Memaparkan catatan dengan label Bisnes Kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bisnes Kesihatan. Papar semua catatan

Sabtu, 5 Disember 2015

Network Marketing Menakutkan?

Assalamualaikum & Hi


Network Marketing ! Menakutkan ke ? Skim cepat kaya ke?

Biar LBJ cerita sikit tentang Network Marketing yang LBJ join ini ---

It's about.... making new friends, making new connections, making sales by sharing...

LBJ  memang telah melakukan biz network marketing dengan company Shaklee.
Dan semenjak join Network Marketing di Shaklee, LBJ telah:

1) berubah dengan mengubah diri saya untuk tidak takut berkawan, menjalinkan network

2) Menghadapi fear factor saya

3) Cuba sedaya upaya untuk belajar bagaimana hendak berniaga, bagaimana hendak meningkatkan kemahiran/value diri

4) Mencari idea/ berusaha mencari jalan untuk mendapatkan jaringan lebih besar

5) menjadikan diri percaya akan diri sendiri dan meningkatkan amalan harian kerana kita cuba memperbaiki diri


Network Marketing? Buruk ke?

Timbang-timbanglah sendiri... LBJ tak boleh mengubah mentaliti anda... hanya anda boleh mengubah persepsi anda...

LBJ? LBJ hanya berkongsikan pengalaman selama LBJ menyertai Biz Network Marketing Shaklee

Berminat?

Sms/ whatsapp - 016 874 9195

Peace yo, love yourself, make the world a better place....



*******************************************

Ingin mendapatkan produk Shaklee? Ingin menjana pendapatan bersama Shaklee?
WhatsApp/SMS    ke --- 016 874 9195 Lenny

Kedai E-book dan produk-produk ilmiah lain di 

Ahad, 13 September 2015

1 hingga 4 sahaja untuk berjaya :)

Assalamualaikum.

Apa best berniaga produk Shaklee? Ramai dah orang jadi agen Shaklee, mesti susah kan nak berniaga?

Sebenarnya, berniaga apa produk atau servis sekalipun, tak ada yang senang dan mudah. Best atau tak best itu bukan persoalannya. Persoalannya ialah hasilnya selepas berusaha membuat jualan.

ML kebelakangan ini memang menyelongkar ke dalam Youtube untuk apa-apa video yang mengajarkan teknik jualan, teknik network marketing dan lain-lain.

Selasa, 12 Mei 2015

Peluang Menjana Pendapatan Ekstra !

(Credit : http://www.anakkuwiraku.com/)

Assalamualaikum.

Saya ingin menyampaikan sebuah berita baik kepada semua orang, semua golongan - Program YES Shaklee. Program ini adalah sebuah peluang yang sangat baik untuk sesiapa sahaja yang ingin menjana pendapatan ataupun mencari kerjaya yang sesuai ataupun menjalankan perniagaan. Bacalah info berikut yang saya C&P dari SuperUpline saya Norita Idris di blog http://www.anakkuwiraku.com/.

Sedang mencari kerja atau pendapatan tambahan? YES ada !

Jumaat, 23 Januari 2015

Beriklan Bersama ABDR

Iklan SOHO




Bagi usahawan yang berminat mahu beriklan pada pautan lebih 900 blog ABDR. Boleh letak di bawah ini, pihak kami akan menghubungi kalian.

Logo iklan SOHO ini membawa pengiklan yang mahu mempromosi produk. 900 blog yang dibina bersama kami membawa pautan logo maksudnya iklan kalian dibawa bersama. Bagi yang benar-benar berminat sahaja, boleh letak MAHU BERIKLAN dan sms/whatsapp ke 016-8749195 Lenny. Terima kasih.

Khamis, 20 November 2014

Segmen Perniagaan di Sekeliling Saya : Wan Syahida Kahar - Pendidikan awal kanak-kanak

Bismillah.

Alhamdulillah.
Assalamualaikum

Blog perniagaan yang hendak diperkenalkan kali ini adalah hasil dari Wan Syahida Kahar. Beliau menjalankan perniagaan Shaklee dan juga bahan-bahan pendidikan untuk kanak-kanak pra-sekolah dan kanak-kanak 1 tahun - 4 tahun (toddlers).

Intro

"Dahulunya saya seorang Engineer di sebuah syarikat multi-nasional dari Eropah. Kini saya merupakan seorang surirumah sepenuh masa kepada suami, Muhamat Shukri dan 2 orang anak. Alhamdulillah saya bahagia bekerja dari rumah sambil menjaga anak-anak." - Wan Syahida Kahar

Wah! Hebat! Bekas jurutera yang memilih karier WAHM. Sangat memotivasikan diri kita kan? Jadi, kepada wanita-wanita bekerjaya yang teringin menjadi WAHM, boleh rujuk Wan Syahida Kahar untuk meneliti kisah beliau dalam perjalanan menjadi WAHM.

