Langkau ke kandungan utama

Mencari Tujuan

Sudah lama tidak aktif dalam menulis (dan membaca).

Kebelakangan ini terasa serba tak kena. Dan tidak tahu apa yang sedang mengganggu emosi dan fikiran. Maka, tiba-tiba pagi tadi datang satu 'ketukan minda' - Mungkin aku, kekurangan 'cabaran' dalam hidup.

Faham istilah 'lame'?
Apabila hidup dah kehilangan cabaran, manusia akan rasa macam 'tawar'. Tapi tak ada sesiapa nak cabaran atau halangan dalam hidup. Itu juga sifat manusia. Manusia hendakkan hidup yang senantiasa lancar dalam mencapai impian. Tapi itu tak mungkin.

Maka, kesimpulan dari 'ketukan minda' ini, aku ingin ubah hidup aku. Aku ingin 'embrace' cabaran. Aku ingin lalu cabaran dan halangan hidup ini. Hendak berjaya dalam mencapai sesuatu kejayaan, sama ada yang kecil mahu pun besar.

Jadi, aku nak set objektif yang aku nak capai:

1. Baca buku - 2 buku berkaitan motivasi /berniaga setiap bulan/ bantu diri
2. Mengaji Al -Quran - 1 hari  min 6 muka surat
3. Berkongsi Info Produk setiap hari di Sosial Media.
4. Menulis  (5  minit) - blog, fb, atau karang cerita. (setiap hari)
5. Memasak untuk anak-anak setiap hari.


OK. Aku set ini dulu. Nanti aku update di sini bagaimana objektif memberikan kehidupan ini makna.

Image result for challenge

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maklumat Umum : Waktu Operasi

Assalamualaikum. ML saja nak kongsikan maklumat waktu operasi ASNB cawangan Putrajaya. Sebab ML sendiri pun baru tahu waktu operasi pukul 8.15 pagi. Jadi apa salahnya ML berkongsi maklumat ini, agar kawan-kawan di luar sana yang ingin berurusan awal tahu. ******************************************* Ingin mendapatkan produk Shaklee? Ingin menjana pendapatan bersama Shaklee? WhatsApp/SMS    ke ---  016 874 9195   Lenny Kedai E-book dan produk-produk ilmiah lain di  http://lenny-e-bookshop.blogspot.com/ Jemput singgah di Kedai ML di Lelong http://www.lelong.com.my/merchant/lennbj.htm

𝗙𝗔𝗞𝗧𝗢𝗥 𝗞𝗘𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗜𝗠𝗣𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗘𝗠𝗔𝗦

  Berikut adalah beberapa faktor keuntungan simpanan emas untuk tuan puan fahami. 1. Nilai Kekal : Emas memang terkenal dengan nilai yang stabil. Walaupun di waktu ekonomi tidak menentu, nilai emas sentiasa kekal atau meningkat. 2. Pelindung Daripada Inflasi : Apabila harga barang naik, nilai emas biasanya juga turut meningkat. Simpanan emas tuan puan tidak terjejas oleh inflasi. 3. Kepelbagaian Pelaburan : Emas adalah cara yang baik untuk mempelbagaikan pelaburan tuan puan. Jika pasaran saham merudum, emas boleh membantu mengekalkan keseluruhan portfolio kewangan. 4. Permintaan Tinggi : Emas sentiasa ada permintaan tinggi, baik dalam industri perhiasan mahupun teknologi. Ini bermakna tuan puan boleh menjual emas pada  bila-bila masa jika perlukan wang. 5. Tiada Risiko Kebankrapan : Berbeza dengan simpanan di bank, emas tidak akan 'hilang' disebabkan masalah kewangan institusi. Emas adalah aset fizikal yang tuan puan boleh pegang. 6. Mudah Alih : Emas fizikal, seperti ba...

TERBARU ! e-Book : Bekerja & Berniaga: Panduan Untuk Suri

 Salam. Alhamdulillah. Alhamdulillah lahir lagi satu produk baru di ABDR, sebuah e-book 'based on true story' seorang suri yang bekerja dan berniaga. Ramai antara kita kaum suri bekerja pada masa yang sama melakukan perniagaan kecil-kecilan. Mari kita dapatkan e-book ini untuk membantu kita menguruskan kedua-duanya: kerja dan perniagaan.   + Sedikit 'insight' pada topic-topic yang terdapat dalam e-book  Bekerja & Berniaga: Panduan Untuk Suri ini :                                                                                    ...