Langkau ke kandungan utama

Rahsia Jutawan - SEDEQAH


Bagaimana kami suami isteri gandakan wang kami Dari RM100 kepada RM20juta dalam masa kurang satu tahun?
Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan sentiasa diingatkan rezeki setinggi mana bukanlah hak kita.. kita hanya menumpang rezeki Allah..maka gunakanlah sebaiknya dan kongsilah walau secebis ilmu yg kita baca atau dengari atau pelajari atau lalui agar org paham bahawa x susah utk senang dan begitu senang utk susah. (Semoga kakfel terhindar dari riak)
Jika status ini membawa kebaikan, kakfel izinkan anda share sebaiknya.

Salah satu adalah melalui sedekah- sebab semalam ada kisah mahu minta sedekah kakfel update tapi dh delete taknak malukan yg pm akk walaupun xda pon nama dia kat situ 😂rasa bersalah juga.
Kenapa ramai orang cakap sedekah itu membawa beribu ganjaran?
Kakfel sendiri dulu bersedekah tapi tak fahami konsep, sedekah selain melalui keikhlasan perlu juga ada keyakinan yg kuat bhw wang kita sedang dilaburkan kepada benda yg lebih baik.
Ramai org rasa kena kaya baru sedekah atau ayat cliche "aku pun cukup2 makan macamna nak sedekah"
Itu kesilapan! Student yg pernah belajar dgn kami selalu diberitahu bahawa kita nak minta apa2 kat Allah kita beri dulu- takda banyak beri sikit.
Contoh kami pernah buat ialah :
1) sebelum memulakan sesuatu plan, mesti kita risau akan risiko, jadi walau kami tak tahu jalan kami pilih tu berjaya atau tak.. kami mula kan dengan kenduri dulu. Apa2 jenis kenduri sama ada kenduri besar atau sekadar beli pisang goreng SEDEKAH ke jiran.
2) Kadang kakfel mmg akan selamber ja ambik semua duit sales butik dan SEDEKAH KAN secara mengejut tanpa dirancang. Fikir yg duit itu kakfel labur utk saham yg lebih besar.
Biarlah sales hari tu mencapai puluhan ribu.. ambik ja semua taknak pikir untung rugi, terus SEDEKAH .
3)Pergi kedai dan jangan ambik baki,kadang2 baki tu mungkin hanya 20sen tapi mungkin kerana ikhlas SEDEKAH baki berganda menjadi rm20ribu
4)Nampak peminta sedekah selalu terdetik yg ini sindiket- kakfel selalunya akan usha dan kaji, tapi kalau peminta SEDEKAH tu menjual sesuatu, kakfel akan beli banyak2 dan balik tu fikirlah nak bagi sapa barang2 tu.
5)Selalu bayar lebih utk sesuatu perkhidmatan, contohnya ada org dtg cuci laman rumah, selalu org bayar cuma rm30 tapi kakfel mayb akan bagi lebih tanda SEDEKAH .
6) Bantu orang tanpa minta apa apa bayaran. Contoh kakfel selalu buat, orang minta review ig n fb depa tanya harga kakfel cakap xmau, samada nak swap review atau kakfel upload free ja.. itu jugak SEDEKAH
7) Kadang2 tengok kawan2 jual apa apa dan rasa macam nak beli tapi tak tau nak guna buat apa barang tu maka,SEDEKAH dengan cara share status mereka kat wall kita mana tahu ada kawan2 kita nak beli barang mereka.Atau biarkan ja kawan2 nak tag bisnes walau bisnes yg smaa.. anggap ja kita SEDEKAH ruang rumah kita utk mereka (ini selalu sgt2 buat)
8)SEDEKAH doa utk mereka yg menyakiti kita; kakfel pon nampak ja kental kdg2 makan hati gak ngan beberapa org yg selalu pertikai keikhlaaan kakfel,penghijrahan kakfel dan apa dakwah kecil kakfel,nak lawan cakap n explain rasa macam dh xlarat..so kakfel doa ja banyak2.
Kakfel tak tahu nak buktikan macamna yg konsep ni semua mempengaruhi perjalanan hidup kakfel,yg pasti Allah permudah dalam banyak perkara. Rezeki diringankan dan menjadi cepat masuk dan berganda..semua yg kakfel plan menjadi dan paling utama kurang masalah terjadi...
Dari buat produk kecantikan felinna beauty kepada produk kesihatan ke bidang tekstil felinna dan raffel hingga ke bidang makanan kanak2 caliph sunnah supplement.. Siapa yg follow kakfel mesti perasan rezeki seakan dipermudahkan,kakfel percaya bukan sbb kakfel hebat , tapi sebab Allah tahu kakfel n suami yakin dengan DIA maka DIA bagi kmi tanggungjawab besar atas kejayaan hari ni.
Sedekah itu luas skop dia . Jadi kreatif dan yang penting .. pagi ni kakfel mulakan dengan sedekah ilmu! So uolls pon jom share ilmu bersama..agar semua usahawan ingat..nak kaya n berjaya bukan dengan marketing strategy semata.. ‪#‎projekpikathatiAllah‬ juga kena hadam n buat!
Tapi ingat yang utama niat sedekah ikhlas kerana Allah.
Manusia xboleh baca hati kita.. tapi Allah tahu-
NANTI KAKFEL EXPLAIN JUGA, Sedekah juga perlu kena pada tempatnya.. silap bagi jatuh HARAM dan kita tanggung dosa,ada yg wajib dan ada yg tidak. Jadi kita kena belajar sebelum berkata atau beri komen. Pahami konsep sebenar sedekah. Sebab dalam islam sendiri tak galakkan penipuan atau syubhah utk perkara yg kita tahu tak elok.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maklumat Umum : Waktu Operasi