Saya membaca beberapa entri yang ditulis oleh Wan Syahida Kahar ternyata beliau sangat teliti dalam penulisan beliau. OK. Saya tidak akan komen akan penulisan Wan Syahida Kahar. Sebab segmen ini lebih fokus kepada perniagaan yang dijalankan. 

Produk-produk yang Ditawarkan

Antara produk-produk yang ditawarkan oleh Wan Syahida ialah produk-produk berkaitan pendidikan awal kanak-kanak seperti buku-buku kanak-kanak,  flashcards, softbooks, alat bantuan pengajaran, beg diapers, permainan kanak-kanak dan juga lain-lain. Berikut adalah imej yang didapati daripada blog Wan Syahidah:







Selain itu Wan Syahida adalah pengedar sah produk Shaklee. Pembaca boleh dapatkan juga produk-produk keluaran Shaklee dari beliau.


Untuk mendapatkan produk-produk yang berkaitan boleh berhubung dengan Wan Syahida dengan cara berikut:


1) Facebook : Wan Syahida Kahar
2) Instagram : @shye_ws, @shye_healthnutrition, @islamic_kids_shop
3) SMS / Whatsapp : 012-6753078
Sila lawati blog beliau di : http://wansyahidakahar.blogspot.com/


*******************TAMAT******************************

PROMO SEGMEN 
>>> >>>    Berminat mendapatkan E-book berkaitan " wanita-wanita bekerja dari rumah" ?
 Klik link ini http://lenny-e-bookshop.blogspot.com untuk tengok-tengok E-book mana yang sesuai? <<<<<<<


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
Tinggal di Putrajaya? Ingin belajar pengurusan akaun untuk bisnes kecil?
Mari sertai Group Coaching Asas Akaun :

Tarikh  : 27 November 2014
Lokasi  : Presint 16, Putrajaya.
Masa  : 9.30 pagi - 4.00 petang

Hubungi saya untuk maklumat lanjut. Cepat-cepat ya. Tempat adalah sangat terhad. Peluang keemasan untuk menambah pegetahuan untuk menguruskan bisnes kecil anda.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
Berminat mendapatkan produk Shaklee? Boleh hubungi saya melalui details seperti tertera di bawah ya.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<








Isnin, 10 November 2014

Set Slimming Bajet - Lecithin & Alfalfa

(Teks : Lenny Boniface)

Bismillah.
Assalamualaikum.


Ni dia... set hot sepanjang masa... set slimming bajet... boleh diamalkan sepanjang musim... amalkan set ini tambahkan dengan senaman konsisten... anda akan lihat kesan nya... senaman tu penting kerana mengeluarkan peluh dan toksin dan membakar lemak...






Inginkan maklumat lanjut? Jangan segan-segan jangan malu-malu, hubungi saya melalui cara-cara yang anda selesa, SMS boleh, WhatsApp boleh, e-mail pun boleh :

Lenny Boniface 
di
lenny.boniface@gmail.com
016-8749195 (SMS/WhatsApp)
https://www.facebook.com/lenny.Boniface









Ahad, 9 November 2014

Ayat Hikmah Ku

Teks : Lenny Boniface

Assalamualaikum.
Alhamdulillah.

Ingin menceburi perniagaan? Tak kisah lah perniagaan apapun, ilmu kena ada, hati kena kental, muka kena manis, dan jangan menipu.

Alhamdulillah, saya menemui passion saya, perniagaan. Sekarang ini masih lagi merangkak dan mencari rentak yang sesuai dengan saya. Yang penting kata guru-guru di ABDR, latih tubi dan latih tubi dan latih tubi sehingga menjadi darah daging. Saya sekarang tengah mempraktikkannya. Mulakan dengan LANGKAH PERTAMA - slow-slow (macam gear 1). Nanti dah lancar, boleh tukar gear lain. Jadi pembaca yang setia sekalian, doakan saya teruskan latih tubi menjana wang RM 100 sehari. Doa-doa kalian amatlah diharapkan. "Setiap detik adalah mesti dilaburkan untuk pemasaran dan pengenalan produk. " - Saya nak pahatkan ayat ini ke dalam otak saya.... Berusaha dan terus berusaha.


************** TAMAT ***********************

Ingin menyertai kelas online ABDR? Hubungi saya.

Perlukan atau berminat mendapatkan produk Shaklee? Hubungi saya.

