Langkau ke kandungan utama

Tips dari Blogger Zuriati Zubir : Cara Membeli Waktu


Salam.

Alhamdulillah.

Menemukan sebuah entri yang sangat menarik dan membantu dalam kehidupan harian. Mari kita baca entri dari Pn. Zuriati Zubir di http://zuriatizubir.blogspot.com/


[CARA MEMBELI WAKTU]

Teks : Zuriati Zubir
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wmt.
Waktu, masa, saat, kala, tempoh adalah sama dari segi maksudnya. Setiap manusia diberikan waktu atau masa yang sama setiap hari iaitu 24 jam. Apapun pekerjaan atau perkara yang dilakukan, waktu yang kita miliki sehari hanyalah 24 jam. Dari pengemis hinggalah Perdana Menteri, waktu yang dimiliki sehari terbatas kepada 24 jam sahaja. Tidak pernah lebih dan tidak pernah kurang.
Tetapi, tahukah anda bahawa waktu boleh dibeli ? Waktu boleh ditambah ? Bagaimana cara membeli waktu ?
SUBHANALLAH - "Membaca Quran menambah waktu ?"
Ada seorang ulama berguru kepada seorang guru. Selang beberapa lama, saat dia ingin melanjutkan belajar ke guru lain, gurunya berpesan :
"Jangan tinggalkan membaca Al Quran, semakin banyak baca Al Quran, urusanmu semakin mudah"
Dan muridnya pun melakukannya. Dia membaca Al Quran 3 juz sehari. Dia menambahkan hingga 10 juz sehari. Dan urusannya semakin mudah.
Allah SWT yang mengurus semua urusannya. Waktu pun semakin berkah.
Apa yang dimaksud dengan berkah waktu?
Iaitu boleh melakukan banyak hal dalam waktu sedikit.
Itulah berkah Al Quran. Al Qur’an membuat kita mudah mengefektifkan penggunaan waktu. Bukan kita yang mengatur waktu kita, tetapi Allah SWT.
Padahal teorinya orang yang membaca Al Quran akan menghabiskan banyak waktu, lalu mengurangi kegiatan lain, tetapi Allah SWT yang membuat waktunya itu menjadi berkah. Hingga menjadi begitu efektif. Hidup pun efektif. Dan Allah SWT akan mencurahkan banyak berkah dan kebaikan pada kita kerana Al Quran. Salah satu berkahnya adalah membuka pintu kebaikan, membuka kesempatan untuk amal soleh berikutnya. Salah satu balasan bagi amal baik yang kita lakukan adalah kesempatan untuk melakukan amal baik yang lain.
================
Kelas online asas bina blog penulisan
- belajar menulis cara santai tapi masih mengekalkan bahasa melayu formal.
- Salah satu cara menarik minat pembaca suka baca dan bertandang.
- Bina tapak awal memperkenalkan diri pada pembaca/bakal pelanggan.
- Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
Bergabung dengan lebih ramai blogger di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR), kini sudah mencecah lebih 780 blog untuk membantu aliran trafik ke blog. Belajar mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
Bagi yang sudah ada blog, tapi masih tiada idea menulis juga dialu-alukan untuk sertai kelas ini.
Hubungi saya dengan WhatsApp/ Sms 016-8749195 
atau
Emel: lenny.boniface@gmail.com


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maklumat Umum : Waktu Operasi

Assalamualaikum. ML saja nak kongsikan maklumat waktu operasi ASNB cawangan Putrajaya. Sebab ML sendiri pun baru tahu waktu operasi pukul 8.15 pagi. Jadi apa salahnya ML berkongsi maklumat ini, agar kawan-kawan di luar sana yang ingin berurusan awal tahu. ******************************************* Ingin mendapatkan produk Shaklee? Ingin menjana pendapatan bersama Shaklee? WhatsApp/SMS    ke ---  016 874 9195   Lenny Kedai E-book dan produk-produk ilmiah lain di  http://lenny-e-bookshop.blogspot.com/ Jemput singgah di Kedai ML di Lelong http://www.lelong.com.my/merchant/lennbj.htm

Nikmat Syukur (dari istilah dan rasa)

Assalamualaikum. Semoga hari hari yang barokah untuk semua. Emotional sikit hari ini. Hari ini baca IG Story FynnJamal, ada satu bahagian berkaitan 'dapur'. Sesiapa baca mesti tersentuh lah, romantik bagai. Jadi apa kaitan dengan aku? Selepas baca IG Story tu, satu perkataan 'pop-up' depan mata aku : SYUKUR. Ini mungkin menjadi satu karangan yang panjang, sebab aku nak ungkap/rungkai kenapa SYUKUR itu indah. Hidup aku tak semenggah. Hidup aku takde kemewahan. Hidup aku, aku tak kenal brand-brand terkenal. Hidup aku, aku cuma kena "ada tu ada lah, takde tu, takyah merungut, takyah menyesal." Itu aku. Agak susah aku nak ungkapkan perasaan aku ni sekarang. Aku nak ekspresskan rasa TERIMA KASIH sangat-sangat kepada Allah s.w.t.  Aku bukan nak tulis terima kasih (fizikal) kepada Allah. Aku cuma nak tulis bahawasnya, rasa syukur itu mencukupkan kehidupan. Rasa syukur itu memberikan perspektif dalam melihat yang 'tak ada' itu indah. Kadang-kadang...

Forum Berkaitan Wanita

17 Febuari 2020 yang lalu, aku berpeluang menghadiri Forum berkaitan isu wanita. Nama forum tersebut ialah Women in Higher Education, Employment and Leadership. Forum ini dijalankan di Hotel Armada, Petaling Jaya yang di anjurakan oleh IWB (Institut Wanita Berdaya ). Asal mula, kawan aku yang ajak pergi ke event ini. Mula-mula aku pun tak pasti apa event yang dijalankan, apabila dah tengok tajuk berminat pulak aku nak join. OK la. Jujur kata ye. Aku sebenarnya tak berminat dengan whatsoever ideologi, konsep atau apamacam perjuangan (since teenagers). Sebab aku tak ada awareness dan juga pendedahan. Yang so called women empowerment pun aku tak berminat. Tetapi kebelakangan ini, aku bagai 'diketuk' untuk menyelami what is so called feminism , women empowerment. Women empowerment tak semestinya feminism, mengikut pemahaman aku yang cetek ini.  Women empowerment ini adalah aktiviti / gerakan untuk memberikan pendidikan dan pengetahuan dan kesedaran kepada golon...