Langkau ke kandungan utama

Apakah itu Kekayaan?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pagi ini, pagi yang sangat bertuah. Kerana LBJ menghadiri 2 kelas di Shaklee. Satu seminar blogging dan satu talk pasal pre-conception. Kisah pagi ini, disebabkan LBJ tak nak brgaduh dengan anak lelaki, LBJ keluar cepat-cepat dari rumah. Singgah Petronas beli top-up Touch n Go.  LBJ sempat sarapan milo saja. Jadi di Petronas beli la roti ban 2 dan 2 bar Snickers untuk alas perut.

Alhamdulillah... LBJ diberikan peluang untuk hadir ke kelas Blogging walaupun terpaksa meninggalkan anak kecil LBJ yang baru 2 bulan. Nak guna perkataan 'berkorban' tak ada lah. Ini sebab LBJ nak kejar peluang yang susah nak dapat ni. Kerana kita berbuat sesuatu kerana inginkan kekayaan, demikian juga LBJ.




Apakah itu kekayaan? Sebenarnya kekayaan ini boleh kita letak dalam pelbagai konteks. Tapi dari segi istilah, kekayaan menunjukkan wang ringgit yang banyak. Tapi pernahkah kita terfikir tentang:

  • kekayaan dari segi makanan -boleh makan apa saja dan boleh dapat di mana saja
  • kekayaan dari segi kesihatan - tubuh badan kita sihat dan kuat, boleh buat apa saja dan pergi kemana saja.
  • kekayaan dari segi zuriat - mempunyai anak yang ramai, dan ahli keluarga yang ramai, ibubapa masih hidup, adik beradik ramai
  • kekayaan dari segi ilmu - mempunyai ilmu yang banyak di dalam dada
  • kekayaan dari segi kasih sayang - keluarga yang berkasih sayang, sahabat yang berkasih sayang, suami isteri yang berkasih sayang

Dalam banyak-banyak konteks di atas, apa yang LBJ kejar? Terus terang LBJ katakan, LBJ nak kekayaan wang ringgit. LBJ ingin merasai bagaimana boleh duduk di rumah menjaga anak tanpa risau tak ada duit nak beli makanan dan bayar bil. Nak merasa membawa anak-anak pergi ke LEgoland, Disneyland dan sebagainya. Semua itu perlukan wang ringgit.




Jadi, bagaimana kita hendak mencari kekayaan? Dua cara : Bekerja atau berniaga atau kedua-duanya sekali. Dan LBJ sejujur-jujurnya kata di sini, mencari kekayaan tidak mudah. (Bagi diri LBJ). 

Namun, sekiranya dalam hati ini ingin berjaya dan kaya untuk keluarga, jadi jasad dan niat harus seiring. Maksudnya niat ada, dan usaha kena ada. Doa tak putus. LBJ tak kata LBJ berkorban, LBJ labelkan ini sebagai berjuang untuk menjadi impian LBJ menjadi kenyataan - "Wanita bekerja dari rumah yang Kaya."    :) :) :)     (Doakan saya ya)


Sebelum berpisah, LBJ ingin belanja satu cerita yang LBJ dapat dari FB untuk bacaan santai anda semua.



TETAMU TAK DIUNDANG

Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka.




Wanita itu bertanya, " Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk kerumah saya dan makan sesuatu."
"Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya.
"Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar."
"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawab.

Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut. "Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk kedalam sekarang!"
Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam.
"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama," mereka menjawap.
"Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu.

Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan :
"Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah seorang kawannya, dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi, " Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang."

Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput kedalam rumah."

Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira.
"Bagusnya!!" dia berkata. "Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan Kekayaan!"
Isterinya tidak bersetuju. "Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?"

Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya :
"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!"
"Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita itu," kata suami itu kepada isterinya.
"Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita."

Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu diantara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu kami."

Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya. Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan :
"Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"
Mereka semua menjawab: "Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan, yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya.
...Dimana ada Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan `Kejayaan!"...

Dicatat oleh IBNU MUSLIM

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maklumat Umum : Waktu Operasi

Assalamualaikum. ML saja nak kongsikan maklumat waktu operasi ASNB cawangan Putrajaya. Sebab ML sendiri pun baru tahu waktu operasi pukul 8.15 pagi. Jadi apa salahnya ML berkongsi maklumat ini, agar kawan-kawan di luar sana yang ingin berurusan awal tahu. ******************************************* Ingin mendapatkan produk Shaklee? Ingin menjana pendapatan bersama Shaklee? WhatsApp/SMS    ke ---  016 874 9195   Lenny Kedai E-book dan produk-produk ilmiah lain di  http://lenny-e-bookshop.blogspot.com/ Jemput singgah di Kedai ML di Lelong http://www.lelong.com.my/merchant/lennbj.htm

Nikmat Syukur (dari istilah dan rasa)

Assalamualaikum. Semoga hari hari yang barokah untuk semua. Emotional sikit hari ini. Hari ini baca IG Story FynnJamal, ada satu bahagian berkaitan 'dapur'. Sesiapa baca mesti tersentuh lah, romantik bagai. Jadi apa kaitan dengan aku? Selepas baca IG Story tu, satu perkataan 'pop-up' depan mata aku : SYUKUR. Ini mungkin menjadi satu karangan yang panjang, sebab aku nak ungkap/rungkai kenapa SYUKUR itu indah. Hidup aku tak semenggah. Hidup aku takde kemewahan. Hidup aku, aku tak kenal brand-brand terkenal. Hidup aku, aku cuma kena "ada tu ada lah, takde tu, takyah merungut, takyah menyesal." Itu aku. Agak susah aku nak ungkapkan perasaan aku ni sekarang. Aku nak ekspresskan rasa TERIMA KASIH sangat-sangat kepada Allah s.w.t.  Aku bukan nak tulis terima kasih (fizikal) kepada Allah. Aku cuma nak tulis bahawasnya, rasa syukur itu mencukupkan kehidupan. Rasa syukur itu memberikan perspektif dalam melihat yang 'tak ada' itu indah. Kadang-kadang...

Forum Berkaitan Wanita

17 Febuari 2020 yang lalu, aku berpeluang menghadiri Forum berkaitan isu wanita. Nama forum tersebut ialah Women in Higher Education, Employment and Leadership. Forum ini dijalankan di Hotel Armada, Petaling Jaya yang di anjurakan oleh IWB (Institut Wanita Berdaya ). Asal mula, kawan aku yang ajak pergi ke event ini. Mula-mula aku pun tak pasti apa event yang dijalankan, apabila dah tengok tajuk berminat pulak aku nak join. OK la. Jujur kata ye. Aku sebenarnya tak berminat dengan whatsoever ideologi, konsep atau apamacam perjuangan (since teenagers). Sebab aku tak ada awareness dan juga pendedahan. Yang so called women empowerment pun aku tak berminat. Tetapi kebelakangan ini, aku bagai 'diketuk' untuk menyelami what is so called feminism , women empowerment. Women empowerment tak semestinya feminism, mengikut pemahaman aku yang cetek ini.  Women empowerment ini adalah aktiviti / gerakan untuk memberikan pendidikan dan pengetahuan dan kesedaran kepada golon...