[Shaklee] Promosi bulan November 2014 : Beli 6 PERCUMA 1 - OmegaGuard Shaklee atau beli 2 botol OmegaGuard Shaklee, dapat diskaun 5%. Hubungi saya untuk maklumat lanjut.









Jumaat, 7 November 2014

Segmen Peniagaan di Sekeliling Saya : Pengubahsuaian Baju kepada Baju Menyusu

(Teks oleh : Lenny Boniface)
(Sumber & Imej : http://clothdnz.blogspot.com)


Bismillah.

Assalamualaikum.
Alhamdulillah.

Bersama kita lagi dalam Segmen Peniagaan di Sekeliling Saya. Kali ini saya dan juga akan datang , saya akan perkenalkan perniagaan yang dijalankan oleh rakan-rakan di Akademi Bekerja di Rumah. Kali ini saya perkenalkan perniagaan pakaian untuk ibu-ibu menyusu dan juga khidmat mengubahsuai pakaian kepada pakaian breastfeeding. Saya perkenalkan pemilik perniagaan ini, Puan Zaleha Mustapha (Nik Ha) dan blog beliau  http://clothdnz.blogspot.com.

Puan Zaleha Mustapha, menjalankan perniagaan yang fokus kepada ibu-ibu menyusu dan hamil. Jika melawat ke blog beliau, pembaca akan mendapati banyak post berkaitan pakaian menyusu, pakaian dalam untuk menyusu dan aksesori, dan juga beberapa produk lain untuk ibu-ibu mengandung. Puan Zaleha menjual pakaian yang ready-made dan custom-made. Jadi sekiranya sesiapa yang ingin menempah pakaian mangandung atau menyusu bolehlah ke blog beliau untuk survey produk yang sesuai.

Di bawah adalah beberapa produk yang terdapat di blog Puan Zaleha:

 http://clothdnz.blogspot.com



 http://clothdnz.blogspot.com


 http://clothdnz.blogspot.com



 http://clothdnz.blogspot.com



Untiul lebih banyak produk, silalah klik  http://clothdnz.blogspot.com dan survey produk yang terdapat di kedai online Puan Zaleha. Pembaca juga boleh mendapat tips-tips berkaitan pakaian dan juga lain-lain perkara berkaitan penyusuan.

Pelanggan-pelanggan yang ingin melakukan alteration baju untuk menjadi baju menyusu atau mempunyai sebarang pertanyaan, boleh hubungi Puan Zaleha atau Nik Ha dengan maklumat tertera di bawah:

Zaleha Mustapha (Nik Ha)
sms/ whatsapp 017-3372042
email: nikhabiz@gmail

http://clothdnz.biz/blog/
*Tempah secara Online atau Walk in (by appointment) di Teras Jernang, Bangi.


*************TAMAT ********************


Ingin menyertai kelas online ABDR? Hubungi saya.


Perlukan atau berminat mendapatkan produk Shaklee? Hubungi saya.

[Shaklee] Promosi bulan November 2014 : Beli 6 PERCUMA 1 - OmegaGuard Shaklee atau beli 2 botol OmegaGuard Shaklee, dapat diskaun 5%. Hubungi saya untuk maklumat lanjut.














Rabu, 29 Oktober 2014

Pengalaman Perniagaan Saya

(Teks : Lenny Boniface)

Bismillah.

Assalamualaikum.
Alhamdulillah.

Perniagaan oh perniagaan... alangkah bagusnya jika saya dibukakan minda dan hati dengan perniagaan sejak dari muda lagi? Sebagai permulaan, saya nak cerita bagaimana saya terdetik di  hati untuk menceburi perniagaan, sedangkan saya tidak kenal perniagaan.

Semuanya bermula, apabila saya sudah mula bekerja di jabatan kerajaan. Sebenarnya mendapat kerja di jabatan kerajaan ini, bagai suatu tuah. Orang kampung selalu berkata, bertuahnya dapat kerja kerajaan. Pada permulaannya saya juga beranggapan begitu. Sehinggalah suatu hari, mendiang mak saya jatuh sakit. Pada masa itu, saya bekerja di Kuching, Sarawak. Manakala mak saya pula berada di Mukah, Sarawak.  Jarak perjalanannya agak jauh walaupun saya berada di negeri yang sama, al-maklumlah, Sarawak tu besar negerinya. Balik memang boleh balik, tetapi apabila kita bekerja dengan suatu organisasi, kita terikat dengan peraturan dan undang-undang, serta tertakluk pada arahan ketua organisasi. Berbalik kepada cerita, saya minta cuti untuk balik tengok mak saya. Sampai di kampung saya, saya selalu teman mak saya di hospital selama beberapa hari. Tapi saya salah membuat perhitungan, saya telah memohon cuti selama 3 hari sahaja. Dan dalam tempoh saya bercuti jaga mak saya tu, bos saya pula telefon. Dia tanya bila nak balik, katanya pejabat tak cukup staf. Dek kerana akal yang pendek dan dangkal, saya buntu, Maka saya buat keputusan balik ke Kuching, Sarawak, sebelum mak saya betul-betul sembuh. Ya Allah, dangkalnya saya. Sekarang ingat balik, memang kutuk diri sendiri. Semasa mendiang ayah saya hantar saya naik kenderaan awam, apabila saya pusingkan badan membelakangkan ayah, saya terus menangis kerana sedih yang teramat sangat terpaksa balik ke Kuching, Sarawak.

