ini mungkin menjadi satu karangan yang panjang, sebab aku nak ungkap/rungkai kenapa SYUKUR itu indah.

Hidup aku tak semenggah. Hidup aku takde kemewahan. Hidup aku, aku tak kenal brand-brand terkenal. Hidup aku, aku cuma kena "ada tu ada lah, takde tu, takyah merungut, takyah menyesal." Itu aku.

Agak susah aku nak ungkapkan perasaan aku ni sekarang. Aku nak ekspresskan rasa TERIMA KASIH sangat-sangat kepada Allah s.w.t.  Aku bukan nak tulis terima kasih (fizikal) kepada Allah. Aku cuma nak tulis bahawasnya, rasa syukur itu mencukupkan kehidupan. Rasa syukur itu memberikan perspektif dalam melihat yang 'tak ada' itu indah.

Kadang-kadang aku meragui diri aku ini manusia normal ke psikopath, kerana tiada keinginan seperti manusia lain, ingin material yang seperti kereta mahal, baju mahal, kasut mahal.  Apakah aku ni inferior sangat ke?

Apa kata aku tukar perspektif aku dengan istilah SYUKUR. Aku patut bersyukur kerana Allah tidak memberikan aku kehendak yang tinggi dalam sudut material. Alhamdulillah.

Alhamdulillah, kerana aku boleh hidup dengan sederhana.
Alhamdulillah, aku boleh tengok dunia ini bukan perlu diisikan dengan materi semata-mata.
Alhamdulillah, aku masih boleh makan dan minum apa yang aku suka, kerana aku tak cerewet.
Alhamdulillah, aku tahu anak-anak aku tak perlu dimanjakan dengan materi.
Alhamdulillah, walaupun aku tak banyak kemewahan tapi aku rasa cukup sangat.

Banyak sangat yang perlu disyukuri. Tapi, biasa la manusia, kita akan lihat dari perspektif individu lain. Sedangkan, diri sendiri tidak nampak kebaikan yang Allah berikan cukup banyak.

Aku mengajak kita-kita ini banyak mengucapkan syukur. Kerana itu punca kebahagiaan.


Isnin, 14 Oktober 2019

Mencari Tujuan

Sudah lama tidak aktif dalam menulis (dan membaca).

Kebelakangan ini terasa serba tak kena. Dan tidak tahu apa yang sedang mengganggu emosi dan fikiran. Maka, tiba-tiba pagi tadi datang satu 'ketukan minda' - Mungkin aku, kekurangan 'cabaran' dalam hidup.

Faham istilah 'lame'?
Apabila hidup dah kehilangan cabaran, manusia akan rasa macam 'tawar'. Tapi tak ada sesiapa nak cabaran atau halangan dalam hidup. Itu juga sifat manusia. Manusia hendakkan hidup yang senantiasa lancar dalam mencapai impian. Tapi itu tak mungkin.

Maka, kesimpulan dari 'ketukan minda' ini, aku ingin ubah hidup aku. Aku ingin 'embrace' cabaran. Aku ingin lalu cabaran dan halangan hidup ini. Hendak berjaya dalam mencapai sesuatu kejayaan, sama ada yang kecil mahu pun besar.

Jadi, aku nak set objektif yang aku nak capai:

1. Baca buku - 2 buku berkaitan motivasi /berniaga setiap bulan/ bantu diri
2. Mengaji Al -Quran - 1 hari  min 6 muka surat
3. Berkongsi Info Produk setiap hari di Sosial Media.
4. Menulis  (5  minit) - blog, fb, atau karang cerita. (setiap hari)
5. Memasak untuk anak-anak setiap hari.


OK. Aku set ini dulu. Nanti aku update di sini bagaimana objektif memberikan kehidupan ini makna.

Image result for challenge

Selasa, 10 September 2019

Projek Personal Baru: ODW

Assalamualaikum.

Tiba-tiba terfikir satu projek mini (peribadi) nak dijadikan sebagai artikel di dalam blog. Projek Berkebun Mini di rumah.

InshaAllah akan usahakan bersama anak lelaki saya. :)

Akan diupdate ke blog secara berkala.

Jom kita berkebun di rumah. Selalu tengok orang berkebun dalam sosial media, tak pernah terfikir atau terpengaruh akan projek sedemikian. Tiba-tiba, pula Allah bagi ilham ni. Kita usahakan lah.

My Checklist For My Life Goals or Progress Goals

 #hidupiniujian Ini adalah chceklist aku nak buat untuk aku catat progress dan goals aku: 1.  Aktiviti kempiskan Perut. 2. Habit catat perbe...