Rabu, 29 April 2015

Set Membantu Kesuburan (Part 1) - ESP

Teks : Lenny Boniface
Imej : Google




Assalamualaikum.

Kehamilan. Apa yang boleh membantu untuk mendapatkan zuriat? Sebenarnya ada banyak perkara yang boleh dikongsikan berkaitan cara-cara mendapatkan zuriat. Di sini, saya hanya highlightkan penggunaan supplemen Shaklee dalam membantu meningkatkan kesuburan suami dan isteri.

 

Selasa, 28 April 2015

Apa yang hendak dijual??

(Teks : Lenny Boniface)

Assalamualaikum. Terfikir apa hendak ditulis pada blog kesayangan ini. Sebenarnya intipati yang lahir dari hati untuk dijadikan bahan entri adalah terbaik. Sebab ia adalah asli dan tiada yang akan sama dengan entri sedemikian.

Maka, saya akan melatih diri untuk menulis entri yang lahir daripada hati dan minda sendiri dan bukan dari  menyalin dari mana sumber.

Alhamdulillah. Mempunyai blog membantu saya untuk fokus. Fokus kepada apa yang saya hendak lakukan, kepada cita-cita saya, kepada perniagaan saya, dan kepada beberapa perkara. Kenapa saya katakan demikian? Kerana apabila anda mempunyai blog, niat awal (kebiasaannya) adalah menambah pendapatan. Kedua, niat untuk berkongsi informasi. Berkongsi informasi ini adalah amalan yang bagus. Kerana berkongsi informasi ini, kita membantu orang di luar sana yang memcari maklumat atau bantuan (dalam bentuk nasihat atau panduan), selain itu, dengan amalan ini juga kita dapat menambah kawan, dan juga menarik pelanggan.

Pernah tak anda merasakan anda menjual produk yang sama dengan ramai orang dan persaingan amat sengit samaada dalam harga dan pemasaran? Well, saya pernah terbaca satu artikel dalam blog berkaitan perkara demikian. Jika berlaku perkara seperti begini, perkara yang anda boleh 'jual' atau ketengahkan ialah 'value'. Value maksudnya nilai moral diri anda, anda suka menolong orang, anda suka recycle, anda suka sharing dan kongsi kegembiraan. Sebab, manusia kadang-kadang mencari sesuatu di luar daripada nilai barang jualan. Mereka juga mencari kawan/rakan yang mempunyai nilai kepercayaan yang sama - contoh suka organik, suka jaga alam sekitar, suka hobi yang santai dan lain-lain. Dan value ini handaklah selalu diketengahkan secara konsisten atau berskala, mana tahu anda adalah penjual ideal yang dicari-cari selama ini.

Rabu, 22 April 2015

Selasa, 21 April 2015

Ingin Memulakan Perniagaan Online? Sedikit Tips Berharga

Mungkin ada di kalangan kita yang telah pun mulai berniaga atas talian ataupun offline. Saya percaya setiap dari peniaga mahukan kelangsungan yang lebih baik dalam perniagaan mereka.
Dari belum mempunyai apa-apa untuk dijual, kepada memperoleh variasi pilihan produk untuk diniagakan.
Dari tiada networking, mahukan networking yang luas.
Dari terkapai-kapai tanpa mentor, berhasrat mencari bimbingan mentor.
Dari promosi yang terhad, kepada promosi yang lebih luas capaiannya menerusi ABDR (akademi bekerja dari rumah)
Dari keuntungan yang sedikit, kepada keuntungan yang lebih besar sesuai usaha dan kerja keras serta tawakkal kepada Allah.
Percayalah, dengan tindakan yang tepat dan bijak, setiap dari kita mampu untuk pergi lebih jauh dalam apa-apa yang kita usahakan. Saya sangat mencadangkan CikPuan yang berazam memajukan diri dan perniagaan, daftarlah segera dalam akademi ini. Apatah lagi, semuanya boleh dimulakan di atas talian. Tiada lagi alasan, yang ada hanya kemahuan dan usaha.
Siapa tahu, peluang anda untuk berjaya tinggal beberapa langkah lagi. Mengoraklah!
Jom sertai Kelas online asas blog dan penulisan ATAU pilih mana-mana kelas online disini:
- Kelas online asas blog dan fanpage mula bisnes
- Kelas online iklan di mudah.my
- Kelas online penulisan kreatif
- Kelas online urus akaun WAHM/SAHM/SOHO
- Pendaftaran Rakan Niaga/ Pengurus Online
- Tempahan Blog Bisness/ Blog Penulisan
- Ruang Iklan di Soho Directory
Jana pendapatan tanpa perlu keluar rumah. Insya-Allah.
Kami buka pendaftaran setiap hari. Boleh mula daftar bagi yang sudah sedia.

