Memaparkan catatan dengan label Projek Mencari dan Menanam Pahala. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Projek Mencari dan Menanam Pahala. Papar semua catatan

Sabtu, 4 Julai 2015

Projek Mencari dan Menanam Pahala : Membantu Asnaf

Assalamualaikum.

Peluang untuk membantu. Sharing dari facebook. Harap-harap boleh membantu keluarga ini, walaupun ML hanya sharing di blog ML ini. Boleh klik di link FB di bawah untuk pertanyaan dan maklumat lanjut.





3 hrs · Edited · 
"ayah ada?.. budak tu heleng.. "mak ko ada?.. "ada..ama.." sambil panggil ibunya... tiba2 aku lihat kelibat seorg wanita teraba-raba dtg ke pintu.. "ada apa? tanyanya dlm pelat india.. aku pun cerita dari A sampai Z... dia kemudian marah2kan anaknya sambil nangis... rupanya dia mualaf..baru 4 bulan peluk Islam. Suaminya meninggal dunia. Tinggal dia bersama 4 anak. 3 darinya muslim, yg sulung masih beragama hindu.. dia miskin.. anak2nya anak yatim. Hidup tak menentu.. tiba2 saja aku insaf dan minta maaf kerana berkasar... tiga anaknya budak baik.. mereka tak tahu apa2..
Masa aku jumpa mereka jam dah kol 5.30 ptg. Aku tanya puasakah? Mereka kata, puasa. Aku tanya berbuka puasa dgn apa? Dia jawab, nasi sama ikan kering. Kemudian aku minta izin nak bawa tiga anaknya keluar ke bazar Ramadan. Dia nangis terharu.. sejam aku ke bazar Ramadan..beli lauk, minuman dan kuih muih..seronok tengok anak2nya pilih lauk dan kuih.. sampai di rumah, aku hulurkan sikit wang ringgit atas niat sedekah.. makin kuat ibu tunggal ini menangis. Dia adalah OKU cacat penglihatan. Kalau ada sesiapa nak bantu..boleh hubungi saya.. saya ambik tiga anaknya sebagai anak angkat... minggu depan nak bawa mereka beli baju raya.. ini raya pertama mereka sbg Muslim. Lepas peluk Islam, keluarga ni berpindah berjiran dgn aku sbb dicemuh dan dihalau oleh jiran2 sebangsanya yg marah dia tukar agama. Dia tinggal menyewa di sini dgn kadar RM700 sebulan, tapi mampu bayar RM50 sebulan je.. selebihnya Majlis Zakat bayar.. sama2lah kita pakat bantu keluarga baru ini.. yg ada duit lebih tu hulur2lah utk ringan keluarga ini. Mereka perlu dibimbing dan aku akan cuba sebaik mungkin utk keluarga ini terus menjalani kehidupan. Alamat rumah sewanya Blok F4-12, Apartmen Golden Villa, Jalan Temenggong, Taman Sejahtera, Klang Selangor.

Selasa, 30 Jun 2015

Projek Mencari dan Menanam Pahala : BANTU ARING 2, GUA MUSANG, KELANTAN

Assalamualaikum.

Mencari pahala untuk kehidupan akhirat. Dan di sini ML temui satu aktiviti untuk membantu mangsa-mangsa banjir Kelantan di ARING 2, Gua Musang. Jom kita usahakan sesuatu untuk membantu saudara-saudara kita di sana. Bentuk bantuan anda boleh dalam wang ringgit, bantuan secara fizikal dan juga boleh doakan mereka mendapat bantuan yang secukupnya sehingga dapat rumah. Maklumat ini ML dapatkan daripada page Dato Husam Musa. Sila pergi ke link Dato Husam Musa untuk pertanyaan dan maklumat lanjut.



BANTU ARING 2, GUA MUSANG, KELANTAN !!!
Saya menerima berita duka dan kiriman gambar terkini

Khamis, 11 Jun 2015

Projek Mencari dan Menanam Pahala : Menderma untuk program Kembara Sahur

Assalamualaikum.

Mencari pahala semasa hidup, moga-moga mendapat naungan di hari akhirat. Derma lah demi diri sendiri dan keluarga, kerana setiap sedekah yang anda berikan, Allah balas berlipat kali ganda. Amin.

Berikut adalah program yang dianjurkan oleh Pertubuhan Pemikir Agenda Watan Malaysia (PEMIKIR). Dan info berikut adalah saya c&p dari FB en Shah SOVI. Boleh pergi ke FB beliau untuk pertanyaan atau maklumat lanjut.



