Isnin, 25 November 2013

Kenapa Menyertai Shaklee?

Salam.

Kali ini saya nak ceritakan sedikit kenapa menyertai Shaklee? Apa yang menyebabkan Shaklee istimewa? Apa yang anda tahu tentang Shaklee?  Mari kenali Shaklee.

Latar belakang Shaklee - Lebih daripada 50 tahun, Shaklee menerajui perniagaan produk kesihatan semula jadi yang kukuh. Dr. Forest C Shaklee lebih mendahuluinya dengan mencipta "Vitalised Minerals" multivitamin pertama di dunia pada tahun 1915. 
 
Pada 1956, Dr. Forrest C. Shaklee menubuhkan syarikat mesra alam dengan menghasilkan produk bagi meningkatkan kesihatan insan dan bumi.

 
 
 


 
 
a

Selasa, 19 November 2013

Perancangan Mini

Salam.

Saya terfikir untuk menyediakan bekalan makanan dari rumah ke pejabat. Tapi saya nak benda yang senang dan mudah. Saya terfikir untuk membawa bekal kerana nak jimat masa dan wang, dan juga nak sediakan makanan kegemaran sendiri ke ofis. Tapi yang sedang di fikiran, masakan apa yang senang dan mudah disediakan pada waktu pagi? Nak mulakan amalan bawa bekal laa, supaya saya boleh kawal pemakanan dan juga khasiat nya.

Jazakallah.

Jumaat, 15 November 2013

Mengimbau blog lalu

Salam.

Hari ini saya membaca balik entri-entri yang pernah saya karangkan di blog saya iaitu blog Dairi Mama Rugged. Blog ini dimulakan semasa saya hamil bulan ke-6 (kalau saya tak silap, berdasarkan entri di blog). Kehamilan suatu pengalaman yang sangat ajaib. Walaupun bermacam-macam kesakitan, 'kerenah badan' dan juga cabaran harian, tetapi itulah masa yang paling bahagia buat kaum wanita. Entri-entri yang saya karang di blog itu pendek-pendek sahaja. Apabila dibaca balik, mengundang memori dan kenangan, dan saya sendiri tersenyum membaca catatan pendek pendek tersebut.

Blog adalah peribadi bila kita jadikan blog peribadi, blog akan jadi sebuah perniagaan jika  kita yang jadikan sebuah blog perniagaan. Sebenarnya, ada sesetengah blog adalah kenangan peribadi. Blog adalah seakan saksi, seakan dairi di dunia maya. Blog ini boleh jadi macam-macam. Kadang-kadang ayat pendek sahaja, namun memikat hati sesiapa sahaja yang membacanya.

Permulaan saya memulakan blog Dairi Mama Rugged adalah sebagai catatan kehamilan saya. Namun, cabaran tempoh kehamilan menyebabkan blog itu hanya saya buka sekali-sekala. Walaupun sekali-sekala dan ayat-ayatnya pendek, tetapi ia tetap menjadi kenangan terindah saya. Tidak ada setitis kerugian pun saya membuat blog tersebut. Entri-entri tersebut adalah suara hati saya yang paling dalam, kerisauan saya yang dizahirkan ke dunia maya supaya mengurangkan tekanan dalaman diri. Apa lagi? Kalau saya nak komen, saya nak katakan bahawa blog Dairi Mama Rugged adalah blog yang menjadi kebanggaan saya sekarang ini.



Terima kasih melawat blog ini. Jazakallah.

Khamis, 14 November 2013

Senarai 3 Perkara Pagi & 3 Perkara Petang (Log 2)

14 NOVEMBER 2013

3 Perkara Pagi
  1. Solat Sunat Dhuha (dicapai)
  2. Kemas meja kerja saya (tak tercapai - ada kemungkinan memang saya tak suka mengemas)
  3. Susun atur (organize) fail-fail dalam pendrive (dicapai_
3 Perkara Petang (selepas habis waktu kerja)
  1. Buat iklan untuk Personal / Fanpage FB - 2 iklan  (tidak tercapai)
  2. Buat promosi/iklan dalam Blog Lenny Cute Cute Shop - min. 1 iklan (tidak tercapai)
  3. Buat tips di Blog Tips, Health, Supplements and Life's Happiness (tidak tercapai)
1 Perkara Petang (sebelum tidur)

  1. Muatnaik 1 iklan di web Lelong - iklan Telekung, Sarang Burung Walit (tidak tercapai)


Ulasan (pada 15 November 2013):

Banyak perkara yang tidak tercapai dek saya tidak fokus pada apa yang hendak saya capai. Berbanding dengan masa saya mengingati dan fokus pada perkara yang hendak saya lakukan. Maka kesimpulannya, kita mesti fokus dan ingat tujuan dan kenapa suatu tugasan itu hendak dilakukan.


