Memaparkan catatan dengan label Tips. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips. Papar semua catatan
Ahad, 12 Jun 2016
Ahad, 26 Julai 2015
4 Tips Seronok Berdiet
Jika anda ingin keseronokan dalam berdiet, ikut peraturan asas yang disediakan oleh Tyler Graham dan Drew Ramsey, Pakar Pemakanan dari Amerika Syarikat:
Peraturan 1:
Kurangkan jumlah makanan yang diambil.
Peraturan 2:
Makan lebih buah-buahan, sayur-sayuran dan biji-bijian.
Peraturan 3:
Memilih daging haiwan yang makan rumput atau tumbuh-tumbuhan.
Peraturan 4:
Mempelbagaikan makanan berkhasiat.
Rabu, 17 Jun 2015
Selasa, 16 Jun 2015
InfoGrafik : Ubat yang Tidak Membantalkan Puasa
Assalamualaikum.
Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak.
Semoga Bermanfaat.
(Credit to : FB Kementerian Kesihatan Malaysia)

10 Tips Hebat untuk Mommy-Mommy BF di Bulan Ramadan
Assalammualaikum.
Salam Ramadan. Moga-moga Ramadan ini adalah terbaik tahun ini untuk anda sekalian. Anyhoo..
ML terpikat dengan satu post di Facebook Permata Hati Bonda berkaitan penyusuan bayi di Bulan Ramadan, jadi ML kongsikan dengan pembaca serta sebagai rujukan ML juga jika ML mempunyai baby suatu hari nanti. Semoga penulis Permata Hati Bonda mendapat pahala yang berganda-ganda kerana memberikan ilmu kepada pembaca sekalian.
Isnin, 15 Jun 2015
Rabu, 20 Mei 2015
5 Kelebihan Ayat 128 & 129 Surah At-Taubah
Surah at-Taubah 128 & 129 
Assalamualaikum
5 kelebihan mengamalkan ayat 128 & 129 surah at-Taubah. Bacalah 7 kali setiap kali selepas solat. Dengan izin Allah :
- Kelemahan akan bertukar menjadi kekuatan
- Kehinaan akan menjadi kemuliaan
- Dapat membayar hutang
- Menghalang dukacita
- Dikurniakan rezeki yang banyak
Wallahu'alam..
Sekian. Wassalam.
Credit to : http://whitebarley.blogspot.com/
Amalan Menjemput Rezeki
1) Mendapat rezeki yang tidak putus- putus
******************************
Amalannya:
Amalannya:
Zikirkan ayat 54 ( surah as-Saad ) sebanyak 33 kali setiap selepas solat 5 waktu. Juga ketika mengambil duit dari uncang atau dompet.(baca sekali sahaja )
Sabtu, 16 Mei 2015
Tips Konsisten dalam Berblogging

Tip konsisten menulis/motivasi menulis.
-Sudah menguasai fokus tajuk blog
-Sudah menguasai entri, apa yang selalu dicari pembaca.
-Sudah menguasai apa yang selalu dicari pelanggan melalui jejak google.
-Sudah tidak ada masalah putus idea.
-Sudah pandai tukar pembaca kepada pelanggan.
-Sudah berjaya bina keyakinan pelanggan melalui perkongsian/penulisan.

Sumber: Kelas asas blog dan penulisan.
Selasa, 21 April 2015
Ingin Memulakan Perniagaan Online? Sedikit Tips Berharga
(Teks : Akademi Bekerja di Rumah )
Mungkin ada di kalangan kita yang telah pun mulai berniaga atas talian ataupun offline. Saya percaya setiap dari peniaga mahukan kelangsungan yang lebih baik dalam perniagaan mereka.
Dari belum mempunyai apa-apa untuk dijual, kepada memperoleh variasi pilihan produk untuk diniagakan.
Dari tiada networking, mahukan networking yang luas.
Dari terkapai-kapai tanpa mentor, berhasrat mencari bimbingan mentor.
Dari promosi yang terhad, kepada promosi yang lebih luas capaiannya menerusi ABDR (akademi bekerja dari rumah)
Dari keuntungan yang sedikit, kepada keuntungan yang lebih besar sesuai usaha dan kerja keras serta tawakkal kepada Allah.

Percayalah, dengan tindakan yang tepat dan bijak, setiap dari kita mampu untuk pergi lebih jauh dalam apa-apa yang kita usahakan. Saya sangat mencadangkan CikPuan yang berazam memajukan diri dan perniagaan, daftarlah segera dalam akademi ini. Apatah lagi, semuanya boleh dimulakan di atas talian. Tiada lagi alasan, yang ada hanya kemahuan dan usaha.
Siapa tahu, peluang anda untuk berjaya tinggal beberapa langkah lagi. Mengoraklah!
Baca lagi disini : http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/search…
Jom sertai Kelas online asas blog dan penulisan ATAU pilih mana-mana kelas online disini:
- Kelas online asas blog dan fanpage mula bisnes
- Kelas online iklan di mudah.my
- Kelas online penulisan kreatif
- Kelas online urus akaun WAHM/SAHM/SOHO
- Pendaftaran Rakan Niaga/ Pengurus Online
- Tempahan Blog Bisness/ Blog Penulisan
- Ruang Iklan di Soho Directory
Jana pendapatan tanpa perlu keluar rumah. Insya-Allah.
Kami buka pendaftaran setiap hari. Boleh mula daftar bagi yang sudah sedia.

