Sabtu, 24 Januari 2015

Mula Bisnes Dropship

Perkongsian puan N
Mahu kenal siapa puan N?

Pada permulaan, apa yang saya nampak, hanya sebuah kedai yang menjadi target utama. Kertas kerja untuk membuat pinjaman hampir siap. Tiba-tiba segalanya bagai terhenti seketika, apabila suami menghadiahkan sebuah buku 'Biar Kecil Asalkan Berhasil'. Buku ini banyak memberikan panduan dan semangat untuk mula berniaga tanpa modal dan saya suka pada kata-katanya "...perniagaan yang memerlukan kita berhutang untuk berkembang adalah perniagaan yang kurang bagus." Pokok pangkalnya, kita mulakan dengan apa yang kita ada.
Saya mula mengubah pandangan tentang bisnes, saya mencari sesuatu yang saya minat dan tidak memerlukan modal yang besar. Bisnes yang saya mula-mula terlibat ialah 'mutiara dan kristal'. Saya memang peminat tegar kristal, saya mula mengenali mutiara dan kristal swarovski. Ramai yang cakap bisnes ini memerlukan modal yang besar, sebab harganya yang agak mahal. Tetapi terpulang bagaimana anda bermula. Saya hanya memulakan dengan beberapa design gelang dan rantai, kemudian saya sertakan dengan carta warna kristal. Dengan ini, apabila pelanggan memilih design dan warna, baru saya akan mendapatkannya. Sehingga kini, hasil daripada jualan tersebut saya mampu untuk menambah stok jualan.
Disebabkan suami sering keluar kawasan, dan saya sebagai pembantu peribadi yang setia bersamanya, menyebabkan saya mempunyai beberapa masalah untuk menguruskan penghantaran barang. Saya terfikir untuk mencari satu lagi bisnes, yang tidak memerlukan saya untuk menguruskan barang. "Dropship", itu yang saya cari. Sehingga saya berjumpa dengan ABDR. Saya mula belajar "dropship" untuk telekung solat, dan saya mencari beberapa pembekal lain untuk mempelbagaikan produk. Alhamdulillah, setiap hari kita belajar untuk menimba ilmu baru. Saya mula mencuba sesuatu yang baru, saya belajar untuk mendapatkan produk terus dari Vietnam. Dengan ini, apabila saya keluar kawasan, saya masih boleh menguruskan penghantaran dengan 'dropship' dan saya juga boleh menguruskan stok sendiri.

Mahu belajar dropship dan asas bisnes online?
Pendaftaran dibuka.


Jumaat, 23 Januari 2015

Beriklan Bersama ABDR

Iklan SOHO




Bagi usahawan yang berminat mahu beriklan pada pautan lebih 900 blog ABDR. Boleh letak di bawah ini, pihak kami akan menghubungi kalian.

Logo iklan SOHO ini membawa pengiklan yang mahu mempromosi produk. 900 blog yang dibina bersama kami membawa pautan logo maksudnya iklan kalian dibawa bersama. Bagi yang benar-benar berminat sahaja, boleh letak MAHU BERIKLAN dan sms/whatsapp ke 016-8749195 Lenny. Terima kasih.

Khamis, 15 Januari 2015

Singgah

Assalamualaikum.

Belum ada entri menarik untuk dikongsikan. Saja-saja nak tambah post je. Heheheh. Doakan saya dapat idea bernas untuk entri ya.

Amin.

Selasa, 13 Januari 2015

Anakku

(Teks : Lenny Boniface)

Assalamualaikum. Bagi pembaca yang selalu berkunjung ke blog ini, maaf laa ya. Saya tengah busy di blog Shaklee saya (http://vita-tips.blogspot.com). Bukan membuang blog ini, cuma ingin lebih latihan di blog sana. Insya Allah, saya akan berlaku adil kepada kedua-dua blog milik saya ini. Rasa macam ada 2 orang 'anak' pula. Sayang "ANAK-ANAK" mama. Hehehehe.


Rumah Idaman

Bismillah.

Alhamdulillah.
Assalamualaikum.

Bersiaran kembali. Untuk entri kali ini saya ingin tunjukkan beberapa gambar.









Dalam 6 gambar di atas, manakah rumah pilihan anda / kawasan kejiranan yang anda suka?
Saya sendiri suka keenam-enam tempat tu. Sebab sangat cantik. Tapi, agak sukar untuk dimiliki. Bukan tidak boleh dimiliki. Sebenarnya kita boleh dapatkan rumah yang kita idamkan. Dan memang kita boleh memiliki rumah paling indah dengan laman yang sangat luas.

Tapi, berhenti sejenak.... Jika anda tidak dapat memilikinya adakah akan bersedih? Jangan bersedih... kerana kita buatlah terbaik untuk dapatkan rumah yang kekal selama-lamanya di syurga. Amin.

Sabtu, 13 Disember 2014

True Calling - Syahadah

(Teks: Lenny Boniface)
(Imej/Foto: Google)


Bismillah.

Alhamdulillah.
Assalamualaikum.

TRUE CALLING. Fahamkah anda maksud TRUE CALLING. Sepanjang saya menonton filem Barat lah, kalau ikut kefahaman diri saya sendiri True Calling bermaksud "tujuan yang ditentukan" atau "tujuan dalaman diri kita yang kita temui". Dan saya nak katakan kadang-kadang kita takkan jumpa True Calling kita sehingga kita ditunjukkan oleh Allah s.w.t. , melalui kejadian atau pencarian diri sendiri.

OK. Hari ini saya hendak berkongsi True Calling saya yang baru saya 'temui', atau lebih tepat 'diketuk pintu hati' saya ini. 2 hari lepas saya menonton sebuah video dari Ustaz Muhammad Rashidi Abdullah. Beliau ialah orang Bidayuh. Orang Sarawak. Dan saya merasakan kami mempunyai 'pertalian' sebab sama-sama orang Sarawak dan sama-sama menemui Islam. Alhamdulillah. True Calling kita ni kadang-kadang bukan 1 sahaja ok. Ini adalah salah satu True Calling yang saya dapat selepas menonton video Ustaz Muhammad Rashidi Abdullah - Saya ingin menolong orang-orang yang ingin/hendak memeluk Islam. Saya bukan pendakwah, saya ingin menjadi rakan kepada anda di luar sana yang ingin memeluk Islam. Saya faham anda akan melalui pelbagai dugaan emosi, dan fikiran. Tapi percayalah Allah akan membantu anda. Saya cuma sebagai sebahagian daripada orang yang beriman kepada Allah dan Rasul dan ingin menolong anda. Hubungilah saya.

Saya ingin bersama-sama anda dalam melalui proses mengucap kalimah syahadah. Saya berdoa Allah pertemukan saya dengan anda, dan anda dengan saya. Saya ingin menolong Islam dan menolong anda. In Shaa Allah, dipermudahkan. Saya bukan ustazah, tapi saya pernah lalui pengalaman memeluk Islam. Walaupun perjalanannya singkat dalam proses mengucap syahadah, tetapi, dugaan dalaman sangatlah kuat dan mengelirukan. Jadi saya ingin menghulurkan tangan kepada anda yang mencari bantuan ini. Amin.


Ustaz Muhammad Rashidi Abdullah adalah penulis buku Travelog Hidayah. Boleh dapatkannya untuk bacaan anda.

Isnin, 8 Disember 2014

Rumah Pusaka

(Teks : Lenny Boniface)

Bismillah.

Alhamdulillah.
Assalamualaikum.

Alhamdulillah kembali semula bersiaran di alam maya setelah seminggu bercuti balik kampung di Kampung Medong, Dalat, Sarawak. Dek kerana urusan menguruskan rumah pusaka mendiang mak dan ayah, saya langsung tak berkesempatan online FB dan juga blog, ditambah pula line internet yang sangat terhad di rumah saya. Alhamdulillah, semua urusan berjalan dengan baik walaupun tak siap 100%.

Semasa mengemas rumah pusaka, memang di sudut hati di selubungi perasaan yang sedih sangat. Jika dulu, balik kampung memang teruja sangat sebab balik jumpa mak. Sekarang balik tinggal sebuah rumah yang kosong sahaja. Ya Allah, sedih sangat. Tapi kematian dan perubahan itu adalah pasti. Kita sebagai anak samaada boleh terima kenyataan ini tidak.

Berehat sebentar. Tiba-tiba 'beku' tak boleh berfikir. In shaa Allah bersiaran kembali.

Hidup ini Ujian

Ada ketika aku mempersoalkan takdir diri dan kehidupan. Aku mempersoalkan masa lepas. Kenapa begitu?  Kenapa begini?  kalau aku buat begitu,...