Assalamualaikum. ML saja nak kongsikan maklumat waktu operasi ASNB cawangan Putrajaya. Sebab ML sendiri pun baru tahu waktu operasi pukul 8.15 pagi. Jadi apa salahnya ML berkongsi maklumat ini, agar kawan-kawan di luar sana yang ingin berurusan awal tahu. ******************************************* Ingin mendapatkan produk Shaklee? Ingin menjana pendapatan bersama Shaklee? WhatsApp/SMS    ke ---  016 874 9195   Lenny Kedai E-book dan produk-produk ilmiah lain di  http://lenny-e-bookshop.blogspot.com/ Jemput singgah di Kedai ML di Lelong http://www.lelong.com.my/merchant/lennbj.htm

Mesej Berguna Dari Wasap

The Treatment of Laziness and Frustration Dr. Omar Abdul Kafi said that one day he was giving a Friday sermon in one of the Masjid. After the prayer a man who had a long hair and a long beard came to him. Surprisingly it showed that he did not care about himself at all. He told Dr Omar: "I am very lazy, with a lot of sleep. I hardly wake up, I only wake up to eat and go back to sleep again. I neglect my work, my future, and everything else and I don't care. My children think I am a strange person and very boring. I have a lack of enthusiasm, and I am always having frustration. What should I do please help me." Dr. Omar told him to ask Allah for forgiveness by saying "Astaghfir Allah" at least 100 times in a day, and to come back to him after one week, to tell him the result. The man said: "I am telling you I am lazy, I sleep more than 15 hours in a day. I am neglecting my prayers, my children and my work, and you are telling me to ask Allah for for...

Forum Berkaitan Wanita

17 Febuari 2020 yang lalu, aku berpeluang menghadiri Forum berkaitan isu wanita. Nama forum tersebut ialah Women in Higher Education, Employment and Leadership. Forum ini dijalankan di Hotel Armada, Petaling Jaya yang di anjurakan oleh IWB (Institut Wanita Berdaya ). Asal mula, kawan aku yang ajak pergi ke event ini. Mula-mula aku pun tak pasti apa event yang dijalankan, apabila dah tengok tajuk berminat pulak aku nak join. OK la. Jujur kata ye. Aku sebenarnya tak berminat dengan whatsoever ideologi, konsep atau apamacam perjuangan (since teenagers). Sebab aku tak ada awareness dan juga pendedahan. Yang so called women empowerment pun aku tak berminat. Tetapi kebelakangan ini, aku bagai 'diketuk' untuk menyelami what is so called feminism , women empowerment. Women empowerment tak semestinya feminism, mengikut pemahaman aku yang cetek ini.  Women empowerment ini adalah aktiviti / gerakan untuk memberikan pendidikan dan pengetahuan dan kesedaran kepada golon...