Jumaat, 10 April 2015
Tak Boleh Menulis? 8 Strategi untuk Mengatasi Blok Penulisan
Assalamualaikum.
Sebagai pemunya blog, mahupun pemunya facebook, menulis adalah salah satu cara untuk menarik minat pembaca dan juga mendapatkan pelanggan. Tetapi ada kalanya, kata-kata dan ayat-ayat tidak terzahir dek kerana halangan atau blok penulisan.
Saya mengikuti webpage www.entrepreneur.com. Di situ ada pelbagai tips, artikel berkaitan motivasi, panduan perniagaan online dan banyak lagi yang berinformasi di webpage ini. Jadi saya mengambil beberapa tips yang ditulis oleh Catherine Clifford yang merupakan salah seorang penulis di www.entrepreneur.com. Beliau menuliskan tentang beberapa strategi untuk mengatasi halangan penulisan.
1. Hilangkan sindrom "Aku Bukan Seorang Penulis".
Setiap hari tanamkan (atau lebih tepat lagi BRAINWASH) diri sendiri dengan kata-kata seperti "Aku sememangnya boleh menulis.". Harus yakinkan diri sendiri yang anda boleh menulis.
2. Jangan tunggu Ayat/Perkataan yang Sempurna
Untuk menulis, mulakan sahaja penulisan itu dengan apa sahaja yang terlintas di hati dan minda. Jangan tunggu. Jangan tunggu seperti menunggu bas di perhentian bas. Anggap ia seperti kayuh basikal, mulakan kayuhan pertama anda. Kayuhan pertama yang menggerakkan roda untuk berputar, maka anda akan berjalan dengan sendirinya. Mungkin tidak stabil, tetapi anda tetap bergerak. Tunggangan akan menjadi stabil apabila anda melakukan latihan menaiki basikal beberapa kali. Konsep penulisan lebih kurang begitulah. Cuma dengan penulisan selepas anda membuat karya anda, anda masih boleh sunting dan olah balik karya penulisan anda.
3. Mengeluarkan kata-kata Lisan kepada Diri Sendiri
Berkata-kata secara lisan boleh membantu idea untuk mengalir dengan lancar. Apabila anda ada idea, dan anda mengadap komputer, berkata-katalah dengan diri sendiri. Cara ini bagai menzahirkan idea dalam 2 bentuk iaitu - audio dan tulisan. Dan kedua-dua ini berjalan serentak. Sambil bercakap, tangan berjalan mengetuk keyboard. Dan saya pun perasan saya melakukan perkara yang sama.
4. Letaklah Perkataan, Ayat, atau Perenggan mengikut Kedudukan yang Sesuai - seperti permainan 'puzzle'
Jangan kaku dalam menyusun karangan/karya anda. Anda boleh buat apa sahaja yang anda mahu sehingga anda berpuas hati dengan hasil kerja anda. Olahlah ayat-ayat yang telah anda karang di mana sahaja, letaklah di mana sahaja perenggan yang sesuai. Dunia penulisan adalah kreativiti dan kebebasan. Sekiranya, anda dilanda idea yang 'overwhelming' ( bahasa Melayu - lambakan), catatkan semua idea yang melanda. Kemudian baru anda, mengggunakan idea yang datang untuk menghasilkan tulisan. Ini akan membantu anda supaya anda tidak tercicir satupun idea yang anda dapat.
5. Jadikan Konsep atau Idea atau Pendapat dalam Beberapa Perkataan yang Pendek
Untuk bidang perniagaan, penulisan untuk mendapatkan geran, atau menyediakan kertas cadangan ataupu syarahan, pastikan anda melaklukan kajian yang teliti dan menyeluruh dan dalami apa yang hendak anda sampaikan. Padatkan idea dalam beberapa patah perkataan pendek dan kemudian kembangkan idea anda dari situ. Dan pastikan isi kandungan yang dikembangkan adalah bertepatan dengan konsep atau idea.
6. Elakkan Diri daripada Perangkap Internet
Internet mempunyai tarikan yang membuatkan anda hilang fokus. (Saya juga mengalami masalah yangs sama semasa hendak melakukan pemasaran di Facebook). Jadi elakkan dari berada di mode ONLINE semasa anda cuba menulis sesuatu yang sangat penting. Anda juga boleh menyediakan satu ruangan tanpa internet untuk anda berkarya. Ini membantu anda untuk fokus.
7. Jangan Terperangkap dengan Berfikir "Harus Mula dari Permulaan"
Anda tidak perlu bermula dari titik permulaan seperti bab 'Pengenalan'. Anda boleh sahaja bermula daripada apa-apa idea yang sedang terlintas. Mungkin isi kandungan. Mungkin kesudahan. Mulakan dari mana-mana sahaja. Kemudian anda tentukan kedudukan yang sesuai untuk hasil tulisan anda.
8. Sediakan tempoh masa untuk diri sendiri (Deadline).
Walaupun anda cuma menulis untuk minat, suka-suka atau apa sahaja tujuan, sediakan 'deadline' untuk diri sendiri dan patuhi jadual yang anda tetapkan. Kenapa? Kerana ini adalah sebagai sasaran yang perlu anda capai. Selain itu, ia membantu momentum anda dalam penulisan. Apabila penulisan sebagai rutin, anda akan cuba sedaya upaya untuk menulis. Dan akhirnya penulisan akan menjadi sesuatu yang semulajadi untuk diri anda.