MOHON BANTU SEBARKAN. TERIMA KASIH
Hanya Tinggal 8 hari sebelum kita menyambut Ramadhan dan nampaknya kempen kutipan Program Amal kali ini gagal mencapai sasaran seperti tahun-tahun sebelumnya.
Kutipan setakat 9hb Jun 2015:-
Pungutan Terkini : RM6,966
Sasaran : RM18,000
Pencapaian : 38.70%
Salam semua,
Kutipan Sumbangan bagi Program Amal yang sedang berjalan sekarang adalah:-
1) Program Kembara Sahur (Bermula pada 2 Ramadhan)
2) Program Pelarian Rohingya & Bangladesh
3) Program Amal Umum
Sumbangan boleh disalurkan ke:-
Perentas Business Network
Maybank 512679311965
Sumbangan dari sektor korporat boleh disalurkan melalui cek diatas nama:-
Alliance Foundation Malaysia
Resit pengecualian cukai akan diberikan kepada penyumbang korporat.
Sumbangan barang keperluan boleh dihantar ke:-
Perentas Business Network
349B Melawati Urban 1
Taman Melawati
53100 KL
03-41614487
Saya mohon individu yang berkemampuan untuk menyumbang dan membantu kami menyebarkan maklumat ini.
Terima kasih.
Mohd Shahrin Abdullah
Ketua Sekretariat & Penasihat
Pertubuhan Pemikir Agenda Watan Malaysia (PEMIKIR)





P/S : Jemputlah singgah dan LIKE FanPage saya di Lenny Boniface - SID . Terima kasih.

Khamis, 21 Mei 2015

Projek Mencari dan Menanam Pahala : Keluarga Yang Memerlukan Bantuan

Assalamualaikum.

Mencari peluang melabur pahala? ini peluang anda.. Semoga Allah s.w.t membalas bantuan anda dengan rahmat yang berlipat ganda. Amin.


Sumber : FB Shah Sovi (klik link ini untuk pertanyaan lanjut)


REPOST - MINTA BANTUAN ANDA UNTUK VIRALKAN
Walaupun kes 4 adik beradik yang tinggal bersama ibu mereka yang kena strok mendapat perhatian, tidak banyak sumbangan yang dapat dikumpulkan bagi mereka. Selepas saya melawat mereka, ada 2 pihak yang berbesar hati menyumbang sedikit makanan dan juga wang belanja.
Ini masih jauh dari mencukupi untuk mereka. Saya sarankan anda yang prihatin untuk:-
1) Melawat mereka di Unit F-2-12 Flat Puchong Perdana. Berdepan dengan Sekolah Puchong Perdana
2) Bantu kami untuk meningkatkan sumbangan melalui akaun Perentas Business Network (Maybank 5126 7931 1965). Sumbangan terkini yang kami terima adalah RM615 + SGD200.
3) Bantu kami untuk dapatkan bantuan rawatan bagi si Ibu yang mengalami strok. Kini beliau susah nak bertutur dan berjalan.
Bantu kami sebarkan berita ini. Terima kasih.




Selasa, 19 Mei 2015

Projek Mencari dan Menanam Pahala : Wakaf Pembelian Van

Assalamualaikum.

Jom Mencari dan menanam Benih Pahala.

(Sumber Imej : Facebook)

P/S sila hubungi no telefon yang tertera di gambar untuk maklumat lanjut.

Terima kasih.


Khamis, 14 Mei 2015

Projek Mencari dan Menanam Pahala : Membantu mangsa Kebakaran

(Sumber : Facebook)

Assalamualaikum.

Saya terjumpa post ini di Facebook. Dan ingin mewar-warkan berita ini kepada pembaca blog.

Teks dari Facebook :

Tahfiz di lrg sarkawi jln kebun terbakar sekarang 13 mei 7.48am Bantuan kecemasan yg amat diperlukn
1. Pakaian lelaki 27 pelajat berumur 9 hingga 16 tahun
2. Tempat tidur, selimut, bantal dan tilam
3. Mknn
4.Rm


Maybank 162263346135
Nama : ustaz Iskandar nasution

Alamat : Lot 4071, lorong sarkawi, kg batu 7, jalan kebun, seksyen 30, shah Alam

Kerugian dlm 60K

Isnin, 11 Mei 2015

Projek Mencari dan Menanam Pahala

Teks : Lenny Boniface
Imej : Google Image

Assalamualaikum.

Saya dah lama ada niat dalam hati untuk mewujudkan satu segmen dalam blog ini untuk war-warkan projek mencari pahala - di mana saya akan buatkan entri  berkaitan kutipan derma atau aktiviti kebajikan, atau organisasi atau pertubuhan yang memerlukan bantuan kewangan dan sebagainya.

Hidup ini Ujian

Ada ketika aku mempersoalkan takdir diri dan kehidupan. Aku mempersoalkan masa lepas. Kenapa begitu?  Kenapa begini?  kalau aku buat begitu,...