Langkau ke kandungan utama

Segmen Perniagaan di Sekeliling Saya : RBH PET SHOP

Teks : Lenny Boniface
Gambar : Fanpage RBH Pet Shop

Bismillah.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad s.a.w..

Alhamdulillah dipermudahkan untuk membuat entri dalam Segmen Peniagaan di Sekeliling Saya. Saya bercerita tentang kedai binatang peliharaan. Saya akan memperkenalkan sebuah kedai binatang peliharaan di kawasan perumahan saya.

Pengenalan :

RBH Pet Shop

RBH Pet Shop, beralamat di No. 30, Jalan 4/1B, Seksyen ,  43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. Baru dibuka dalam tahun ini juga 2014. Ok, kenapa saya memilih kedai ini untuk dipromosikan dalam blog saya? Sebab saya suka kedai ini. Kedai ini ada kucing. Saya sangat suka kucing (cuma tak boleh bela di rumah). Pemilik kedai membela kucing di dalam kedai ini. Dan juga kedai menyediakan cat boarding (hotel kucing), jadi jika teringin tengok kucing yang comel, saya datang ke kedai ini. Maka itu saya suka kedai ini.

Pemilik kedai ini En Rusli dan Pn Biha peminat kucing tegar. Mempunyai pengalaman memelihara kucing sejak dari kecil. Untuk entri ini, saya sendiri menemubual Pn Biha untuk sedikit info berkaitan dengan kedai. Dan dari perbualan kami, saya mendapati Pn Biha ini memang sangat meminati kucing. Beliau boleh cerita apa-apa sahaja berkaitan kucing. Wow! Memang peminat kucing tegar kan. En Rusli dan Pn Biha juga memberi khidmat nasihat berkaitan kucing. Mereka boleh memberikan tips-tips atau petua-petua tradisional merawat kucing. Saya juga mendapat beberapa tips daripada mereka.

Gambar En Rusli dengan kucing


Apa yang ada di kedai ini?
Kedai ini menjual barangan keperluan kucing contoh seperti makanan, vitamin, permainan, sangkar, litter tray, carrier, katil dan lain-lain lagi yang berkaitan kucing. Selain itu, terdapat juga barangan lain seperti makanan arnab, turtle, ikan dan beberapa produk lain.





Penggemar kucing juga boleh mencari mereka untuk mendapatkan (membeli) kucing. Sila berhubung dengan pemilik kedai untuk maklumat lanjut.

Cat boarding, seandainya pembaca adalah penduduk sekitar Seksyen 4 BB Bangi, boleh lah menghantar kucing ke kedai RBH Pet Shop ini. Kedai ini juga menyediakan grooming untuk kucing-kucing anda.

Akhir sekali, komen saya tentang RBH Pet Shop ini ialah pemilik kedai ini adalah orang-orang yang sangat menyayangi kucing. Jadi, disebabkan itulah mereka belajar dan mengkaji apa yang terbaik untuk kucing-kucing. Sebagai pelanggan, kita akan cari orang yang akan jaga binatang kesayangan kita dengan penuh perhatian dan kasih sayang jadi saya sarankan kedai RBH Pet Shop jadi pilihan anda.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang barangan, atau perkhidamatan yang disediakan di kedai ini, sila :

1. Lawati Fanpage FB : RBH PET SHOP Bandar Baru Bangi
2. Hubungi En Rusli : 017-365 4566 atau Pn Biha 012-273 7661
3. Terus ke kedai RBH PET SHOP di alamat tertera di atas.



**********************************TAMAT******************************

Berminat mendapatkan produk Shaklee? Hubungi di talian di bawah ya - Hanya sms/whatsapp sahaja

Sila singgah di blog Shaklee saya : http://vita-tips.blogspot.com/

Berminat menjadi ahli jemaah ABDR? Hubungi saya ya.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maklumat Umum : Waktu Operasi

Assalamualaikum. ML saja nak kongsikan maklumat waktu operasi ASNB cawangan Putrajaya. Sebab ML sendiri pun baru tahu waktu operasi pukul 8.15 pagi. Jadi apa salahnya ML berkongsi maklumat ini, agar kawan-kawan di luar sana yang ingin berurusan awal tahu. ******************************************* Ingin mendapatkan produk Shaklee? Ingin menjana pendapatan bersama Shaklee? WhatsApp/SMS    ke ---  016 874 9195   Lenny Kedai E-book dan produk-produk ilmiah lain di  http://lenny-e-bookshop.blogspot.com/ Jemput singgah di Kedai ML di Lelong http://www.lelong.com.my/merchant/lennbj.htm

𝗙𝗔𝗞𝗧𝗢𝗥 𝗞𝗘𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗜𝗠𝗣𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗘𝗠𝗔𝗦

  Berikut adalah beberapa faktor keuntungan simpanan emas untuk tuan puan fahami. 1. Nilai Kekal : Emas memang terkenal dengan nilai yang stabil. Walaupun di waktu ekonomi tidak menentu, nilai emas sentiasa kekal atau meningkat. 2. Pelindung Daripada Inflasi : Apabila harga barang naik, nilai emas biasanya juga turut meningkat. Simpanan emas tuan puan tidak terjejas oleh inflasi. 3. Kepelbagaian Pelaburan : Emas adalah cara yang baik untuk mempelbagaikan pelaburan tuan puan. Jika pasaran saham merudum, emas boleh membantu mengekalkan keseluruhan portfolio kewangan. 4. Permintaan Tinggi : Emas sentiasa ada permintaan tinggi, baik dalam industri perhiasan mahupun teknologi. Ini bermakna tuan puan boleh menjual emas pada  bila-bila masa jika perlukan wang. 5. Tiada Risiko Kebankrapan : Berbeza dengan simpanan di bank, emas tidak akan 'hilang' disebabkan masalah kewangan institusi. Emas adalah aset fizikal yang tuan puan boleh pegang. 6. Mudah Alih : Emas fizikal, seperti ba...

TERBARU ! e-Book : Bekerja & Berniaga: Panduan Untuk Suri

 Salam. Alhamdulillah. Alhamdulillah lahir lagi satu produk baru di ABDR, sebuah e-book 'based on true story' seorang suri yang bekerja dan berniaga. Ramai antara kita kaum suri bekerja pada masa yang sama melakukan perniagaan kecil-kecilan. Mari kita dapatkan e-book ini untuk membantu kita menguruskan kedua-duanya: kerja dan perniagaan.   + Sedikit 'insight' pada topic-topic yang terdapat dalam e-book  Bekerja & Berniaga: Panduan Untuk Suri ini :                                                                                    ...