Memaparkan catatan dengan label Catatan Minda. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Catatan Minda. Papar semua catatan

Selasa, 9 Jun 2026

Hidup ini Ujian

Ada ketika aku mempersoalkan takdir diri dan kehidupan. Aku mempersoalkan masa lepas. Kenapa begitu?  Kenapa begini?  kalau aku buat begitu, mungkin jadi begini. Ini juga adalah salah satu tindakan syaitan untuk kita mempersoalkan Qada' dan Qadar Allah.

Kan, sebagai wanita yang berusia 40an, ini adalah terlalu banyak  untuk difikirkan. Alhamdulillah, Allah masih bagi aku satu pegangan yang kuat - HIDUP INI SATU UJIAN.

Apa yang berlaku adalah ujian, masa lalu, masa depan. Setiap detik adalah ujan. 
Apa yang boleh dibuat? Hidup di masa sekarang. Yang dah lepas  biarlah lepas. Yang ke depan usah dikhuatiri.

Belajar sentiasa tenang dan hidup di masa sekarang. Banyakkan doa untuk kebaikan dan masa depan.  Doa adalah salah satu usaha untuk ubah masa depan dan juga mentaliti.

Jumaat, 25 Oktober 2019

FB Post Aku Hari ni

Ini tulisan post fb aku✔️✔️

Aku tgk byk share post fb buat baik pada isteri dapat ni ni ni..
Tu la paling banyak..
Takde plak tazkirah kata buat baik pada suami, anda dpt ni ni ni ni..

Actually kena seimbang, buat baik pada isteri, buat baik pada suami, buat baik pada anak, buat pada keluarga..

Kebaikan ini, Allah suruh kita buat. Dan buat kerana dapat balasan Allah. Sesungguhnya aku pun nak dapat ni ni ni.. Tapi aku percaya aku buat kebaikan sikit pun pada sesiapa saja, aku pun dapat ni ni ni.. Cuma Islam kata lebih afdal dahulukan keluarga.

Dunia ini berat, pada sesiapa yang faham. Akhirat lagi berat berlipat ganda. 

Anda sudah tazkirah???

Cuma secubit pandangan dari sudut hamba yang hina ini.

My Checklist For My Life Goals or Progress Goals

 #hidupiniujian Ini adalah chceklist aku nak buat untuk aku catat progress dan goals aku: 1.  Aktiviti kempiskan Perut. 2. Habit catat perbe...