Jumaat, 30 September 2022

My New Journey

 Assalamualaikum/ Hi.


Saya, Lenny Boniface adalah Dealer Public Gold.


Sekiranya kawan-kawan hendak membuat simpanan Emas dengan Public Gold Boleh wasap saya di


http://www.wasap.my/60168749195/EmasPG



Guru-guru kewangan sarankan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji perlu disimpan sebagai;


1. Dana kecemasan

2. Pelaburan masa depan

3. Perbelanjaan penting masa depan


Bagi penyimpan emas, sebahagian daripada 10% itu boleh digunakan untuk beli emas melalui #AkaunEmasGAP Public Gold, #1gram1bulan. Disiplinkan yang itu dulu.


Selebihnya terpulanglah nak letak dalam Tabung Haji atau ASB.


Nanti sedar-sedar hujung tahun, kita dah ada 12 gram. Itu bukan sahaja simpanan kalis inflasi, paling penting, ia akan jadi simpanan KALIS BOROS.


http://www.wasap.my/60168749195/EmasPG

Khamis, 24 Februari 2022

APA PENTINGNYA ESP INI UNTUK BADAN KITA?

 Assalamualaikum.

APA PENTINGNYA PROTEIN / ESP INI UNTUK BADAN KITA?
👍👍ESP adalah sumber protein - protein pula komponen yang membina kulit, rambut, kuku, dan otot kita
👉👉Setiap inci tubuh badan kita memerlukan protein untuk berfungsi. Jadinya ESP dapat membantu untuk membekalkan keperluan protein yang cukup untuk badan.

APA TANDA KITA KEKURANGAN PROTEIN?
👉Selalu penat dan mengantuk
Rasa penat sebab kuat kerja atau tak cukup rehat tu normal. Tapi yang tak normal kalau terlalu kerap sangat penat dan badan rasa lemah je, ditambah rasa mengantuk nak tidur je walau kita tidur awal. Itu tandanya badan kita dah start bagi signal kekurangan protein.
Dalam protein ada asid amino yang penting untuk pergerakan oksigen dalam darah.
Kurang protein > kurang asid amino > kurang sumber oksigen salur ke sel dan organ > penat, letih, tidak bermaya, nak tidur
👉Kulit kelihatan kusam, mudah breakout dan tona kulit tak lawa
Salah satu kepentingan protein untuk kecantikan kulit ialah untuk membina sel-sel kulit yang baru atau ‘baby skin’ yang sihat.
Cycle kulit kita ni lebih kurang sama macam period juga, 28 hari. So kalau korang tak cukup protein intake, itu yang kulit jadi kusam sebab sel-sel kulit baru kekurangan blok asas penting iaitu protein.
👉Bila protein tak cukup, ditambah dengan sel kulit yang dah kena attack dengan radikal bebas daripada sinaran matahari, itu yang macam-macam masalah kulit timbul 1 persatu. Protein ni la yang dapat membantu untuk membaiki sel-sel kulit yang sedia ada.
👉Selalu rasa nak mengunyah
Kita baru lepas makan tapi masih rasa nak capai snack, biskut atau apa-apa la asal boleh mengunyah. Ini memang antara petanda badan kita kurang protein. Perut kita paling lambat nak hadam protein jadinya bila kita consume protein kita akan rasa kenyang lebih lama.
Kalau badan kitra kurang protein, makanlah banyak mana pun takkan rasa kenyang. Badan bagi signal rasa lapar sentiasa and kita akan craving makan makanan yang tinggi karbohidrat, yang manis-manis, snacks sebab nak kenyang cepat.
👉Rambut mulai rapuh dan gugur banyak daripada biasa.
Rambut kita juga diperbuat daripada protein. Bila badan kita tak cukup protein, badan kita masuk ke “‘starvation mode” .
Means badan kita akan start tarik protein daripada anggota badan yang tak penting seperti rambut dan kulit untuk salurkan protein kepada organ badan yang penting. Sebab ni lah rambut mula rapuh lepas tu gugur.
👉Kerap demam selsema
Korang tahu tak sistem imun badan kita diperbuat daripada protein?
Bila badan tak cukup protein, kita tak mampu nak melawan jangkitan virus. Sebab itu kita senang jatuh sakit.
Bila kita kurang protein, badan kita akan gunakan protein yang ada dalam badan untuk bagi organ badan berfungsi dan ada tenaga. Pada asalnya protein itu sepatutnya digunakan untuk membina otot, sistem imun, rambut, kuku, sel kulit.

