Langkau ke kandungan utama

10 Vitamin Untuk Meningkatkan Kesuburan

(Credit/ Teks dari: http://www.lovebaby.my/)


Adakah anda ingin menimang cahaya mata sendiri tetapi anda tidak tahu sejauh mana tahap kesuburan anda? Jika begitu mulakan dengan pengambilan vitamin yang betul. Terdapat 10 vitamin utama yang boleh meningkatkan kesuburan dan menyediakan tubuh kita untuk kehamilan.



1. Asid Folik
Asid folik adalah penting untuk melindungi bayi di dalam kandungan daripada kecacatan saraf (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.

Selalunya doktor akan menasihatkan anda mula memakan 400 mikrogram asid folik setiap hari sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum anda merancang untuk hamil.

Selain daripada pil, anda boleh mendapatkan asid folik dengan memakan buah-buahan sitrus dan sayur-sayuran berdaun.

2. Zink
Zink mempengaruhi proses ovulasi wanita dan penghasilan semen serta hormon testosteron lelaki. Menurut American Pregnancy Association kekurangan zink boleh mengakibatkan kekurangan penghasilan semen lelaki.

Oleh itu, pastikan anda mengambil 8mg zink setiap hari. Manakala suami anda perlu mengambil 11 mg zink setiap hari. Makanan seperti bijirin, makanan laut dan produk tenusu adalah sumber makanan yang kaya dengan zink.

3. Multivitamin
Terdapat banyak kajian yang mengatakan bahawa multivitamin boleh meningkatkan tahap kesuburan seseorang. Sudah tentulah badan yang sihat menandakan tahap kesuburan yang tinggi.

4. Coenzyme Q10 (CoQ10)
Menurut Mayo Clinic, tubuh ada menghasilkan CoQ10 yang penting untuk sel badan kita berfungsi. Ia mampu membina sel-sel telur yang berkualiti.

Kita yang dewasa memerlukan antara 30-100 mg dos CoQ10 setiap hari.

5. Omega 3 Fatty Acid
Omega 3 boleh didapati daripada minyak ikan, minyak kacang dan tumbuhan tertentu. Lemak baik ini tidak dihasilkan oleh tubuh badan kita. Oleh itu kita perlu mendapatkannya daripada makanan ataupun pil.

Dalam satu kajian di Netherlands, Omega 3 membantu meningkatkan kualiti embrio. Selain daripada itu, Omega 3 juga mengurangkan keradangan dalam badan dan memastikan keseimbangan hormon dan perkembangan otak bayi.

5. Zat Besi
Seorang wanita normal memerlukan 17mg zat besi sehari. Wanita yang hamil pula memerlukan 27mg setiap hari.

Zat besi adalah penting untuk pembinaan komponen penting dalam darah iaitu hemoglobin. Hemoglobin berfungsi sebagai pembawa oksigen dalam darah.

Selalunya zat ini sudah termasuk di antara zat-zat di dalam multivitamin. Tetapi anda juga boleh mendapatkan zat besi daripada daging merah dan sayuran berdaun hijau gelap.

6. Kalsium
Pakar nutrisi akan menasihatkan anda meningkatkan pengambilan kalsium seharian anda apabila anda merancang untuk hamil iaitu 1000mg sehari. Ini kerana apabila anda sedang mengandung, bayi anda memerlukan kalsium untuk tumbesaran.

Malah setiap orang yang telah dewasa juga dinasihatkan mengambil kalsium tambahan untuk tulang yang sihat dan menghindari dari penyakit osteoporosis.

Kita juga boleh mendapatkan zat ini daripada susu dan sayuran berdaun hijau.

7. Vitamin B6
Vitamin ini boleh mengurangkan simptom-simptom alahan ketika hamil. Oleh itu, amalkan pengambilan vitamin B6 sekurang-kurangnya 10mg sebelum mengandung.

8. Antioxidan
Pastikan suami anda mengambil banyak makanan sumber vitamin C dan E seperti buah oren, strawberi, kacang badam dan biji bunga matahari. Ini kerana vitamin C dan E menolong menghasilkan semen yang berkualiti.

