Langkau ke kandungan utama

Berkenalan Dengan Protege ABDR : http://huzaimahbasar.blogspot.com/ .

Assalamualaikum.
Alhamdulillah.

Tiba masanya untuk segmen berkenalan dengan protégé ABDR. Kali ini saya memperkenalkan Huzaimah Basar dan entri beliau. (Rasa macam berucap atas pentas pulak dialog ni).  Mari kita berkenalan dengan Huzaimah Basar, dan sekiranya ingin kenal lebih lagi sila lah singgah di blog http://huzaimahbasar.blogspot.com/ .


Perkara yang biasa berlaku di mana si kecil yang berusia setahun hingga dua tahun akan kerap demam ataupun tidak sihat.
 
Apabila si kecil tidak sihat, pastinya ibubapa tidak akan hantar anak ke taska ataupun pengasuh. Siapakah yang perlu menjaganya ketika mereka tidak sihat? Inilah dilema yang dihadapi ibubapa yang bekerja.

Situasi kami, saya sebagai ibu perlu bertanggungjawab untuk menjaga si kecil kami. Ini kerana si kecil kami masih menyusu badan.

Sejak Januari tahun ini sehingga saat ini sahaja, acap kali Si kecil kami tidak sihat. Ketika itu jugalah sebagai ibu saya akan mengambil cuti untuk menjaganya. Hati seorang ibu pastinya gundah jika anak tidak sihat.

Pada awal Januari yang lalu, demam yang berpanjangan menyebabkan Si kecil kami terpaksa di masukan di hospital selama 4 hari 3 malam.

Selang beberapa bulan di masukan ke hospital sekali lagi kerana kehilangan air di dalam badan di sebabkan ulser selama sehari.

Sebelum ketibaan Ramadhan, si kecil kami sekali mengalami masslah kesihatan. Beliau mengalami penyakit Tangan, kaki dan Mulut (hand, foot and mouth disease).

Kanak yang mengidapi penyakit ini di larang untuk ke taska ataupun pengasuh selama seminggu. Perlu di asingkan dengan kanak-kanak yang lain.

Ketika ini cuti saya semakin sedikit dan sangat kritikal. Saya dan suami sepakat untuk menjaganya secara bergilir. Situasi sebegini memerlukan kami berkerjasama sebagai satu kumpulan. Peranan suami sangat penting untuk keadaan sebegini.

Suami pula kerja shift, oleh itu waktu kerjanya boleh ditukar bersama rakan sekerja yang lain.

Saya mengambil cuti separuh hari, pada waktu pagi suami akan menjaga si kecil kami. Suami pula akan bekerja pada sesi petang.Selain itu suami akan mengambil cuti, memandangkan cuti saya semakin sedikit. Ketika ini suamilah yang bertanggungjawab untuk menjaga si kecil kami.

Sebagai ibubapa perlu lah bijak menggunakan cuti mereka ketika usia si kecil setahun sehingga dua tahun. Bersedialah untuk menggunakan cuti untuk kes kecemasan terutama melibatkan kesihatan si kecil.

Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.
a. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih rami blogger-lebih kurang 800 blog (sehingga Ogos 2014) dalam
akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f. Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.


Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh pm atau mesej inbox apabila sudah bersedia



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maklumat Umum : Waktu Operasi

Assalamualaikum. ML saja nak kongsikan maklumat waktu operasi ASNB cawangan Putrajaya. Sebab ML sendiri pun baru tahu waktu operasi pukul 8.15 pagi. Jadi apa salahnya ML berkongsi maklumat ini, agar kawan-kawan di luar sana yang ingin berurusan awal tahu. ******************************************* Ingin mendapatkan produk Shaklee? Ingin menjana pendapatan bersama Shaklee? WhatsApp/SMS    ke ---  016 874 9195   Lenny Kedai E-book dan produk-produk ilmiah lain di  http://lenny-e-bookshop.blogspot.com/ Jemput singgah di Kedai ML di Lelong http://www.lelong.com.my/merchant/lennbj.htm

𝗙𝗔𝗞𝗧𝗢𝗥 𝗞𝗘𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗜𝗠𝗣𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗘𝗠𝗔𝗦

  Berikut adalah beberapa faktor keuntungan simpanan emas untuk tuan puan fahami. 1. Nilai Kekal : Emas memang terkenal dengan nilai yang stabil. Walaupun di waktu ekonomi tidak menentu, nilai emas sentiasa kekal atau meningkat. 2. Pelindung Daripada Inflasi : Apabila harga barang naik, nilai emas biasanya juga turut meningkat. Simpanan emas tuan puan tidak terjejas oleh inflasi. 3. Kepelbagaian Pelaburan : Emas adalah cara yang baik untuk mempelbagaikan pelaburan tuan puan. Jika pasaran saham merudum, emas boleh membantu mengekalkan keseluruhan portfolio kewangan. 4. Permintaan Tinggi : Emas sentiasa ada permintaan tinggi, baik dalam industri perhiasan mahupun teknologi. Ini bermakna tuan puan boleh menjual emas pada  bila-bila masa jika perlukan wang. 5. Tiada Risiko Kebankrapan : Berbeza dengan simpanan di bank, emas tidak akan 'hilang' disebabkan masalah kewangan institusi. Emas adalah aset fizikal yang tuan puan boleh pegang. 6. Mudah Alih : Emas fizikal, seperti ba...

TERBARU ! e-Book : Bekerja & Berniaga: Panduan Untuk Suri

 Salam. Alhamdulillah. Alhamdulillah lahir lagi satu produk baru di ABDR, sebuah e-book 'based on true story' seorang suri yang bekerja dan berniaga. Ramai antara kita kaum suri bekerja pada masa yang sama melakukan perniagaan kecil-kecilan. Mari kita dapatkan e-book ini untuk membantu kita menguruskan kedua-duanya: kerja dan perniagaan.   + Sedikit 'insight' pada topic-topic yang terdapat dalam e-book  Bekerja & Berniaga: Panduan Untuk Suri ini :                                                                                    ...