Memaparkan catatan dengan label Catatan Ramadhan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Catatan Ramadhan. Papar semua catatan

Rabu, 31 Mei 2017

Log Ramadhan 5

Assalamualaikum.

Bukan senang nak keep up dengan catatan sendiri. Maksud akak, bila kita kata nak catat setiap hari, ada saja yang membawa kita ke kerja lain. Boleh juga disebut halangan. Tapi bagi saya la kan tu bukan halangan tapi distraction. 

Banyak yang saya nak buat tapi tak terbuat kerana kuasa fokus saya sangat lemah. Kena latih tubi nampaknya.

****rehat*****

Sekarang ini malam. Ingin menambahkan entri di blog.  Sebentar tadi melawat blog zenhabit. Saya suka gaya penulisannya. Dan penulisannya berpengaruh.

Untuk menjadi penulis yang efektif bukan ambil masa sehari dua. Tapi bertahun-tahun dengan latihan setiap hari. Semoga saya boleh mencapai gaya penulisan efektif.


Sabtu, 27 Mei 2017

Log Ramadhan 2017 yang Pertama

Assalamualaikum.

Kali ini saya buat lagi catatan berkaitan Ramadhan yang saya lalui tahun ini. Nak sangat rekodkan untuk tatapan diri sendiri di masa hadapan.

Harin ini Ramadhan Pertama. Bangun sahur. Tapi otak belum adjust untuk suasana berpuasa. Sipi-sipi lagi tadi nak capai makanan.

Saya doakan Ramadhan tahun ini, saya boleh baca Al-Quran a.k.a paksa diri baca Al- Quran biar 1 ayat pendek. Amin Amin Amin. Makbulkanlah doa saya.

Semalam saya dan geng pejabat ada majlis Tahlil dan baca Yasin. Tiba-tiba saya diberikan ilham oleh Allah yang Maha Berkuasa, - Persoalan dan permasalahan yang saya hadapi sekarang ialah berkaitan DOA.

Iman saya nipis, ilmu cetek. Semalam saya mendapat ilham dari Allah berkaitan Doa. Doa adalah hubungan kita dengan Allah. Selama ini saya anggap doa ini macam permintaan kita. Tapi semalam saya mendapat ilham - bahawasanya doa adalah hubungan kita dengan Allah. Doa menunjukkan kebergantungan manusia kepada Allah, dan menunjukkan bahawa kita percaya Allah lah Kuasa paling tinggi yang akan menolong hambaNya.  ( Coretan ini pemikiran saya, maafkan jika mengangggu anda). Dan saya ingin rekodkan di sini untuk peringatan kepada saya, kenapa saya berdoa, dan kenapa perlunya saya berdoa.

Berbalik kisah berpuasa hari ini, tahap kesabaran masih di tahap paling rendah. Sebab asyik marah-marah anak. Kena latih tubi lagi ini.

****rehat*****

Berbuka puasa tadi dengan Spageti. Alhamdulillah, ala kadar. Tidak berlebih-lebihan. Secara peribadi bagi saya la kan, boleh berbuka dengan sedikit makanan dah cukup nikmat. Teringat zaman bujang dahulu, saya hanya berbuka dengan apa yang ada di dapur sahaja. Tidak ada juadah bazar ramadhan dan sebagainya. Kerana saya pun jenis malas nak cari makanan masa puasa ini. Apa yang ada itulah dia. Masak pun kadang-kadang malas. Hehehe.

Saya doa suatu hari nanti, memasak bukan sesuatu beban kepada saya. Tetapi sebagai pilihan saya nak masak atau tidak dan tiada paksaan dan bebanan di situ. Amin.

Hari ini sempat baca 2 ayat akhir Surah Baqarah. Alhamdulillah. Ada juga membaca al Quran. Semoga konsisten.

Saya hendak meletakkan target untuk dicapai sepanjang masa.

1. Hidup minimalis.
2. Menjadi pengedar Shaklee yang Efektif dan Berjaya
3. Menjadi penulis yang Efektif.



Jumaat, 1 Julai 2016

Catatan Ramadhan 26

Assalamualaikum.

Salam Jumaat. :)

Pagi-pagi sudah buka pc. Heheheh

Semangat nak cuti ni.

Hari ini, LBJ nak sembang pasal Performance Drink dan pengalaman LBJ sendiri.