⚠️⚠️So boleh nampak effect yang akan berlaku apabila korang kurang protein?
Korang tak perlu risau lagi sebab ESP ni memang membekalkan kandungan protein yang mencukupi serta mudah diserap oleh badan.🎯🎯









Consume ESP settle masalah sebab manfaat ESP cukup lengkap dah.♥️♥️
Perlukan ESP ? Nak Order?
Click link di bawah untuk order ESP
LENNY BONIFACE
Mama Jual Shaklee
Shaklee Independent Distributor
(Location : Bandar Baru Bangi, Cyberjaya, Putrajaya & Sepang)


Selasa, 22 Februari 2022

Kehidupan Kuarantin Kendiri

 Assalamualaikum.

Alhamdulillah diberi kesempatan dan juga peluang untuk menceriakan kembali blog ini. Kak Lenn tengah menjalani kuarantin kendiri waktu ini. Hari ini, hari ke-5 , berbaki lagi 2 hari. Alhamdulillah, Kak Lenn sihat. Dalam menjalani kuarantin kendiri ini, Kak Lenn istiqomah makan vitamin C Shaklee setiap hari dan minum air secukupnya. 

Banyak perlu disyukuri semasa diberi tempoh kuarantin ini. Pertama, dapat berehat sepuas-puasnya. Kedua, boleh melakukan projek-projek kecil yang selama ini ter-postpone tak berkesudahan. 

Antara projeknya ialah mengemas/declutter bilik, menjahit barang-barang yang koyak seperti patung beruang dan juga seluar. 


                                            




Mula-mula kuarantin tak boleh nak buat apa pun, sebab rasa seram sejuk, batuk dan flu. Tapi selepas beberapa hari, badan makin ok, mulalah kerja-kerja projek kecil tersebut.

Syukur sangat dapat menyiapkan kerja-kerja tergendala selama ini.

Walaupun pada mulanya, Kak Lenny amat risaukan anak-anak, sebab rapat dengan mereka, tetapi Alhamdulillah, anak-anak sihat , dan tidak ada gejala, dan juga seisi rumah sihat.

Jadi nasihat Kak Lenn, pada musim pandemik ini, jagalah SOP seperti yang disarankan oleh KKM. Usahlah ketegaq nak menang saja. Jaga diri dan keluarga daripada dijangkiti covid19. Kalau boleh vaksin tu, vaksinlah. 

Dan musim-musim pandemik ini, dan juga bukan pandemik, amalkanlah makan vitamin C. Kerana badan kita perlu sihat dan kuat untuk melawan penyakit.

Setakat ini dahulu coretan kali ini. InsyaAllah, musim kelapangan akan Kak Lenn catatkan lagi pengalaman-pengalaman Kak Lenn.


LENNY BONIFACE
Mama Jual Shaklee
Shaklee Independent Distributor
https://www.wasap.my/60168749195/




PROMO FEB 2022



Khamis, 9 Disember 2021

Menghitung Hari ke Tahun Baru 2022

 Assalamualaikum.

Dah tinggal beberapa hari lagi nak masuk 2022. Apakah kita mencapai azam tahunan kita? Atau kita sebenarnya tak kisah pun tahun-tahun yang berlalu.

Kak Lenn, kadang-kadang tak kisah, kadang-kadang kisah akan azam tahun baru ni. Dan azam baru ( bukan azam tahunan) Kak Lenn ialah :

  1.  Nak masuk kelas Yoga
  2.  Nak cari kelas Mengaji Quran
  3.  Nak konsisten promote business Kak Lenn- Shaklee Biz
  4. Menulis diari atau Jurnal
  5. Membaca lebih banyak buku 
  6. Berdisiplin dalam menguruskan masa
  7. Minimalis dan organize dalam kehidupan rumah tangga
  8. Capai Goal / Target sendiri

Inilah antara azam baru Kak Lenn. Semoga bermula sekarang Kak Lenn konsisten lakukannya.

Doa-doakan ya.


Promo Disember 2021 :




LENNY BONIFACE
Mama Jual Shaklee
Shaklee Independent Distributor
https://www.wasap.my/60168749195/


Isnin, 2 Ogos 2021

Promosi BUlan Ogos 2021

 Assalamualaikum.

Sudah masuk bulan Ogos 2021, dan seperti kebiasaan di Shaklee, setiap bulan ada promosi di Shaklee.

Mari Kak Lenn share apa Promosi bulan ini.



So ini Promosinya:

1. Set Love Your Body -* Beli Ser ini dapat Mug Limited Edition PERCUMA

2. Set Healthy Glow - * Beli Ser ini dapat Mug Limited Edition PERCUMA

(Note: Terdapat 4 Warna yang boleh dipilih, tetapi semuanya adalah berdasarkan STOK YANG MASIH AVAILABLE)

So, Siapa-siapa yang peminat setia Shaklee dan ingin dapatkan MUG LIMITED edition ini, cepat-cepat contact Kak Lenn untuk dapatkan MUG ini dengan PEMBELIAN.





