Langkau ke kandungan utama

TERBAIK !! Protege ABDR Entri : Postive Thinking oleh Roszila Ibrahim

Salam. 

Alhamdulillah.

Satu hari barlalu, dan semoga kita melakukan yang terbaik untuk keluarga dan juga kebajikan untuk akhirat kita. Saya terbaca satu entri menarik dari salah satu protege ABDR yang saya rasakan sangat menarik untuk dikongsikan bersama pembaca di luar sana dan juga sebagai motivasi untuk diri saya amalkan setiap hari untuk menjalankan tugas di rumah dan di pejabat. Mari kita baca entri dari Roszila Ibrahim.





Positifkan Diri
Teks: Roszila Ibrahim
Sumber: Google

Entri kali ini saya ingin berkongsi tentang Positifkan Kenyataan Diri. Saya memang tidak mengenali Dr Nora tetapi saya amat tertarik dengan entri Dr Nora Bakry kerana ada kena mengena dengan  diri saya dan mungkin kalian juga. Ada kalanya seolah-olah kita tidak bersemangat untuk melakukan apa- apa pada hari-hari tertentu.  Menurut Dr Nora Bakry, ini berpunca dari dari banyak sabab seperti stress, kecewa, bangang, keliru dan sebagainya. Perasaan yang berkecamuk seperti ini mudah membuat kita menangguh-nangguh tugas-tugas penting yang perlu disempurnakan. Sekiranya di beri pilihan, kita lebih rela berbaring dan bermalas-malasan tanpa berbuat apa-apa semata-mata nak melayan emosi yang tidak  karuan itu.
Kehidupan kita pada masa kini banyak tertakluk kepada faktor masa. Tempoh masa yang telah ditetapkan itu perlu dikejar walau apa pun tekanan atau permasalahan yang melanda emosi kita pada waktu itu. Terdapat beberapa cara yang boleh kita lakukan untuk menangani keadaan ini. Misalanya sekiranya kita merasakan:
1.      Aku Tak Peduli – Jangan fikirkan langsung tentang tugas berkenaan. Sebaliknya, fikirkan fikirkan faedah atau keuntungan yang bakal anda selesai menyempurnakan tugas itu. Contohnya, sekiranya anda berasa malas untuk mencuci pinggan pada setiap hari, fikirkan keinginan anda untuk mendapatkan dapur yang bersih dan kemas, ini akan dapat mengikis sikap malas tadi.

2.      Kenapa Pulak Aku?- Sikap memberontak ini tidak akan ke mana. Tumpukan perhatian kepada matlamat akhir anda? Kenapa anda mahu melakukan tugas itu? Apa hasil yang anda ingin capai?

3.      Buat Yang Itu Lagi Best Kan?- Perkara lain nampak lebih menarik untuk dilakukan. Minda anda nampaknya cuba mengelat. Satu cara untuk mengelakkan ini berlaku ialah dengan berjanji kepada diri sendiri bahawa anda akan membuat pekara lain yang lebih menarik itu selepas anda selesai menyempurnakan tugas yang lebih utama itu terlebih dahulu.

4.      Aku Tak Pernah Buat Macam Tu! – Perkara baru memang menakutkan. Kita lebih gembira dan selesa melakukan pekara yang kita dah biasa buat. Anda perlu mencari seseorang yang sangat berminat dan gembira melakukan perkara itu untuk menceritakan pengalamannya kepada anda. Ini akan mendorong rasa ingin tahu anda untuk turut mencuba segala apa yang telah diceritakan kepada anda itu.

5.      Saya Tak Sukakan perubahan –Perasaan ini berkait rapat dengan ‘Aku Tak Pernah Buat Macam Tu’ itu tadi. Ia tak lebih dari alasan kepada perasan takut yang dialami. Apabila kita rasa takut, ia akan menjadikan kita mudah berpuas hati dan rasa selesa dengan apa yang sedia ada. Ini menyebabkan kita tidak muhu mencuba pekara yang baru.

6.      Aku Dah Selalu Buat Macam ni, Ok Je..!- Sikap berlengah-lengah menjadi semakin kronik apabila suka benar mengenang masa lalu dengan kaedah-kaedah usang yang dah tak releven tu. Tinggalkan sahaja cerita lama tu dan terus bergerak ke hadapan untuk langkah-langkah baru yang lebih positif.

7.      Adoi..! Banyak Nya Kerja Nak Buat!- Nampak macam banyak tapi sebenarnya sekiranya anda membuatnya pada masa yang sepatutnya ianya dilakukan, kerja itu akan menjadi lebih mudah. Lagi pun, nak berubah memanglah kena kerja keras sikit.

