Ahad, 15 Februari 2015

Travel - Memenatkan

Bismillah.

Alhamdulillah.
Assalamualaikum.

Balik dari travel memang memenatkan badan. Bukan itu sahaja, apabila dari dari travel ini, banyak benda perlu dibuat misalnya basuh baju, kemas rumah, memasak, membeli barang dapur (kalau dah habis). Dan kebiasaannya badan akan terasa lesu dan penat bila berjalan (walaupun kita menaiki kenderaan).



Saya memang penat hari ini. Semalam baru balik dari Chemor. Tetapi banyak urusan rumahtangga yang perlu disiapkan. Salah satu zikir asmaul husna yang boleh kita amalkan apabila badan penat, mental penat, atau lemah semangat, kita zikirkan Ya Qawiy (Maha Kuat) banyak-banyak. In syaa Allah kembali bersemangat.

Selain itu, apabila terasa badan sangat lesu atau penat saya amalkan 3 supplemen Shaklee iaitu Vivix, B complex dan Ostematrix.

Vivix ini saya cuma ambil sekali sehari sahaja. Sebab Vivix ini agak kuat kesannya. Jadi, saya cuma ambil 2 kali jika badan saya terasa sangat lesu dan lemah. Pagi dan malam.

B complex adalah amalan harian saya. Ia membantu kita kurangkan stress, kemudian membantu badan kita membakar makanan dengan lebih efisien, kerana ia berfungsi menukarkan makanan kepada tenaga. Jika anda adalah masalah diabetes type II macam saya sangat elok amalkan B complex.

Kemudian Ostematrix pula sangat membantu dalam mendapat tidur yang berkualiti. Apabila tidur berkualiti, maka apabila kita bangun pagi kita lebih bertenaga dan ceria.

Berminat untuk mendapatkan supplemen ini? Hubungi saya ya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan