Selasa, 19 Julai 2016

Tips Clear Mesej Whatsapp

Assalamualaikum.

Hari ni nak share tips nak clearkan seclear2 nye mesej- mesej dalam whatsapp.

LBJ join group whatsapp tempat kerja dan join juga whatsapp group lain-lain seperti geng sekolah dan geng kolej. Tapi yang paling banyak mesej ialah group tempat kerja.

Tadi ingat nak clear chat saja nak bagi 'ringan' sikit otak hp ni. Tapi, disebabkan banyak sangat mesej, beberapa kali heng telefon.

Sampai LBJ dengan gigihnya delete mesej satu-satu. ITU SATU KERJA GILA.

Nak senang?

Tips nya... unsinstall Whatsapp. Dan bagi smartphone rehat jap. Lepas tu, install (semula) whatsapp app tu. Syaratnya, bila keluar mesej "want to restore" tu, tekan butang skip.
Kalau tak tekan butang skip, semua mesej lama datang balik.

Ok la tu je tips. Nak masuk tidur dah. Bye.

Isnin, 18 Julai 2016

Rezeki dan Barakah

(diambil daripada post FB -> )   Pa Wan Kabin Kontena
Pada satu masa dulu…
Ada sorang lelaki tua ni, di zaman Nabi Musa AS. Dia sentiasa sibuk berzikir kepada Allah tetapi mcm terganggu sikit sebab setiap hari dia asyik fikir risau pasal rezeki dia. Hari2 memang rezeki dia ada sebuku roti je.
Then satu hari ni, Nabi Musa lalu tempat orang tua tu. Orang tua tu pun fikir ni lah peluang yang terbaik utk dia tanya Nabi Musa untuk tanya Allah SWT tentang rezeki dia.
Dia pun tegur dan beri salam kepada Sayyidina Musa A.S, dan dgn teragak2 dia tanya.
"Oh Nabi Musa, apabila tuan bercakap kepada Allah, bolehkah tuan memohon Allah meningkatkan Rizq saya (rezeki) .. Dari dulu sampai sekarang, saya dapat sebuku roti setiap hari. Saya berhajat untuk dapat lebih. Bolehkah saya dapat lebih daripada tu? Jika tuan bertanya kepada-Nya, sesungguhnya pasti Allah akan menjawab permintaan tuan dan memberikan saya lebih"
Nabi Musa pun setuju dan kemudian selepas bertanya, Nabi Musa mendapat jawapan bahawa rezeki yang telah ditetapkan dan ditakdirkan kepada org tua ni memang sebuku roti setiap hari sepanjang hayat dia.
Nabi Musa pun sampaikan kepada orang tua tu apa yang dia diberitahu.
Orang tua itu berasa sungguh gembira. Dia bertepuk tangan dengan gembira. Terkejut dengan tindak balas ini Nabi Musa A.S. bertanya kepadanya sebab kegembiraannya.
Lelaki itu menjawab, "Jika dah ditakdirkan, maka saya tidak mempunyai apa-apa yang perlu dibimbangkan. Sekurang-kurangnya saya akan sentiasa menerima satu buku roti untuk sepanjang hidup saya!" dan dengan itu dia kembali untuk solat dan ibadat dia.
Setelah beberapa bulan berlalu, ketenangan lelaki itu meningkat dengan pengetahuan bahawa dia tidak perlu risau bimbang tentang rezekinya.
Ini membolehkan beliau memberi tumpuan lebih kepada ibadat dia terhadap Allah, yang menyebabkan dia mempunyai masa yang kurang tumpuan kepada makanan, dan juga kurang masa untuk makan.
Jadi, dari dia memakan satu buku roti sehari, dia hampir tidak berjaya makan separuh roti.
Baki roti tu kemudian diletakkan di satu sudut. Tidak lama kemudian, longgokan di sudut tu mula meningkat, sehingga ia menjadi satu timbunan besar.
Pada satu pagi, ada penggembala yang berjalan melalui kampung tersebut dan berhenti untuk bercakap dengan lelaki tua itu. Dia sedang mencari rumput kering untuk ternakan beliau tetapi tidak berjaya menjumpai apa2 makanan.
Orang tua itu berkata kepadanya: "apa kata kalau kamu bawak roti2 yang terletak dalam timbunan itu, lembutkan semuanya dengan air dan berilah makan kepada haiwan anda!" penggembala tu pun lakukan seperti apa yg dicadangkan orang tua tu dan haiwan ternakan dia pun makan semua roti tu sampai habis.
Untuk tanda berterima kasih kepada org tua tu, pengembala tu memberikan seekor kambing ternakan dan meneruskan perjalanan dia.
Masa berlalu setelah berbulan2 dan bertahun2, dan apabila Nabi Musa A.S. melalui lagi kawasan orang tua tu.
Dengan kagum beliau mendapati bahawa tempat orang tua itu tinggal, telah bertukar menjadi sebuah taman.
Ada pokok-pokok buah-buahan tumbuh berhampiran, dan haiwan2 ternakan meragut tidak jauh dari situ.
Terdapat sebuah ladang gandum, dan suasana kesejahteraan. Nabi Musa A.S. mendapat tahu bahawa semua ini adalah milik orang tua yang sama.
Nabi Musa pun menjadi hairan, kerana dia tahu apa yang ditulis dalam takdir orang tua itu - sebuku roti sehari - Nabi Musa A.S. pergi untuk mengetahui apa yang terjadi.
"Bagaimana ini boleh berlaku? Sebuku roti sehari adalah apa yang tertulis .. namun dia memiliki begitu banyak lagi .."
Jawapannya, sesuatu yang kita semua perlu mengambil iktibar:
Satu buku roti adalah Rizq (rezeki) yang telah ditulis untuk orang tua tu.
Pokok-pokok buah-buahan, binatang ternakan dan ladang tanaman adalah BARAKAH yang datang dari penerimaan apa yang telah tertulis untuk kehidupan dia.
Semua tu adalah ganjaran atas kepercayaan sempurna pada Allah SWT.
Barakah adalah hasil daripada peralihan dalam tumpuan dari apa yang dia mahu, kepada mensyukuri dan menikmati apa yang dia ada sehinggakan walaupun selepas makan seberapa banyak yang dia mahu, dia tetap mempunyai baki. Keperluannya telah menjadi sangat kecil.
Kelimpahan barakah ini diberikan dalam kehidupan orang tua itu disebabkan kemurahan hati dan kesediaan untuk berkongsi apa yang dia ada.
Jadi Rezeki memang ditakdirkan...
Tetapi ..
BARAKAH datang apabila kita bertaqwa kepada Allah SWT, apabila kita bermurah hati dengan apa yang kita ada, apabila kita bersyukur dan apabila kita meletakkan Ibadah & Zikir Allah SWT di atas segala-galanya.
Semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan hambaNya yang bersyukur, taat dan murah & besar hati. Aamiin.
Semoga beri manfaat kepada diriku yang lalai dan asbab ke arah kebaikan buat kita semua

