Salam.
Semalam saya telah mencatatkan sasaran baru untuk diri saya. Hari ini, saya akan menceritakan perjalanan ke sasaran itu. Perjalanannya biasa-biasa sahaja. Kerana biasa-biasa itulah yang membebankan saya. Kerana saya merasakan biasa-biasa itu membosankan. Namun, seperti sebuah entri yang pernah saya catatkan, perjalanan untuk menuju sifat istiqomah itu diulit perasaan bosan, kerana kita akan mengerjakan perkara yang sama berulang-ulang. Hanya orang yng betul-betul nekad dan keazaman tinggi akan melepasi halangan "bosan" itu.
Apa yang saya buat hari ini? Mengemas kawasan bilik saya. Mengemas adalah kerja yang paling berat bagi diri saya. Kerana selama ini, sebelum kahwin, kehidupan saya memang tidak pernah ada kekemasan lah.
Tapi kali ini, dek kerana saya ada sasaran baru iaitu saya ingin fokus yang tinggi kepada perniagaan online saya, saya perlukan kawasan kerja yang bersih dan kemas, supaya saya dapat melakukan kerja dengan selesa. Dan saya akui, bilik yang berselerak menyebabkan otak tak boleh fokus. Dan mulai saat ini, saya kena pastikan kawasan bilik tempat saya bekerja tersusun dan kemas. In shaa Allah, moga Allah permudahkan urusan saya. In shaa Allah saya akan upload-kan gambar sebelum dan selepas proses mengemas saya. (Hehehe) Dengan bertapislah. Sebab malu lah nak tunjuk keburukan diri kan.
Cuba tengok, untuk istiqomah dalam mengemas sudah cukup susah untuk diri saya. Namun saya akan cuba melakukan terbaik, demi mencapai sasaran saya untuk masa depan yang saya idam-idamkan - WAHM.
Jazakallah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Bulan ZulHIjjah dan Puasa Sunat
Assalamualaikum. Kita sudah memasuki bulan Zulhijjah. Haritu aku tertanya la, bila puasa sunat Arafah? kepada rakan sekerja. Rupanya ada Pu...
-
Assalamualaikum. ML saja nak kongsikan maklumat waktu operasi ASNB cawangan Putrajaya. Sebab ML sendiri pun baru tahu waktu operasi puk...
-
Berikut adalah beberapa faktor keuntungan simpanan emas untuk tuan puan fahami. 1. Nilai Kekal : Emas memang terkenal dengan nilai yang s...
-
Salam. Alhamdulillah. Alhamdulillah lahir lagi satu produk baru di ABDR, sebuah e-book 'based on true story' seorang suri yang ...


Tiada ulasan:
Catat Ulasan