Bulan Ramadhan ini, LBJ mengaku memang sukar untuk mendapatkan air minuman yang secukupnya. Sebab sewaktu  berbuka puasa, LBJ makan dan minum tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Bukan kerana diet, disebabkan perut cepat kenyang. Jadi apabila cepat kenyang, LBJ tak rasa nak telan air banyak-banyak kan. Jadi kuantiti air pun kurang lah masuk badan.



Lagi pula, waktu berbuka puasa LBJ suka minum teh o panas. Cukup menyamankan. LBJ tak berapa minat air sejuk semasa buka puasa, Terasa mengganggu perut. Ya lah, LBJ biasa minum air yang panas atau suam. Sekali perut kosong kena air sejuk rasa lain macam.

Anyway, dek kerana rutin dan juga sifat semulajadi perut, maka LBJ memang kurang minum air.

Jadi, LBJ pun mengambil inisiatif mengambil Performance Drink segelas sebelum tidur. Ternyata membantu LBJ untuk hidrat semula badan. Kalau tak sempat sangat pun, LBJ bancuh dalam bekas air kecil bawa masuk bilik tidur, letak tepi katil. Rasa dahaga sahaja, minum. Memang rasa lain.

Dengan cara itu, LBJ tak perlu meneguk air berbalang-balang untuk hidrat semula. Apa yang LBJ lakukan, sebekas Performance Drink di samping sebotol air kosong. Untuk membantu hidrat semula.

Di bulan Ramadhan ini, Performance Drink memang membantu LBJ hidrat semula. Selain itu, mengurangkan kemungkinan LBJ dapat kejang kaki waktu malam. Disebabkan penghidratan semula dan juga khasiat yang terdapat dalam Performance Drink.


Harga : RM 82.50
Postage : RM 10.60 Semenanjung Malaysia


Berminat mencuba Performance Drink? Boleh tinggalkan komen atau pun whatsapp ke LBJ di 016 874 9195 untuk order.


Khamis, 30 Jun 2016

Catatan Ramadhan 25

Assalamualaikum.

Allahu.. LBJ tak buat pun catatan Ramadhan sebelum-sebelum ini.

Kenapa ya? LBJ mengalami banyak gangguan emosi dan stres.

Alhamdulillah, apabila LBJ mengadu ke Allah, entah bagaimana stress tu beransur kurang. Walaupun LBJ tidak cuba pun untuk menyelesaikan masalahnya. Ternyata bulan berkah ini penuh rahmat.

Walaupun LBJ sendiri tak mengejar keberkatan dan memenuhkan tabung pahala, tetapi Allah tetap mendengar rintihan hati LBJ, tetap bersama-sama LBJ untuk mngharungi gelodak perasaan yang melanda.

LBJ rindu dengan mendiang mama dan papa. Selalu sahaja bermimpikan mereka. Allahu, betapa kurangnya nikmat apabila ibubapa tiada lagi di dunia.

LBJ redha, tetapi rindu tetap tak dapat dihalang.

Semoga Ramadhan ini Allah berikan LBJ petunjuk dan hidayah untuk berubah menjadi lebih baik. Walaupun LBJ sendiri tiada usaha ke arah itu. Semua dengan izin dan kuasa Allah.

Doakan LBJ ya.


Isnin, 20 Jun 2016

Ramadhan 15

Assalamualaikum.

Dah masuk Ramadhan 15 dah.

Apa cerita eh? Semalam LBJ tak puasa. Batuk dan flu teruk. Hari ni kurang sikit dalam 10%... heheheh

Alhamdulillah hari ini boleh pergi kerja dan boleh berpuasa. Walaupun diserang batuk bertalu-talu.

Hari ini juga ada appoinment di klinik kesihatan. Alhamdulillah bacaan HB ok : 12.8. Syukur sangat.
Dan hari ni juga ambil dos tetanus. Sakit lagi lengan kanan ni.

Tapi selebihnya semua ok.

Semoga semua berjalan lancar ya.

Rabu, 15 Jun 2016

Ramadhan 10

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, selamat sampai ke Ramadhan ke 10.

Alhamdulillah dikurniakan kesihatan yang baik di bulan Ramadhan.

Hari ini, LBJ ada appointment di Hospital Serdang -Combine Cardio. LBJ ingatkan kena scan jantung. Tetapi scan baby sebenarnya. Cuma consultation dan pemantauan ibu yang mempunyai masalah jantung.

Jadi, hasil diagnos tadi, LBJ dalam keadaan memuaskan. Cuma perlu dipantau dari masa ke semasa.

Sebenarnya hari ini rasa sangat penat, namun, bacaan ECG masa check up tadi semua ok. Alhamdulillah.