Isnin, 20 April 2015

Pencuri duit sendiri

(Teks: Aishah Hussein)

Alhamdulillah.
Sejak beberapa minggu ini, inbox saya sering dihujani oleh mereka yang mahu belajar pengurusan kewangan bisnes. Akademi Bekerja di Rumah berkoloborasi bersama 2 orang trainer. Lokasi kelas adalah di sekitar Putrajaya, Bandar Tun Hussein Onn dan juga di Shah Alam.

Saya sangat-sangat cadangkan suri yang terlibat dengan bisnes tidak kira secara online ataupun offline, ambil tahu tentang aliran kewangan bisnes kalian. Walau kalian tidak membuat kerja-kerja mengemaskini akaun tetapi kalian mesti ambil tahu aliran masuk dan keluar. Jika kita lepas tangan pada rakan kongsi ataupun orang lain, kebarangkalian untuk kalian ditipu amat cerah. Sudah ada dua tiga rakan yang berkongsi pengalaman kepada saya.

Bertindak sekarang sebelum terlambat. Bunyi macam remeh tetapi ia adalah langkah keselamatan.

                                                   Image result for book keeping

Antara tips penting yang sering diingatkan oleh trainer:

Duit bisnes adalah duit "Perniagaan".
Duit personal adalah duit "SENDIRI"
+ Jangan sesekali dicampur-adukkan duit Bisnes dengan duit "Personal".
+ Jangan Gunakan duit Bisnes untuk kegunaan Personal
+Jangan gunakan duit Personal untuk kegunaan Bisnes.

Kadang-kadang bukan orang luar yang curi tetapi kita sendiri yang curi duit bisnes kita sendiri.
Kalau setiap hari ambil 5 sen, lama-lama untung entah ke mana, rugi memanjang. Tengok jualan memanjang beribu-ribu tetapi bila buat "balancing" akaun, rupa-rupanya tidak pernah untung. Nak salahkan siapa?

Nampak remeh tetapi setiap sen yang mengalir menentukan untung rugi sesebuah bisnes.

Antara jenis kelas akaun yang ditawarkan:

1. Kelas asas Akuan secara online
Modul 1: Basic book keeping.
Bagaimana merekod buku simpan kira?


Modul 2: Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya.
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen.
- Invois, cash, bil, resit, purchase order
Yuran RM150 - untuk 2 modul ini

2. Grup Coaching (Min 6-10 peserta)
Tarikh: 25 April 2015 (Sabtu)
Masa: 9.15am-4pm
Lokasi: Putrajaya.

Modul
1. Pengenalan Book keeping and accounting
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh entreprenuer
3. How to do record keeping
4. Basic costing and Pricing. Bagaimana anda meletakkan Harga?
5. Profit & Loss...anda untung @ Rugi????
6. Case Study (full set of Bookeeping)
case study - hands on task. Full cycle how to do book keeping.


Berminat untuk menyertai Kelas / Coaching --> SMS @ Whatsapp ke 016-8749195 (Lenny)

Vivix - Testimoni

Assalamualaikum.

Vivix adalah salah satu produk Shaklee kegemaran saya. Mempunyai kebaikan yang sangat banyak. Kali ini saya hanya kongsikan 1 testimoni daripada super-upline saya di blog beliau www.anakkuwiraku.com.


Berminat untuk mengetahui lebih lanjut produk ini? sms saya di 016-8749195 Lenny.



Hidup ini Ujian

Ada ketika aku mempersoalkan takdir diri dan kehidupan. Aku mempersoalkan masa lepas. Kenapa begitu?  Kenapa begini?  kalau aku buat begitu,...