Rabu, 21 Mac 2018
Macam mana?
Terasa banyak sangat yang hendak dibuat, sampai rasa baik jangan buat kan.
Saya cemburu dengan orang boleh melakukan banyak perkara. Kerana saya tak boleh.
Tinggalkan atau usahakan?
Rabu, 14 Mac 2018
Monolog dialog untuk kita semua
Assalamualaikum.
Kadang kita tersalah tujuan dan niat bila kata nak buat sesuatu. Seperti saya, saya fikir saya menulis untuk menjual. Tapi itu tidak memberikan apa-apa kepuasan langsung kepada hati saya.
Mulai hari ini, saya betulkan niat saya, saya menulis untuk menyebarkan kebaikan, kerana itu seruan dari Allah s.w.t. Menyeru kepada kebaikan adalah tugas kita sebagai muslim. Sebarkan kebaikan dan ajak kepada kebaikan.
Mari kita semua betulkan niat kerana Allah, dan buat sesuatu kerana nak 'serve' Allah. InshaAllah, apa yang kita buat tu, kita takkan bosan dan akan cuba buat sampai bila-bila. InshaAllah.
Khamis, 1 Mac 2018
Apa ada di 1 Mac 2018
Hari ini 1 Mac 2018. Ada perkara yang perlu diberi perhatian.
PERTAMA :
Hari ini pendaftaran online untuk anak-anak ke sekolah rendah.
Untuk anak-anak yang lahir pada 02.01.2012 sehingga 01.01.2013 - akan dimasukkan ke sesi 2019
Untuk anak-anak yang lahir pada 02.01.2013 sehingga 01.01.2014 - layak untuk kemasukkan sesi 2020
Jadi ibubapa take note ya.
Ahad, 25 Februari 2018
Kesihatan Adalah Perkara Sepanjang Masa
Bercerita tentang kesihatan ini, ini adalah isu sepanjang masa, dari dulu sampai sekarang, sehingga masa akan datang. Manusia akan berusaha sepanjang masa untuk meningkatkan kesihatan. Sebab itu kita masih melihat para doktor, para saintis dari dulu sampai sekarang mengkaji pelbagai aspek berkaitan kesihatan - ubat-ubatan, vaksin, punca penyakit, bagaimana hendak mengelakkan penyakit, bagaimana nak tingkatkan kesihatan dan sebagainya, ia berterusan sampai bila-bila.
Di Shaklee, tujuan asal Doktor Shaklee adalah untuk meningkatkan kualiti kesihatan masyarakat dan masih sehingga hari ini. Shaklee mengekalkan misi asalnya, kerana beliau percaya kesihatan adalah sangat penting.
Kita hari ini, kadang-kadang lupa akan pentingnya kesihatan. Sehingga satu saat kita jumpa doktor, doktor diagnos kita dengan penyakit itu penyakit ini, baru kita tersedar. Kesihatan akan menjadi highlight bila kita sakit. Tapi bila kita sihat kita lupa yang sihat itu kena diusahakan.
Badan kita kena dijaga diperhatikan, supaya kita mengurang seminimalnya risiko mendapat penyakit kritikal.
Usahakanlah dari sekarang, bersenam, makan makan berkhasiat dan seimbang, berhenti merokok dan alkohol. Dan berusaha untuk tambaha suplimen dalam amalan harian.
Jumaat, 23 Februari 2018
Mencuba Yoga Untuk Kesihatan

Khamis, 22 Februari 2018
Petua Kurangkan Silau Mata
Mulakan hari ini dengan niat untuk berbuat kebaikan kepada dunia. Maka apa-apa ilmu baik yang saya dapat, saya akan cuba kongsi dengan anda pembaca sekalian.
Hari ini saya nak kongsikan petua mengurang silau mata.
Petua ini dapat dari kakak ipar saya. Kredit kepada dia dunia akhirat.
Petuanya ialah minum satu sudu pati delima bercampur dengan madu setiap hari secara konsisten sehingga silau mata beransur pulih.
Isnin, 1 Januari 2018
Selamat Tahun Baru 2018
Hidup ini Ujian
Ada ketika aku mempersoalkan takdir diri dan kehidupan. Aku mempersoalkan masa lepas. Kenapa begitu? Kenapa begini? kalau aku buat begitu,...
-
Assalamualaikum. Hari ini cukup panas. Kalau duduk di pejabat tak rasa sangat sebab sepenuhnya air-cond. Duduk di rumah, memang terasa bah...
-
Assalamualaikum. ML saja nak kongsikan maklumat waktu operasi ASNB cawangan Putrajaya. Sebab ML sendiri pun baru tahu waktu operasi puk...
-
Assalamualaikum. Berjaya berpuasa di Ramadhan ke-2, Alhamdulillah. Walaupun pada saat-saat akhir kahak di tekak hendak membuat onar. Namun...







