Memaparkan catatan dengan label Motivasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Motivasi. Papar semua catatan

Jumaat, 24 Julai 2015

Penambahan Nilai Kendiri - Penambahan Nilai Gaji

Assalamualaikum.

Terbaca satu sharing posting yang sangat menarik di FB  dan ML ingin kongsikan bersama pembaca. Apa yang ML baca ini pernah ML dengar dari penceramah terkenal JIM ROHN. Beliau kata, " Anda ingin tambahkan 'gaji' anda, anda wajib tambahkan NILAI diri anda dengan menambah kemahiran kendiri, meningkatkan kualiti diri anda."


ML berkecimpung dalam dunia Network Marketing, nilai-nilai kendiri adalah amat penting untuk diolah menjadi MAGNET PELANGGAN DAN PROSPEK.

Jadi kita baca, posting yang dicopy-paste dari FB Dr Siti Ujila Official untuk bacaan anda.


Dr Siti Ujila Official
5 PERKARA BAGAIMANA PELAJAR SEKOLAH/UNIVERSITI DAPAT JADI 'LEBIH BIJAK'

Isnin, 13 Julai 2015

Kisah Inspirasi Seorang yang Cekal dan Berjaya

Assalamualaikum.

Satu kisah inspirasi yang ingin ML abadikan di blog comel untuk peringatan kepada diri sendiri dan menjadi inspirasi untuk berjaya.

ML ingin kongsikan dengan pembaca sekalian, supaya pembaca juga mendapat aura positif. Jangan diisukan kisah ini. Kita cuma perlu ambil pengajaran kisah ini.


(Sumber : Faizul Ridzuan)

NAMA SAYA FAIZUL RIDZUAN DAN SAYA SEDIH TENGOK GRADUAN SEKARANG.
.
Salam semua. Baru-baru ni saya tengok ramai yang kongsikan kisah graduan berumur 23 tahun yang menceritakan kisah sedih beliau yang bagaimana graduan sekarang adalah umpama pengemis. Saya tak menyokong atau pun mengkritik beliau sebab saya rasa rintihan beliau adalah rintihan orang muda yang masih belum faham realiti kehidupan.

Ahad, 21 Jun 2015

Kisah Hebat = Kisah jutawan Thailand muflis 1997 menjadi jutawan semula

Assalamualaikum.

Jom kita kongsikan kisah-kisah hebat orang-orang yang berniaga dengan gigih dan bijaksana sehingga membawa kejayaan yang sangat besar.




Ahad, 24 Mei 2015

Catatkan Kejayaan Kita

Assalamualaikum.

Bagaimana nak berjaya dan kaya? Kita fikirkan kejayaan dan kekayaan setiap hari. Setkan dalam minda kita berjaya dan kaya. Sambil-sambil fikirkan kejayaan dan kekayaan itu, tangan, kaki dan tubuh badan kena berusaha juga. Karya kena siapkan. Kerja kena buat. Tugasan kena lakukan. Check list harus dibuat.

Hilang keraguan dan diri. Catatkan langkah-langkah menuju kejayaan kita.

"Success is Not A Destination, Success is A Journey."

Jangan berhenti melangkah, jangan berhenti berusaha. Jom kita mencipta masa depan kita.

Sabtu, 15 November 2014

Tips dan amalan untuk Semua

Bismillah.
Assalamualaikum.
Alhamdulillah.

Saya terbaca entri dari Anys Idayu Zakaria tentang sedekah. Sangat menarik hati saya untuk kongsikan bersama rakan-rakan pembaca. Jom kita amalkan. Biarlah kecil tapi ikhlas. Semoga amalan kita diterima dan dosa diampunkan. Amin. Jom baca...

Sedekah Subuh
Teks : Anys Idayu Zakaria

Beberapa minggu lepas saya pernah mencari artikel tentang Sedekah Subuh di internet, tapi tak jumpa. 

Last week saya ternampak salah seorang rakan di fb, berkongsi artikel ini, ya inilah artikel yang saya cari, tentang fadilat SEDEKAH SUBUH. 

