Assalamualaikum.
Kali ini saya buat lagi catatan berkaitan Ramadhan yang saya lalui tahun ini. Nak sangat rekodkan untuk tatapan diri sendiri di masa hadapan.
Harin ini Ramadhan Pertama. Bangun sahur. Tapi otak belum adjust untuk suasana berpuasa. Sipi-sipi lagi tadi nak capai makanan.
Saya doakan Ramadhan tahun ini, saya boleh baca Al-Quran a.k.a paksa diri baca Al- Quran biar 1 ayat pendek. Amin Amin Amin. Makbulkanlah doa saya.
Semalam saya dan geng pejabat ada majlis Tahlil dan baca Yasin. Tiba-tiba saya diberikan ilham oleh Allah yang Maha Berkuasa, - Persoalan dan permasalahan yang saya hadapi sekarang ialah berkaitan DOA.
Iman saya nipis, ilmu cetek. Semalam saya mendapat ilham dari Allah berkaitan Doa. Doa adalah hubungan kita dengan Allah. Selama ini saya anggap doa ini macam permintaan kita. Tapi semalam saya mendapat ilham - bahawasanya doa adalah hubungan kita dengan Allah. Doa menunjukkan kebergantungan manusia kepada Allah, dan menunjukkan bahawa kita percaya Allah lah Kuasa paling tinggi yang akan menolong hambaNya. ( Coretan ini pemikiran saya, maafkan jika mengangggu anda). Dan saya ingin rekodkan di sini untuk peringatan kepada saya, kenapa saya berdoa, dan kenapa perlunya saya berdoa.
Berbalik kisah berpuasa hari ini, tahap kesabaran masih di tahap paling rendah. Sebab asyik marah-marah anak. Kena latih tubi lagi ini.
****rehat*****
Berbuka puasa tadi dengan Spageti. Alhamdulillah, ala kadar. Tidak berlebih-lebihan. Secara peribadi bagi saya la kan, boleh berbuka dengan sedikit makanan dah cukup nikmat. Teringat zaman bujang dahulu, saya hanya berbuka dengan apa yang ada di dapur sahaja. Tidak ada juadah bazar ramadhan dan sebagainya. Kerana saya pun jenis malas nak cari makanan masa puasa ini. Apa yang ada itulah dia. Masak pun kadang-kadang malas. Hehehe.
Saya doa suatu hari nanti, memasak bukan sesuatu beban kepada saya. Tetapi sebagai pilihan saya nak masak atau tidak dan tiada paksaan dan bebanan di situ. Amin.
Hari ini sempat baca 2 ayat akhir Surah Baqarah. Alhamdulillah. Ada juga membaca al Quran. Semoga konsisten.
Saya hendak meletakkan target untuk dicapai sepanjang masa.
1. Hidup minimalis.
2. Menjadi pengedar Shaklee yang Efektif dan Berjaya
3. Menjadi penulis yang Efektif.
Memaparkan catatan dengan label Ramadhan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ramadhan. Papar semua catatan
Sabtu, 27 Mei 2017
Isnin, 13 Jun 2016
DIABETES DAN PUASA
(Sumber/Credit to : https://www.facebook.com/notes/mudahnya-islam/ms-62-diabetes-dan-puasa/418238512910/)
Siapa yang boleh dan tidak boleh berpuasa?
Secara umumnya, pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan dan diabetesnya terkawal serta tidak memerlukan insulin memanglah digalakkan berpuasa.
Walau bagaimanapun, pesakit diabetes yang tidak terkawal paras gulanya dan tidak mengambil ubat-ubatan atau suntikan insulin seperti yang disyorkan oleh doktor mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk berdepan dengan komplikasi jika berpuasa.
Antara pesakit diabetes yang tidak digalakkan berpuasa termasuklah;
Penyakit diabetesnya tidak stabil. Dibimbangi ia akan mengakibatkan pelbagai komplikasi seperti dehidrasi (kekurangan air), jangkitan kuman dan koma.
Mengalami komplikasi diabetes yang serius seperti penyakit jantung koronari dan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal.
Kerap mengalami komplikasi diabetik ketoasidosis (lebih cenderung bagi pengidap Diabetes Jenis I dan pesakit yang menggunakan suntikan insulin).
Kerap mengalami komplikasi hipoglisemia (kekurangan gula dalam darah).
Sedang mengalami jangkitan kuman.
Warga tua dan tinggal bersendirian.
Hamil yang memerlukan suntikan insulin.
Berusia di bawah 12 tahun.
Pesakit diabetes yang ingin berpuasa mestilah bersahur, menyegerakan berbuka puasa, makan ubat/menyuntik insulin mengikut nasihat doktor, mengawasi penyakit diabetes dan kesihatan mereka secara umumnya dan peka dengan tanda-tanda hipoglesemia, hiperglisemia (gula berlebihan dalam darah) dan dehidrasi.
Mereka harus segera berbuka apabila mengalami samada hipoglisemia, hiperglisemia atau dehidrasi. Adalah haram untuk pesakit meneruskan puasa kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan. Jangan sekali-kali mengubahsuai dos ubat atau insulin dan waktu ia harus dimakan/disuntik tanpa rujukan doktor.
