Rabu, 1 April 2015

E-Book Terbaru dari Masayu Ahmad : Yeay ! Mama sudah 'Resign'

Teks: Masayu Ahmad

Alhamdulillah, apa khabar kalian. Terima kasih buat pembaca blog yang selalu berkunjung dan tidak pernah jemu ke sini. Saya terkini dalam jadual penulisan untuk menuskrip seterusnya.

Untuk semua ebook dan buku kalian boleh ke sini ya www.akademibekerjadirumah.com/shop

Minggu ini cuti agak panjang dan anak-anak masih berada di rumah seperti biasa. Kunjungan anak-anak saudara masih bertamu ketika penghujung cuti.

Biasanya untuk cuti-cuti begini seperti selalu saya tidak akan bercuti di tempat yang sesak. Saya akan bercuti ketika kalian yang bekerja sudah kembali kepada rutin.

Bezanya sangat nyata kerana keadaan lebih tenang dan kosong tanpa ada kesesakan. Ini juga satu pilihan kan.

Mahu berhenti kerja.

Saya menerima banyak email yang mahu berhenti kerja. Ada juga terselit email yang mahu kembali bekerja.

Dua situasi di atas berbeza. Berbeza apa matlamat yang mahu kita capai.

1. Matlamat kebebasan kewangan.

Ada suri yang sudah capai matlamat kebebasan kewangan. Justeru mahu bekerja dengan lebih fleksibel dan tidak ada tekanan dari mana-mana pihak. Namun begitu dalam proses mencapai kebebasan kewangan masih ramai masih berusaha 'bertarung dan berjuang'.

2. Fleksibel

Ada yang mahu berhenti kerja dan mahu merai gaya hidup 'fleksibel'. Iaitu kita tahu dan sudah kuasai cara kerja tanpa 'majikan'. Kita pandai ubahsuai mengikut kesibukan masa.

Sekiranya dahulu ita sangat penat dengan kesesakan jalan raya, bos yang cerewet dan kemudian kita berhijrah kembali ke rumah. Kita sudah selesa dan pendapatan juga konsisten. Cuma akan tetap ada cabaran dalam bentuk lain seperti pengurusan masa dan imbangan mengurus anak-anak dan bisnes serentak. Sudah tentu model bisnes bekerja dari rumah seorang wanita tidak sama dengan suamai/lelaki.

3. Apa tujuan sebenar bekerja di rumah?

Apabila saya menerima email bahawa beliau sudah mampu mendapat pendapatan 4K sebulan seperti sebagaimana gaji dahulu. Maksudnya ia sudah ok sumber itu dapat dijana dengan baik. Tetapi apa pula cabaran atau masalah yang menyebabkan kita mahu kembali bekerja di luar rumah?

Senaraikan semula kelebihan dan kekuranga. Dari situ kita tahu apa fokus yang kita mahu.

Ketika berbincang dengan biras di dapur. Kerja di rumah sememangnya agak penat tetapi kita tidak ada terbeban dengan masalah yang dibawa menyebabkan kita 'tekanan'. Apabila penat kita boleh berehat dan apabila sudah cukup tenaga kita kembali ke trek untuk bekerja dengan baik.

Ia berbeza apabila kita bekerja di luar rumah, kadangkala kita membawa bersama masalah tidak suka, tidak selesa, masalah kerja dan kadangkala emosi itu terbawa-bawa ke rumah.

Emosi penat dan emosi tekanan adalah berbeza. Apabila penat kita rehat dan kita masih gembira berada di rumah bersama keluarga.

Baca lebih banyak perkongsian pengalaman dari 15 surirumah yang telah 'resign' dalam ebook ini ya.




 

Berminat mendapatkan E-book yang berinformasi untuk ibu-ibu yang ingin berhenti kerja dan bekerja dari rumah, hubungi saya ya:

Lenny Boniface 
di 
 016-8749195 (SMS/WhatsApp/Telegram)
lenny.boniface@gmail.com (E-mel)
https://www.facebook.com/lenny.Boniface

Selasa, 31 Mac 2015

Lakaran impian.

Assalamualaikum. Hari yang agak stress bagi saya. Bahang GST juga mempengaruhi saya. Walau apapun, mari kita bersyukur dan bersabar semoga Allah berikan kelapangan kepada kita dalam kesempitan.

Anda bukan orang kaya, saya bukan orang kaya. Tetapi, kita boleh kaya dengan usaha yang gigih dan rajin disertai dengan perancangan yang sesuai dan bijak.

Impian saya, saya ingin mendapat pendapatan RM 300,000 sebulan. Tidak mustahil. Semua boleh dicapai jika kita fokus, percaya dan berusaha beraungguh-sungguh. Jangan malu dengan impian kita, selagi impian itu bukan impian yang memudaratkan diri sendiri, keluarga dan dunia.