Tapi ya lah, LBJ sendiri berdebar-debar, takut-takut berlaku komplikasi. Doa banyak-banyak sahaja lah.


Selasa, 14 Jun 2016

Ramadhan 9

Assalamualaikum.

Dah masuk Ramadhan ke-9.  Catatan LBJ hanya sampai Ramadhan 5. Apa boleh buat, penat menguasai diri.

Alhamdulillah, setakat ini LBJ berjaya berpuasa. Alhamdulillah.

Cuma kena perbaiki cara makan dan minum. Sebab LBJ ada kencing manis.

Alhamdulillah, semenjak mengamalkan pengambilan supplemen Shaklee, bacaan kencing manis LBJ terkawal.

Tapi di musim berpuasa ini, agak sukar sedikit untuk engawal nafsu makan. Tapi LBJ yakin LBJ boleh mengawal pemakanan LBJ dengan lebih, in shaa Allah.

Jadi, apa supplemen Shaklee yang LBJ ambil selama ini?

LBJ ambil B Complex (ini paling penting untuk LBJ secara peribadi), Sustained Release Vitamin-C Plus, dan Vita-Lea. Bagi LBJ ini dah cukup membantu kesihatan LBJ.

Anda? Berminat mencuba supplemen Shaklee untuk menjaga kesihatan? SMS/WhatsApp LBJ di 016 874 9195 untuk info lanjut.


Isnin, 13 Jun 2016

DIABETES DAN PUASA




Siapa yang boleh dan tidak boleh berpuasa?

Secara umumnya, pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan dan diabetesnya terkawal serta tidak memerlukan insulin memanglah digalakkan berpuasa.

Walau bagaimanapun, pesakit diabetes yang tidak terkawal paras gulanya dan tidak mengambil ubat-ubatan atau suntikan insulin seperti yang disyorkan oleh doktor mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk berdepan dengan komplikasi jika berpuasa.
Antara pesakit diabetes yang tidak digalakkan berpuasa termasuklah;

Penyakit diabetesnya tidak stabil. Dibimbangi ia akan mengakibatkan pelbagai komplikasi seperti dehidrasi (kekurangan air), jangkitan kuman dan koma.

Mengalami komplikasi diabetes yang serius seperti penyakit jantung koronari dan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal.
Kerap mengalami komplikasi diabetik ketoasidosis (lebih cenderung bagi pengidap Diabetes Jenis I dan pesakit yang menggunakan suntikan insulin).

Kerap mengalami komplikasi hipoglisemia (kekurangan gula dalam darah).
Sedang mengalami jangkitan kuman.
Warga tua dan tinggal bersendirian.
Hamil yang memerlukan suntikan insulin.
Berusia di bawah 12 tahun.

Pesakit diabetes yang ingin berpuasa mestilah bersahur, menyegerakan berbuka puasa, makan ubat/menyuntik insulin mengikut nasihat doktor, mengawasi penyakit diabetes dan kesihatan mereka secara umumnya dan peka dengan tanda-tanda hipoglesemia, hiperglisemia (gula berlebihan dalam darah) dan dehidrasi.

Mereka harus segera berbuka apabila mengalami samada hipoglisemia, hiperglisemia atau dehidrasi. Adalah haram untuk pesakit meneruskan puasa kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan. Jangan sekali-kali mengubahsuai dos ubat atau insulin dan waktu ia harus dimakan/disuntik tanpa rujukan doktor.

Mengenal pasti keadaan hipoglisemia, hiperglisemia dan dehidrasi
Hipoglisemia
Hiperglisemia
Dehidrasi
Menggigil Terlalu lemah Amat lapar Berpeluh Pucat Berdebar-debar Gelisa hKoma (tidak sedarkan diri)
Kerap buang air kecil Terlalu dahaga Sangat letih
Amat dahaga Kulit dan lidah yang terlalu kering Fikiran terganggu



Diet - Elakkan makan berlebihan ketika berbuka puasa dan pada waktu malam. Karbohidrat dan makanan berlemak boleh menambahkan berat badan serta menyukarkan kawalan diabetes.

Panduan kepada pesakit diabetes yang dibenarkan berpuasa

Sahur
Berbuka
Sekurang-kurangnya semangkuk oat/bijirin ATAU3-4 keping roti ATAUNasi dan lauk (lebihkan sayur-sayuran)
Hadkan pengambilan air bergula, kuih-muih manis.Jika memakan kurma, hadkan kepada dua hingga tiga biji sahaja.Kurangkan pengambilan nasi dan lebihkan sayur-sayuran.

