Memaparkan catatan dengan label Jurnal Hamil. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jurnal Hamil. Papar semua catatan

Rabu, 18 Mei 2016

Jurnal Kehamilan LBJ : 10

Assalamualaikum.

Hari ini LBJ tak ada apa-apa yang menarik, cuma hari ini mengidam nak Aiskrim berkacang, dan mi cina. :)

Jadi, LBJ ceritakan tentang appoinment detail scan pada Isnin lepas.

LBJ dijadualkan untuk detail scan pada Isnin lepas di Hospital Serdang. Appoinmen pukul 2 petang. Jadi LBJ bertolak dari pejabat dalam pukul 12.30 tengahari dan pergi pick up En Husband. Sebab En Husband yang akan hantar LBJ ke Hospital Serdang untuk mengelakkan masalah cari parking.

Sampai di hospital lebih kurang 1.30 petang, terus pergi ke pendaftaran. Yang paling best appoinmen petang ialah pengunjung hospital sikit. :). Sebab itu LBJ lebih suka pilih appoinmen waktu petang.

Dah mendaftar semua, LBJ pergi solat, lepas itu pergi beli sedikit makanan sebab tak sempat nak lunch.

Pukul 2 terus masuk Klinik O&G. Semua urusan berjalan lancar dan cepat. Sekejap sahaja LBJ dah kena panggil doktor untuk ultrasound detail scan.

Wah lancar sungguh. Doktor pun baik dan peramah. LBJ lupa pula nak doktor. Tapi dalam buku pink ada cop namanya.

Secara keseluruhan, baby sihat dan baik. Semua ok. Alhamdulillah. Cuma jantina belum lagi nampak juga. Jadi kena bersabar lah.

Secara jujurnya, emosi LBJ sebenarnya kurang stabil kebelakangan ini. Kenapa ya?

LBJ sendiri terasa tertekan sebab banyak benda yang ingin LBJ buat semasa kehamilan ini. Tetapi, stamina tak begitu mengizinkan.

Doakan yang terbaik untuk LBJ ya,


Isnin, 9 Mei 2016

Jurnal Kehamilan LBJ : 8

Assalamualaikum.

Sekarang LBJ duduk di kerusi klinik ibu dan anak menunggu.

Hari ini check up antenatal. Ikut kiraan, minggu ke-22 hari ini.


LBJ tengok macam ramai dari biasa hari ni.  Ataupun perasaan sahaja.

Rasa baby dalam perut gerak-gerak. Rasa macam nak terkencing bila dia gerak.
Dulu, ada kawan LBJ tanya, "Tak rasa geli-geli ke baby gerak?" Masa tu, baru dapat Iman. LBJ gelak je la. Kata mana ada.

Haa.. pregnant kali ini, rasa lah geli-gelinya.


******************

Bahagian atas bintang-bintang tu, catatan semasa duduk menunggu di klinik. Ini catatan duduk di depan PC sendiri pula.

Ya Allah, punya lah hati nak buat itu buat ini, tapi kan.... kejap-kejap je hilang ingatan. Kejap lagi, terbuat benda lain. Memang attention span LBJ teruk sangat ni.

Ini sebenarnya nak duduk depan PC nak buat kerja-kerja Sharing Kebaikan Shaklee... akhirnya semua ke laut. 

LBJ tak nafikan, masa mengandung ini lah LBJ selalu terlupa. Haduh... Ini kena makan Lecithin dan OmegaGuard Shaklee nih. 

Sebenarnya, LBJ sendiri ada  MENTAL CLUTTER yang perlu diatasi, tambah lagi dengan kehamilan... tambah-tambah lagilah hilang ingatan dan hilang fokusnya.

Sebenarnya ada benda nak cerita di akhir bahagian ni. Boleh lupa pula.

OK LBJ sambung esok. Ada kemungkinan sebab badan penat menyebabkan kehilangan fokus.

Khamis, 28 April 2016

Jurnal Kehamilan LBJ : 7

Assalamualaikum.

Catatan kehamilan hari ini : Hari ini rasa perut sendat sikit. Ya lah, baby dah makin besar. Walaupun LBJ rasa macam perut kecil je, tapi realitinya baby makin besar dalam perut.

