Bismillah.
Alhamdulillah.
Assalamualaikum.
Boleh saya buat satu hari dalam seminggu untuk tidak buat bisnes langsung? Kenapa saya katakan begitu ya? Bayangkan 7 hari seminggu saya berbisnes dan bekerja, tetapi saya tidak luangkan masa untuk amal ibadat. Amalan wajib memang buat, tapi amalan sunat tu macam mana ya? Saya ingat macam ni la. Hari Jumaat saya tidak buat pemasaran atau apa-apa berkaitan perniagaan. (*Pengecualian untuk update blog berkaitan amalan atau tips-tips). Mulai hari ini, termeterailah 'memorandum' - Hari Jumaat Lenny Boniface, No Marketing Day- Amin. Moga Allah permudahkan. Jom kita tingkatkan amalan pada Hari Jumaat. Tambahkan Senyuman (Sedekah dan jalinkan silaturahim), Baca Al-Quran dan Zikir.
Amin.
Doakan ya pembaca dan rakan-rakan ABDR.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan