Langkau ke kandungan utama

Oh! Tiada Idea

Salam.

Alhamdulillah.

Kadang-kadang datang juga detik-detik "TIADA IDEA". Runsing juga. Sebab saya nak update blog ikut jadual saya. Jika tiada idea macam mana nak update blog?



Usah  runsing, kalau tiada idea nak update blog, catat saja pengalaman harian. Buat macam diari. Atau cari resepi-resepi makanan menarik milik diri sendiri ataupun cari di majalah atau internet untuk diletakkan di entri. Saya perasan blog-blog yang khas untuk resepi atau mempunyai resepi makanan pada satu atau dua entri memang traffic-nya tinggi. Saya perasan, sebab pada blog Shaklee saya saya letak satu entri mengenai sup ayam, entri itu yang paling tinggi pembaca. Menarik bukan?




Saya nak catat pengalaman terbaru saya sekarang. Sekarang saya dah ada jadual yang ideal buat diri saya untuk menjalankan bisnes online. Macam yang cikgu kata, sikit-sikit tapi konsisten. Sekarang saya buat sikit-sikit iklan di Fanpage FB saya  setiap hari. Sekarang jadual harian saya lebih santai, kerana saya dah tak perlu mengadap computer apabila balik rumah. Saya dah aturkan supaya saya siapkan kerja-kerja update blog saya dan Fanpage FB marketing saya pada waktu rehat dan selepas habis waktu kerja, Saya cuma perlukan dalam 30 minit dalam 2 slot itu. Yang paling utama ialah saya mesti fokus sepenuhnya pada matlamat saya - kemaskini blog dan pemasaran fanpage. Apabila saya betul-betul fokus, memang matlamat boleh dicapai. Sekarang saya boleh tidur awal, balik rumah boleh main-main dengan anak tanpa perlu fikir pasal marketing. Saya boleh buat kerja-kerja rumah. Wah! baru rasa kebebasannya.



Perkembangan lain, saya dulu suka melengah-lengah banyak perkara. Tetapi, saya sekarang dalam tempoh mengubah sikap tu. Bukan senang tau. Saya mulakan dengan perkara-perkara yang kecil. Seperti membasuh pinggan, menyapu, melipat baju dan lain-lain kerja rumah yang mudah. Wah! memang rasa SUPERB lah bila kerja-kerja rumah dapat diselesaikan tepat pada masanya. Cubalah.

Saya nak beritahu, perkembangan ini berlaku selepas saya balik dari percutian Janda Baik. Tahu tak kenapa percutian itu sangat bermanfaat? Sebab ia me-refresh-kan jiwa kita, merehatkan minda yang serabut, dan memberikan perspektif baru pada kehidupan. Paling bagus percutian yang mendekatkan diri kita dengan alam sekitar semulajadi. Apabila tapak kaki menyentuh bumi semulajadi - tanah, pasir, dasar sungai (bukan konkrit ya), kita dapat rasakan cas-cas negatif turun ke Tanah (ini perasaan saya sahaja). Alhamdulillah. Alhamdulillah.



 Berminat mempunyai blog sendiri? Ingin mempunyai kemahiran penulisan yang POWER? Marilah sertai Akademi Bekerja di Rumah. Membantu anda untuk mengasah bakat penulisan anda. Ingin mengetahui lebih lanjut? Sila hubungi saya ya.



Untuk pertanyaan, tempahan & pembelian, sila hubungi :
Lenny Boniface
di
lennbj608@gmail.com
016-8749195 (SMS/WhatsApp)
https://www.facebook.com/lenny.Boniface

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maklumat Umum : Waktu Operasi

Assalamualaikum. ML saja nak kongsikan maklumat waktu operasi ASNB cawangan Putrajaya. Sebab ML sendiri pun baru tahu waktu operasi pukul 8.15 pagi. Jadi apa salahnya ML berkongsi maklumat ini, agar kawan-kawan di luar sana yang ingin berurusan awal tahu. ******************************************* Ingin mendapatkan produk Shaklee? Ingin menjana pendapatan bersama Shaklee? WhatsApp/SMS    ke ---  016 874 9195   Lenny Kedai E-book dan produk-produk ilmiah lain di  http://lenny-e-bookshop.blogspot.com/ Jemput singgah di Kedai ML di Lelong http://www.lelong.com.my/merchant/lennbj.htm

Mesej Berguna Dari Wasap

The Treatment of Laziness and Frustration Dr. Omar Abdul Kafi said that one day he was giving a Friday sermon in one of the Masjid. After the prayer a man who had a long hair and a long beard came to him. Surprisingly it showed that he did not care about himself at all. He told Dr Omar: "I am very lazy, with a lot of sleep. I hardly wake up, I only wake up to eat and go back to sleep again. I neglect my work, my future, and everything else and I don't care. My children think I am a strange person and very boring. I have a lack of enthusiasm, and I am always having frustration. What should I do please help me." Dr. Omar told him to ask Allah for forgiveness by saying "Astaghfir Allah" at least 100 times in a day, and to come back to him after one week, to tell him the result. The man said: "I am telling you I am lazy, I sleep more than 15 hours in a day. I am neglecting my prayers, my children and my work, and you are telling me to ask Allah for for...

Forum Berkaitan Wanita

17 Febuari 2020 yang lalu, aku berpeluang menghadiri Forum berkaitan isu wanita. Nama forum tersebut ialah Women in Higher Education, Employment and Leadership. Forum ini dijalankan di Hotel Armada, Petaling Jaya yang di anjurakan oleh IWB (Institut Wanita Berdaya ). Asal mula, kawan aku yang ajak pergi ke event ini. Mula-mula aku pun tak pasti apa event yang dijalankan, apabila dah tengok tajuk berminat pulak aku nak join. OK la. Jujur kata ye. Aku sebenarnya tak berminat dengan whatsoever ideologi, konsep atau apamacam perjuangan (since teenagers). Sebab aku tak ada awareness dan juga pendedahan. Yang so called women empowerment pun aku tak berminat. Tetapi kebelakangan ini, aku bagai 'diketuk' untuk menyelami what is so called feminism , women empowerment. Women empowerment tak semestinya feminism, mengikut pemahaman aku yang cetek ini.  Women empowerment ini adalah aktiviti / gerakan untuk memberikan pendidikan dan pengetahuan dan kesedaran kepada golon...