Sejak detik tersebut, saya sentiasa berfikir bagaimana saya tidak akan terikat dengan peraturan organisasi, dan mempunyai kuasa ke atas masa saya sendiri. Maksud masa ini ialah masa saya adalah milik saya, saya nak cuti berapa lama, saya boleh cuti ikut sesuka hati saya dan tiada bos yang akan telefon saya semasa saya cuti. Bukankah seronoknya kalau impian itu menjadi kenyataan. Jadi lama juga saya berfikir. Kemudian, saya fikir bagaimana caranya saya tidak perlu hadapi arahan pihak atasan untuk berpindah tempat kerja. Dan saya boleh pilih di mana sahaja saya boleh tinggal dan bekerja. Kalau saya tak suka saya boleh pindah tempat yang saya suka. Tak perlu ikut arahan pihak atasan. Dan juga saya fikirkan bagaimana saya hendak mendapatkan duit untuk membelikan apa sahaja yang mak ayah saya minta.

Akhirnya, pada suatu hari, di pejabat, saya terfikir hendak menjalankan perniagaan beg. Idea datang secara tiba-tiba. Masa itulah otak saya jenuh dengan idea nak berniaga apa. Masa itu, saya bujang, lepas tu, kenalan tak ramai. Mana saya tahu bagaimana hendak mula. Jadi perkara terpendam macam tu sahaja.

Sehinggalah saya bertukar ke  Semenanjung Malaysia sebab saya berkahwin dengan orang Bandar Baru Bangi. Alhamdulillah, Allah bukakan mata saya. Saya nak cuba macam-maca perniagaan. Saya jadi ahli Avon dan Cosway. Sebab saya ingin saya boleh buat pendapatan sampingan kecil-kecilan dengan modal yang kecil. Dan perkara yang paling saya bersyukur sekali ialah saya menemui Shaklee dan menjadi ahlinya.

Di Shaklee saya berjumpa dengan upline saya Arnie Samsudin, di sini baru saya kenal ilmu perniagaan. Dulu main redah sahaja. Nampak apa, masuk ahli. Nampak itu, masuk ahli, nampak ini, pun masuk ahli. Tapi, di Shaklee, hati saya tetap. Saya belajar jumpa orang yang saya tak kenal. Saya belajar selok-belok perniagaan. Saya belajar bagaimana nak fokus dalam satu perniagaan dahulu sehingga berjaya. Nak jadi ahli Shaklee cuma RM 65. Tapi berbaloi-baloi. Ya Allah, terima kasih pertemukan saya dengan Shaklee dan kak Arnie. Modal masuk ahli dah dapat balik dah, dan bonusnya bukan wang ringgit. Tapi ilmu yang diturunkan oleh penaja saya dan juga pengalaman yang saya dapat. Sehingga kini saya masih berusaha dan belajar lagi, supaya saya boleh menjadi pengedar produk Shaklee yang berjaya dan berkaliber. In shaa Allah. Doakan saya.


Kelas coaching bersama Kak Arnie

Kelas Coaching Bersama Kak Arnie

Kejutan lain saya menyertai Shaklee, saya berkenalan dengan Nurzahwani Mohd Nor, yang juga adalah downline Arnie Samsudin. Tak selepas kami bertemu di Bengkel anjuran, beliau telah menjadi mentor saya di ABDR. Baguskan Shaklee?

Peluang ada di mana-mana sahaja. Saya bertemu kak Arnie secara online di dalam rumah saya sendiri. Saya tidak keluar rumah pun. Tapi pertemuan tersebut, mempertemukan saya dengan banyak perkara dan ramai orang yang penting. Jadi kepada individu di luar sana, saya pesan cari impian anda dan cari peluang. Dan jumpa peluang terus pegang jangan lepas. Kita tak akan tahu ke mana peluang itu akan bawa kita. Sentiasa positif dan fikirkan yang terbaik. Doa dan doa. Dan tolong doakan untuk saya sekali ya. Doakan saya berjaya dunia dan akhirat.


