Alhmdulillah.
Tiba masa untuk berkenalan dengan protégé ABDR bernama Azlina Hariri, dan blog beliau ialah http://azlina-hariri.blogspot.com/. Boleh lah singgah di blog beliau untuk berkenalan dengan beliau.
Ocelot
(oleh: Azlina Hariri)
Mata ini sudah terasa benar beratnya. Anak-anak di bilik sebelah sudah terlena keletihan. Kesan penat perjalanan, tambahan sampai di sini hampir maghrib. Kemudian keluar semula mengisi perut.
Setelah perut kenyang kami membuang masa di Danga Bay.
Hampir 10 tahun tidak menjejakkan kaki setelah meninggalkan tempat ini. Banyak berubah. Kini telah menjadi sebuah kelab. Dahulunya hanyalah deretan kedai-kedai kecil.
Teringat semasa menetap di selatan tanahair, tempat ini selalu kami kunjungi. Menghirup udara segar sambil melihat biru, hitam dan kelabu air laut yang memisahkan antara Johor, Malaysia dan Singapura. Itu suatu waktu dahulu.
Kini, semua itu sudah banyak berubah. Deretan kapal-kapal yang berlabuh mula mengambil tempat di pesisir laut sekitar Teluk Danga.
Waktu itu, anak sulung kami baru mencecah usia sekitar dua tahun. Ke sana ke mari kami mengusungnya. Cepat masa berlalu. Benarlah seperti yang diungkap, 'yang pantas itu adalah masa'.
Ketika sibuk merakam suasana indah deretan kapal-kapal kecil yang berlabuh diterangi lampu neon serta cahaya bulan, kelihatan sesusuk tubuh ingin melintas. Namun membenarkan saya terus merakam sambil dia menunggu.
Setelah rakaman saya selesai, ucapan terima kasih saya hulurkan.
Perbualan singkat itu, menyempatkan beliau berkongsi beberapa cerita pengembaraan yang telah kapal kecilnya lalui. Terkesima seketika.
Beliau berkonggsi cerita tentang 'ocelot', sebuah kapal yang sangat banyak berjasa buat diri dan keluarganya. Kelihatan bercahaya kedua matanya ketika menceritakan perjalanan 'ocelot' merentas lautan dan benua. Tergambar kepuasan dari dua anak mata yang bersinar di bawah kilauan neon malam itu.
Dua anak pasangan ini juga membesar dalam dek kapal serta menimba banyak pengalaman kehidupan melalui perjalanan yang mereka tempuhi bersama 'ocelot' dan tempat di mana mereka melabuhkan layar.
Laut adalah kehidupan mereka. Dan di situ juga banyak tenaga dihabiskan.
Malaysia adalah antara negara yang paling mereka suka kunjungi. Keramahan warga tempatan serta tempat yang memudahkan untuk mereka melabuhkan layar. Menurut beliau lagi, mungkin masa yang akan datang Teluk Danga tidak lagi membenarkan mana-mana kapal peribadi untuk berlabuh di situ.
Selain Teluk Danga, Melaka juga antara negeri di Malaysia yang membenarkan kapal-kapal milik peribadi ini berlabuh di marina.
Menurut cerita yang sempat dikongsikan oleh beliau, mereka suami isteri menjual semua hartanah untuk memilik kapal peribadi dan telah merancang kewangan sebelum mereka memilih untuk hidup sebagai pelayar, yang membolehkan mereka melihat dunia dari sudut yang berbeza.
Menjalani kehidupan di tengah lautan memerlukan kekuatan mental dan fizikal yang kuat. Mereka perlu menghadapi apa sahaja rintangan di tengah lautan. Sebelum melabuhkan layar, setiap pelayar mesti tahu situasi negara yang bakal diduduki seketika. Situasi aman atau tegang, semua itu perlu dikaji. Bukan sekadar berlabuh sahaja. Tambahan,kebanyakan pelayar membawa bersama keluarga sepanjang pengembaraan.
Mengambil tahu situasi sesuatu tempat yang bakal mereka singgahi adalah satu perkara wajib. Secara tidak langsung, pelayar-pelayar ini mampu mengenali dengan lebih dekat masyarakat yang mendiami suatu kawasan itu. Inilah pelajaran yang tidak mampu diajar di mana-mana sekolah. Dan tidak semua yang mampu melalui situasi sebegini.
Banyak masanya saya curi. Daripada satu cerita ke cerita yang lain. Semua saya tanya. Maklumlah kita yang seumur hidupnya di darat merasa amat teruja dengan kehidupan mereka yang sangat asing bagi kita.
Anak-anak pasangan ini juga tidak mengikut sistem persekolahan biasa. Mereka belajar sendiri dan hanya menghadiri beberapa kelas dan berada di daratan untuk kuliah dan menyelesaikan pengajian peringkat tertinggi. Anak sulung pasangan ini telah pun menamatkan pelajarannya dalam bidang yang diminatinya dan kini memiliki pekerjaannya sendiri. Manakala yang bungsu masih di universiti untuk menghabiskan kuliahnya.
Ketika bertemu memang hanya pasangan ini berdua.
Kebanyakkan masa mereka habisi mengelilingi dunia. Sepanjang pengembaraan mereka, banyak mereka belajar tentang masyarakat setempat serta kehidupan. Kebebasan yang mereka kecapi menjadikan mereka selesa memilih hidup di tengah lautan dan kadang-kala berlabuh untuk merasai kehidupan darat serta membaiki kapal dan menambah bekalan sepanjang perjalanan.
Mereka melihat keindahan ciptaan Allah dari sudut yang berbeza. Dan kehidupan di tengah lautan pastinya menjadikan perjalanan kehidupan mereka lebih mencabar.
Apa pendapat anda, jika sekiranya entri anda tercatat di blog-blog rakan protégé ABDR untuk diperkenalkan kepada dunia? Berminat? Sertailah kami di ABDR. In shaa Allah anda akan merasa keterujaannya bila trafik cepat naik.
Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan
a. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih rami blogger-lebih kurang 800 blog (sehingga Ogos 2014) dalam
akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f. Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.
Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh pm atau mesej inbox apabila sudah bersedia

Tiada ulasan:
Catat Ulasan