Jemput baca, mari kita sama-sama amalkan.

Nak share pengalaman seorg hamba Allah ni
SEDEKAH SUBUH...
sememangnya kita hidup ini penuh dengan dugaan, dan banyak perkara yang menjadikan kita stres. masalah kewangan, kerja dan sebagainya, bagi saya ingin sekali berkongsi pengalaman agar dapat menjadi salah satu jalan keluar bagi sahabat-sahabat di fb,whatapps

sedekah subuh ini telah lama kami (penulis dan group laksanakan) hampir 10 tahun lamanya, cuma baru-baru ini sahaja saya berani berkongsi dengan sahabat kerana sebaiknya amalan disembunyikan. 

Namun kerana ingin menjadikan perkara ini amal jariah kami, maka saya mewar-warkan di sini.
saya terbaca satu hadis hampir 10 tahun lalu tentang, malaikat keluar bersama mentari pagi dan mendoakan mereka yang bersedekah dengan limpahan rezeki dan mendoakan orang yang tidak bersedekah dengan ancaman kemusnahan harta benda dan laknat. Sangat menakutkan ketika saya membaca tulisan tersebut terus saya memulakan sedekah subuh keesokkannya.

oleh kerana zaman yang menuntut segala-galanya hendak pantas, maka sukar bagi kita yang bekerja hendak mencari fakir miskin atau anak yatim pada subuh-subuh hari sebagaimana Zainal Abidin (Sydina Ali) melaksanakannya di Madinah.

oleh itu, setiap pagi saya memasukkan wang ke dalam sebuah bekas kuih sebaik sahaja sudah solat subuh, dan apabila sampai masa 30 hari atau 40 hari saya akan serahkan kepada kakak saya untuk memasak sarapan pagi untuk diberi kepada anak yatim dan fakir miskin setiap hari. kami memberi makan hampir 30-40 orang fakir miskin sarapan pagi setiap hari sejak 10 tahun yang lalu dan kami telah menemui pelbagai PERISTIWA AJAIB yang tidak mampu saya ceritakan di sini.

sejak 4-5 bulan yang lalu saya telah mula menyebarkan amalan ini, dan pada hari Rabu lepas semasa saya di Kuching saya telah memberitahu rakan-rakan ketika makan malam, dan salah seorang dari mereka "pick up" apa yang saya katakan. pada hari Jumaat, dia sibuk mencari saya di pejabat, kerana ingin mengucapkan terima kasih, kerana baru sahaja sekali dia melakukan sedekah subuh ini dia sudah dianugerahkan rezeki, iaitu menantunya mendapat pekerjaan. tadi dia bercerita lagi, claim kerja luarnya sudah diperoleh sedangkan pada kebiasaanya claim akan mengambil masa satu tahun baru dibayar. seorang lagi sahabat menyatakan, "apa yang aku tidak mintak pun dapat, sampai perkara yang aku fikir tak logik pun aku dapat" itulah kata-katanya. Seorang sahabat lain, mempunyai anak istimewa, dan anaknya kini sudah boleh bercakap .memanggil namanya IBU setelah 5 tahun tidak mampu berkata-kata. Seorang sahabat lagi berkata, dia berasa sangat tenang, walaupun ada banyak masalah, tuntutan kerja dan sebagainya. Tenang setenang-tenangnya. Ini adalah kali ke-10 dia memberikan sedekah selama hampir setahun.

CARANYA?...mudah sekali
pilihlah WAKTU yang paling AFDHAL iaitu SELEPAS SUBUH DAN SEBELUM SYURUK..dan masukkanlah tak kira berapa sen/rm ke dalam tabung sedekah subuh itu, semasa hendak memasukkan wang itu berniatlah apa sahaja niat yang baik-baik untuk anda dan keluarga dan masukkan ke dalam tabung itu sehingga genap sebulan, agihkanlah kepada mana-mana orang/badan yang memerlukan dan teruskan amalan itu seperti biasa. Bagi kumpulan saya, kami menyediakan sarapan pagi untuk anak yatim dan fakir miskin. setiap ahli dalam rumah perlu mempunyai tabung sedekah subuh mereka sendiri, walaupun anak itu berusia 6 bulan...

seperkara lagi sekiranya kita out station,tetapi diteruskan dengan memasukkan duit sedekah subuh itu ke dalam wallet kecil atau sampul surat duit raya setiap subuh, selepas balik dari out station pindahkan duit dalam sampul duit raya tadi ke dalam tabung sedekah subuh kita.