Berminat hendak jadi ahli Shaklee? hubungi saya.
Berminat hendak menjadi ahli ABDR? Hubungi saya.


Mungkin saya peluang anda ke arah membuat langkah pertama. Jangan tanya kenapa. Cuba dulu. Hubungi saya tanpa ragu.



Sabtu, 9 Ogos 2014

Perniagaan???

Assalamualikum.

Alhamdulillah.

Ingin memulakan perniagaan? Tapi risau dan takut. Jangan takut. Apabila kita hendak mencuba benda baru memang sesuatu yang menakutkan. Tapi jangan takut. Berdoa dan berusaha dan belajar. In shaa Allah, Allah akan permudahkan jalan.

Sekiranya ingin belajar perniagaan tanpa risiko dan tekanan, sila hubungi saya ye. Tapi siapkan diri anda dengan keinginan nak belajar, sifat tekun, sifat tidak berputus asa, sifat fokus dan lain-lain nilai murni yang perlu ada dalam menjalankan perniagaan. Perniagaan boleh dijalankan, tapi nilai dalam diri kita yang akan mengekalkan legasi dan mengembangkan perniagaan kita. Allahua'lam.

Khamis, 5 Jun 2014

KEBANGKITAN!

(oleh : Lenny Boniface)

Salam.

Alhmadulillah.

Bermula fasa baru dalam hidup saya. Dengan kesedaran akan realiti kehidupan, saya sedang mengorak langkah 'semula' dan cuba bangkit dari mimpi yang menghambat diri saya daripada mencapai kejayaan.

Sudah banyak buku, ayat-ayat motivasi yang saya dah hadam dan baca. Tapi sekiranya tidak ada tindakan serta kesedaran, semua itu sekadar bacaan di masa lapang dan sia-sia sahaja.

Mari kita, ibu-ibu yang bekerja bangkit dari mimpi, dan bina kesedaran dan kekuatan dalaman untuk menjadi ibu yang berjaya di rumah dan kerjaya/perniagaan. Mari kita jadi penyeru, penyokong, pembimbing untuk satu sama lain supaya kita membina keluarga sejahtera, kerjaya berjaya, perniagaan berjaya, dan menuju akhirat dengan bekalan yang secukupnya. Amin.


Berminat untuk menjana pendapatan dengan mempunyai sebuah blog?
Mari sertai kami di Akademi Bekerja di Rumah (ABDR), dengan mendaftarkan diri dengan salah satu pakej di bawah:


Hubungi saya untuk pertanyaan, maklumat atau berkenalan dengan ABDR. Jangan segan jangan malu. Sama-sama kita membantu diri sendiri.


Khamis, 13 Mac 2014

Rakan Protege - Christina sc yong

Salam.

Alhamdulilah.

Saya ingin memperkenalkan rakan protege saya, yang sama-sama berada di bawah tunjuk ajar cikgu Wani. Christina SC Yong, berasal dari Sabah. Seorang wanita yang tabah dan cekal. Itu yang saya baca dari blog beliau. Beliau amat meminati bidang kecantikan. Saya ingin memperkenalkan blog beliau di sini. Mari baca sedikit  daripada entri Christina SC Yong, mari kita kenali beliau.

 

Membentuk Kening

 Teks:Christina sc yong


Ramai dikalangan wanita modern,mengabaikan teknik yang betul dalam membentuk bulu kening mereka.Teknik membentuk bulu kening yang salah boleh mempengaruhi wajah seseorang itu,misalnya wajah seseorang itu menjadi garang atau sedih.Bulu kening yang dibentuk sepadan dengan bentuk muka boleh menambah seri dan kejelitaan.

Bukan semua wanita memiliki kening yang sempurna,ada segelintir memiliki bulu kening yang lebat dan tebal.Manakala ada wanita yang mempunyai bulu kening yang nipis dan halus.Bagi wanita yang mempunyai kening yang lebat dan tebal adalah satu bonus bagi mereka,ini adalah kerana proses pembentukan kening sangat mudah.Manakalah bagi mereka yang memiliki bulu kening yang nipis kepakaran dan teknik yang betul dalam membentuk kening adalah sangat penting.Terdapat lima bentuk kening yang asas iaitu normal,bersudut,melengkung,serong dan lurus.Manakala saiz bulu kening pula diketegorikan kepada tiga tebal,nipis dan sederhana.
Membentuk kening hendaklah sesuai dengan bentuk muka,dahi dan mata individu.Adakalahnya saiz bulu kening bergantung kepada kehendak individu itu sendiri.Terdapat enam bentuk wajah yang harus dititik beratkan dalam membentuk bulu kening.

