Khamis, 4 Ogos 2016
Kisah selepas 'Buang Angin'
Agak lama LBJ tak bersiaran. Wow!
Ingat tak entri terakhir LBJ cerita tentang 'buang angin'. Sebenarnya, ya memang berkesan untuk buang angin, tetapi kisahnya tak seperti yang disangka. LBJ sendiri pun tidak menjangka.
Hari tu, yang LBJ rasa nak demam tu, sebenarnya bukan sebab cuaca panas, tetapi disebabkan LBJ bakal diserang campak. Alhamdulillah. Walaupun kena campak namun LBJ tak diserang demam panas. Rasa macam nak demam sahaja.
Kisahnya begini. Hari Isnin, LBJ ada appoinmen di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak. Masa tu memang rasa lain macam. Sampai petang nya, memang terasa nak demam. Siap bagitahu nurse. Nurse kata boleh ambil panadol sekiranya demam. Mendiang mak LBJ pun kata demikian.
Lepas tu ok la, dah siap jumpa nurse dan check-up semua, balik la. Tapi memang rasa nak demam. Balik-balik terus telan panadol 2 biji, takut demam melarat jika lambat makan ubat.
Malamnya, minta En Husband 'buang angin'. Fuh memang lega lah masa tu. Badan jadi ringan, kepala pun rasa ringan. Lepas buang angin memang tak boleh kena kipas ataupun air-cond. Jadi malam tu, LBJ tidir di ruang tamu. Sebab anak dan husband tidur memang kena ada aircond.
Ok la. Tidur di ruang tamu. Tiba-tiba tengah malam dalam pukul 2 lebih pagi, badan menggigil macam nak demam. Badan tak panas pun. Bangun la LBJ. Bancuh milo, dan telan panadol. Dah badan rasa ok sikit,tak menggigil sambung tidur. Tapi tidur kejap je. Lepas berpeluh-peluh sampai basah baju. Kesan makan ubat.
Tak boleh tidur juga, Buat macam-macam gaya tidur, atas sofa, duduk, lantai dan macam-macam lagi. tadi boleh juga. Akhirya LBJ mengalah, pukul 4 pagi masuk bilik anak dan bapa sebab ada aircond untuk tumpang menyejukkan badan. Dapatlah tidur sampai pagi. LBJ pun ambil emergency leave sebab dah agak akan kena demam.
Pagi nya, dalam pukul 9 ke 10 macam tu rasa nak demam juga, telan panadol, kesannya berpeluh sampai lencun. Berehatlah mak buyong di bilik dari pagi sampai petang. Masa tulah benda ajaib berlaku.
Tengah baring di tilam ni, tiba-tiba rasa gatal kat belakang tengkuk. Pegang lah. Raba-raba ada bintik terus pecah dan berair. Ingat takde apa. Buat tak tau je sebab baru sebiji. Tak lama lepas tu rasa pula bintik kedua, tak jauh dari bintik pertama. Buat tak tau lagi sebab tak ada apa. Tak gatal, tak sakit.
Masa esok paginya, baru rasa terdetik minta En Husband tengokkan. En Husband pun kata takde apa. Petangnye, muncul suku sakat bintik tu penuh di kawasan perut, dan belakang. Pada masa itu, baru tahu diri dah kena campak.
Nasib baik LBJ tak kena teruk. Boleh berjalan lagi, boleh buat kerja. Dan paling penting tak terlantar demam. Alhamdulillah sangat. Mak LBJ sendiri dah tiada, masa sakit lah asyik teringat kalau mak ada kan bagus. Tapi apapun LBJ bersyukur, LBJ tak sakit teruk walaupun campak. Lepas tu, check up di klinik pun semua berjalan lancar, Alhamdulillah.
Tapi, sampai sekarang sakit kepala LBJ tak hilang lagi disebabkan campak tumbuh di kepada terasa macam kena migrain pun ada, Itu yang walaupun LBJ nak sangat buat entri di blog ini, LBJ buat tak tahu je. Sebab tak tahan sakit kepala dek ada campak.
OK lah setakat ini kisah musim sakit LBJ ya. Nanti ada ilham LBJ cerita lah lagi kisah-kisah lebih menarik.
Isnin, 25 Julai 2016
'Kua Sa' - Buang Angin
Sabtu, 23 Julai 2016
Minimalis.... jom
Konsep hidup minimalis pernah LBJ catatkan dalam entri-entri blog ini. Dan LBJ sebenarnya serius hendak aplikasikan konsep ini dalam kehidupan LBJ sendiri.
