Memaparkan catatan dengan label Diabetes. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Diabetes. Papar semua catatan

Rabu, 29 Jun 2016

Info : Tetapkan Matlamat Pengurusan Diabetes

(Sumber : iSihat)

Tahap gula dalam darah (BGL)
Biasanya pakar akan membantu. Namun secara kebiasaannya untuk :

# Jenis 1 : 4-8mmol/L makan dan selepas makan atau semasa nakan adalah kurang daripada 10mmol/L

# Jenis 2 :  6-8mmol/L semasa sebelum makan dan 6-10mmol/L selepas makan atau semasa makan.

HbA1c
Ia sukatan secara anggaran untuk ujian yang mengukur kandungan BGL anda selama 10 atau 12 minggu. Jadi tentukan bacaan HbA1c anda kurang daripada 7% (53mmol/mol)

Tekanan darah
Periksa tekanan darah secara kerap. Sekurang-kurangnya setiap kali anda berjumpa doktor. Untuk anda yang menghidapi diabetes 'sasaran' tekanan darah perlu 130/80 atau lebih rendah.

Kolesterol
Ujian ini wajib dilakukan setiap 12 bulan. Tahap untuk menentukan bacaan kolesterol 4mmol/L. Untuk LDL kurang daripada 2.5 mmol/L. HDL kurang 1 mmol/L. Trigliserida (sejenis lemak dalam darah yang memudaratkan) kurang daripada 2 mmol/L.

Mata
Periksa setiap 2 tahun untuk memantau tahap penglihatan.

Gusi, gigi dan kaki
Berua gigi setiap hari dan lakukan pemeriksaan kesihatan gusi dan gigi sekali.
Manakala kaki juga penting untuk diperiksa pakar podiatrist setahun sekali.

Buah pinggang
Selain pemeriksaan berkala oleh doktor melalui air kencing, anda perlu hidari rokok dan minuman alkohol.
Amalkan :
♡Bersenam 30 minit sehari
♡Makan makanan sihat
♡Pantau berat badan
♡Ambil ubat mengikut arahan doktor

Isnin, 13 Jun 2016

DIABETES DAN PUASA




Siapa yang boleh dan tidak boleh berpuasa?

Secara umumnya, pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan dan diabetesnya terkawal serta tidak memerlukan insulin memanglah digalakkan berpuasa.

Walau bagaimanapun, pesakit diabetes yang tidak terkawal paras gulanya dan tidak mengambil ubat-ubatan atau suntikan insulin seperti yang disyorkan oleh doktor mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk berdepan dengan komplikasi jika berpuasa.
Antara pesakit diabetes yang tidak digalakkan berpuasa termasuklah;

Penyakit diabetesnya tidak stabil. Dibimbangi ia akan mengakibatkan pelbagai komplikasi seperti dehidrasi (kekurangan air), jangkitan kuman dan koma.

Mengalami komplikasi diabetes yang serius seperti penyakit jantung koronari dan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal.
Kerap mengalami komplikasi diabetik ketoasidosis (lebih cenderung bagi pengidap Diabetes Jenis I dan pesakit yang menggunakan suntikan insulin).

Kerap mengalami komplikasi hipoglisemia (kekurangan gula dalam darah).
Sedang mengalami jangkitan kuman.
Warga tua dan tinggal bersendirian.
Hamil yang memerlukan suntikan insulin.
Berusia di bawah 12 tahun.

Pesakit diabetes yang ingin berpuasa mestilah bersahur, menyegerakan berbuka puasa, makan ubat/menyuntik insulin mengikut nasihat doktor, mengawasi penyakit diabetes dan kesihatan mereka secara umumnya dan peka dengan tanda-tanda hipoglesemia, hiperglisemia (gula berlebihan dalam darah) dan dehidrasi.

Mereka harus segera berbuka apabila mengalami samada hipoglisemia, hiperglisemia atau dehidrasi. Adalah haram untuk pesakit meneruskan puasa kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan. Jangan sekali-kali mengubahsuai dos ubat atau insulin dan waktu ia harus dimakan/disuntik tanpa rujukan doktor.

Mengenal pasti keadaan hipoglisemia, hiperglisemia dan dehidrasi
Hipoglisemia
Hiperglisemia
Dehidrasi
Menggigil Terlalu lemah Amat lapar Berpeluh Pucat Berdebar-debar Gelisa hKoma (tidak sedarkan diri)
Kerap buang air kecil Terlalu dahaga Sangat letih
Amat dahaga Kulit dan lidah yang terlalu kering Fikiran terganggu



Diet - Elakkan makan berlebihan ketika berbuka puasa dan pada waktu malam. Karbohidrat dan makanan berlemak boleh menambahkan berat badan serta menyukarkan kawalan diabetes.

