Selasa, 7 Jun 2016

Ramadhan 2

Assalamualaikum.

Berjaya berpuasa di Ramadhan ke-2, Alhamdulillah. Walaupun pada saat-saat akhir kahak di tekak hendak membuat onar. Namun, Alhamdulillah LBJ tak muntah.

Hari buat apa ya?

Hari ini LBJ buat pancake. Tapi tak tangkap gambar la pula. Cuma ada video Iman tengah tolong gaul bahan.


Yang paling best, LBJ buat tapi LBJ tak makan. Apa punya gaya dah.

Satu lagi, LBJ dah tak boleh makan banyak-banyak dah. Sebab makan besar. Makan pun dalam amaun kecil sahaja. Lepas buka puasa dah tak lalu makan nasi dah. Tapi, pukul 10.30 malam karang rasa lapar dan akan cari makan.

Petang tadi, selain buat pancake, LBJ juga buat cucur bawang sikit dan juga agar-agar. Agar-agar tak cukup manis la pula. Jadi esok kena fikir nak buat sesuatu dengan agar-agar ini. 

Jadi LBJ Google lah apa resepi koktai atau minuman yang boleh diolah esok. 

Ni gambar yang membuat LBJ ingin cuba esok.




fruit punch, fruit cocktail, non alcoholic, drink

Boleh klik link bawah gambar untuk resepi penuh.

Jadi, tunggu la catatan esok hari pula ya. 

Hari ini tak tangkap gambar untuk pancake tadi. Terlupa daa.

Takpe-takpe, esok kita cuba lagi.


5 Cara Mudah Mengurangkan Kolesterol Jahat

(sumber : majalah iSihat)

Tahukah anda, anda boleh mengurangkan sebanyak 10-20% kadar kolesterol jahat dalam tubuh dengan hanya mengubah pola makanan?

Cuba ikut tips di bawah :

1. Banyakkan mengambil makanan yang berkolesterol rendah seperti kacang soya, kacang merah, tauhu, tempe, gandum, buah-buahan dan sayur-sayuran.

2. Ambil oatmeal setiap kali sarapan kerana telah terbukti oatmeal sangat bermanfaat dalam menurunkan kadar kolesterol.

3. Gantikan telur yang biasa diambil dengan telur rendah kolesterol.

4. Cuba ubah kebiasaan anda yang gemar mengambil makanan yang berlemak, berkuah santan, berkrim dan tumis masakan anda dengan menggunakan kuantiti minyak yang sedikit.

5. Ganti penggunaan marjerin dan minyak yang kurang sihat dengan minyak yang lebih baik seperti minyak kelapa.


*******************************end*****************

Selain itu, LBJ menyarankan anda mencuba produk Shaklee seperti :

1. OmegaGuard Shaklee
2. Lecithin Shaklee
3. Garlic Shaklee

untuk membantu merendahkan kadar kolesterol tubuh anda.

Catatan Ramadhan 1

Assalamualaikum.

Bersiaran pada 12.30 tengah malam. Sebenarnya, LBJ ingin buat entri 1st day Ramadhan jurnal. Tapi, biasalah, PROCRASTINATING. Ini lah hasilnya pukul 12.30 tengah malam baru nak buat.

Sambil-sambil berfikir, sambil-sambil kemas sikit-sikit.

Jadi, apa pengalaman berpuasa sewaktu hamil? LBJ rasa biasa sahaja. Cuma risau sekiranya muntah. Yang mengganggu tekak LBJ ialah kahak. Kahak boleh menyebabkan rasa ingin muntah.

Baby sihat hari ini, rasa baby bergerak kuat tadi- terkejut MAK. Hehehe.

Lot's on my mind today. Tak tahu macam mana nak cerita. Suatu hari nanti akan LBJ tuliskan kebimbangan ini.

OK setakat ini dahulu catatan harini.

Jangan lupa ... PROMOSI BULAN RAMADHAN INI :

>>> KLIK SINI <<<<

Ahad, 5 Jun 2016

Kehadiran Bulan Ramadhan :)

Assalamualaikum.

Hari ini akan bermulanya malam Ramadhan. :)

LBJ dah nak masuk 9 tahun menjalani kehidupan sebagai muslim. Dan setiap tahun pengalaman di bulan Ramadhan adalah unik. Dan tahun ini tahun paling istimewa. Berpuasa dengan perut berisi. Heheheh.

