Langkau ke kandungan utama

REVIEW KDrama - Awaken

 Assalamualaikum. 

Kak Lenn OFF DAY agak panjang minggu ini, maka sempat habiskan 16 episod KDrama bertajuk AWAKEN.

Kak Lenn adalah peminat drama penyiasatan, thriller, pembunuh bersiri, cerita polis, cerita paranormal dan horror. So hari ini Kak Lenn nak buat review tentang Drama AWAKEN (tahun 2020) ini. Pada sesiapa yang belum menonton drama ini, review ini mengandungi SPOILERS ye.



Let's start.

Berdasarkan apa yang Kak Lenn perhatikan, drama ini adalah campuran sci-fi, dan penyiasatan. Kalau nak diikutkan, unsur-unsur kepolisan adalah bagai hiasan sahaja.


Do Jung Woo

Mengisahkan Do Jung Woo (watak utama) polis yang diarahakan menyiasat beberapa siri pembunuhan diri dan mengesyaki kes-kes ini bukan pembunuhan biasa. Do Jung Woo ini adalah ketua pasukan Unit Khas. Di dalam unit ini ada polis wanita bernama Gong Hye Woo (watak utama juga) dan dibantu oleh 2 watak sampingan lagi (yang Kak Lenn tak ingat nama). So Team Khas ini mempunyai 4 pegawai. Dan cara team ini mengendalikan kes adalah lain macam (orang kata). 


Gong Hye Woon

Jadi, siasat punya siasat, rupanya kes bunuh diri ini mempunyai amaran awal sebelum kejadian bunuh diri berlaku. Dan kes yang bakal berlaku melibatan seorang VIP yang terkenal dan kaya nama dia Sin Ho Min. Pendekkan cerita, Son Ho Min mempunyai kaitan dengan kes-kes bunuh diri sebelum ini dan juga berkait pula dengan satu kejadian 28 tahun sebelum itu di suatu kawasan dinamakan Kampung Malam Putih.

Drama ini banyak scene flashback ye. 

Kemudian, entah macam mana, Polis Korea menjemput seorang pegawai FBI dari US bernama Jamie Leigh, dia ni orang Korea yang mempunyai kerakyatan US. Tambah lagi seorang bijak dalam team penyiasatan ini. Dalam drama ini banyak plot twist.


Jamie Leigh

Pendekkan lagi cerita, rupanya Jamie Leigh ini mempunyai kaitan dengan Kampung Malam Putih, cuma dia tak boleh ingat semua kejadian lalu, kemudian pula, Do Jung Woo pun confess yang dia pun dari Kampung Malam Putih. 

Banyak sangat plot twist, sampai Kak Lenn pun confuse. Takpe-takpe, Kak Lenn cuba cerita lagi.

Drama ini banyak berkisar antara 3 watak utama ini. Ada 1 watak lelaki (yang dipanggil Budak Ketiga) yang nak kata utama tak utama sangat. Pada mulanya, Kak Lenn ramal 2 watak utama ini Mutant. Tapi meleset sekali ramalannya.

Kita terus pada Kampung Malam Putih 28 tahun dahulu yang menjadi isu utama drama ini. Kampung ini terletak di sebuah pulau. Dan ia mempunyai satu fasiliti di situ yang menempatkan ramai kanak-kanak. Ingatkan ini tempat kebajikan anak-anak yatim ke, rupanya bukan. Apalah tempat ini? Ia adalah sebuah fasiliti penyelidikan sains yang menggunakan kanak-kanak dan manusia lain untuk buat kajian tentang ubat untuk mengekalkan usia muda sehingga bila-bila, supaya tidak boleh mati. (Ada pulak macam tu). Saintis-saintis di pulau itu akan mengambil anak-anak gelandangan atau mana-mana anak yang tidak dikehendaki dimasukkan di situ, dan seorang demi seorang dijadikan bahan uji kaji.

Ingat cerita 'Fountain of Youth'? Ini lah saintis-saintis ini cuba ciptakan, menggunakan darah-darah kanak-kanak yang mereka ambil. Do Jung Wo dan Jamie Leigh pun pernah tinggal di situ. Cuma mereka bernasib baik berjaya melarikan diri sebelum menjadi korban saintis-saintis tersebut. Dalam kejadian melarikan diri itu, ada 3 budak yang berjaya melarikan diri iaitu Do Jung Woo, Jamie Leigh dan 1 lagi budak misteri.

Saintis-saintis di Kampung Malam Putih ini dibiayai oleh Yayasan Malam Putih. Dan orang-orang dalam Yayasan Malam Putih ini adalah orang-orang mempunyai kuasa, pangkat dan duit. Sebab itu, kegiatan haram mereka membunuh anak-anak tidak dapat dikesan. Sehinggalah Do Jung Woo nekad hendak bongkarkan jenayah Yayasan Kampung Putih. Dialah hero. 

