Selasa, 30 Jun 2015

Projek Mencari dan Menanam Pahala : BANTU ARING 2, GUA MUSANG, KELANTAN

Assalamualaikum.

Mencari pahala untuk kehidupan akhirat. Dan di sini ML temui satu aktiviti untuk membantu mangsa-mangsa banjir Kelantan di ARING 2, Gua Musang. Jom kita usahakan sesuatu untuk membantu saudara-saudara kita di sana. Bentuk bantuan anda boleh dalam wang ringgit, bantuan secara fizikal dan juga boleh doakan mereka mendapat bantuan yang secukupnya sehingga dapat rumah. Maklumat ini ML dapatkan daripada page Dato Husam Musa. Sila pergi ke link Dato Husam Musa untuk pertanyaan dan maklumat lanjut.



BANTU ARING 2, GUA MUSANG, KELANTAN !!!
Saya menerima berita duka dan kiriman gambar terkini

Tanda-tanda kekurangan Air

Ulasan Protege ABDR : Peluang Upgrade Diri Bersama ABDR

Pelajar : Pn Nooraida Mohd Shukri

Guru online : Pn. Zaila Mohamad

Sumber : http://nooraidashukri.blogspot.com/2015/05/peluang-upgrade-diri-di-kelas-asas-blog.html

Setelah sekian lama saya terkapai-kapai dalam situasi yang asing bagi saya yang sebelum ini begitu sibuk dengan rutin harian menjadi ibu yang berkerjaya, saya telah ditemukan dengan seorang guru yang juga seorang WAHM ( Work At Home Mama). Kisah bermula dengan membaca majalah wanita keluaran bulan April 2015, saya tertarik dengan ruangan di dalam majalah tersebut yang menceritakan kisah seorang surirumah yang berjaya. Saya amat kagum dengan surirumah ini dan ingin menggali bagaimana beliau boleh menjadi begitu berjaya sedangkan beliau juga seorang suri rumah seperti saya.

Seterusnya dengan azam yang menggunung, saya bertekad ingin menjadi seperti surirumah tersebut lalu saya mencari maklumat mengenai ABDR (Akademi Belajar Dari Rumah) di internet. Saya telah menghubungi salah seorang guru di ABDR iaitu Puan Zaila Mohamad. Apa yang mendorong saya untuk belajar di kelas ini adalah berdasarkan kepada faktor-faktor seperti berikut:

Catatan Ramadhan Ke 13

Assalamualaikum.

5 hari ML tak buat catatan Ramadhan. Memang salah ML. ML tak larat sebab cuaca panas sangat dan pengurusan masa yang sangat teruk. Ya Rabbi.

Dalam 5 hari yang lepas ML tak mempunyai apa-apa cerita menarik untuk dikongsikan. Begitu juga hari ini. Tapi.. Tapi... Don't Waste the Ramadhan. ML nekad nak catatkan apa-apa yang berlaku di bulan Ramadhan.

2, 3 hari ini ML perasan ML kuat betul makan. Kebiasaannya ML semasa iftar makan ala kadar saja, selepasa tu ML tak makan dah sehingga waktu sahur. 2,3 hari ini ML perasan ML makan lagi lepas iftar. ML plan nak kurangkan 'perut' dan berat badan. :). Jadi malam tadi, ML dah rasa 'takut' Over Makan, jadi ML pun mengambil 3 biji OmegaGuard + Alfalfa Complex. Jom nyahkan kolesterol yang ML kumpulkan 2,3 hari ini.

Isnin, 29 Jun 2015

Nota ABDR untuk Beginner

Soalan: Saya mahu masak sendiri, jahit sendiri, buat sendiri, produk sendiri, bolehkah?

Jawapan: Buat apa susah payah mahu buat semua? Jual sahajalah apa produk yang sudah sedia laku di pasaran.

Fokus kepada MEMAKSIMAKAN PEMASARAN PERCUMA

Gunakan sepenuhnya facebook, fanpage, blog, instagram

Bina tabung modal dari hasil komisyen di atas. Tanpa perlu keluar modal. Paling tinggi pun RM100 sahaja untuk internet.

Mula dari situ dahulu.
Nota di atas untuk suri yang baru mula.

(Nota Pengasas ABDR, Pn Masayu Ahmad)

Untuk yang baru nak mula belajar berbisnes online sertai ABDR, Daftar sebagai Pengurus Online Akademi, atau dropship

Belajar sehingga mahir, baru buat produk sendiri



WhatsApp ke Lenny di 016 874 9195

Rabu, 24 Jun 2015

Catatan Ramadhan Ke 7

Assalamualaikum.

Bersiaran dari dalam komuter yang menuju KL Sentral. :)
Seronok juga kadang-kadang naik komuter ke KL. Teringat tahun lepas pergi Masjid Jamek. Nak beli barangan Raya.

ML dalam perjalanan menuju ke Shaklee Branch KL. Disebabkan masalah Kad Maybank, ML terpaksa personally bergerak ke branch untuk beli barang. A nice chance to take short journey and have nice views along the way. Berkaitan masalah kad Maybank, balik dari KL nanti ML akan uruskan melalui telefon.

Hidup ini Ujian

Ada ketika aku mempersoalkan takdir diri dan kehidupan. Aku mempersoalkan masa lepas. Kenapa begitu?  Kenapa begini?  kalau aku buat begitu,...