Panduan kepada pesakit diabetes yang dibenarkan berpuasa

Sahur
Berbuka
Sekurang-kurangnya semangkuk oat/bijirin ATAU3-4 keping roti ATAUNasi dan lauk (lebihkan sayur-sayuran)
Hadkan pengambilan air bergula, kuih-muih manis.Jika memakan kurma, hadkan kepada dua hingga tiga biji sahaja.Kurangkan pengambilan nasi dan lebihkan sayur-sayuran.

Senaman – Melakukan aktiviti fizikal yang ringan ketika berpuasa tidak akan mendatangkan kemudaratan. Perubahan terhadap diet dan ubat-ubatan ketika bersahur harus dibuat (mengikut nasihat doktor) bagi mengelakkan hipoglisemia.
Ubat – Dapatkan nasihat doktor tentang pengubahsuaian dos serta waktu pengambilan ubat. Sebagai panduan, dos ubat-ubatan seperti glibenclamide, gliclazide, glipizide, chlorpropamide dan Acarbose yang di ambil sebelah pagi pada kebiasaannya di hari tidak berpuasa, ditukar masa pengambilannya ke waktu berbuka puasa.

Dos yang diambil sebelum makan malam malam sewaktu tidak berpuasa pula perlu diambil sebelum bersahur. Pengurangan dos yang diambil mungkin perlu untuk mengelakkan hipoglisemia.
Ubat seperti repaglinide perlu dimakan pada waktu bersahur dan berbuka puasa. Metformin dan Rosiglitazone secara amnya kurang mengakibatkan hiploglisemia dan selalunya tidak memerlukan perubahan dos.

Insulin – Dos dan waktu insulin disuntik harus diubahsuai mengikut arahan doktor berdasarkan ujian tahap gula dalam darah yang dilakukan pada permulaan puasa seperti berikut:

Tiga kali suntikan insulin: Dua dos insulin yang bertindak segera (short-acting insulin) ketika berbuka dan sebelum bersahur. Ini diikuti dengan satu dos insulin yang bertindak lama (intermediate acting insulin) sebelum tidur.

Dua kali suntikan insulin: Satu dos insulin yang sudah dicampur (premixed insulin) ketika berbuka puasa. Dos yang diperlukan adalah sama seperti dos yang diberika pada waktu pagi di hari tidak berpuasa. Satu dos insulin yang bertindak segera pula diberi sebelum bersahur .
Pada permulaan bulan puasa, tahap gula dalam darah perlu diuji pada waktu-waktu berikut:
Sebelum bersahur
Dua hingga empat jam sebelum bersahur
Sebelum berbuka puasa
Dua hingga empat jam kemudian

Perkara lain yang perlu diberi perhatian

Pesakit yang memerlukan insulin perlu menjalani ujian ketone di dalam air kencing atau darah, sekiranya tahap gula di dalam darah mereka terlalu tinggi. Langkah ini dapat mengelakkan berlakunya koma diabetik ketoasidosis. Pesakit ini juga mesti segera berbuka puasa.

Awasi berat badan di sepanjang bulan puasa. Pertambahan lebih dua kilogram perlu dimaklumkan kepada doktor. Jika dalam satu hari berat badan didapat berkurangan 3%, pesakit mestilah segera berbuka bagi mengelakkan kemungkinan berlakunya dehidrasi yang serius.

Banyakkan minum air tetapi elakkan minuman manis. Gantikan air yang hilang ketika membuang air kecil di tengah malam dengan meminum air.
Dengan pengawasan yang baik, ibadah puasa dapat dilaksanakan dengan selamat oleh pesakit diabetes. Pesakit perlu menjaga diet ketika berbuka, bersahur dan mendapatkan nasihat doktor berhubung pengubahsuaian dos dan waktu ubat/insulin harus dimakan/disuntik. Pesakit perlu peka terhadap tanda-tanda hipoglisemia atau dehidrasi. Sekiranya ia berlaku, pesakit mestilah segera berbuka puasa.

SumberArtikel asal disediakan oleh A/Prof Dr Nor Azmi Kamarudin, Klinik Diabetis dan Endokrinologi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan diterbitkan untuk pendidikan ehsan oleh Novo Nordisk Pharma (M) Sdn Bhd.

Sabtu, 12 Disember 2015

THE 12 BEST FOODS TO CONTROL TYPE 2 DIABETES


Assalamualaikum dan Hai.

Entri kali ini dalam bahasa Inggeris yang LBJ copy dari http://www.healthylivinghouse.com/the-12-best-foods-to-control-type-2-diabetes/. Dan Web ini juga copy dari web lain iaitu http://www.healthyandnaturalworld.com/.