Khamis, 14 Julai 2016

Hilarious Job Interview


(Credit to Lyna Noh)

Hilarious Job Interview indeed :
Interviewers ask routine questions to candidates....
Some weird answers....
*Q - Tell us about yourself ?
A - Yourself is pronoun used when the subject and object of the verb are you!
*Q - Where do you see yourself in 5 years down the line ?
A - Asking stupid questions to new candidates.
*Q - What are your expectations ?
A - Salary ðŸ¤‘🤑🤑
*Q - What challenges you faced in your earlier job ?
A - Staying awake after lunch !!
*Q - Why do you want to join our company ?
A - Nobody else is taking me. Your company is closer to my home....
*Q - What attracts you to our company ?
A - The receptionist !!
*Q - Why you left your previous job ?
A - Previous company shifted office and they didn't inform me new address !!
*Q -Are you willing to travel 20 days in a month ?
A - Yes...but just don't ask me where I had gone...!!

Sabtu, 2 Julai 2016

Women Health Sets ... You're Amazing











Ingin mendapatkan produk Shaklee? Ingin menjana pendapatan bersama Shaklee?
WhatsApp/SMS    ke --- 016 874 9195 Lenny

Jumaat, 1 Julai 2016

Set Wanita


Assalamualaikum.

Shaklee ingin menggambarkan betapa hebat dan ohsem nya wanita.

Maka, Shaklee merumuskan set2 sesuai utk wanita bermula dari remaja sehingga alam perkahwinan sehingga alam ibu sehingga ke alam zaman emas.

Wanita... anda sangat berharga... berikanlah diri sendiri penjagaan dalaman terbaik..

Hubungi saya melalui whatsapp utk info lanjut...


Tangani Stres dengan Urutan Leher & Bahu



Tangani Stres dengan Urutan Leher & Bahu. Ikuti Langkah-Langkah yang tersebut.#PupukMindaSihatMenanganiStres #InfoGrafikKKM


(sumber : FB KKM )

Catatan Ramadhan 26

Assalamualaikum.

Salam Jumaat. :)

Pagi-pagi sudah buka pc. Heheheh

Semangat nak cuti ni.

Hari ini, LBJ nak sembang pasal Performance Drink dan pengalaman LBJ sendiri.

Bulan Ramadhan ini, LBJ mengaku memang sukar untuk mendapatkan air minuman yang secukupnya. Sebab sewaktu  berbuka puasa, LBJ makan dan minum tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Bukan kerana diet, disebabkan perut cepat kenyang. Jadi apabila cepat kenyang, LBJ tak rasa nak telan air banyak-banyak kan. Jadi kuantiti air pun kurang lah masuk badan.



Lagi pula, waktu berbuka puasa LBJ suka minum teh o panas. Cukup menyamankan. LBJ tak berapa minat air sejuk semasa buka puasa, Terasa mengganggu perut. Ya lah, LBJ biasa minum air yang panas atau suam. Sekali perut kosong kena air sejuk rasa lain macam.

Anyway, dek kerana rutin dan juga sifat semulajadi perut, maka LBJ memang kurang minum air.

Jadi, LBJ pun mengambil inisiatif mengambil Performance Drink segelas sebelum tidur. Ternyata membantu LBJ untuk hidrat semula badan. Kalau tak sempat sangat pun, LBJ bancuh dalam bekas air kecil bawa masuk bilik tidur, letak tepi katil. Rasa dahaga sahaja, minum. Memang rasa lain.

Dengan cara itu, LBJ tak perlu meneguk air berbalang-balang untuk hidrat semula. Apa yang LBJ lakukan, sebekas Performance Drink di samping sebotol air kosong. Untuk membantu hidrat semula.

Di bulan Ramadhan ini, Performance Drink memang membantu LBJ hidrat semula. Selain itu, mengurangkan kemungkinan LBJ dapat kejang kaki waktu malam. Disebabkan penghidratan semula dan juga khasiat yang terdapat dalam Performance Drink.


Harga : RM 82.50
Postage : RM 10.60 Semenanjung Malaysia


Berminat mencuba Performance Drink? Boleh tinggalkan komen atau pun whatsapp ke LBJ di 016 874 9195 untuk order.


Hidup ini Ujian

Ada ketika aku mempersoalkan takdir diri dan kehidupan. Aku mempersoalkan masa lepas. Kenapa begitu?  Kenapa begini?  kalau aku buat begitu,...