Mengenal pasti keadaan hipoglisemia, hiperglisemia dan dehidrasi
Hipoglisemia
Hiperglisemia
Dehidrasi
Menggigil Terlalu lemah Amat lapar Berpeluh Pucat Berdebar-debar Gelisa hKoma (tidak sedarkan diri)
Kerap buang air kecil Terlalu dahaga Sangat letih
Amat dahaga Kulit dan lidah yang terlalu kering Fikiran terganggu
Diet - Elakkan makan berlebihan ketika berbuka puasa dan pada waktu malam. Karbohidrat dan makanan berlemak boleh menambahkan berat badan serta menyukarkan kawalan diabetes.
Panduan kepada pesakit diabetes yang dibenarkan berpuasa
Sahur
Berbuka
Sekurang-kurangnya semangkuk oat/bijirin ATAU3-4 keping roti ATAUNasi dan lauk (lebihkan sayur-sayuran)
Hadkan pengambilan air bergula, kuih-muih manis.Jika memakan kurma, hadkan kepada dua hingga tiga biji sahaja.Kurangkan pengambilan nasi dan lebihkan sayur-sayuran.
Senaman – Melakukan aktiviti fizikal yang ringan ketika berpuasa tidak akan mendatangkan kemudaratan. Perubahan terhadap diet dan ubat-ubatan ketika bersahur harus dibuat (mengikut nasihat doktor) bagi mengelakkan hipoglisemia.
Ubat – Dapatkan nasihat doktor tentang pengubahsuaian dos serta waktu pengambilan ubat. Sebagai panduan, dos ubat-ubatan seperti glibenclamide, gliclazide, glipizide, chlorpropamide dan Acarbose yang di ambil sebelah pagi pada kebiasaannya di hari tidak berpuasa, ditukar masa pengambilannya ke waktu berbuka puasa.
Dos yang diambil sebelum makan malam malam sewaktu tidak berpuasa pula perlu diambil sebelum bersahur. Pengurangan dos yang diambil mungkin perlu untuk mengelakkan hipoglisemia.
Ubat seperti repaglinide perlu dimakan pada waktu bersahur dan berbuka puasa. Metformin dan Rosiglitazone secara amnya kurang mengakibatkan hiploglisemia dan selalunya tidak memerlukan perubahan dos.
Insulin – Dos dan waktu insulin disuntik harus diubahsuai mengikut arahan doktor berdasarkan ujian tahap gula dalam darah yang dilakukan pada permulaan puasa seperti berikut:
Tiga kali suntikan insulin: Dua dos insulin yang bertindak segera (short-acting insulin) ketika berbuka dan sebelum bersahur. Ini diikuti dengan satu dos insulin yang bertindak lama (intermediate acting insulin) sebelum tidur.
Dua kali suntikan insulin: Satu dos insulin yang sudah dicampur (premixed insulin) ketika berbuka puasa. Dos yang diperlukan adalah sama seperti dos yang diberika pada waktu pagi di hari tidak berpuasa. Satu dos insulin yang bertindak segera pula diberi sebelum bersahur .
Pada permulaan bulan puasa, tahap gula dalam darah perlu diuji pada waktu-waktu berikut:
Sebelum bersahur
Dua hingga empat jam sebelum bersahur
Sebelum berbuka puasa
Dua hingga empat jam kemudian
Perkara lain yang perlu diberi perhatian
Pesakit yang memerlukan insulin perlu menjalani ujian ketone di dalam air kencing atau darah, sekiranya tahap gula di dalam darah mereka terlalu tinggi. Langkah ini dapat mengelakkan berlakunya koma diabetik ketoasidosis. Pesakit ini juga mesti segera berbuka puasa.
Awasi berat badan di sepanjang bulan puasa. Pertambahan lebih dua kilogram perlu dimaklumkan kepada doktor. Jika dalam satu hari berat badan didapat berkurangan 3%, pesakit mestilah segera berbuka bagi mengelakkan kemungkinan berlakunya dehidrasi yang serius.
Banyakkan minum air tetapi elakkan minuman manis. Gantikan air yang hilang ketika membuang air kecil di tengah malam dengan meminum air.
Dengan pengawasan yang baik, ibadah puasa dapat dilaksanakan dengan selamat oleh pesakit diabetes. Pesakit perlu menjaga diet ketika berbuka, bersahur dan mendapatkan nasihat doktor berhubung pengubahsuaian dos dan waktu ubat/insulin harus dimakan/disuntik. Pesakit perlu peka terhadap tanda-tanda hipoglisemia atau dehidrasi. Sekiranya ia berlaku, pesakit mestilah segera berbuka puasa.
Sumber: Artikel asal disediakan oleh A/Prof Dr Nor Azmi Kamarudin, Klinik Diabetis dan Endokrinologi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan diterbitkan untuk pendidikan ehsan oleh Novo Nordisk Pharma (M) Sdn Bhd.
Langgan:
Catatan (Atom)
Hidup ini Ujian
Ada ketika aku mempersoalkan takdir diri dan kehidupan. Aku mempersoalkan masa lepas. Kenapa begitu? Kenapa begini? kalau aku buat begitu,...
-
Assalamualaikum. Hari ini cukup panas. Kalau duduk di pejabat tak rasa sangat sebab sepenuhnya air-cond. Duduk di rumah, memang terasa bah...
-
Assalamualaikum. ML saja nak kongsikan maklumat waktu operasi ASNB cawangan Putrajaya. Sebab ML sendiri pun baru tahu waktu operasi puk...
-
Assalamualaikum. Berjaya berpuasa di Ramadhan ke-2, Alhamdulillah. Walaupun pada saat-saat akhir kahak di tekak hendak membuat onar. Namun...