LBJ cuma ingin kongsikan aritkel ini, kerana secara peribadi artikel ini menyentuh isu diabetes yang LBJ sedang hadapi sekarang. Semoga bermanfaat kepada kita semua.



We all recognize that preserving a healthy diet regimen is crucial in terms of kind 2 diabetic issues prevention and therapy. Normally, the insight provided diabetics pertains to the basic population as well: take in appropriate veggies, fruits, vegetables, whole grains, low-fat milk items, chicken and fish, and also much less commercial sugary foods and also foods high in fat and salt.




It is recognized that clients who utilize expert guidance and also expert dieticians and dietary direction have a far better chance to preserve balanced degrees of sweets, and prevent the issues of the condition. Diabetics must also keep meals at normal times throughout the day to stay clear of sharp surges in blood sugar level degrees.

Khamis, 2 April 2015

Diabetes : Elakkan amputasi

Bismillah.

Alhamdulillah.
Assalamualaikum.

Elak Potong Kaki

Kawal tahap glukos darah penting untuk minimum komplikasi
(Dipetik dari : Metro Ahad 9 Nov 2014, ditulis oleh : Zaitie Satibi)
Ramai dalam kalangan kita lebih bimbang mengenai penyakit jantung dan barah yang menjadi 2 penyebab utama kematian dan memberikan hanya sedikit perhatian terhadap diabetes.

Sepatutnya tidak begitu kerana diabetes adalah penyakit membawa maut yang meningkat dengan cepat dan menambah risiko kepada penyakit pembunuh utama yang lain.

Kira-kira 360 juta orang kini menghidap diabetes di seluruh dunia, manakala Kajian Kesihatan dan Kemorbidan Kebangsaan Malaysia (NHMS) pada 2011 menunjukkan peningkatan daripada 14.9% pada 2006 kepada 20.8 % pada 2011. Ini bermakna seorang dalam setiap lima orang rakyat Malaysia dewasa kini menghidap diabetes.

Peningkatan jumlah penghidap diabetes selari dengan pertambahan saiz badan mereka yang berkembang secara berterusan dalam tempoh 2 tahun kebelakangan ini.

Diabetes ialah penyakit yang tidak boleh dipulihakan tetapi dengan usaha mencukupi, kita boleh melambat atau menghentikan komplikasi yang dikaitkan dengan kemajuan penyakit itu. Mengawal tahap glukos darah sangat penting untuk meminimumkan komplikasi yang berkait dengan diabetes.

Kawalan gula dalam darah yang tidak baik untuk satu tempoh panjang akan membawa kepada beberapa komplikasi termasuk penyakit jantung, penyakit buah pinggang, retinopati dan neuropati (kerosakan saraf).

Kerosakan saraf Diabetes

Hilang deria rasa, rasa kebas, berdenyut-denyut, sakit rasa terbakar, malah rasa seperti dicucuk-cucuk jatum pada kaki, jari kaki, jari tangan, lengan dan tangan adalah gejala kerosakan saraf.

Kerosakan saraf juga boleh berlaku dengan senyap, maksudnya anda langsung tidak menunjukkan gejala. Keadaan ini sangat berbahaya, terutamanya bagi penghidap diabetes dan pradiabetes. Tahukah anda, sehingga 60-70 % penghidap diabetes juga mengalami beberapa jenis kerosakan saraf?

Jika tindakan segera tidak diambil, keadaan ini akan membawa kepada pemotongan anggota iaitu satu daripada komplikasi neuropati yang paling berpotensi menjadi serius.

Diabetes menjadi penyebab utama pemotongan anggota bawah di seluruh dunia

Doktor meramalkan hampir separuh daripada semua pemotongan anggota disebabkan oleh neuropati dan masalah peredaran yang boleh dielakkan.

Di Malaysia, sejumlah besar pesakit diabetes dimasukkan ke wad ortopedik di hospital kerajaan disebabkan komplikasi dari diabetes. Majoriti daripada mereka perlu tinggal di hospital untuk tempoh lama dan perlu dimasukkan ke wad serta dibedah berulang kali.

Segelintir pula memerlukan pemotongan di sekeliling kaki atau buku lali, manakala segelintir lagi terpaksa menerima pemotongan di bawah atau atas lutut. Risiko mengalami pemotongan kaki ialah 27.7 kali lebih besar untuk yang menghidap diabetes.

Faktor yang membawa kepada pemotongan anggota

Beberapa faktor utama biasanya menyebabkan pengulseran dan seterusnya amputasi. Ini termasuk:

i) Neuropatiperiferal yang mengurangkan deria rasa – mungkin ada sebiji batu kecil di dalam kasut anda dan anda terus berjalan sepanjang hari tanpa anda menyedarinya.

ii) Penyakit vaskular – yang mengurangkan aliran darah ke kaki.