01.Bentuk wajah panjang:bagi bentuk wajah panjang,kening haruslah dibentuk menjadi rata dan panjang pada ekor bagi impak keseimbangan pada bentuk wajah.
02.Bentuk muka segiempat:selalunya di bentuk secara melengkung bagi menghilangkan pandangan pada rahang pipi.Jika bentuk bulat atau segitiga di bentuk padah mereka yang mempunyai bentuk wajah ini,akan menampakan penampilan tulang rahang yang agak besar.
03.Bentuk wajah bulat:bagi mereka yang mempunyai bentuk wajah bulat,tajamkan sedikit bahagian puncak kening untuk membentuk wajah menjadi sedikit bujur.


Untuk bacaan lanjut sila klik link di bawah ini:

http://christinadilla.blogspot.com/2014/02/membentuk-kening.html





Ingin memperkenalkan blog anda di sini? Ingin memperkenalkan produk anda atau servis anda? 
Atau ingin mempelajari cara-cara membina blog secara berkesan dan berpengaruh serta mempunyai jaringan blogger?  Jangan segan-segan jangan malu-malu, hubungi saya melalui cara-cara yang anda selesa, SMS boleh, WhatsApp boleh, e-mail pun boleh :

Untuk pertanyaan, tempahan & pembelian, sila hubungi :
Lenny Boniface
di
lennbj608@gmail.com
016-8749195 (SMS/WhatsApp)




Isnin, 3 Mac 2014

Kelas Akuan (Secara Online)


Salam.

Alhamdulillah. Diberi peluang dan ruang untuk pembaca-pembaca blog atau peminat perniagaan online  untuk menambah ilmu perniagaan iaitu belajar ilmu akaun.



Alhamdulillah, dapat maklum balas positif dari peniaga online/offline yang telah mengikuti Kelas Urus Akaun Bisnes.
• Memang sangat sesuai untuk peniaga yang baru bermula, atau mahu tahu di mana silap
   selama ini.
• Memang sangat bagus untuk mencari punca ketirisan wang bisnes.
• Sedar betapa pentingnya untuk merekod setiap urusniaga walau satu sen pun untuk mengira 
   keuntungan kita nanti

APA YANG BAKAL DIPELAJARI?
Modul 1 & 2:

i.   Bagaimana merekod buku simpan kira-kira.
ii.  Pengenalan Kepada Asas Perniagaan Dan Fungsinya
iii. Mengenal dan belajar kepentingan dokumen
iv. Invois, cash, bil, resit, purchase order

SIAPA YANG MENGAJAR?
Trainer berpangalaman luas & memang dalam bidang akaun.

JADUAL TERKINI & TERDEKAT?

 Sila hubungi saya untuk kelas terkini: 
Email : lennbj6082gmail.com
Sms/whats app : 016-8749195
Facebook :
http://www.facebook.com/lenny.boniface

Selasa, 11 Februari 2014

Ulasan Kelas Asas Blog (oleh : Nurmazlen Mohd Johar)

Salam.

Alhamdulillah.

Ulasan kali ini ditulis oleh protégé Nurmazlen Mohd Johar.


Protege : Nurmazlen Mohd Johar
Guru Onlie : Khairunnisa Hamzahara (Nisa Nua)
Sumber:
http://mamadhiyazahraa.blogspot.com/search/label/KELAS%20ASAS%20BLOG


TEKS OLEH : NURMAZLEN MOHD JOHAR


Gambaran blog Protégé Nurmazlen


Blog pada masa kini adalah medium utama dalam dunia internet. Pelbagai cerita kisah suka, duka, gembira, kejayaan, kegagalan, pembelajaran serta dunia perniagaan dikongsikan di blog. Tidak perlu lagi bersua muka untuk berkawan, berniaga, belajar dan bermacam-macam lagi.

Saya bermula mendekati dunia blog apabila saya cuba berniaga secara online untuk produk Shaklee. Pada mulanya, saya rasa mempelajari cara membina blog sangat payah kerana pada suatu masa dahulu saya berminat untuk membina blog untuk penulisan peribadi, tetapi hanya bertahan untuk bebrapa entry sahaja, dan akhirnya terkubur begitu sahaja.

Apabila, saya bermula untuk berniaga secara online, saya kembali mencuba membina blog sendiri dengan pegetahuan dan ilmu dari internet. Saya berjaya membinanya tetapi, tidak lah sehebat mana. Sekadar mempunyai isi tetapi tiada siapa pun yang sudi berkunjung.