Syukur Alhamdulillah. Allah memberi peluang kepada LBJ untuk merasa puasa sewaktu mengandung. Alhamdulillah.

Dengan itu, LBJ akan catatkan pengalaman puasa pada tahun ini di blog, sebagai kenang-kenangan diri sendiri, dan mungkin juga suatu hari mungkin dibaca oleh anak-anak LBJ sendiri.

LBJ ingin 'lekatkan' imej Niat Puasa Ramadhan dengan Doa Berbuka Puasa di muka blog ini. (untuk diri sendiri juga). Lain kali lupa boleh buka blog dan baca niat dan dia. Ngeee...












Akhir kata :

SELAMAT MENYAMBUT KEHADIRAN BULAN RAMADHAN, & SELAMAT BERPUASA. 

Rabu, 1 Jun 2016

Promosi Bulanan dari Shaklee - Jun 2016


Kebaikan Utama Lecithin Shaklee:

1. Menyerap vitamin yang larut lemak - Membantu tubuh dalam menyerap vitamin A, D, E dan K.

2. Melindungi hati - Menghalang enapan lemak di hati, sirosis hati dan hati berlemak - membantu kesihatan hati.

3. Pemecahan lemak dan kolesterol - bertindak sebagai pembersih salur darah, membantu emulsi dan metabolisma lemak, kolesterol dan trigliserid di dalam tubuh badan.

4. Pelangsingan - Mengurangkan peluang mendapat penyakit obesiti. Pengambilan yang konsisten membantu pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan.

5. Mencantikkan kulit dan otot - membentuk membran sel, melembapkan dan menghaluskan kulit untuk kulit yang cantik, mengaktifkan metabolisme sel dan melambatkan penuaan.

6. Memperbaiki alergi - Menghalang platlet darah dari mengaktifkan tisu gegelung di dalam salur darah, seterusnya mengurangkan risiko alergi seperti panyakit kulit -dermatitis, demam alergi.

7. Mengurangkan risiko batu karang - 90% dari batu karang terjadi daripada kolesterol, lecithin mengemulsi kolesterol berlebihan untuk menyekat kejadian batu karang.

8. Mempertingkatkan daya ingatan dan mengurangkan stres - Mengandungi kolin yang membentuk penghantar untuk saraf kranial - meningkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, mengurangkan risiko mendapat Alzheimer dan mengurangkan stres

9. Menghalang tekanan darah tinggi - Memperbaiki masalah tekanan darah tinggi dengan menghalang arteriosklerosis, menggalakkan peredaran darah.

10. Memperbaiki prostat - Kajian membuktikan pengambilan lecithin dapat membantu mengurangkan masalah prostat dan urethra di kalangan kaum lelaki.

11. Mengurangkan sembelit - Lecithin adalah pelembut najis yang berkesan, melembapkan usus dan meleraikan toksin di dalam usus.


Info Produk :

Harga : RM 53.75
Kos Pos : RM 10.60 (Sem)/ RM 21.20 (Sabah/Sarawak/ Labuan)
Bilangan kapsul sebotol : 180 biji
* Untuk mendapatkan harga yang lebih berbaloi, dialu-alukan mendaftar sebagai ahli Shaklee.

Sila whatsapp/sms LBJ di 016- 874 9195 untuk pertanyaan dan pembelian. 















7 Sebab Mengapa Badan Kita Memerlukan Supplemen.

1. Badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh diperolehi daripada makanan. Contohnya, vitamin C dan E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.

2. Buah-buahan dan sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan dan galian yang kurang berbanding dengan buah dan sayuran dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.

3. Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa memasak.

4. Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol, minuman keras dan antibiotik boleh menganggu peyerapan zat makanan.

5. Amalan diet yang tinggi kafien, lemak, kolesterol, gula dan garam dapat, mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh.

6. Pengambilan makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan.

7. Gaya hidup dan trend masa kini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan MSG.


(sumber : Pamplet milik Arnie My)

Hidup ini Ujian

Ada ketika aku mempersoalkan takdir diri dan kehidupan. Aku mempersoalkan masa lepas. Kenapa begitu?  Kenapa begini?  kalau aku buat begitu,...