Langkau ke kandungan utama

Perkongsian Pengalaman (Petikan dari E-book 101 Idea Home-Based Bisnes)

 Salam.

Alhamdulillah.

Saya ingin memberi 'in-sight' E-book 101 Idea Home-Based Bisnes, serta  perkongsian pengalaman ibu yang berniaga.



Bab 11: Perkongsian Pengalaman

Apa yang membuakan puan terus boleh fokus dengan usaha kini.
Saya rasa sangat bersyukur kerana perniagaan yang saya ceburi dapat memberikan saya masa yang“flexible”. Saya boleh berada dirumah bersama kedua-dua anak saya secara ekslusif semasa mereka berumur dari lahir sehingga 6 bulan. Pada awalnya,saya mula menghantar anak-anak ke pusat asuhan untuk saya keluar semula dengan perniagaan sediada.

Bila mana saya rasa kurang bersemangat dalam perniagaan dalam suatu hari saya akan ke pusat asuhan untuk melihat anak saya beraktiviti di sana buat beberapa minit dan kemudian sambung keluar semula berniaga. Jika anak sakit, saya boleh berada selalu dengan anak sehingga pulih mengikut masa yang anak saya perlukan sebelum hantar semula ke pusat asuhan.

Selepas melahirkan anak kedua, saya banyak keluar berniaga di tapak-tapak pejabat kerajaan. (“booth”). Keluar berniaga dipasaran luar ( offline) sangat menarik kerana saya jumpa ramai kawan-kawan niaga baru dan boleh tambah networking. Saya sukakan semangat kental mereka di dalam perniagaan.

Saya kemudiannya telah membuat keputusan untuk terus fokus berniaga secara online sahaja setelah mendapat permintaan pertama anak sulung kami ketika itu berumur 3 tahun baru pandai bercakap secara jelas dan lancar iaitu mahukan saya mengajarnya di rumah dan tidak mahu ke sekolah lagi.

Suami sangat menyokong saya untuk terus berada dirumah sepenuhnya bersama anak-anak dan membuat aktiviti belajar sambil bermain dengan anak-anak dirumah. Suami saya telah banyak membantu saya membuat“online marketing “ agar jualan online kami meningkat sama seperti jualan offline. Alhamdulillah kini jualan online lebih mudah berbanding jualan offline tanpa perlu mengangat barangan niaga setiap hari lagi dan anak-anak ada di depan mata. :) Sokongan keluarga adalah penting dalam perniagaan saya. Rakan saya kenalkan kumpulan sokongan untuk ibu-ibu berkerja dari rumah manakala suami pula kenalkan saya dengan kumpulan sokongan Lovely Life dan mendaftarkan saya ke seminar Love being a mother dari kumpulan sokongan tersebut.

Perkongsian Puan S

Ingin baca lebih lanjut?? Boleh baca lagi dalam E-book 101 Idea Home-based Bisnes. Ingin mendapatkan E-book ini, boleh hubungi saya.

Jangan segan-segan jangan malu-malu, hubungi saya melalui cara-cara yang anda selesa, SMS boleh, WhatsApp boleh, e-mail pun boleh :
Untuk pertanyaan, tempahan & pembelian, sila hubungi :
Lenny Boniface 
di
lennbj608@gmail.com
016-8749195 (SMS/WhatsApp)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maklumat Umum : Waktu Operasi

Assalamualaikum. ML saja nak kongsikan maklumat waktu operasi ASNB cawangan Putrajaya. Sebab ML sendiri pun baru tahu waktu operasi pukul 8.15 pagi. Jadi apa salahnya ML berkongsi maklumat ini, agar kawan-kawan di luar sana yang ingin berurusan awal tahu. ******************************************* Ingin mendapatkan produk Shaklee? Ingin menjana pendapatan bersama Shaklee? WhatsApp/SMS    ke ---  016 874 9195   Lenny Kedai E-book dan produk-produk ilmiah lain di  http://lenny-e-bookshop.blogspot.com/ Jemput singgah di Kedai ML di Lelong http://www.lelong.com.my/merchant/lennbj.htm

Mesej Berguna Dari Wasap

The Treatment of Laziness and Frustration Dr. Omar Abdul Kafi said that one day he was giving a Friday sermon in one of the Masjid. After the prayer a man who had a long hair and a long beard came to him. Surprisingly it showed that he did not care about himself at all. He told Dr Omar: "I am very lazy, with a lot of sleep. I hardly wake up, I only wake up to eat and go back to sleep again. I neglect my work, my future, and everything else and I don't care. My children think I am a strange person and very boring. I have a lack of enthusiasm, and I am always having frustration. What should I do please help me." Dr. Omar told him to ask Allah for forgiveness by saying "Astaghfir Allah" at least 100 times in a day, and to come back to him after one week, to tell him the result. The man said: "I am telling you I am lazy, I sleep more than 15 hours in a day. I am neglecting my prayers, my children and my work, and you are telling me to ask Allah for for...

Forum Berkaitan Wanita

17 Febuari 2020 yang lalu, aku berpeluang menghadiri Forum berkaitan isu wanita. Nama forum tersebut ialah Women in Higher Education, Employment and Leadership. Forum ini dijalankan di Hotel Armada, Petaling Jaya yang di anjurakan oleh IWB (Institut Wanita Berdaya ). Asal mula, kawan aku yang ajak pergi ke event ini. Mula-mula aku pun tak pasti apa event yang dijalankan, apabila dah tengok tajuk berminat pulak aku nak join. OK la. Jujur kata ye. Aku sebenarnya tak berminat dengan whatsoever ideologi, konsep atau apamacam perjuangan (since teenagers). Sebab aku tak ada awareness dan juga pendedahan. Yang so called women empowerment pun aku tak berminat. Tetapi kebelakangan ini, aku bagai 'diketuk' untuk menyelami what is so called feminism , women empowerment. Women empowerment tak semestinya feminism, mengikut pemahaman aku yang cetek ini.  Women empowerment ini adalah aktiviti / gerakan untuk memberikan pendidikan dan pengetahuan dan kesedaran kepada golon...