Insya Allah mari kita sama-sama amalkan. 


*******************TAMAT************************

Ingin menyertai kelas online ABDR? Hubungi saya.

Perlukan atau berminat mendapatkan produk Shaklee? Hubungi saya.


[Shaklee] Promosi bulan November 2014 : Beli 6 PERCUMA 1 - OmegaGuard Shaklee atau beli 2 botol OmegaGuard Shaklee, dapat diskaun 5%. Hubungi saya untuk maklumat lanjut.




Jumaat, 14 November 2014

No Marketing Day - Lenny Boniface

Bismillah.
Alhamdulillah.
Assalamualaikum.

Boleh saya buat satu hari dalam seminggu untuk tidak buat bisnes langsung? Kenapa saya katakan begitu ya? Bayangkan 7 hari seminggu saya berbisnes dan bekerja, tetapi saya tidak luangkan masa untuk amal ibadat. Amalan wajib memang buat, tapi amalan sunat tu macam mana ya? Saya ingat macam ni la. Hari Jumaat saya tidak buat pemasaran atau apa-apa berkaitan perniagaan. (*Pengecualian untuk update blog berkaitan amalan atau tips-tips). Mulai hari ini, termeterailah 'memorandum' - Hari Jumaat Lenny Boniface,  No Marketing Day- Amin. Moga Allah permudahkan. Jom kita tingkatkan amalan pada Hari Jumaat. Tambahkan Senyuman (Sedekah dan jalinkan silaturahim), Baca Al-Quran dan Zikir.

Amin.

Doakan ya pembaca dan rakan-rakan ABDR.

Khamis, 13 November 2014

Tips Kewangan : Bayar Gaji Diri Sendiri

Bismillah.

Assalamualaikum.
Alhmadulillah.


Mari kita cedok ilmu dari ahli ABDR yang mempunyai ilmu mengurus kewangan, untuk kita amalkan dalam kehidupan harian kita. Moga-moga Norzalina Hamzah dan juga pembaca mendapat imbalan pahala yang setimpal. Jom baca.

Bayar Gaji Diri Sendiri
(Teks oleh : Norzalina Hamzah)

Sejujurnya, saya antara orang yang liat dan payah menyimpan. Mula-mula memang sangat susah. Sentiasa tidak cukup wang untuk disimpan. Jika berjaya simpan wang pun, belum cukup bulan, sudah mula mengeluarkannya semula. Saya paksa diri untuk mula simpan. Tahukah anda, dengan tidak disangka-sangka, apabila melihat duit di dalam akaun bertambah setiap bulan saya mengalami satu perasaan yang hebat. Saya merasakan diri telah mencapai kejayaan yang besar. Saya rasa begitu bangga dengan diri sendiri. Alangkah bagusnya jika saya telah bermula lama dahulu, tentu lebih banyak wang simpanan yang saya ada. Masa itu, hanya fikir untuk terus simpan dan simpan wang lagi.

Bagaimana kita mendisiplinkan diri untuk simpan 1%, 10%, 20% atau sehingga 50%, dari sumber pendapatan? Cuba tips ini:
1) Anggap ia sebahagian dari senarai bil bulanan
Bayar diri kita seperti mana kita bayar bil bulanan yang lain. Sama seperti bil ASTRO, bil Maxis, bil utiliti, bil insurans dan lain-lain bil lagi. Sambil bayar bil bulanan, terus sahaja pindahkan wang ke akaun simpanan yang dikehendaki.

