Langkau ke kandungan utama

Ujian Apakah Ini

 Assalamualaikum, Hi.

Banyak berlaku di tiga bulan kebelakangan ini, yang menguji iman dan menguji kesihatan, juga kapasiti mental aku. 

Dari ujian ini semua, aku tahu setiap doa aku dimakbulkan (bukan kerana aku makbul doanya, tapi kerana Allah menjawab setiap doa hambanya).

Ujian bulan-bulan kebelakangan ini juga menunjukkan betapa Allah ini sangat prihatin (details) dengan hamba-hambaNya. Dan setiap doa hambaNya Dia mengetahuinya.

Aku belum boleh lagi untuk menceritakan pengalaman aku di sini secara terbuka, tetapi mungkin suatu hari nanti, hati aku tenang, jiwa aku tenang, aku akan karangkan pengalaman aku di sini.

The point is, aku nak tekankan, apapun yang kita orang muslim doa, pasti dijawab. Sama ada kita melihatnya atau tidak. Jadi, aku sini ingin mendidik diri aku untuk terus meminta, terus berdoa kepada Allah dalam apa isu, dalam permasalahan pun, kerana Allah Tuhan yang tidak pernah lalai, tidak pernah tidur. Setiap hambaNya yang meminta, Dia Maha Tahu. 



Coretan Jiwa

Lenny Boniface

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maklumat Umum : Waktu Operasi

Assalamualaikum. ML saja nak kongsikan maklumat waktu operasi ASNB cawangan Putrajaya. Sebab ML sendiri pun baru tahu waktu operasi pukul 8.15 pagi. Jadi apa salahnya ML berkongsi maklumat ini, agar kawan-kawan di luar sana yang ingin berurusan awal tahu. ******************************************* Ingin mendapatkan produk Shaklee? Ingin menjana pendapatan bersama Shaklee? WhatsApp/SMS    ke ---  016 874 9195   Lenny Kedai E-book dan produk-produk ilmiah lain di  http://lenny-e-bookshop.blogspot.com/ Jemput singgah di Kedai ML di Lelong http://www.lelong.com.my/merchant/lennbj.htm

Nikmat Syukur (dari istilah dan rasa)

Assalamualaikum. Semoga hari hari yang barokah untuk semua. Emotional sikit hari ini. Hari ini baca IG Story FynnJamal, ada satu bahagian berkaitan 'dapur'. Sesiapa baca mesti tersentuh lah, romantik bagai. Jadi apa kaitan dengan aku? Selepas baca IG Story tu, satu perkataan 'pop-up' depan mata aku : SYUKUR. Ini mungkin menjadi satu karangan yang panjang, sebab aku nak ungkap/rungkai kenapa SYUKUR itu indah. Hidup aku tak semenggah. Hidup aku takde kemewahan. Hidup aku, aku tak kenal brand-brand terkenal. Hidup aku, aku cuma kena "ada tu ada lah, takde tu, takyah merungut, takyah menyesal." Itu aku. Agak susah aku nak ungkapkan perasaan aku ni sekarang. Aku nak ekspresskan rasa TERIMA KASIH sangat-sangat kepada Allah s.w.t.  Aku bukan nak tulis terima kasih (fizikal) kepada Allah. Aku cuma nak tulis bahawasnya, rasa syukur itu mencukupkan kehidupan. Rasa syukur itu memberikan perspektif dalam melihat yang 'tak ada' itu indah. Kadang-kadang...

Forum Berkaitan Wanita

17 Febuari 2020 yang lalu, aku berpeluang menghadiri Forum berkaitan isu wanita. Nama forum tersebut ialah Women in Higher Education, Employment and Leadership. Forum ini dijalankan di Hotel Armada, Petaling Jaya yang di anjurakan oleh IWB (Institut Wanita Berdaya ). Asal mula, kawan aku yang ajak pergi ke event ini. Mula-mula aku pun tak pasti apa event yang dijalankan, apabila dah tengok tajuk berminat pulak aku nak join. OK la. Jujur kata ye. Aku sebenarnya tak berminat dengan whatsoever ideologi, konsep atau apamacam perjuangan (since teenagers). Sebab aku tak ada awareness dan juga pendedahan. Yang so called women empowerment pun aku tak berminat. Tetapi kebelakangan ini, aku bagai 'diketuk' untuk menyelami what is so called feminism , women empowerment. Women empowerment tak semestinya feminism, mengikut pemahaman aku yang cetek ini.  Women empowerment ini adalah aktiviti / gerakan untuk memberikan pendidikan dan pengetahuan dan kesedaran kepada golon...