Langkau ke kandungan utama

Pengasuh dan taska - Apa pilihan kita ada?

Salam.

Kebelakangan timbul isu taska yang mendera kanak-kanak. Dan ini sangat menakutkan dan menyedihkan saya. Kanak-kanak adalah insan yang suci dan belum mengenal erti kehidupan ini. Dan kanak-kanak sangat perlu dilindungi. Realitinya, kehidupan ini sangat menakutkan. Semua dewasa faham apa yang saya maksudkan. Apabila melihat kanak-kanak menangis, ataupun hanya mendengar kanak-kanak menangis, hati saya dah rasa disiat-siat, walaupun saya tidak tahu sebab kanak-kanak itu menangis. Ya Allah, sejak menjadi seorang ibu, hati ini terlalu lembut, sehinggakan kadang-kadang saya tak sanggup medengar kanak-kanak menangis, apatah lagi melihat kanak-kanak yang didera.

Persoalan yang saya cuba kemukakan di sini ialah apa pilihan yang ada pada kita sebagai ibubapa selain taska dan pengasuh? Sebenarnya hidup ini ada pilihan, sama ada kita percaya atau tidak. Pengalaman dan persepsi saya apabila saya melihat kanak-kanak yang dihantar ke rumah pengasuh (semasa saya juga menghantar anak saya ke pengasuh), saya merasakan bahawa apakah itu kehidupan yang saya hendak anak saya lalui? Hati kecil saya menjawab, "TIDAK". Saya hendak memberikan sebuah kehidupan yang "selesa" kepada anak saya. "Selesa" dalam ertikata, dia tidak perlu membesar di rumah orang lain, makan tengah hari di rumah orang lain, menunggu saya dan suami balik dari kerja, duduk sunyi di rumah tanpa ada saya menyediakan makanannya, pakaiannya, dan kehendaknya yang lain. Ya Allah, saya tak nak kehidupan sebegitu pada anak saya, mahupun anak orang lain.

Tapi kenapa saya tidak berhenti kerja sekarang dan menjadi seorang pengurus rumah tangga? Jawapannya HUTANG. Saya membuat pinjaman bank, dan dikehendaki membayar balik. Dan nasihat ikhlas daripada saya kepada semua di luar sana, jauhilah hutang dalam apa bentuk sekalipun. Ini semua kerana nafsu kita yang sangat 'besar' dan tidak akan puas dengan apa yang kita ada. Jadi, sebenarnya apa rancangan saya? Saya merancang untuk mencari pendapatan sampingan sehingga dapat membayar hutang balik saya dalam masa yang paling pendek, dan kemudian menjadikan aktiviti itu sebagai sumber pendapatan saya agar saya tidak perlu meninggalkan rumah, ataupun saya boleh membawa anak saya ke tempat kerja saya, iaitu tempat kerja milik saya sendiri dan saya adalah ketuanya. Itu impian saya. Dan saya panjatkan doa agar impian saya menjadi kenyataan.

Jadi, apa pilihan  yang saya atau anda ada?  Pilihan kita ialah kita mencari jalan untuk berubah daripada makan gaji kepada berniaga, atau daripada bekerja di pejabat ke bekerja di rumah. Allah s.w.t. menjadikan manusia ini istimewa, khalifah bumi dan dengan itu semestinya ada pilihan, ada ikhtiar. Nabi sendiri menyatakan bahawa perniagaan itu adalah 9 daripada 10 pintu rezeki. Percaya dan yakin itu adalah benar. Cubalah usaha mencari jalan alternatif kepada keadaan kita sekarang. Cari ilmu yang bermanfaat, berniaga kecil-kecilan, menulis buku, menggunakan bakat yang ada, semua itu boleh membantu kepada perubahan hidup kita sekiranya kita lakukan dengan istiqomah. Saya percaya dan yakin suatu hari nanti saya akan mempunyai perniagaan sendiri, tempat kerja sendiri di mana saya dengan sesuka hati saya boleh bawa anak saya bersama pergi bekerja/berniaga. Sekiranya itu impian anda juga, kita seharusnya melakukan perubahan. Perubahan itu sakit tetapi, sekiranya semua itu didasari dengan iman dan kasih sayang kepada keluarga kita, perubahan itu adalah perkara kecil yang perlu kita lalui.

(berhenti seketika, dan akan disambung semula in shaa Allah)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maklumat Umum : Waktu Operasi

Assalamualaikum. ML saja nak kongsikan maklumat waktu operasi ASNB cawangan Putrajaya. Sebab ML sendiri pun baru tahu waktu operasi pukul 8.15 pagi. Jadi apa salahnya ML berkongsi maklumat ini, agar kawan-kawan di luar sana yang ingin berurusan awal tahu. ******************************************* Ingin mendapatkan produk Shaklee? Ingin menjana pendapatan bersama Shaklee? WhatsApp/SMS    ke ---  016 874 9195   Lenny Kedai E-book dan produk-produk ilmiah lain di  http://lenny-e-bookshop.blogspot.com/ Jemput singgah di Kedai ML di Lelong http://www.lelong.com.my/merchant/lennbj.htm

Mesej Berguna Dari Wasap

The Treatment of Laziness and Frustration Dr. Omar Abdul Kafi said that one day he was giving a Friday sermon in one of the Masjid. After the prayer a man who had a long hair and a long beard came to him. Surprisingly it showed that he did not care about himself at all. He told Dr Omar: "I am very lazy, with a lot of sleep. I hardly wake up, I only wake up to eat and go back to sleep again. I neglect my work, my future, and everything else and I don't care. My children think I am a strange person and very boring. I have a lack of enthusiasm, and I am always having frustration. What should I do please help me." Dr. Omar told him to ask Allah for forgiveness by saying "Astaghfir Allah" at least 100 times in a day, and to come back to him after one week, to tell him the result. The man said: "I am telling you I am lazy, I sleep more than 15 hours in a day. I am neglecting my prayers, my children and my work, and you are telling me to ask Allah for for...

Ujian Apakah Ini

 Assalamualaikum, Hi. Banyak berlaku di tiga bulan kebelakangan ini, yang menguji iman dan menguji kesihatan, juga kapasiti mental aku.  Dari ujian ini semua, aku tahu setiap doa aku dimakbulkan (bukan kerana aku makbul doanya, tapi kerana Allah menjawab setiap doa hambanya). Ujian bulan-bulan kebelakangan ini juga menunjukkan betapa Allah ini sangat prihatin (details) dengan hamba-hambaNya. Dan setiap doa hambaNya Dia mengetahuinya. Aku belum boleh lagi untuk menceritakan pengalaman aku di sini secara terbuka, tetapi mungkin suatu hari nanti, hati aku tenang, jiwa aku tenang, aku akan karangkan pengalaman aku di sini. The point is, aku nak tekankan, apapun yang kita orang muslim doa, pasti dijawab. Sama ada kita melihatnya atau tidak. Jadi, aku sini ingin mendidik diri aku untuk terus meminta, terus berdoa kepada Allah dalam apa isu, dalam permasalahan pun, kerana Allah Tuhan yang tidak pernah lalai, tidak pernah tidur. Setiap hambaNya yang meminta, Dia Maha Tahu.  Coret...