2) Buat potongan gaji
Saya pernah isi borang dan hantar ke Bahagian Sumber Manusia (HR) di pejabat saya, untuk membuat potongan gaji terus ke akaun ASB pada masa itu. Pihak HR yang uruskan semuanya selepas itu. Tahu-tahu, duit gaji yang diperoleh di dalam akaun gaji adalah amaun yang telah siap ditolak dengan simpanan. Kita seolah-olah hanya menerima gaji sejumlah yang demikian untuk dibelanjakan.

3) Set jadual pindahan wang secara automatik (Standing Instruction -SI)
Kita boleh set satu SI dengan menetapkan tarikh pindahan ingin dibuat dan kekerapan pindahan wang. Boleh pilih dari pilihan Mingguan, Bulanan, Tahunan dan beberapa pilihan lagi. Imej dibawah merujuk kepada perbankan atas talian Maybank.

Baca lagi di sini: http://norzalinahamzah.blogspot.com/2014/09/3-tips-pay-yourself-first.html
Kelas Asas Blog Dan Penulisan.
Guru Online: Aishah Hussein


Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan?

a. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik
   minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih rami blogger-lebih 800 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik
    ke blog.
f. Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.

Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh pm atau mesej inbox apabila sudah bersedia
Lawati blog ABDR untuk in-sight protege ABDR  di - >  http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/





Pesanan dari Guru Online Anys Idayu Zakaria

Bismillah.

Assalamualaikum.
Alhamdulillah.

Terbaik! Pesanan dari Guru Online Anys Idayu Zakaria tentang tips jualan. In shaa Allah saya akan amalkan. Terima kasih Anys Idayu Zakaria kerana berkongsi tips untuk orang-orang biasa macam kami ini. Alhmadulillah.


Macam Mana nak Jadikan Jualan itu Mudah?
(Teks : Anys Idayu Zakaria)

Macam mana nak jadikan jualan itu mudah?
melalui latih. Latih. Latih. Repetition setiap hari.
"Practice make perfect"

Sama juga bila kita menggunakan blog medium
Latih tulis, latih tulis setiap hari.
Bina KEYAKINAN pembaca.
Story telling kita sebagai usahawan online adalah melalui penyampaian, penulisan kepada para pembaca dan bakal pembeli.

Jadi nak mudah, blog memang tempat paling sesuai untuk mula berkongsi. LATIH MENULIS setiap hari.

Pengalaman saya sendiri, saya menggunakan sepenuhnya medium pemasaran blog dan fb yang percuma sahaja. Belum pernah lagi saya menggunakan medium berbayar. Dan sahaja hanya berkongsi, dan terus berkongsi melalui latihan penulisan dan penyampaian di blog.

Rata-rata protege yang mendaftar ke kelas online blog, dibawah pengendalian saya hampir kebanyakkan mereka yang jejak saya hanya melalui blog sahaja. Kemudian mereka jejak saya di fb.
Jadi kesimpulannya jangan berhenti menulis dan berkongsi di blog, mudahkan.

Daftar kelas online blog ABDR. Kami tunjuk cara yang paling mudah berkongsi melalui penulisan di blog.

Matlamat kelas asas blog penulisan.
1.Belajar menulis secara konsisten.
2. Belajar menulis untuk menyampaikan manfaat produk melalui blog.
3. Ada beza bercerita dan menjual.
4. Cerita dahulu jual kemudian.
5. Bina pengaruh dan pembaca.
6. Tukar pembaca kepada pelanggan.

Pendaftaran dibuka setiap hari. Boleh mula daftar bagi yang sudah sedia

Inginkan maklumat lanjut?Atau pembelian E-book?  Jangan segan-segan jangan malu-malu, hubungi saya melalui cara-cara yang anda selesa, SMS boleh, WhatsApp boleh, e-mail pun boleh :

Lenny Boniface 
di
lenny.boniface@gmail.com
016-8749195 (SMS/WhatsApp)
https://www.facebook.com/lenny.Boniface


******** E-Book ABDR ********






Ahad, 9 November 2014

Ayat Hikmah Ku

Teks : Lenny Boniface

Assalamualaikum.
Alhamdulillah.

Ingin menceburi perniagaan? Tak kisah lah perniagaan apapun, ilmu kena ada, hati kena kental, muka kena manis, dan jangan menipu.