Dan akhirnya, saya ditemukan dengan Khairunnisa Hamzara yang menjalankan KELAS ASAS BLOG secara online sepenuhnya. Pelbagai ilmu dikongsikan untuk memantapkan lagi cara penulisan saya dan menjadikan blog saya lebih mesra pembaca dan pelanggan. Beliau tidak lokek untuk berkongsi ilmu, semua persoalan dijawab dengan baik dan sangat membantu peserta yang menyertai kelas tersebut.

Malah dengan menyertai kelas tesebut, saya mendapat ebook percuma seperti berikut;



Jadi bagi anda yang masih mencari mentor untuk mempelajari bagaiman untuk memulakan pembinaan blog samada blog peribadi atau blog perniagaan, anda masih boleh menyertai kelas tersebut dengan bayaran yang sangat berpatutan.


Cantikkan blog protégé ni. Berminat? Inginkan maklumat lanjut?
Jangan segan-segan jangan malu-malu, hubungi saya melalui cara-cara yang anda selesa, SMS boleh, WhatsApp boleh, e-mail pun boleh :


Untuk tempahan & pembelian, sila hubungi :
Lenny Boniface 

di
lennbj608@gmail.com
016-8749195 (SMS/WhatsApp)

https://www.facebook.com/lenny.Boniface

Isnin, 10 Februari 2014

Ulasan Kelas Asas Blog (oleh : Tuan Fadzilah Tuan Sulaiman)

Salam.

Alhamdulillah.

Pertemuan kali ini dan pertemuan akan datang, akan saya selitkan ulasan-ulasan dari protégé-protégé /pleajar di Akademi Bekerja di Rumah untuk rujukan pembaca-pembaca dan juga kepada individu yang ingin menyertai kelas Asas blog, supaya mereka mendapat 'insight' atau gambaran bagaimana Kelas Asas Blog ini boleh membantu kehidupan anda secara langsung atau tidak langsung.

Ulasan:

Nama pelajar : Tuan Fadzilah Tuan Sulaiman
Guru Online : Zaila Mohamad
Sumber :
http://tuanfadzilah.blogspot.com/2013/11/kaedah-penulisan-blog.html


Gambaran Blog Tuan Fadzilah


Kaedah Penulisan Blog
Mutakhir ini, aktiviti menulis blog tidak lagi menjadi suatu perkara yang janggal. Masih lagi segar di dalam ingatan saya sekitar tahun 2008, saya langsung tidak pandai membuat blog. Pada masa itu saya mempunyai 3 orang rakan yang sudah mempunyai blog dan sedia mengajarkan ilmu blog secara teknikal. Akhirnya blog saya terhasil juga namun blog itu hanyalah sekadar blog pinggiran. Tiada matlamat jelas, jadi blog hanya sekadar pada url sahaja.

Sebenarnya membuat blog perniagaan atau blog peribadi secara individu adalah sangat mudah untuk dilakukan mengikut tutorial yang sudah disediakan. Anda tidak perlukan guru, apatah lagi perlu membayar yuran untuk menghasilkan blog percuma.


Namun apa yang anda perlu belajar dari guru berbanding belajar melalui kesilapan adalah jauh lebih berbaloi. Anda akan dibimbing untuk memastikan kandungan blog anda adalah kandungan yang mempunyai nilai tambah serta membawa manfaat serta diajar untuk hanya memilih aplikasi-aplikasi tertentu yang penting sahaja. Ada blog yang kita hasilkan penuh berinformatif namun pelawat tidak dapat akses ke blog disebabkan terlalu banyak gajet-gajet tambahan yang melambatkan proses loading blog kita. Tiada guna blog yang cantik dan sentiasa dikemaskini tetapi sekadar menjadi blog sampah dicarian google.

Alang-alang berblog, matlamat kita ialah bagi menjadikan blog kita sumber rujukan ramai dan blog yang diminati kerana mempunyai pelbagai informasi. Sekurang-kurangnya ilmu yang bakal diperolehi oleh pelawat blog yang diamalkan itu boleh menjadi saham akhirat untuk kita. Sebagai peniaga pula, blog ini diharapkan agar dapat menghubungkan kita dengan rakan perniagaan dan juga pelanggan.

Bagi menghasilkan sebuah blog yang berkualiti tinggi dan mampu menjana pendapatan, adalah penting bagi kita untuk menulis blog berdasarkan ilmu. Carilah guru, rujuklah pada mereka yang pakar kerana masa kita adalah sangat berharga untuk dibazirkan pada sesuatu yang sia-sia. Saya sendiri pernah mempunyai blog sebelum ini namun akhirnya berkubur kerana menulis blog tanpa ilmu dan tiada matlamat yang jelas dan ilmu yang cukup mengenai penulisan blog.