Senaman – Melakukan aktiviti fizikal yang ringan ketika berpuasa tidak akan mendatangkan kemudaratan. Perubahan terhadap diet dan ubat-ubatan ketika bersahur harus dibuat (mengikut nasihat doktor) bagi mengelakkan hipoglisemia.
Ubat – Dapatkan nasihat doktor tentang pengubahsuaian dos serta waktu pengambilan ubat. Sebagai panduan, dos ubat-ubatan seperti glibenclamide, gliclazide, glipizide, chlorpropamide dan Acarbose yang di ambil sebelah pagi pada kebiasaannya di hari tidak berpuasa, ditukar masa pengambilannya ke waktu berbuka puasa.

Dos yang diambil sebelum makan malam malam sewaktu tidak berpuasa pula perlu diambil sebelum bersahur. Pengurangan dos yang diambil mungkin perlu untuk mengelakkan hipoglisemia.
Ubat seperti repaglinide perlu dimakan pada waktu bersahur dan berbuka puasa. Metformin dan Rosiglitazone secara amnya kurang mengakibatkan hiploglisemia dan selalunya tidak memerlukan perubahan dos.

Insulin – Dos dan waktu insulin disuntik harus diubahsuai mengikut arahan doktor berdasarkan ujian tahap gula dalam darah yang dilakukan pada permulaan puasa seperti berikut:

Tiga kali suntikan insulin: Dua dos insulin yang bertindak segera (short-acting insulin) ketika berbuka dan sebelum bersahur. Ini diikuti dengan satu dos insulin yang bertindak lama (intermediate acting insulin) sebelum tidur.

Dua kali suntikan insulin: Satu dos insulin yang sudah dicampur (premixed insulin) ketika berbuka puasa. Dos yang diperlukan adalah sama seperti dos yang diberika pada waktu pagi di hari tidak berpuasa. Satu dos insulin yang bertindak segera pula diberi sebelum bersahur .
Pada permulaan bulan puasa, tahap gula dalam darah perlu diuji pada waktu-waktu berikut:
Sebelum bersahur
Dua hingga empat jam sebelum bersahur
Sebelum berbuka puasa
Dua hingga empat jam kemudian

Perkara lain yang perlu diberi perhatian

Pesakit yang memerlukan insulin perlu menjalani ujian ketone di dalam air kencing atau darah, sekiranya tahap gula di dalam darah mereka terlalu tinggi. Langkah ini dapat mengelakkan berlakunya koma diabetik ketoasidosis. Pesakit ini juga mesti segera berbuka puasa.

Awasi berat badan di sepanjang bulan puasa. Pertambahan lebih dua kilogram perlu dimaklumkan kepada doktor. Jika dalam satu hari berat badan didapat berkurangan 3%, pesakit mestilah segera berbuka bagi mengelakkan kemungkinan berlakunya dehidrasi yang serius.

Banyakkan minum air tetapi elakkan minuman manis. Gantikan air yang hilang ketika membuang air kecil di tengah malam dengan meminum air.
Dengan pengawasan yang baik, ibadah puasa dapat dilaksanakan dengan selamat oleh pesakit diabetes. Pesakit perlu menjaga diet ketika berbuka, bersahur dan mendapatkan nasihat doktor berhubung pengubahsuaian dos dan waktu ubat/insulin harus dimakan/disuntik. Pesakit perlu peka terhadap tanda-tanda hipoglisemia atau dehidrasi. Sekiranya ia berlaku, pesakit mestilah segera berbuka puasa.

SumberArtikel asal disediakan oleh A/Prof Dr Nor Azmi Kamarudin, Klinik Diabetis dan Endokrinologi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan diterbitkan untuk pendidikan ehsan oleh Novo Nordisk Pharma (M) Sdn Bhd.

Jumaat, 10 Jun 2016

Ramadhan 5

Assalmualaikum.

Ramadhan 4 tak ada entri. Tak sempat pun nak buat. Tapi berjaya menjalani ibadah puasa pada Ramadhan 4.

Hari ini pula Ramadhan 5. LBJ berjaya menghabiskan ibadah puasa juga.

Kiranya catatan ini untuk tengok LBJ berjaya tak mencapai kuota puasa. Heheheh.

Hari ini sembang-sembang santai saja ya.