Minggu depan akan masuk bulan ke-6.

Cepat masa berlalu. Dah nak masuk bulan Mei, dan lepas itu bulan Jun - Bulan Ramadhan.

LBJ ingin sangat rakamkan gambar preggy LBJ. Ye la, mana tahu akan datang tak preggy dah sebab faktor usia dan kesihatan. So better LBJ ikut instinct LBJ.

LBJ bukan niat nak menunjuk. Tetapi niat LBJ ingat abadikan bentuk badan preggy LBJ untuk kenangan LBJ di waktu 'tua' nanti. Heheheh.

Betul lah. Kalau LBJ nak fikir sangat pasal pandangan orang, mana lah LBJ nak jalani kehidupan sendiri. Ikut cakap orang, takut pandangan negatif orang, akhir sekali LBJ sendiri akan melepas menjalani hidup. Hidup biarlah kerana diri sendiri dan keluarga, bukan pandangan orang asing yang tak kenal langsung dengan kita. : )

OK. Esok LBJ akan rakamkan gambar preggy LBJ. :)

Catatan tambahan, LBJ mimpi buruk semalam. Mimpi bleeding. Memang menakutkan sampai nak nangis lah. Allahu... sehingga saat ini LBJ berdoa sungguh-sungguh baby dalam kandungan dipanjangkan usia dan dilindungi. Tak sanggup LBJ menghadapi kehilangan.

Oh ya... PROMO Shaklee tinggal 2 hari lagi. Sesiapa ingin mendapatkan produk Shaklee dengan harga promo, hanya whatsapp sahaja ke 016 874 9195.

Rabu, 20 April 2016

Jurnal Hamil LBJ : 6

Assalamualaikum.

Ya Allah penatnya sekarang ini. Sepanjang hari berada di Hospital Serdang untuk check-up ECHO, dan Combine Cardio.

Sekarang ini terasa nak baring terus tak nak bangun. Tapi nekad juga nak catatkan Jurnal Hamil ini. Penat badan ini sebab menunggu lama.

LBJ ini sejak dari lahir mengidap penyakit jantung berlubang. Agak kronik juga la. Tapi Alhamdulillah, LBJ menjalani pembedahan pembetulan jantung pada usia 12 tahun. Alhamdulillah, selepas pembedahan itu LBJ hidup dengan lebih sihat.

Namun, kes macam LBJ ini, harus follow-up di hospital untuk monitor fungsi jantung.

Jadi, apa cerita pada hari ini? LBJ terlambat nak pergi ke Hospital kerana Iman bangun awal, jadi kena pujuk dia dulu sebelum boleh bergerak. LBJ bergerak dalam pukul 7.40 pagi (lebih kurang). Encik husband yang hantarkan. Parking di hospital amatlah sukar. Anda pun faham kan.

Sampai di hospital, LBJ makan sarapan dulu. Tak nak berlapar nanti menunggu. Dan beli roti letak dalam beg in case memang lama sangat sampai tak boleh lunch. * Pesanan LBJ, sekiranya pergi ke hospital kerajaan untuk check-up di klinik pakar, bawalah bekalan sikit. Sebab masa menunggu sangat lama, kerana pesakit hospital kerajaan bukan sikit ya.

Lepas dah settle isi perut dan lain-lain, LBJ pun pergi ke kaunter pendaftaran. Hari ini LBJ tak ambil gambar kertas no giliran. No LBJ 1229, dan no yang sedang dipanggil ialah 1045 (lebih kurang macam tu). Lama juga menunggu. Tapi tak apa, LBJ dah biasa. Tapi, LBJ puji la kaunter pendaftaran. Memang laju layan orang ramai. Bayangkan lebih 100 orang boleh settle dalam sejam. Kira laju la. Kalau ikut calculation LBJ, 5 minit seorang pelanggan.

Alhamdulillah, LBJ dapat daftar pada pukul 9.30 pagi, dan terus ke Klinik Pakar Kardio untuk ECHO.