Berminat? Inginkan maklumat lanjut? Jangan segan-segan jangan malu-malu, hubungi saya melalui cara-cara yang anda selesa, SMS boleh, WhatsApp boleh, e-mail pun boleh :

Untuk tempahan & pembelian, sila hubungi :
Lenny Boniface
di
lennbj608@gmail.com
016-8749195 (SMS/WhatsApp)


Sabtu, 25 Januari 2014

Collagen Powder Shaklee



Antara manfaat shaklee collagen powder ni ialah:

- meningkatkan kelembapan kulit
- mengurangkan kekasaran dan kekeringan kulit
- meningkatkan kelembutan & kelicinan kulit
- meningkatkan keanjalan, ketegangan dan elastisiti kulit
- meningkatkan ketebalan rambut
- menambah keserian , tona & warna kulit
- mengurangkan garis-garis halus dan kedutan
- menyokong kesihatan sendi dan tulang

Ujian klinikal juga membuktikan bahawa kesan ketara boleh dirasai setelah 8 minggu penggunaannya.

Untuk tempahan & pembelian, sila hubungi :
Lenny Boniface 
di
lennbj608@gmail.com
016-8749195 (SMS/WhatsApp)
 https://www.facebook.com/lenny.boniface

Please LIKE my FB FanPage : Lenny Cute Cute Shop


Khamis, 23 Januari 2014

Untuk Kesihatan Anak Kita, Permata Kita


Anak-anak kita adalah permata hati kita. Semestinya kita hendakkan yang terbaik untuk anak-anak kita. OmegaGuard Shaklee membekalkan Omega-3 seperti DHA & EPA yang dapat membantu perkembangan minda si kecil kita. Bukan itu sahaja, ia juga membantu meningkatkan daya ketahana si kecil kita.



My Shaklee Info




Isnin, 20 Januari 2014

Tips untuk Tenaga Sepanjang Hari

(oleh: Lenny Boniface)

(Sumber imej : 1. Laman Rasmi Shaklee & 2. Blog Shaklee saya)

Salam.

Alhamdulillah.

Kita manusia biasa, apabila badan penat dan lesu maka kita perlukan rehat. Namun apakah yang harus kita buat sekiranya rehat kita cukup, tetapi masih terasa penat? Ataupun kerana sifat pekerjaan yang menyebabkan waktu tidur tidak tetap (seperti kerja sif atau 'on-call') menyebabkan badan terasa lemah dan tidak bermaya? Apa yang kita boleh buat untuk badan segar dan bertenaga semula?



Saya ingin memberikan beberapa cadangan produk Shaklee untuk membekalkan tenaga semula kepada tubuh kita.

1. Vivix - dirumuskan khas untuk mengekalkan keadaan sel-sel dalam badan kita supaya dalam keadaan optimum, dan juga sebagai anti-penuaan, di mana membantu memastikan sel-sel mendapat tenaga yang sepatutnya.


2. ESP Soy Protein Isolate Powder - Membekalkan tenaga segera kepada tubuh dan memastikan tubuh mendapat tenaga secukupnya sepanjang hari. Diperbuat daripada 'non-GMO' soya, dan kaya dengan protein.


3. Performance Drink - Apabila tubuh ternyahhidrat, maka kita akan merasakan kepenatan. Maka pastikan tubuh kita terhidrat dengan Performance Drink yang boleh membantu membekalkan kestabilan bendalir dalam badan. Ia mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolisma air dalam tubuh.


4. Ostematrix - Mengandungi Magnesium yang merupakan ion positif ke-2 penting dalam tubuh kita. Salah satu fungsinya ialah mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga.


5. Cinch Energy Tea Mix - Penggalak tenaga semulajadi serta meningkatkan tenaga dan ketahanan badan.


Selain daripada pengambilan makanan tambahan, pengguna atau pembaca digalakkan melakukan senaman fizikal untuk meningkatkan stamina tubuh agar tubuh lebih bertenaga dan segar. Aktiviti senaman ini, bukan sahaja melatih tubuh kita untuk lebih bertenaga, malah ia juga membantu menyingkirkan toksin melalui pengeluaran peluh, dan ini akan menyebabkan kulit kita lebih berseri. Dan secara tidak langsung membantu mengurang berat badan.


Untuk pertanyaan lanjut berkaitan produk Shaklee, sila hubungi saya:

My Shaklee Info

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.



Sumber Rujukan :

1. Buku Panduan Nutrisi Shaklee


My Checklist For My Life Goals or Progress Goals

 #hidupiniujian Ini adalah chceklist aku nak buat untuk aku catat progress dan goals aku: 1.  Aktiviti kempiskan Perut. 2. Habit catat perbe...