Langkau ke kandungan utama

Masalah Jerawat Tak Berkesudahan

 

 Link :   Masalah jerawat tak berkesudahan (hmetro.com.my)


MASALAH jerawat di muka antara mimpi ngeri yang cuba dielakkan oleh sesiapa sahaja.




Apa tidaknya masalah ini sukar disembunyikan terutama kepada mereka yang sangat mementingkan penampilan diri sekali gus mengurangkan keyakinan diri untuk berdepan dengan orang ramai.

Lebih menyedihkan, biarpun sudah menggunakan pelbagai produk dan menjaga pemakanan, masalah jerawat masih tidak berkesudahan.

Bagaimanapun, ramai yang tidak menyedari masalah jerawat ini juga boleh berpunca daripada sindrom ovari polisistik (PCOS).

Pakar Perunding Kanan Sakit Puan dan Perbidanan, Profesor Nur Azurah Abdul Ghani berkata, PCOS adalah keadaan di mana seseorang wanita itu mengalami ketidakseimbangan hormon di dalam badan mereka.

"Ia juga boleh mengganggu kitaran haid wanita dan menyebabkan individu itu mengalami kesan lebihan hormon androgen yakni hormon lelaki.

"Imbasan ultrasound lazimnya menunjukkan kilang telur (ovari) mereka agak besar berbanding wanita lain dan mempunyai folikel (cyst) yang banyak," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Menurutnya, mereka yang mengalami PCOS juga boleh menyebabkan berlakunya masalah jerawat yang teruk disebabkan ketidakseimbangan hormon dalam badan mereka.

"Kilang telur (ovari) wanita bukan hanya menghasilkan hormon estrogen tetapi ia juga menghasilkan hormon androgen pada kadar yang rendah.

"PCOS akan menyebabkan kilang telur menghasilkan lebih banyak hormon androgen yang memberi kesan pada kulit dengan menghasilkan lebih banyak sebum menjadikan permukaan kulit lebih berminyak," katanya.

Ketua Jabatan Obstetriks dan Ginekologi Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) itu berkata, liang sebum yang tersumbat ini akan mencetus jerawat pada permukaan kulit.

"Kehadiran bakteria Propionibacterium acnes akan menyebabkan radang pada jerawat itu.

"Jerawat ini bukan sekadar berlaku di muka tetapi 50 peratus boleh didapati pada bahagian leher, dada dan juga belakang wanita," katanya.

Oleh itu, bagi wanita yang mengalami PCOS, rawatan asas yang diberikan adalah bertujuan mengimbangi semula hormon di dalam badan mereka.

"Ini secara tidak langsung akan mengurangkan kadar penghasilan hormon androgen di dalam badan mereka dan seterusnya mengurangkan efek yang disebabkan hormon itu seperti jerawat.

"Langkah utama yang perlu diambil oleh wanita itu ialah berusaha mengurangkan berat badan yang berlebihan.

"Sekiranya berat badan kembali pada berat ideal, keseimbangan hormon dapat dicapai dan ini boleh mengurangkan jerawat serta kitaran haid yang tidak teratur," kataya.

Beliau berkata, pengambilan pil perancang juga dapat membantu melancarkan kitaran haid dan membantu mengurangkan jerawat.

"Bagi mereka yang mengalami masalah jerawat yang teruk, perlu berjumpa dengan pakar kulit untuk membantu mengurangkan masalah jerawat yang mereka alami," katanya.

Bagaimanapun, kehadiran jerawat bukannya satu-satunya tanda seseorang wanita itu mengalami PCOS.

"Mereka yang mengalami PCOS lazimnya mempunyai berat badan yang berlebihan, kitaran haid yang tidak teratur, mempunyai bulu yang agak berlebihan berbanding wanita biasa, keguguran rambut dan kulit yang gelap di bahagian leher serta ketiak," katanya.

Secara amnya, kesedaran masyarakat terhadap PCOS masih rendah sehingga ramai yang masih tidak sedar mengenai risiko sekiranya penyakit ini tidak dirawat.

"Ada dalam kalangan mereka mengalami obesiti, penyakit kencing manis, darah tinggi dan kesukaran untuk hamil. Mereka juga berisiko untuk mendapat kanser rahim," katanya.

Bagi mereka yang mempunyai PCOS, perlu lebih cakna dalam menjaga kesihatan diri kerana mereka berisiko untuk mendapat masalah kesihatan.

"Mereka perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan pemakanan yang seimbang serta melakukan senaman.

"Selain ubatan doktor, pengambilan probiotik juga boleh membantu mengimbangI hormon di dalam badan mereka," katanya.


Ulasan

  1. Baby care is very important. I have discussed an article about some currents that come during pregnancy. I would love it if you read it.

    https://babycare-all.com/is-brown-discharge-5-weeks-pregnant-a-sign-of-pregnancy-2021

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maklumat Umum : Waktu Operasi

Assalamualaikum. ML saja nak kongsikan maklumat waktu operasi ASNB cawangan Putrajaya. Sebab ML sendiri pun baru tahu waktu operasi pukul 8.15 pagi. Jadi apa salahnya ML berkongsi maklumat ini, agar kawan-kawan di luar sana yang ingin berurusan awal tahu. ******************************************* Ingin mendapatkan produk Shaklee? Ingin menjana pendapatan bersama Shaklee? WhatsApp/SMS    ke ---  016 874 9195   Lenny Kedai E-book dan produk-produk ilmiah lain di  http://lenny-e-bookshop.blogspot.com/ Jemput singgah di Kedai ML di Lelong http://www.lelong.com.my/merchant/lennbj.htm

Mesej Berguna Dari Wasap

The Treatment of Laziness and Frustration Dr. Omar Abdul Kafi said that one day he was giving a Friday sermon in one of the Masjid. After the prayer a man who had a long hair and a long beard came to him. Surprisingly it showed that he did not care about himself at all. He told Dr Omar: "I am very lazy, with a lot of sleep. I hardly wake up, I only wake up to eat and go back to sleep again. I neglect my work, my future, and everything else and I don't care. My children think I am a strange person and very boring. I have a lack of enthusiasm, and I am always having frustration. What should I do please help me." Dr. Omar told him to ask Allah for forgiveness by saying "Astaghfir Allah" at least 100 times in a day, and to come back to him after one week, to tell him the result. The man said: "I am telling you I am lazy, I sleep more than 15 hours in a day. I am neglecting my prayers, my children and my work, and you are telling me to ask Allah for for...

Forum Berkaitan Wanita

17 Febuari 2020 yang lalu, aku berpeluang menghadiri Forum berkaitan isu wanita. Nama forum tersebut ialah Women in Higher Education, Employment and Leadership. Forum ini dijalankan di Hotel Armada, Petaling Jaya yang di anjurakan oleh IWB (Institut Wanita Berdaya ). Asal mula, kawan aku yang ajak pergi ke event ini. Mula-mula aku pun tak pasti apa event yang dijalankan, apabila dah tengok tajuk berminat pulak aku nak join. OK la. Jujur kata ye. Aku sebenarnya tak berminat dengan whatsoever ideologi, konsep atau apamacam perjuangan (since teenagers). Sebab aku tak ada awareness dan juga pendedahan. Yang so called women empowerment pun aku tak berminat. Tetapi kebelakangan ini, aku bagai 'diketuk' untuk menyelami what is so called feminism , women empowerment. Women empowerment tak semestinya feminism, mengikut pemahaman aku yang cetek ini.  Women empowerment ini adalah aktiviti / gerakan untuk memberikan pendidikan dan pengetahuan dan kesedaran kepada golon...