LBJ sendiri mempunyai banyak sangat barang-barang sehinggakan LBJ sendiri pening kepala fikir ke manakah harus disimpan barang-barang ini.
Entah bagaimana suatu hari, Allah bagi ilham untuk hidup kurangkan material dalam kehidupan LBJ sendiri. Alhamdulillah, bukan LBJ seorangs sahaja yang berperasaan begitu. Ramai lagi yang berperasaan begitu.
Jadi, bermulalah misi LBJ mencari panduan dan ilham bagaimana hendak implimentasikan dan mengamalkan konsep minimalis ini.
Dan Alhamdulillah, LBJ menjumpai beberapa blog berkaitan MINIMALIST dan SIMPLICITY di dalam internet. Dan LBJ sendiri letakkan dalam bloglist di blog ini (ada di bahagian bawah blog).
Otak Tak Lurus
Kebenarannya... LBJ memang banyak benda nak cerita di dalam blog ini.
Namun tiada rezeki dan kudrat untuk mengadap PC lama. Banyak sangat gangguan mental yang menyebabkan LBJ memilih untuk terus tidak mengarang.
Sebenarnya, ada banyak idea yang nak dicoretkan. Dek kerana kekuatan mental dan fizikal yang menurun, semuanya terbantut.
Bagaimana ya?
OK.
Biar LBJ catat sini sedikit apa nak conteng... nanti bila otak 'lurus' sikit LBJ karang :
1. Kehidupan Minimalis
2. Bagaimana nak membantu bisnes sendiri
3. Cara nak tarik pembaca
so... hint atas untuk LBJ sendiri karang nanti. Doa-doakan LBJ dapat ilham ya.
Promo Women Health Set ::::
Jumaat, 22 Julai 2016
Kebaikan OmegaGuard Shaklee:
1. Bagus utk proses otak - ditujukan khas kepada anak2 yang masih belajar.
Postage RM 10.60
Rabu, 20 Julai 2016
SAYA MUNGKIN IBU YG KEJAM KERANA...... (sharing dari post FB)
Sumber/Credit :
BeautifulNara.com
1) Anak2 dh ada rasa tggjwb. Dah pandai basuh pinggan sendiri. 1 hari akk speechless sbb anak yg 5thn lps mkn dia basuh sndr. Dan bersih dia basuh. Dia kata dia tgk along basuh dia tiru.
Selasa, 19 Julai 2016
Tips Clear Mesej Whatsapp
Assalamualaikum.
Hari ni nak share tips nak clearkan seclear2 nye mesej- mesej dalam whatsapp.
LBJ join group whatsapp tempat kerja dan join juga whatsapp group lain-lain seperti geng sekolah dan geng kolej. Tapi yang paling banyak mesej ialah group tempat kerja.
Tadi ingat nak clear chat saja nak bagi 'ringan' sikit otak hp ni. Tapi, disebabkan banyak sangat mesej, beberapa kali heng telefon.
Sampai LBJ dengan gigihnya delete mesej satu-satu. ITU SATU KERJA GILA.
Nak senang?
Tips nya... unsinstall Whatsapp. Dan bagi smartphone rehat jap. Lepas tu, install (semula) whatsapp app tu. Syaratnya, bila keluar mesej "want to restore" tu, tekan butang skip.
Kalau tak tekan butang skip, semua mesej lama datang balik.
Ok la tu je tips. Nak masuk tidur dah. Bye.
Hidup ini Ujian
Ada ketika aku mempersoalkan takdir diri dan kehidupan. Aku mempersoalkan masa lepas. Kenapa begitu? Kenapa begini? kalau aku buat begitu,...
-
Assalamualaikum. Hari ini cukup panas. Kalau duduk di pejabat tak rasa sangat sebab sepenuhnya air-cond. Duduk di rumah, memang terasa bah...
-
Assalamualaikum. ML saja nak kongsikan maklumat waktu operasi ASNB cawangan Putrajaya. Sebab ML sendiri pun baru tahu waktu operasi puk...
-
Assalamualaikum. Berjaya berpuasa di Ramadhan ke-2, Alhamdulillah. Walaupun pada saat-saat akhir kahak di tekak hendak membuat onar. Namun...



