Langkau ke kandungan utama

Tips Kewangan : Bayar Gaji Diri Sendiri

Bismillah.

Assalamualaikum.
Alhmadulillah.


Mari kita cedok ilmu dari ahli ABDR yang mempunyai ilmu mengurus kewangan, untuk kita amalkan dalam kehidupan harian kita. Moga-moga Norzalina Hamzah dan juga pembaca mendapat imbalan pahala yang setimpal. Jom baca.

Bayar Gaji Diri Sendiri
(Teks oleh : Norzalina Hamzah)

Sejujurnya, saya antara orang yang liat dan payah menyimpan. Mula-mula memang sangat susah. Sentiasa tidak cukup wang untuk disimpan. Jika berjaya simpan wang pun, belum cukup bulan, sudah mula mengeluarkannya semula. Saya paksa diri untuk mula simpan. Tahukah anda, dengan tidak disangka-sangka, apabila melihat duit di dalam akaun bertambah setiap bulan saya mengalami satu perasaan yang hebat. Saya merasakan diri telah mencapai kejayaan yang besar. Saya rasa begitu bangga dengan diri sendiri. Alangkah bagusnya jika saya telah bermula lama dahulu, tentu lebih banyak wang simpanan yang saya ada. Masa itu, hanya fikir untuk terus simpan dan simpan wang lagi.

Bagaimana kita mendisiplinkan diri untuk simpan 1%, 10%, 20% atau sehingga 50%, dari sumber pendapatan? Cuba tips ini:
1) Anggap ia sebahagian dari senarai bil bulanan
Bayar diri kita seperti mana kita bayar bil bulanan yang lain. Sama seperti bil ASTRO, bil Maxis, bil utiliti, bil insurans dan lain-lain bil lagi. Sambil bayar bil bulanan, terus sahaja pindahkan wang ke akaun simpanan yang dikehendaki.

2) Buat potongan gaji
Saya pernah isi borang dan hantar ke Bahagian Sumber Manusia (HR) di pejabat saya, untuk membuat potongan gaji terus ke akaun ASB pada masa itu. Pihak HR yang uruskan semuanya selepas itu. Tahu-tahu, duit gaji yang diperoleh di dalam akaun gaji adalah amaun yang telah siap ditolak dengan simpanan. Kita seolah-olah hanya menerima gaji sejumlah yang demikian untuk dibelanjakan.

3) Set jadual pindahan wang secara automatik (Standing Instruction -SI)
Kita boleh set satu SI dengan menetapkan tarikh pindahan ingin dibuat dan kekerapan pindahan wang. Boleh pilih dari pilihan Mingguan, Bulanan, Tahunan dan beberapa pilihan lagi. Imej dibawah merujuk kepada perbankan atas talian Maybank.

Baca lagi di sini: http://norzalinahamzah.blogspot.com/2014/09/3-tips-pay-yourself-first.html
Kelas Asas Blog Dan Penulisan.
Guru Online: Aishah Hussein


Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan?

a. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik
   minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih rami blogger-lebih 800 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik
    ke blog.
f. Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.

Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh pm atau mesej inbox apabila sudah bersedia
Lawati blog ABDR untuk in-sight protege ABDR  di - >  http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maklumat Umum : Waktu Operasi

Assalamualaikum. ML saja nak kongsikan maklumat waktu operasi ASNB cawangan Putrajaya. Sebab ML sendiri pun baru tahu waktu operasi pukul 8.15 pagi. Jadi apa salahnya ML berkongsi maklumat ini, agar kawan-kawan di luar sana yang ingin berurusan awal tahu. ******************************************* Ingin mendapatkan produk Shaklee? Ingin menjana pendapatan bersama Shaklee? WhatsApp/SMS    ke ---  016 874 9195   Lenny Kedai E-book dan produk-produk ilmiah lain di  http://lenny-e-bookshop.blogspot.com/ Jemput singgah di Kedai ML di Lelong http://www.lelong.com.my/merchant/lennbj.htm

𝗙𝗔𝗞𝗧𝗢𝗥 𝗞𝗘𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗜𝗠𝗣𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗘𝗠𝗔𝗦

  Berikut adalah beberapa faktor keuntungan simpanan emas untuk tuan puan fahami. 1. Nilai Kekal : Emas memang terkenal dengan nilai yang stabil. Walaupun di waktu ekonomi tidak menentu, nilai emas sentiasa kekal atau meningkat. 2. Pelindung Daripada Inflasi : Apabila harga barang naik, nilai emas biasanya juga turut meningkat. Simpanan emas tuan puan tidak terjejas oleh inflasi. 3. Kepelbagaian Pelaburan : Emas adalah cara yang baik untuk mempelbagaikan pelaburan tuan puan. Jika pasaran saham merudum, emas boleh membantu mengekalkan keseluruhan portfolio kewangan. 4. Permintaan Tinggi : Emas sentiasa ada permintaan tinggi, baik dalam industri perhiasan mahupun teknologi. Ini bermakna tuan puan boleh menjual emas pada  bila-bila masa jika perlukan wang. 5. Tiada Risiko Kebankrapan : Berbeza dengan simpanan di bank, emas tidak akan 'hilang' disebabkan masalah kewangan institusi. Emas adalah aset fizikal yang tuan puan boleh pegang. 6. Mudah Alih : Emas fizikal, seperti ba...

TERBARU ! e-Book : Bekerja & Berniaga: Panduan Untuk Suri

 Salam. Alhamdulillah. Alhamdulillah lahir lagi satu produk baru di ABDR, sebuah e-book 'based on true story' seorang suri yang bekerja dan berniaga. Ramai antara kita kaum suri bekerja pada masa yang sama melakukan perniagaan kecil-kecilan. Mari kita dapatkan e-book ini untuk membantu kita menguruskan kedua-duanya: kerja dan perniagaan.   + Sedikit 'insight' pada topic-topic yang terdapat dalam e-book  Bekerja & Berniaga: Panduan Untuk Suri ini :                                                                                    ...