Kak Lenn tak cerita dengan se-terperinci ye. Sebab panjang sangat kalau nak review macam tu.

Kemudian, apabila Jamie Leigh sedar (awaken) dari amnesia dia, rupanya dia adalah kembar Do Jung Woo. Ini dah agak dah, cuma Kak Lenn tak sangka mereka dua yang kembar, ingatkan ada seorang lagi dari mereka yang kembar dia. Kemudian, mereka pulak adalah anak kandung saintis GILA di Kampung Malam Putih, Saintis wanita (tak ingat nama). Lawa. Saintis ini telah mencuba serum fountain of youth yang mereka kaji, dan dia kekal muda walaupun selepas 28 tahun.

Ending dia senang diagak je. Cuma adalah beberapa kejadian yang Kak Lenn kurang terima akal lah, iaitu, masa Jamie terkandas di Pulau Kampung Malam Putih, untuk melawat kawasan bersama seorang wartawan. Masa itu, ada satu kejadian gengster-gengster cuba menculik dia dan wartawan, tiba-tiba 'budak ketiga misteri' muncul, cuba bunuh Jamie. Tengah-tangah nak bunuh ni, Do Jung Woo, entah dari mana muncul selamatkan Jamie. Heran-heran. Macam mana dia sampai pulau tu tanpa bot? Si Budak Ketiga Misteri pun sama, macam mana dia sampai? Terbang? Ada lagi laa beberapa scene tak masuk akal. Tapi nak cakap apa kan, nama pun fiksyen.

Keseluruhan ke-best-an yang Kak Lenn dapat dari Kdrama ini - NICEEE.. boleh layan. 




LENNY BONIFACE
Mama Jual Shaklee
Shaklee Independent Distributor
https://www.wasap.my/60168749195/

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maklumat Umum : Waktu Operasi

Assalamualaikum. ML saja nak kongsikan maklumat waktu operasi ASNB cawangan Putrajaya. Sebab ML sendiri pun baru tahu waktu operasi pukul 8.15 pagi. Jadi apa salahnya ML berkongsi maklumat ini, agar kawan-kawan di luar sana yang ingin berurusan awal tahu. ******************************************* Ingin mendapatkan produk Shaklee? Ingin menjana pendapatan bersama Shaklee? WhatsApp/SMS    ke ---  016 874 9195   Lenny Kedai E-book dan produk-produk ilmiah lain di  http://lenny-e-bookshop.blogspot.com/ Jemput singgah di Kedai ML di Lelong http://www.lelong.com.my/merchant/lennbj.htm

Mesej Berguna Dari Wasap

The Treatment of Laziness and Frustration Dr. Omar Abdul Kafi said that one day he was giving a Friday sermon in one of the Masjid. After the prayer a man who had a long hair and a long beard came to him. Surprisingly it showed that he did not care about himself at all. He told Dr Omar: "I am very lazy, with a lot of sleep. I hardly wake up, I only wake up to eat and go back to sleep again. I neglect my work, my future, and everything else and I don't care. My children think I am a strange person and very boring. I have a lack of enthusiasm, and I am always having frustration. What should I do please help me." Dr. Omar told him to ask Allah for forgiveness by saying "Astaghfir Allah" at least 100 times in a day, and to come back to him after one week, to tell him the result. The man said: "I am telling you I am lazy, I sleep more than 15 hours in a day. I am neglecting my prayers, my children and my work, and you are telling me to ask Allah for for...

Forum Berkaitan Wanita

17 Febuari 2020 yang lalu, aku berpeluang menghadiri Forum berkaitan isu wanita. Nama forum tersebut ialah Women in Higher Education, Employment and Leadership. Forum ini dijalankan di Hotel Armada, Petaling Jaya yang di anjurakan oleh IWB (Institut Wanita Berdaya ). Asal mula, kawan aku yang ajak pergi ke event ini. Mula-mula aku pun tak pasti apa event yang dijalankan, apabila dah tengok tajuk berminat pulak aku nak join. OK la. Jujur kata ye. Aku sebenarnya tak berminat dengan whatsoever ideologi, konsep atau apamacam perjuangan (since teenagers). Sebab aku tak ada awareness dan juga pendedahan. Yang so called women empowerment pun aku tak berminat. Tetapi kebelakangan ini, aku bagai 'diketuk' untuk menyelami what is so called feminism , women empowerment. Women empowerment tak semestinya feminism, mengikut pemahaman aku yang cetek ini.  Women empowerment ini adalah aktiviti / gerakan untuk memberikan pendidikan dan pengetahuan dan kesedaran kepada golon...