9. L-carnitine
Ini adalah bahan yang berfungsi sebagai sumber tenaga bagi sperma dan memainkan peranan penting dalam mematangkan sperma serta metabolisma. Anda boleh membeli pil L-carnitine di farmasi yang berdekatan.

- See more at: http://www.lovebaby.my/10-vitamin-untuk-meningkatkan-kesuburan/#sthash.b0skAVZB.dpuf

********Teks Lenny *******************

Kepada yang mencari set yang boleh membantu kesuburan dan kehamilan, saya mencadang YES Pack - Pre-Natal Set.

Set ini sesuai untuk individu yang merancang untuk hamil atau sedang melalui tempoh kehamilan.

Set ini mengandungi 6 produk yang dirumuskan oleh Shaklee sendiri untuk bakal-bakal ibu, iaitu :

  1. ESP
  2. VITA-LEA
  3. B COMPLEX
  4. OSTEMATRIX
  5. SR VITA C
  6. OMEGAGUARD



 Dan pembeli set ini layak menikmati diskaun 5%!!

Untuk maklumat dan penerangan sila hubungi saya melalui sms di 016-8749195

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maklumat Umum : Waktu Operasi

Assalamualaikum. ML saja nak kongsikan maklumat waktu operasi ASNB cawangan Putrajaya. Sebab ML sendiri pun baru tahu waktu operasi pukul 8.15 pagi. Jadi apa salahnya ML berkongsi maklumat ini, agar kawan-kawan di luar sana yang ingin berurusan awal tahu. ******************************************* Ingin mendapatkan produk Shaklee? Ingin menjana pendapatan bersama Shaklee? WhatsApp/SMS    ke ---  016 874 9195   Lenny Kedai E-book dan produk-produk ilmiah lain di  http://lenny-e-bookshop.blogspot.com/ Jemput singgah di Kedai ML di Lelong http://www.lelong.com.my/merchant/lennbj.htm

Mesej Berguna Dari Wasap

The Treatment of Laziness and Frustration Dr. Omar Abdul Kafi said that one day he was giving a Friday sermon in one of the Masjid. After the prayer a man who had a long hair and a long beard came to him. Surprisingly it showed that he did not care about himself at all. He told Dr Omar: "I am very lazy, with a lot of sleep. I hardly wake up, I only wake up to eat and go back to sleep again. I neglect my work, my future, and everything else and I don't care. My children think I am a strange person and very boring. I have a lack of enthusiasm, and I am always having frustration. What should I do please help me." Dr. Omar told him to ask Allah for forgiveness by saying "Astaghfir Allah" at least 100 times in a day, and to come back to him after one week, to tell him the result. The man said: "I am telling you I am lazy, I sleep more than 15 hours in a day. I am neglecting my prayers, my children and my work, and you are telling me to ask Allah for for...

Forum Berkaitan Wanita

17 Febuari 2020 yang lalu, aku berpeluang menghadiri Forum berkaitan isu wanita. Nama forum tersebut ialah Women in Higher Education, Employment and Leadership. Forum ini dijalankan di Hotel Armada, Petaling Jaya yang di anjurakan oleh IWB (Institut Wanita Berdaya ). Asal mula, kawan aku yang ajak pergi ke event ini. Mula-mula aku pun tak pasti apa event yang dijalankan, apabila dah tengok tajuk berminat pulak aku nak join. OK la. Jujur kata ye. Aku sebenarnya tak berminat dengan whatsoever ideologi, konsep atau apamacam perjuangan (since teenagers). Sebab aku tak ada awareness dan juga pendedahan. Yang so called women empowerment pun aku tak berminat. Tetapi kebelakangan ini, aku bagai 'diketuk' untuk menyelami what is so called feminism , women empowerment. Women empowerment tak semestinya feminism, mengikut pemahaman aku yang cetek ini.  Women empowerment ini adalah aktiviti / gerakan untuk memberikan pendidikan dan pengetahuan dan kesedaran kepada golon...