Kedua-dua keadaan ini menyebabkan pesakit mudah mendapat ulser dan lepuhan yang boleh membawa kepada pemotongan.

Penghidap diabetes harus mendapat pendidikan asas mengenai penjagaan kaki dan memeastikan mereka membuat pemeriksaan kaki secara tetap. Risiko mendapat pengulseran boleh dinilai melalui pemeriksaan klinikal asas terhadapa kaki pesakit.

Selain mengamalkan penjagaan kaki dan kebersihan diri yang baik, penghidap diabetes hendaklah mengambil ubat merendahkan gula dalam darah setiap hari seperti dipresripsikan oleh doktor mereka. Jangan sesekali meninggalkan satu dos.

Satu makanan tambahan yang berguna untuk penghidap diabetes dikenali sebagai mecobalamin sebenarnya ditemui oleh sepasukan saintis Jepun. Bentuk aktif vitamin B12 ini membantu regenerasi saraf periferal yang rosak.

Mecobalamin – Vitamin B12 yang aktif

Mecobalamin ialah satu bentuk vitamin B12 yang aktif dari segi neurologi yang penting kepada sistem pusat dan periferal iaitu untuk membantu melindung daripada proses degenerasi sistem saraf dan menggalakkan saraf sihat.

Dengan mecobalamin, hati tidak perlu menukarkan bentuk B12 yang tidak aktif iaitu cyanocobalamin kepada mecobalamin kerana ia menjadi aktif apabila diambil secara oral. Mengambil 500 mikrogram (mcg) mecobalamin 3 kali sehari selama 4 bulan berjaya menghasilkan penurunan kerosakan saraf periferal penghidap diabetes.

Penyelidikan juga membuktikan bentuk vitamin B12 yang aktif ini, mecobalamin, lebih berkesan berbanding vitamin B12 yang biasa (cyanocobalamin) untuk memulihkan semula saraf rosak dalam kalangan penghidap diabetes.

Panduan penjagaan kaki harian untuk penghidap diabetes

1. Periksa kaki dan jari anda setiap hari dan bersihkan dengan sabun yang kasar mungkin merosakkan kulit.

2. Rasa suhu air dengan jari tangan atau siku anda sebelum memasukkan kaku ke dalam air itu kerana penghidap diabetes tidak dapat membezakan sama ada air itu terlampau panas atau sejuk. Kelecuran mungkin boleh berlaku dengan mudah.

3. Perlahan-lahan lap dan keringkan kaki anda, terutama di celah jari kaki. Jangkitan boleh berlaku di tempat lembap.

4. Jika kaki anda terlalu kering, ia mungkin merekah dan menyebabkan jangkitan. Lembutkan kulit yang kering dengan menyapu losyen, jeli petroleum, lanolin atau minyak. Elak menyapu di celah jari kaki jika ada kudis atau jangkitan di situ.

5. Maklumkan kepada doktor anda dengan segera jika wujud kudis, lecur, lebam, luka atau sebarang perubahan lain pada badan anda.


===========TAMAT============

Pesanan dari Lenny Boniface :

Saya sendiri adalah peghidap Diabetes Jenis II. Peringkat saya sekarang hanya mengamalkan pemakanan terkawal - iaitu mengawal pemakanan saya untuk mengelakkan bacaan gula dalam darah saya dalam keadaan di normal dan di bawah daripada takat yang ditetapkan oleh pakar perubatan.

Sebenarnya kebanyakan kita tidak akan tahu kita mempunyai penyakit kencing manis atau tidak, sebaik-baiknya kita dapatkan pemeriksaan menyeluruh termasuk pemeriksaan kencing manis. Mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Jaga pemakanan, dan amalkan gaya hidup sihat.

Saya sekarang mengamalkan kawalan pemakanan - kurangkan makanan manis atau tinggi gula atau karbohidrat, dan mengamalkan pengambilan supplemen Shaklee yang membantu saya menstabilkan kandungan gula dalam darah dan membantu menghasilan insulin dan juga membantu sistem tubuh menukarkan makanan kepada tenaga dengan lebih efisien.

Supplemen Shaklee yang saya amalkan sekarang: Vivix, B complex dan Alfalfa. Sekiranya anda berminat mendapat supplemen ini daripada saya. Sila sms/whatsapp ke 016-8749195. Terima kasih.



Hidup ini Ujian

Ada ketika aku mempersoalkan takdir diri dan kehidupan. Aku mempersoalkan masa lepas. Kenapa begitu?  Kenapa begini?  kalau aku buat begitu,...