Terima kasih, jazakallah kerana melawat blog ini.

Rabu, 13 November 2013

Senarai 3 Perkara Pagi & 3 Perkara Petang (Log 1)

Salam.

Memandangkan saya menggunakan medium blog untuk mencatatkan progres saya dalam kehidupan seharian, bermula hari ini saya akan memulakan Log 3 Perkara Pagi, 3 Perkara Petang & 1 Perkara malam.
Saya bermula dengan 3 perkara, kerana demikian lebih mudah dan senang bagi saya untuk catat dan ingat, berbanding 5 perkara. 5 Perkara adalah banyak bagi diri saya. Maka, saya akan mulakan dengan 3 perkara, in shaa Allah, dimudahkan segala urusan.


13 NOVEMBER 2013

3 Perkara Pagi
  1. Makan Supplemen Shaklee saya - (Siap)
  2. Solat Sunat Dhuha - (Siap)
  3. Kemas meja kerja saya- (tak siap - ada juruteknik mengerjakan PC saya pagi-pagi)
3 Perkara Petang (selepas habis waktu kerja)
  1. Buat iklan untuk Personal FB - 2 iklan (Siap)
  2. Buat promosi/iklan dalam Blog Lenny Cute Cute Shop - min. 1 iklan(Siap)
  3. Buat tips di Blog Tips, Health, Supplements and Life's Happiness(Siap)
1 Perkara Petang (sebelum tidur)

  1. Muatnaik 1 iklan di web Lelong - iklan Telekung- (tak siap - Tertidur semasa menyusukan anak)

Terima kasih, jazakallah kerana melawat blog ini.

Isnin, 11 November 2013

Tips / Teknik Berguna yang Didapati dari Buku - "5 Sebelum 11"

Salam.

Berkisar semula tentang buku yang saya baca "7 Minutes Solutions"; Tips dan teknik menarik yang boleh saya kongsikan pada kali ialah '5 sebelum 11'. Apa yang dimaksudkan '5 sebelum 11' ini? Mari kita hayati asal-usulnya.

Idea ini datang dari seorang wanita berkerjaya yang berjaya bernama Mimi Bock. Idea ini muncul apabila dia menghadiri program mencari jalan untuk menghasilkan sebuah kerangka kerja  berkaitan proses dan sistem yang akan mengubah kehidupan dan meningkatkan produktiviti dan juga jualan syarikat. Pada masa inilah Mimi Bock menyatakan bahawa dia mengaplikasikan "Daily Progress Report" yang diajarkan oleh Allyson Lewis (penulis buku 7 Minutes Solutions). Kehidupan Mimi Bock memang sangat padat dengan kerjanya sebagai pekerja di industri servis kewangan, yang juga mengendalikan sebuah division syarikat multinasional yang berharga $400 million. Berikut kisah yang diceritakan oleh Mimi Bock sendiri:

"Kehidupan saya 'complicated' - seperti anda sekalian. Saya tahu bahawa sekiranya saya inginkan keseimbangan dalam hidup saya, saya mesti bermula dengan menyusun-atur (organizing) keutamaan penting (top priorities). Saya perlu sangat untuk mempunyai perasaan bahawa setiap hari saya menyelesaikan sesuatu yang penting untuk bisnes saya dan kehidupan peribadi saya. Namun, setiap hari terasa sentiasa ada pelbagai perkara yang 'berada' dalam minda saya - ini menjadi suatu rintangan. Perkara tersebut - iaitu beberapa perkara yang menjadi keutamaan berulang-ulang kali muncul dalam senarai keutamaan saya, cuma tergantung sahaja.Kemudian, sedar-sedar, seminggu telah berlalu -  kadang-kadang sebulan berlalu - dan perkara tersebut masih tergantung sahaja. Saya tahu saya perlu buat sesuatu untuk fokus.

Saya perasan, yang saya mempunyai satu tempoh masa di pagi hari, di mana saya berada dalam keadaan tenang dan tidak terganggu dengan kerja. Tempoh masa di mana saya mempunyai peluang yang baik untuk menumpukan perhatian sebelum 'kehidupan' menjadi penghalang. Saya perlukan satu jalan untuk menyelesaikan perkara-perkara yang berlegar-legar di dalam fikiran saya dan menghimpit kehidupan saya. Saya menyedari apa yang saya perlukan ialah kebolehan untuk menguruskan perkara-perkara tersebut supaya saya boleh 'hidup'. Dan saya sedar, untuk diri saya, jika ia hendak dilaksanakan, ia perlu dilaksanakan pada waktu pagi. Sepertinya, terdapat beberapa tugasan yang lebih penting daripada keutamaan dan memerlukan perhatian penuh dari saya dan masa saya. Tanpa perhatian dan masa saya, saya akan ditenggelamkan dan keutamaan penting saya akan merana. Dan saat itu saya tahu, saya perlukan satu lagi 'alat'.