Promosi yang lain:

3. Dapatkan VOUCHER RM 30 Dengan Pembelian Cleanser YOUTH + Night Cream YOUTH (Light or Rich).

Untuk Promosi disebut di atas, SEMUA LAYAK untuk PPERCUMA KEAHLIAN DAN PERCUMA PENGHANTARAN.

Promosi berlangsung dari 1 Ogos -31 Ogos 2021, dan tertakluk kepada Stok yang masih ada.

Untuk sebarang pertanyaan boleh klik link WASAP di bawah ya.


LENNY BONIFACE
Mama Jual Shaklee
Shaklee Independent Distributor
https://www.wasap.my/60168749195/

Selasa, 27 Julai 2021

REVIEW KDrama - Awaken

 Assalamualaikum. 

Kak Lenn OFF DAY agak panjang minggu ini, maka sempat habiskan 16 episod KDrama bertajuk AWAKEN.

Kak Lenn adalah peminat drama penyiasatan, thriller, pembunuh bersiri, cerita polis, cerita paranormal dan horror. So hari ini Kak Lenn nak buat review tentang Drama AWAKEN (tahun 2020) ini. Pada sesiapa yang belum menonton drama ini, review ini mengandungi SPOILERS ye.



Let's start.

Berdasarkan apa yang Kak Lenn perhatikan, drama ini adalah campuran sci-fi, dan penyiasatan. Kalau nak diikutkan, unsur-unsur kepolisan adalah bagai hiasan sahaja.


Do Jung Woo

Mengisahkan Do Jung Woo (watak utama) polis yang diarahakan menyiasat beberapa siri pembunuhan diri dan mengesyaki kes-kes ini bukan pembunuhan biasa. Do Jung Woo ini adalah ketua pasukan Unit Khas. Di dalam unit ini ada polis wanita bernama Gong Hye Woo (watak utama juga) dan dibantu oleh 2 watak sampingan lagi (yang Kak Lenn tak ingat nama). So Team Khas ini mempunyai 4 pegawai. Dan cara team ini mengendalikan kes adalah lain macam (orang kata). 


Gong Hye Woon

Jadi, siasat punya siasat, rupanya kes bunuh diri ini mempunyai amaran awal sebelum kejadian bunuh diri berlaku. Dan kes yang bakal berlaku melibatan seorang VIP yang terkenal dan kaya nama dia Sin Ho Min. Pendekkan cerita, Son Ho Min mempunyai kaitan dengan kes-kes bunuh diri sebelum ini dan juga berkait pula dengan satu kejadian 28 tahun sebelum itu di suatu kawasan dinamakan Kampung Malam Putih.

Drama ini banyak scene flashback ye. 

Kemudian, entah macam mana, Polis Korea menjemput seorang pegawai FBI dari US bernama Jamie Leigh, dia ni orang Korea yang mempunyai kerakyatan US. Tambah lagi seorang bijak dalam team penyiasatan ini. Dalam drama ini banyak plot twist.


Jamie Leigh

Pendekkan lagi cerita, rupanya Jamie Leigh ini mempunyai kaitan dengan Kampung Malam Putih, cuma dia tak boleh ingat semua kejadian lalu, kemudian pula, Do Jung Woo pun confess yang dia pun dari Kampung Malam Putih. 

Banyak sangat plot twist, sampai Kak Lenn pun confuse. Takpe-takpe, Kak Lenn cuba cerita lagi.

Drama ini banyak berkisar antara 3 watak utama ini. Ada 1 watak lelaki (yang dipanggil Budak Ketiga) yang nak kata utama tak utama sangat. Pada mulanya, Kak Lenn ramal 2 watak utama ini Mutant. Tapi meleset sekali ramalannya.

Kita terus pada Kampung Malam Putih 28 tahun dahulu yang menjadi isu utama drama ini. Kampung ini terletak di sebuah pulau. Dan ia mempunyai satu fasiliti di situ yang menempatkan ramai kanak-kanak. Ingatkan ini tempat kebajikan anak-anak yatim ke, rupanya bukan. Apalah tempat ini? Ia adalah sebuah fasiliti penyelidikan sains yang menggunakan kanak-kanak dan manusia lain untuk buat kajian tentang ubat untuk mengekalkan usia muda sehingga bila-bila, supaya tidak boleh mati. (Ada pulak macam tu). Saintis-saintis di pulau itu akan mengambil anak-anak gelandangan atau mana-mana anak yang tidak dikehendaki dimasukkan di situ, dan seorang demi seorang dijadikan bahan uji kaji.

Ingat cerita 'Fountain of Youth'? Ini lah saintis-saintis ini cuba ciptakan, menggunakan darah-darah kanak-kanak yang mereka ambil. Do Jung Wo dan Jamie Leigh pun pernah tinggal di situ. Cuma mereka bernasib baik berjaya melarikan diri sebelum menjadi korban saintis-saintis tersebut. Dalam kejadian melarikan diri itu, ada 3 budak yang berjaya melarikan diri iaitu Do Jung Woo, Jamie Leigh dan 1 lagi budak misteri.

