Langkau ke kandungan utama

Sharing FB : Tips untuk Yang Hendak Berniaga

Assalamualaikum.

Membuat sedikit sharing bahan dari FB. FB DAO, berkaitan berniaga.

Jadi, di sini ada beberapa tips yang sesuai untuk adik-adik, akak-akak, dan abang-abang  yang ingin berniaga.

Selamat berniaga ya, semoga berjaya.





Soalan:
Azizan, bagaimana saya ingin mulakan berniaga secara sampingan sedangkan saya masih bekerja?
Komen saya:
Persepsi setengah orang yang bekerja yang ingin mulakan perniagaan, mereka mesti :-
1/ Berhenti kerja serta merta untuk bisnes full-time - Ini tidak benar
2/ Mesti mulakan dengan modal duit yang besar - Ini tidak benar
3/ Kena ada kedai fizikal - Ini tidak benar
4/ Kena keluarkan produk sendiri- Ini pun tidak benar
5/ Kena mengadap bisnes 24-jam- Ini pun tidak benar.

Jadi, apa yang benar?
1/ Jangan berhenti kerja jika baru nak mula berniaga melainkan anda memang kena buang kerja atau anda memang telah mempunyai simpanan yang cukup untuk "survive" kos sara hidup dan komitmen bulanan anda untuk sekurang-kurangnya 6-bulan sehingga 12-bulan.

2/ Teruskan bekerja sambil buat sedikit "research" apakah produk atau perkhidmatan yang orang perlukan samada di pejabat, di media sosial atau di kejiranan anda.

3/ Mulakan bisnes sampingan anda samada dengan memasarkan produk/perkhidmatan orang lain contoh menjadi ejen/pengedar produk/servis orang lain atau dengan menawarkan perkhidmatan menggunakan bakat, pengalaman, ilmu ataupun kelebihan diri anda. Contoh: Mengajar tuisyen subjek2 yang anda mampu ajar dirumah pada hujung minggu atau perkhidmatan anda ialah menguruskan/menawarkan guru-guru tutor yang anda boleh pasarkan home tuisyen di mana anda tidak perlu mengajar tapi pasarkan perkhidmatan tersebut dan aturkan guru-guru untuk mengajar. Anda akan letakkan harga yuran/jam atau satu subjek dan bayar sebahagiannya kepada guru tuisyen tersebut. Ini contoh #1. Contoh lain ialah anda mungkin bagus dalam bidang pengurusan akaun dan percukaian, maka anda tawarkan perkhidmatan tersebut kepada usahawan-usahawan kecil yang tidak mampu lagi membayar gaji penuh akauntan dan anda caj kadar perkhidmatan yang tidak membebankan. Perkhidmatan mengurut tapak kaki, perkhidmatan gubahan bunga, perkhidmatan tempahan kek adalah contoh-contoh perkhidmatan yang anda boleh jadikan perniagaan permulaan tanpa anda perlu tahu buat tapi anda perlu tahu pasarkan produk atau perkhidmatan tersebut. Contoh lain yang bagus ialah memulakan dengan menjadi perunding takaful, perunding kewangan ataupun Real Estate Negotiator. Tapi pastikan ada disediakan latihan yang bagus.

4/ Mulakan bisnes tanpa kedai. Anda bagus mulakan melalui FB, InstaGram, Twitter dan melalui rakan-rakan dengan gunakan WhatsApp atau SMS dan lain-lain. Gunakan teknologi dan media sosial sebagai alat untuk "buat duit" dan bukan tambah dosa atau perkara sia-sia!

5/ Jangan mulakan bisnes dengan meminjam bank apatah lagi jika jumlahnya besar!
Semoga saranan ini semua membantu sedikit sebanyak! Insya Allah saya akan beri lebih banyak penerangan nanti di Seminar Magnet Kejayaan 2015!


*******************************************

Ingin mendapatkan produk Shaklee? Ingin menjana pendapatan bersama Shaklee?
WhatsApp/SMS    ke --- 016 874 9195 Lenny

Kedai E-book dan produk-produk ilmiah lain di 

Ulasan

  1. Tips paling last tu bahaya.. Buat pinjaman dalam keadaan bisnes baru nak bertatih. Memang sakit nanti. Sebaiknya buat secara kecil-kecilan dahulu, untung yang ada sedikit demi sedikit buat modal yang lain pulak kan..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul-betul. hanya orang yang betul2 sabar dan cekal dan berdisiplin sahaja boleh mencapainya.

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maklumat Umum : Waktu Operasi

Assalamualaikum. ML saja nak kongsikan maklumat waktu operasi ASNB cawangan Putrajaya. Sebab ML sendiri pun baru tahu waktu operasi pukul 8.15 pagi. Jadi apa salahnya ML berkongsi maklumat ini, agar kawan-kawan di luar sana yang ingin berurusan awal tahu. ******************************************* Ingin mendapatkan produk Shaklee? Ingin menjana pendapatan bersama Shaklee? WhatsApp/SMS    ke ---  016 874 9195   Lenny Kedai E-book dan produk-produk ilmiah lain di  http://lenny-e-bookshop.blogspot.com/ Jemput singgah di Kedai ML di Lelong http://www.lelong.com.my/merchant/lennbj.htm

Nikmat Syukur (dari istilah dan rasa)

Assalamualaikum. Semoga hari hari yang barokah untuk semua. Emotional sikit hari ini. Hari ini baca IG Story FynnJamal, ada satu bahagian berkaitan 'dapur'. Sesiapa baca mesti tersentuh lah, romantik bagai. Jadi apa kaitan dengan aku? Selepas baca IG Story tu, satu perkataan 'pop-up' depan mata aku : SYUKUR. Ini mungkin menjadi satu karangan yang panjang, sebab aku nak ungkap/rungkai kenapa SYUKUR itu indah. Hidup aku tak semenggah. Hidup aku takde kemewahan. Hidup aku, aku tak kenal brand-brand terkenal. Hidup aku, aku cuma kena "ada tu ada lah, takde tu, takyah merungut, takyah menyesal." Itu aku. Agak susah aku nak ungkapkan perasaan aku ni sekarang. Aku nak ekspresskan rasa TERIMA KASIH sangat-sangat kepada Allah s.w.t.  Aku bukan nak tulis terima kasih (fizikal) kepada Allah. Aku cuma nak tulis bahawasnya, rasa syukur itu mencukupkan kehidupan. Rasa syukur itu memberikan perspektif dalam melihat yang 'tak ada' itu indah. Kadang-kadang...

Forum Berkaitan Wanita

17 Febuari 2020 yang lalu, aku berpeluang menghadiri Forum berkaitan isu wanita. Nama forum tersebut ialah Women in Higher Education, Employment and Leadership. Forum ini dijalankan di Hotel Armada, Petaling Jaya yang di anjurakan oleh IWB (Institut Wanita Berdaya ). Asal mula, kawan aku yang ajak pergi ke event ini. Mula-mula aku pun tak pasti apa event yang dijalankan, apabila dah tengok tajuk berminat pulak aku nak join. OK la. Jujur kata ye. Aku sebenarnya tak berminat dengan whatsoever ideologi, konsep atau apamacam perjuangan (since teenagers). Sebab aku tak ada awareness dan juga pendedahan. Yang so called women empowerment pun aku tak berminat. Tetapi kebelakangan ini, aku bagai 'diketuk' untuk menyelami what is so called feminism , women empowerment. Women empowerment tak semestinya feminism, mengikut pemahaman aku yang cetek ini.  Women empowerment ini adalah aktiviti / gerakan untuk memberikan pendidikan dan pengetahuan dan kesedaran kepada golon...