Semalam LBJ pergi Check up di Hospital Serdang. Appoinmen untuk check /scan organ-organ baby, terutamanya jantung disebabkan LBJ sendiri mempunyai sejarah jantung berlubang.

Dan ikutkan scan semua perfect dan normal, Alhamdulillah.

Dan LBJ nak kongsikan suatu poster/bunting yang LBJ nampak di O&G Hospital Serdang.

Semoga membantu ibu-ibu yang mengandung.




Bagi bakal ibu-ibu yang sedang mencari kelas Antenatal, boleh pergi Hospital Serdang pada waktu yang tertera di dalam poster di atas.

Pengalaman mengandung dan juga ilmu-ilmu berkaitan kehamilan membantu bakal-bakal ibu untuk menghadapi fasa kehamilan dengan lebih baik.




Rabu, 8 Jun 2016

Ramadhan 3

Assalamualaikum.

Dah masuk Ramadhan 3. Alhamdulillah berjaya menghabiskan ibadat puasa walaupun cuaca sangat panas hari.

LBJ semalam kata nak buat fruit punch yang macam dalam gambar tu kan.

Sedihnya, tak buat. Rancangan tak ikut plan. Hehehhehe (Ada pula bahasa macam tu ya)

Hari ini, LBJ plan nak beli murtabak cheese dekat Seksyen 1, BB Bangi dan lepas tu nak beli bahan-bahan untuk buat fruit punch.

Jadi, pukul 4 petang, siap-siap bawa Iman dengan harapan kedai murtabak Singapore tu buka. Rupanya tak buka. :(. Jadi kena cari alternatif lain.

Fikir-fikir nak pergi ke bazar Ramadan yang senang nak disinggah dan di'jalani' sebab tak besar. LBJ pun fikir pergi ke bazar Ramadan Seksyen 3 BBB.

LBJ pun memandu ke sana. Dalam perjalanan Iman tertido. Kejut-kejut tak nak bangun. Takkan nak tinggal dalam kereta kan bahaya. Akhirnya, LBJ pun balik rumah. Ingatkan boleh lah tinggalkan Iman di rumah untuk tidur.

Sampai di rumah, dan dah dukung masuk rumah, Iman tak nak tidur pula. Akhirnya, batal semua rancangan nak beli bahan-bahan untuk friut punch.

Itu lah kisah hari ini.

Tapi, lepas Isyak tadi ajak Incik Asben pergi Econsave untuk beli bahan. Dah ada dah.

In shaa Allah, jika tiada aral melintang boleh lah buat fruit punch tu.

Esok pagi ada appoinment doktor di Hospital Serdang. Doakan yang baik-baik ya.

Tak ada sesiapa di dunia ini suka pergi ke hospital, kecuali orang-orang yang bekerja di sana.

Selasa, 7 Jun 2016

Ramadhan 2

Assalamualaikum.

Berjaya berpuasa di Ramadhan ke-2, Alhamdulillah. Walaupun pada saat-saat akhir kahak di tekak hendak membuat onar. Namun, Alhamdulillah LBJ tak muntah.

Hari buat apa ya?

Hari ini LBJ buat pancake. Tapi tak tangkap gambar la pula. Cuma ada video Iman tengah tolong gaul bahan.


Yang paling best, LBJ buat tapi LBJ tak makan. Apa punya gaya dah.

Satu lagi, LBJ dah tak boleh makan banyak-banyak dah. Sebab makan besar. Makan pun dalam amaun kecil sahaja. Lepas buka puasa dah tak lalu makan nasi dah. Tapi, pukul 10.30 malam karang rasa lapar dan akan cari makan.

Petang tadi, selain buat pancake, LBJ juga buat cucur bawang sikit dan juga agar-agar. Agar-agar tak cukup manis la pula. Jadi esok kena fikir nak buat sesuatu dengan agar-agar ini. 

Jadi LBJ Google lah apa resepi koktai atau minuman yang boleh diolah esok. 

Ni gambar yang membuat LBJ ingin cuba esok.




fruit punch, fruit cocktail, non alcoholic, drink

Boleh klik link bawah gambar untuk resepi penuh.

Jadi, tunggu la catatan esok hari pula ya. 

Hari ini tak tangkap gambar untuk pancake tadi. Terlupa daa.

Takpe-takpe, esok kita cuba lagi.


Hidup ini Ujian

Ada ketika aku mempersoalkan takdir diri dan kehidupan. Aku mempersoalkan masa lepas. Kenapa begitu?  Kenapa begini?  kalau aku buat begitu,...