Saintis-saintis di Kampung Malam Putih ini dibiayai oleh Yayasan Malam Putih. Dan orang-orang dalam Yayasan Malam Putih ini adalah orang-orang mempunyai kuasa, pangkat dan duit. Sebab itu, kegiatan haram mereka membunuh anak-anak tidak dapat dikesan. Sehinggalah Do Jung Woo nekad hendak bongkarkan jenayah Yayasan Kampung Putih. Dialah hero. 

Kak Lenn tak cerita dengan se-terperinci ye. Sebab panjang sangat kalau nak review macam tu.

Kemudian, apabila Jamie Leigh sedar (awaken) dari amnesia dia, rupanya dia adalah kembar Do Jung Woo. Ini dah agak dah, cuma Kak Lenn tak sangka mereka dua yang kembar, ingatkan ada seorang lagi dari mereka yang kembar dia. Kemudian, mereka pulak adalah anak kandung saintis GILA di Kampung Malam Putih, Saintis wanita (tak ingat nama). Lawa. Saintis ini telah mencuba serum fountain of youth yang mereka kaji, dan dia kekal muda walaupun selepas 28 tahun.

Ending dia senang diagak je. Cuma adalah beberapa kejadian yang Kak Lenn kurang terima akal lah, iaitu, masa Jamie terkandas di Pulau Kampung Malam Putih, untuk melawat kawasan bersama seorang wartawan. Masa itu, ada satu kejadian gengster-gengster cuba menculik dia dan wartawan, tiba-tiba 'budak ketiga misteri' muncul, cuba bunuh Jamie. Tengah-tangah nak bunuh ni, Do Jung Woo, entah dari mana muncul selamatkan Jamie. Heran-heran. Macam mana dia sampai pulau tu tanpa bot? Si Budak Ketiga Misteri pun sama, macam mana dia sampai? Terbang? Ada lagi laa beberapa scene tak masuk akal. Tapi nak cakap apa kan, nama pun fiksyen.

Keseluruhan ke-best-an yang Kak Lenn dapat dari Kdrama ini - NICEEE.. boleh layan. 




LENNY BONIFACE
Mama Jual Shaklee
Shaklee Independent Distributor
https://www.wasap.my/60168749195/

Jumaat, 23 Julai 2021

The Things We Can Change

 Assalamualaikum.

Hari ini 23.07.2021, kes baru sudah mencecah 15K. Kami dah tak tahu nak cakap apa dah. Personally bagi Kak Lenn, takyah blame mana-mana pihak pun. Ini act of nature ataupun dikenali sebagai Qada' Qadar Allah s.w.t.. Kak Lenn berpendapat (personally, walaupun apa kata WHO), 'tsunami covid-19' ini akan reda sendirinya, bak kata omputih "what's goes up must come down". 

Kita, rakyat dan pihak pemerintah dah cuba terbaik dah. Tapi kes tetap meningkat. So, stop blaming anyone, everyone, the world etc. etc. etc.

Sekarang, Kak Lenn adalah masa terbaik untuk kita perbaiki diri, tambah kebaikan di dalam diri dengan beramal sebanyak mungkin. Tak kira, kita bersalah atau tak, tak kira dunia ini akan pulih atau tidak. THE ONLY THING WE CAN CHANGE IS OURSELVES.

Kak Lenn cuma boleh ubah diri sendiri iaitu, mencari pahala dengan beribadah, mengaji quran, melatih diri untuk selawat/zikir, mengubah cara pemikiran dan cara pandang dunia ini. Biarlah sedikit zikirnya, atau selawatnya, tapi setiap hari sentiasa ada. Itu lah perubahan yang kita nak.

Let nature take its course. Ada mungkin yang kata ini adalah konsipirasi dunia. Ada mungkin yang kata ini adalah sebab dari dosa kita. Tapi tak kira dari sebab apa pun, musibah ini datang dari Allah s.w.t. , jadi kita kena minta dengan Allah dan kembali kepadaNya. Hanya Allah yang akan mengembalikan kebaikan ke dunia. Tetapi, kita sebagai hamba wajib beriman kepadaNya dan memohon kepadaNya.

Jadi kita cuba tambahkan keimanan kepadaNya dan bertaubat kepadaNya. Semoga dunia ini kembali pulih seperti sedia kala. Amin.



LENNY BONIFACE
Mama Jual Shaklee
Shaklee Independent Distributor
https://www.wasap.my/60168749195/


Hidup ini Ujian

Ada ketika aku mempersoalkan takdir diri dan kehidupan. Aku mempersoalkan masa lepas. Kenapa begitu?  Kenapa begini?  kalau aku buat begitu,...