Alhamdulillah, saya menemui passion saya, perniagaan. Sekarang ini masih lagi merangkak dan mencari rentak yang sesuai dengan saya. Yang penting kata guru-guru di ABDR, latih tubi dan latih tubi dan latih tubi sehingga menjadi darah daging. Saya sekarang tengah mempraktikkannya. Mulakan dengan LANGKAH PERTAMA - slow-slow (macam gear 1). Nanti dah lancar, boleh tukar gear lain. Jadi pembaca yang setia sekalian, doakan saya teruskan latih tubi menjana wang RM 100 sehari. Doa-doa kalian amatlah diharapkan. "Setiap detik adalah mesti dilaburkan untuk pemasaran dan pengenalan produk. " - Saya nak pahatkan ayat ini ke dalam otak saya.... Berusaha dan terus berusaha.


************** TAMAT ***********************

Ingin menyertai kelas online ABDR? Hubungi saya.

Perlukan atau berminat mendapatkan produk Shaklee? Hubungi saya.

[Shaklee] Promosi bulan November 2014 : Beli 6 PERCUMA 1 - OmegaGuard Shaklee atau beli 2 botol OmegaGuard Shaklee, dapat diskaun 5%. Hubungi saya untuk maklumat lanjut.









Khamis, 2 Oktober 2014

Niat yang Betul

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.

Bermula setiap hari kita, kita mulakan dengan niat hendak menjadi insan yang lebih baik dari hari semalam. Kita sematkan niat hendak melakukan yang terbaik dalam setiap perkara yang kita buat setiap hari. Setiap yang baik tidak mudah dilakukan. Tetapi dengan niat, kita akan lakukan juga walaupun susah.

Bermula hari ini, dan setiap hari yang akan datang, saya akan usahakan yang terbaik untuk diri saya dan keluarga. Dengan usaha dan niat yang baik dan betul, kita akan menikmati hasil yang terbaik, dan terasa akan kemanisannya.


Berminat menyertai ibu-ibu yang bekerja di rumah? Sila hubungi saya melalui info di bawah ye.

Hendak mendapatkan promosi perniagaan anda secara percuma ? Hubungi saya ye. Tertakluk pada terma dan syarat ye.

Sila lah lawati blog Shaklee saya di http://vita-tips.blogspot.com


Jazakallah.

Khamis, 5 Jun 2014

KEBANGKITAN!

(oleh : Lenny Boniface)

Salam.

Alhmadulillah.

Bermula fasa baru dalam hidup saya. Dengan kesedaran akan realiti kehidupan, saya sedang mengorak langkah 'semula' dan cuba bangkit dari mimpi yang menghambat diri saya daripada mencapai kejayaan.

Sudah banyak buku, ayat-ayat motivasi yang saya dah hadam dan baca. Tapi sekiranya tidak ada tindakan serta kesedaran, semua itu sekadar bacaan di masa lapang dan sia-sia sahaja.

Mari kita, ibu-ibu yang bekerja bangkit dari mimpi, dan bina kesedaran dan kekuatan dalaman untuk menjadi ibu yang berjaya di rumah dan kerjaya/perniagaan. Mari kita jadi penyeru, penyokong, pembimbing untuk satu sama lain supaya kita membina keluarga sejahtera, kerjaya berjaya, perniagaan berjaya, dan menuju akhirat dengan bekalan yang secukupnya. Amin.


Berminat untuk menjana pendapatan dengan mempunyai sebuah blog?
Mari sertai kami di Akademi Bekerja di Rumah (ABDR), dengan mendaftarkan diri dengan salah satu pakej di bawah:


Hubungi saya untuk pertanyaan, maklumat atau berkenalan dengan ABDR. Jangan segan jangan malu. Sama-sama kita membantu diri sendiri.


Hidup ini Ujian

Ada ketika aku mempersoalkan takdir diri dan kehidupan. Aku mempersoalkan masa lepas. Kenapa begitu?  Kenapa begini?  kalau aku buat begitu,...