Orang yang berjaya adalah mereka yang sentiasa berusaha dan bekerja keras. Sebarang tugas akan menjadi lebih mudah sekiranya kita telah mematuhi tata cara yang betul dan konsisten dalam melakukannya. Sebaliknya, ia pasti menjadi sukar jika kita berlengah-lengah atau tidak melakukannya langsung. Cuba tangani masalah ini dengan mengamalkan tindakan yang dicadangkan di atas tadi. Semoga kita semua dapat menukar tabiat pasif ini kepada amalan yang lebih berfaedah dan menguntung kita. Tertarik sangat dengan tulisan Dr Nora. Situasi di atas selalu terjadi pada diri saya. Ini akan menjadi panduan berguna untuk saya dan untuk semua.

Kami mengalu-lakukan anda untuk bergabung dengan kami lebih 700 blog. Setiap hari kami menerima pendaftaran baru. Alhamdulillah.

Senarai program-program/kelas-kelas yang ditawarkan di ABDR:
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog, fan page mula bisnes
3. kelas beriklan mudah.my
4. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
5. Kelas akaun wahm/soho
6. Kelas penulisan ebook pertama
7. Pendaftaran Pengurus Online ABDR -setiap hari
8. Tempahan blog bisnes/penulisan-3 hari siap
9. Beriklan dengan kami di Soho Directory
10. Untuk keterangan lanjut berkaitan program di ABDR sila layari  http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/

Inginkan maklumat lanjut? Jangan segan-segan jangan malu-malu, hubungi saya melalui cara-cara yang anda selesa, SMS boleh, WhatsApp boleh, e-mail pun boleh : 

Lenny Boniface 
di
lenny.boniface@gmail.com
016-8749195 (SMS/WhatsApp)
https://www.facebook.com/lenny.Boniface



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maklumat Umum : Waktu Operasi

Assalamualaikum. ML saja nak kongsikan maklumat waktu operasi ASNB cawangan Putrajaya. Sebab ML sendiri pun baru tahu waktu operasi pukul 8.15 pagi. Jadi apa salahnya ML berkongsi maklumat ini, agar kawan-kawan di luar sana yang ingin berurusan awal tahu. ******************************************* Ingin mendapatkan produk Shaklee? Ingin menjana pendapatan bersama Shaklee? WhatsApp/SMS    ke ---  016 874 9195   Lenny Kedai E-book dan produk-produk ilmiah lain di  http://lenny-e-bookshop.blogspot.com/ Jemput singgah di Kedai ML di Lelong http://www.lelong.com.my/merchant/lennbj.htm

Mesej Berguna Dari Wasap

The Treatment of Laziness and Frustration Dr. Omar Abdul Kafi said that one day he was giving a Friday sermon in one of the Masjid. After the prayer a man who had a long hair and a long beard came to him. Surprisingly it showed that he did not care about himself at all. He told Dr Omar: "I am very lazy, with a lot of sleep. I hardly wake up, I only wake up to eat and go back to sleep again. I neglect my work, my future, and everything else and I don't care. My children think I am a strange person and very boring. I have a lack of enthusiasm, and I am always having frustration. What should I do please help me." Dr. Omar told him to ask Allah for forgiveness by saying "Astaghfir Allah" at least 100 times in a day, and to come back to him after one week, to tell him the result. The man said: "I am telling you I am lazy, I sleep more than 15 hours in a day. I am neglecting my prayers, my children and my work, and you are telling me to ask Allah for for...

Forum Berkaitan Wanita

17 Febuari 2020 yang lalu, aku berpeluang menghadiri Forum berkaitan isu wanita. Nama forum tersebut ialah Women in Higher Education, Employment and Leadership. Forum ini dijalankan di Hotel Armada, Petaling Jaya yang di anjurakan oleh IWB (Institut Wanita Berdaya ). Asal mula, kawan aku yang ajak pergi ke event ini. Mula-mula aku pun tak pasti apa event yang dijalankan, apabila dah tengok tajuk berminat pulak aku nak join. OK la. Jujur kata ye. Aku sebenarnya tak berminat dengan whatsoever ideologi, konsep atau apamacam perjuangan (since teenagers). Sebab aku tak ada awareness dan juga pendedahan. Yang so called women empowerment pun aku tak berminat. Tetapi kebelakangan ini, aku bagai 'diketuk' untuk menyelami what is so called feminism , women empowerment. Women empowerment tak semestinya feminism, mengikut pemahaman aku yang cetek ini.  Women empowerment ini adalah aktiviti / gerakan untuk memberikan pendidikan dan pengetahuan dan kesedaran kepada golon...