Di klinik Echo memang lama ya. Bukan first time LBJ datang klinik kardio. Kenapa lama? Sebab seorang pesakit minimum mengambil masa 30 minit untuk buat ECHO. Bukan senang buat ECHO. Kena scan, tangkap gambar. Cari angle lain, scan, tangkap gambar, check pula bunyi jantung. LBJ sendiri mengambil masa lebih 1 jam untuk proses ECHO. Berita agak tak sedap, jantung LBJ tak berfungsi dengan optimal.Tapi LBJ masih dalam keadaan ok.

Baring di katil ECHO sambil tengok MA buat scan. Tapi satu pun LBJ tak faham. Ya la, gambar hitam putih, ada graf bagai. Hanya MA yang faham.

LBJ siap di ECHO dah pukul 3.10 petang. Lepas itu, kena pergi ke Klinik O&G untuk Combine Cardio. Di sana LBJ jumpa balik doktor yang pernah LBJ jumpa beberapa bulan lalu. Alhamdulillah kandungan ok.

Lain-lain details LBJ tak boleh nak catatkan di sini, sebab LBJsendiri tak faham terma-terma medical kan.

Dan Setakat ini dulu catatan kali ini. LBJ perlu berehat. Semoga Allah berikan kesihatan baik dan sempurna kepada LBJ dan anak dalam kandungan ini. Amin.

Selasa, 19 April 2016

Jurnal Hamil LBJ : 5

Assalamualaikum.

Hari ke-2 puasa ganti. :( Tapi hari ini tak dapat bagun sahur. Mula-mula LBJ buka mata tengok jam di HP 04.30 pagi. Lepas itu, pejam mata sekejap ( kejap la sangat), buka balik mata tengok balik jam di HP dah 06.15 pagi. Melepas la waktu bersahur.

Tapi LBJ nekad juga nak berpuasa. Niat sahaja. Alhamdulillah walaupun tenaga memang habis, tapi LBJ berjaya juga berpuasa sampai akhir. Yeay!!!

Tak bersahur memang terasa badan tak larat sangat. Semua tak larat. Nasib baik di ofis hari ini kerja tidak banyak, jadi banyak berehat untuk reserve tenaga. Hihihi.

Baby setakat ini banyak bergerak. Sejak semalam lagi. Semua ok. Cuma mood sangat tak elok. Banyak la isu yang tak boleh cerita di sini. Tapi, LBJ akan cuba stay positif, moga-moga Allah akan bagi ketenangan dan kemenangan kepada LBJ.

Dalam kepala ada projek. Projek nak update dalam blog ini gambar-gambar yang cantik yang LBJ tengok dalam FB, dan juga update resepi-respi dari FB juga, dan juga tips-tips self development yang bermanfaat untuk semua.

Kenapa LBJ plan buat macam tu ya? Sebab selalunya bila artikel yang menarik LBJ akan share di wall Profile. Tetapi masalahnya apabila wall profile dah terlalu banyak share, LBJ sendiri susah nak cari balik artikel yang LBJ nak rujuk balik. Kira sebenarnya untuk rujukan LBJ sendiri.

Semoga dipermudahkan lah ya.


Jumaat, 15 April 2016

Jurnal Hamil LBJ : 3

Assalamualaikum.

Hari yang cukup panas. Dah beberapa hari dah macam ini. Doa moga hujan akan turun tak lama lagi.

Hari ini hari Jumaat, sepatutnya tengah hari rehat tadi LBJ membuat kerja marketing produk Shaklee.
Terganggu pula plan. Redha je la.

Hati LBJ nak sangat berjaya dalam bisnes Shaklee ini. LBJ memang patut catat dalam blog ini perjalanan LBJ cuba mencapai kejayaan dalam bisnes Shaklee. Walaupun bayang tak nampak lagi, tapi hatu tetap yakin LBJ boleh melakukannya. In shaa Allah dengan usaha dan doa yang berterusan.

Badan hari ini ok, cuma semasa nak balik kerja tadi perut pula rasa lain macam. Nak kata tegang bukan, nak kata sakit pun bukan. Jadi sebelum balik itu, LBJ berehat dulu. Tak nak stress-stress. Tak nak apa-apa yang tak diingini berlaku.