Khamis, 9 April 2015
Tips Untuk Mengelakkan Kekejangan Kaki Ketika Hamil
Assalamualaikum.
Adakah anda selalu mengalami kekejangan kaki sewaktu hamil? Saya telah ter'serempak' dengan satu entri di http://baca-blogspot.blogspot.com/, dan copy-paste ke blog ini untuk dikongsikan bersama pembaca. Credit to http://baca-blogspot.blogspot.com/.
Kejang Kaki Ketika Hamil : 7 Tips Mudah Elak Menangis Sakit Tengah Malam
"Argh.." Tiba-tiba urat kaki macam ditarik-tarik, kaki kanan kejang sampai rasa nak tercabut betis. Sakitnya sampai tak boleh nak kata.
Ibu hamil yang biasa cramp kaki memang faham perasaan ni. Rasa nak mengalir air mata tahan sakit. Biasa kena kejang kaki ni waktu malam pula. Nak menjerit pun takut anak terbangun.
Saya sendiri pernah alami. Sadis sangat bila kena waktu dah sarat mengandung, kaki cramp kemudian nak bergerak pun tak larat. Bila kejut suami, susah pula dia nak bangun.
Sampai mengesot cari ubat panas nak urus betis yang keras sebab kejang.
Sedih sangat rasanya.
Saya tak nak orang rasa betapa sakitnya kejang kaki terutama ketika mengandung. Saya nak kongsi sedikit ilmu yang saya dapat dari babycenter.com.my.
Berikut adalah 7 tips mudah elak kejang kaki ketika hamil.
Tips Elak Kejang Kaki #1:
Elakkan berdiri atau duduk dengan kaki bersilang untuk jangka masa yang lama .
Tips Elak Kejang Kaki #2:
Regangkan otot betis anda dengan kerap semasa kali sehari dan beberapa sebelum anda pergi tidur .
Tips Elak Kejang Kaki #3:
Memusing buku lali dan menggoyangkan kaki anda apabila duduk makan malam atau menonton TV.

Tips Elak Kejang Kaki #4:
Berjalan-jalan setiap hari kecuali jika telah dinasihatkan oleh doktor untuk tidak bersenam.

Tips Elak Kejang Kaki #5:
Elakkan terlalu letih . Berbaring di sebelah kiri anda untuk meningkatkan peredaran darah ke kaki.

Tips Elak Kejang Kaki #6:
Minum air dengan kerap untuk sentiasa terhidrat.

Tips Elak Kejang Kaki #7:
Mandi air panas sebelum tidur untuk merehatkan otot-otot anda.

Tips Kecemasan : Apa Nak Buat Ketika Sedang Sakit Kejang Kaki?
Jika tiba-tiba kena kejang kaki, kita disarankan cepat-cepat luruskan kaki dan gerakkan jari-jari kaki ke depan dan ke belakang beberapa kali.
Kaedah ini memang sakit, tapi sakit itu akan beransur kurang.
Kita boleh juga ambil botol air berisi air suam dan diletakkan pada kaki untuk legakan kaki yang cramp itu.
http://tipsihatselalu.blogspot.com/
===== TAMAT ========
Dan saya sendiri ingin menambah sedikit tips Shaklee. Anda boleh mengamalkan pengambilan Ostematrix Shaklee a.k.a. kalsium untuk membantu mengurangkan kekerapan diserang kekejangan kaki.
Berminat mendapatkan vitaminShaklee? Hubungi saya
Lenny Boniface
di
016-8749195 (SMS/WhatsApp)
lenny.boniface@gmail.com
https://www.facebook.com/lenny.Boniface
*Boleh isi Borang Pertanyaan@Cadangan di sebelah kanan Blog ini
Jumaat, 3 April 2015
Langgan:
Catatan (Atom)
Hidup ini Ujian
Ada ketika aku mempersoalkan takdir diri dan kehidupan. Aku mempersoalkan masa lepas. Kenapa begitu? Kenapa begini? kalau aku buat begitu,...
-
Assalamualaikum. Hari ini cukup panas. Kalau duduk di pejabat tak rasa sangat sebab sepenuhnya air-cond. Duduk di rumah, memang terasa bah...
-
Assalamualaikum. ML saja nak kongsikan maklumat waktu operasi ASNB cawangan Putrajaya. Sebab ML sendiri pun baru tahu waktu operasi puk...
-
Assalamualaikum. Berjaya berpuasa di Ramadhan ke-2, Alhamdulillah. Walaupun pada saat-saat akhir kahak di tekak hendak membuat onar. Namun...