Saya akan lakarkan masa depan saya dan anda sebagai penonton dan saksi. Insyaa Allah saya akan capai impian saya, moga Allah bantu dan makbulkan doa saya. Doakan saya ya. Dan saya juga doakan kita banyak yang menuju kejayaan dunia dan akhirat. Amin.

Berminat mendapatkan produk Shaklee? Hubungi saya di 0168749195.

Isnin, 30 Mac 2015

Apa itu kesihatan?

Coaching dari Master Hj Roslan

Assalamualaikum. Alhamdulillah semalam saya berjaya menghadiri coaching yang dianjurkan oleh Master Haji Roslan. Terbaik lah. Terima kasih tuan Haji Roslan. Dan harap saya akan sertai lagi coaching tuan haji Roslan.

Sabtu, 28 Mac 2015

Proprietari atau Proprietary - maksudnya

Bismillah.

Alhamdulillah.
Assalamualaikum.

 Salam Jumaat, dan semoga Allah kurniakan keselamatan dan perlindungan kepada mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur serta kawasan-kawasan lain yang dilanda banjir. Ameen.

Ok. Entri kali saya buat ringkas sahaja. Pernah jumpa perkataan "Proprietari"? Dalam bahasa Inggerisnya dieja "Proprietary". Jadi apakah maksudnya? Saya selalu jumpa dalam risalah-risalah Shaklee yang saya dapat, namun saya sendiri tidak memahaminya. Jadi, apa kata kita kongsi ilmu yang sikit ini.

Saya telah meng-Google-kan maksud  "Proprietary", dan telah mendapat hasil carian seperti di bawah:

Proprietary  

1. One that possesses, owns, or hold exclusively right to something 
2. Something that is used, prodeuced, or marketed under exclusive legal right of the inventor or maker; sepecifically: a drug (as a patent medicine) that is protected by secrecy, patent or copyright against free competition as to name, product, composition, or process of manufacture 


Maksudnya, apabila kita melihat perkataan "Proprietari" dalam mana-mana artikel Shaklee atau risalah Shaklee, bermakna produk itu memegang hakcipta dan mempunyai taraf eksklusif. Jadi, semua produk Shaklee mempunyai rekod tersendiri, hakcipta milik Shaklee sahaja dan Eksklusi - hanya terdapat di Shaklee.

Faham kan. Ok itu sahaja sharing kali ini.


Berminat mendapatkan vitaminShaklee? Hubungi saya


Lenny Boniface
di
016-8749195 (SMS/WhatsApp)
lenny.boniface@gmail.com
https://www.facebook.com/lenny.Boniface
*Boleh isi Borang Pertanyaan@Cadangan di sebelah kanan Blog ini

Jumaat, 27 Mac 2015

Cara Menstabilkan Kadar Gula Darah

Assalamualaikum.

(sumber : iSihat – bil 77)



Kajian pernah dilakukan di Australia ke atas pesakit yang menghidapi diabetes jenis 2 dan diminta melakukan latihan angkat beban selama 4 bulan. Ternyata dia berjaya menstabilkan kadar gula dalam darah kerana latihan tersebut bukan sahaja menghilangkan lemak tetapi menjadikan tubuh lebih sensitif terhadap hormon insulin.

====TAMAT======

Saya juga cadangkan beberapa produk untuk menstabilkan hormon mahupun kadar gula dalam darah:
1. GLA Complex Shaklee RM 91.25
2. Vivix Shaklee RM 475
3. Zinc Complex RM 35.00

Berminat mendapatkan vitaminShaklee? Hubungi saya

Lenny Boniface
di
016-8749195 (SMS/WhatsApp)
lenny.boniface@gmail.com
https://www.facebook.com/lenny.Boniface
*Boleh isi Borang Pertanyaan@Cadangan di sebelah kanan Blog ini

Khamis, 26 Mac 2015

Vitamin B1 -Apa fungsinya?





Apa kegunaan vitamin B1 (thiamin)? Zat ini berperanan dalam meningkatkan dalam meningkatkan selera makan dan memperbaiki saluran pencernaan, sebagai sumber tenaga dan juga memaksimumkan fungsi saraf. Sekiranya kulit anda bersisik atau kering, daya tahan tubuh menurun, mengalami stres, insomnia, sering sakit kepala, dan mudah lupa, ada kemungkinan kadar thiamin dalam tubuh anda kurang.

Thiamin tergolong dalam vitamin yang larut dalam air dan akan disimpan oleh tubuh dalam jumlah yang terbatas. Maka tidak perlu mengambil thiamin yang berlebihan. Jika kadar yang berlebihan maka tubuh akan mengeluarkannya melalui air kencing.

Hidup ini Ujian

Ada ketika aku mempersoalkan takdir diri dan kehidupan. Aku mempersoalkan masa lepas. Kenapa begitu?  Kenapa begini?  kalau aku buat begitu,...