Alhamdulillah.

LBJ buat catatan caca merba lah hari ini.

Nak catatkan bukan senang nak berjaya jika tak ada keazaman dan disiplin yang tinggi. Semoga LBJ boleh capai 2 sifat tu, azam yang kuat dan berdisiplin.

Dua tiga hari ini, LBJsentiasa ingin mencari ilmu macam mana nak tarik pelanggan online. Dan dalam proses belajar lagi. Sekiranya dah kuasai nanti, in shaa Allah LBJ kongsikan bersama anda sekalian.

Jika korang ada tips untuk marketing online boleh share dengan LBJ, sila komen ya. Terima kasih in advance.







Khamis, 14 April 2016

Jurnal Hamil LBJ 2.

Assalamualaikum.

Hari ini, terasa sakit belakang dan rasa tak selesa di bahagian perut.

Alhamdulillah, tak apa yang pelik-pelik hari ni.

LBJ rasa belum masa lagi merasa apa-apa di bulan ke-5 kehamilan. Tapi fikir balik ini adalah trimester kedua - tengah-tengah trimester kedua. Patut la rasa banyak benda.

Semasa hamilkan Iman tak buat catatan jadi tak ingat pun bulan ke-5 apa jadi, bulan ke 6 apa jadi. Nekad dah LBJ nak buat catatan kehamilan kali ini.

Terasa juga baby bergerak-gerak. Jadi, biasanya kalau LBJ rasa macam pelik sikit, LBJ akan google untuk info berkaitan kehamilan minggu ke minggu. Jadi, memang normal sakit belakang dan lain-lain pada minggu ke 19. Nanti LBJ attachkan link website yang boleh dilawati untuk bacaan tambah info.
Ok lah setakat ini Jurnal Kehamilan. Esok jumpa lagi.

Rabu, 13 April 2016

Jurnal Hamil LBJ : 1

Assalamualaikum.

Hari ini bermula lah Jurnal Hamil LBJ.

Target minimum 7 ayat sehari. Dan LBJ akan catatkan apa-apa yang berkaitan kehamilan LBJ yang LBJ sedang lalui serta dimasukkan juga apa-apa tips berkaitan kehamilan.

LBJ betul-betul kagum lah dengan sikap orang putih yang suka menyimpan jurnal. Mereka mencatatkan jurnal dengan teliti dan serius melakukannya. LBJ pun nak simpan jurnal juga. Dan LBJ rasa lebih baik mulakan dengan Jurnal Hamil ini (biarpun online) tapi kita nak mulakan HABIT mencatat Jurnal ini.

Berbalik kepada kehamilan. Hari ini semua ok. Cuma rasa tegang 3 kali. Iaitu semasa berjalan-jalan bersama kawan sewaktu lunch tadi. Balik pejabat tadi dan masa Asar tadi.

Walaupun kehamilan bulan ke-5, LBJ harus berahti-hati. Kandungan dah mula stabil, tetapi pengalaman keguguran tahun 2011 membuatkan LBJ sangat beringat dan sangat berhati-hati.

LBJ selalu tengok perut sendiri. Perasaan nak perut nampak ketara supaya orang sekeliling lebih peka. ( Boleh gitu)

Perut LBJ memang kecil masa mengandung. Ini dah masuk 5 bulan pun masih nampak kecil. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Kita jangan bandingkan diri kita dengan orang lain tau. Sebab Allah s.w.t dah jadikan kita semua unik, jadi perut kecil pun kecil. Semua ada himat dan rahmat.

P/S semoga Azam untuk simpan Jurnal Hamil Berjaya.

****************************





Ingin mendapatkan produk Set Anak PIntar atau SR Vita-C Shaklee? 

WhatsApp/SMS    ke --- 016 874 9195 Lenny



My Checklist For My Life Goals or Progress Goals

 #hidupiniujian Ini adalah chceklist aku nak buat untuk aku catat progress dan goals aku: 1.  Aktiviti kempiskan Perut. 2. Habit catat perbe...