Saya akan memastikan saya akan mencapai lima tugasan nilai utama (high-value tasks) diselesaikan/dicapai sebelum sebelas pagi setiap hari. Saya akan memanggilnya senarai lima sebelum sebelas saya. - 5 Sebelum 11.


Tapi, saya sedar bahawa senarai 5 sebelum 11 saya perlu berkait rapat dengan gambaran utama matlamat saya - matlamat tersebut berkait dengan nilai-nilai dan tujuan saya. Inilah perkara-perkara yang memberikan makna kepada kehidupan saya. Biar saya berikan dua contoh.

Secara peribadi, salah satu keutamaan saya ialah:
Saya ingin menjadi ibu yang terbaik. Saya ingin menjadi ibu yang rapat dengan anak saya. Saya hendak anak saya merasakan saya sentiasa ada untuknya. Itulah gambaran besar nilai dalam kehidupan saya, dan saya tidak ingin suatu hari nanti sedar-sedar  5 tahun kemudian atau 10 tahun kemudian dan menyedari masa telah berlalu. Masa yang saya tak boleh dapat balik lagi."

---------------------------------------------------
Saya memberhentikan cerita Mimi Bock di sini, kerana ceritanya panjang lagi. Namun saya percaya, pembaca boleh mendapat  gambaran jelas yang cuba disampaikan oleh Mimi Bock. Konsep yang tonjolkan di sini iaitu 5 Perkara sebelum pukul 11 pagi, (kalau kita muslim ada 5 perkara sebelum 5 perkara). Suatu konsep yang saya rasa amat bagus untuk saya kongsikan kepada pembaca di luar sana. Mudah dan sekiranya diamalkan boleh memberikan impak kepada kehidupan kita. 5 Perkara yang dimasukkan ke dalam 5 Sebelum 11 adalah perkara-perkara yang mempunyai berkait dengan nilai-nilai kita, ataupun yang membantu menuju ke arah matlamat hidup. Misalnya, sekiranya kita ingin nilai 'rapat dengan keluarga' maka dalam senarai itu, kita masukkan (contoh) : Menghubungi ibu/ayah pada 9.30 pagi.
Sebelum melaksanakan 5 Sebelum 11 ini, kita seharusnya muhasabah (post-mortem) diri sendiri dahulu, dan kaji apakah nilai-nilai yang ingin kita capai, matlamat yang ingin kita capai. Kemudian baru kita boleh mula melaksanakan 5 sebelum 11 ini.

-Tamat-



Ahad, 10 November 2013

Nota-nota Untuk Mengesan Pencapaian

Salam.

Entri kali ini saya akan mencatatkan beberapa nota yang saya baca dari buku Mudahnya Menjemput Rezeki. Catatan ini adalah sebagai nota untuk saya mengesan pencapaian saya atau progres yang saya buat untuk mencapai impian saya. Dan juga kepada pembaca, digalakkan melakukan catatan seperti ini untuk melihat dan mengesan pencapaian yang dibuat dalam hidup kita.

Berikut adalah 10 aspek kehidupan yang perlu diperhatikan dalam proses memburu impian:

  1. KESIHATAN
  2. SPIRITUAL
  3. KERJAYA
  4. KEWANGAN
  5. KELUARGA
  6. IBADAH
  7. REKREASI
  8. PEMBINAAN DIRI
  9. RAKAN & MASYARAKAT
  10. AKHLAK & PEKERTI

Kemudian, saya akan buatkan jadual seperti contoh di bawah dan catatkan.


Seeloknya saya buat di dalam jurnal atau buku catatan. Tahu tak kenapa? Kerana apabila kita sendiri menulisnya menggunakan tangan kesannya adalah berbeza. Kerana dengan menulis, otak memproses, tangan kita mencatat  (tangan bergerak untuk membentuk tulisan, dan pergerakan tulisan tangan adalah pelbagai gerakan berbanding menaip hanya menekan-nekan papan kunci) dan mata melihat, dan yang terbaik ialah, tulisan kita adalah unik dan bersifat peribadi. Tidak sama dengan menaip di mesin taip ataupun komputer.

Sampai sini dahulu entri saya. In shaa Allah akan dikemaskini masa terdekat. Wasallam.

Hidup ini Ujian

Ada ketika aku mempersoalkan takdir diri dan kehidupan. Aku mempersoalkan masa lepas. Kenapa begitu?  Kenapa begini?  kalau aku buat begitu,...