Memaparkan catatan dengan label Breastfeeding. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Breastfeeding. Papar semua catatan

Rabu, 16 Disember 2020

3 Kebaikan ESP untuk Ibu Menyusu

 Aku sendiri pernah lalu pengalaman menyusukan anak pertama dan kedua. Jujur kata, menyusu anak adalah aktiviti yang agak tough bagi aku. Aku dapat anak pertama pada usia 33 tahun, agak berusia. Dan terasa badan cepat penat. 

Dan I nak share 3 kebaikan ESP Shaklee yang aku rasai sebagai ibu menyusukan anak.

1. Lebih Bertenaga dan Tenaga Tahan Lebih Lama

Minum ESP Shaklee setiap pagi bagi ibu menyusu akan membantu ibu-ibu lebih bertenaga atau tenaga tahan lebih lama sehingga ke malam hari. Kerana menyusu anak ini 'mengambil' tenaga dari ibu-ibu. Sebab itu setiap kali selepas menyusu, atau mengepam, ibu-ibu terasa lapar dan letih. Solusinya ialah mengamalkan ESP setiap hari.

2. Membantu Penghasilan Susu 

Mengikut kajian umum, protein membantu penghasilan susu yang berkualiti. ESP adalah protein berasaskan soya. Penghasilan susu adalah berdasarkan supply and demand, tetapi ESP membantu ibu-ibu menghasilkan susu yang lebih berkualiti. 

3. Membantu Kecantikan Kulit dan Keanjalan Kulit Ibu 

Ibu walaupun sibuk dengan anak-anak kecil, tetap hendakkan kecantikan kulit. Jadi ESP selain membantu ibu dalam penyusuan, pada masa yang sama membantu mencantikkan kulit ibu. Aku juga mengalami pengalaman kulit yang cantik semasa mengamalkan ESP.


Banyak kebaikan yang para ibu boleh dapat dari ESP Shaklee. Ini hanya dari sebahagian daripadanya.

Harga setong ESP Shaklee ialah RM 161. 

Penghantaran seluruh Malaysia postage RM 10 Semenanjung Malaysia / RM 20 ke Sabah, Sarawak.

Nak dapatkan ESP Shaklee cuma perlu klik ke link wasap di bawah dan komen ESP. I will reply as soon as possible.



LENNY BONIFACE
Mama Jual Shaklee
Shaklee Independent Distributor
https://www.wasap.my/60168749195/




Isnin, 13 Ogos 2018

5 Tips Membantu Ibu-ibu (newbies) yang Menyusu Badan


Bercerita tentang menyusu badan ini, Kak Lenn selalu akan kenang balik masa-masa Kak Lenn menyusu badan dahulu. Pengalaman menyusu Kak Lenn adalah pengalaman pahit-manis. Kerana menyusu badanlah Kak Lenn jumpa Shaklee.

Di sini Kak Lenn ingin kongsikan 5 tips untuk membantu ibu-ibu yang belum ada pengalaman menyusu. Bagaimana hendak memperbanyakkan susu badan atau mengekalkan pengeluaran susu yang stabil.

1. Minum air yang secukupnya 
Ibu-ibu yang menyusu badan, wajib minum air yang cukup setiap hari. Sebab susu badan terdiri daripada 90% air. Minum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter setiap hari, agar membantu penghasilan susu yang cukup untuk bayi. 

2. Amalkan urutan payudara.
Urutan payudara boleh dilakukan sendiri oleh ibu-ibu. Andai tak tahu macam mana teknik urutan payudara, boleh cari di Youtube. Kerana Kak Lenn pun mempelajarinya dari Youtube. Urutan payudara ini penting sekiranya ibu-ibu mempunyai masalah aliran susu yang tidak lancar. Dan tidak dinafikan, urutan boleh membantu ibu-ibu mengeluarkan susu dengan lebih efisien. 

3. Amalkan pengambilan protein yang cukup.
Ibu yang menyusu badan memerlukan protein yang lebih dari individu yang tidak menyusu badan. Kak Lenn nak katakan, protein sangat membantu ibu menyusu dalam mengekalkan tenaga harian. Sekiranya ibu mendapati pengeluaran susu ada sedikit berkurang, boleh lah mengambil protein yang lebih sedikit daripada biasa.

4. Amalkan pengambilan Alfalfa
Kajian menunjukkan Alfalfa bersifat seperti galactagogue iaitu sejenis bahan yang boleh membantu merangsang pengeluaran susu badan.

5. Kawal stress
Perasaan dan mood ibu mempengaruhi pengeluaran susu badan. Ibu yang sedih dan murung akan mengurangkan penghasilan susu badan. Jaga emosi, kawal stress. Dapatkan bantuan sekiranya ibu merasa stress yang berlebihan.  Cuba amalkan aktiviti yang boleh menenangkan diri, seperti latihan tarik nafas, bermeditasi, senaman ringan atau hobi. 




Jumaat, 9 Disember 2016

Kisah Motivasi Penyusuan Ibu

Assalamualaikum.

Salam Jumaat. Tadi dalam otak  ada benda nak kongsikan. Tiba-tiba sembang dengan kawan baru tadi terus hilang topik. Haduh macam mana ni?

OK la. Macam ni LB nak sembang pasal breastfeeding la macam ni. LB terjumpa satu blog/website yang bercerita tentang 'exclusive pumping'. Dan cerita-cerita di sana sangat membantu ibu-ibu yang hendak breastfeed melalui pumping. Jika baca kisah-kisah nya ini url nya :  http://exclusivepumping.com/




LB sendiri terinspisrasi mengenai exclusive pumping ni. Sebenarnya ramai ibu-ibu di luar sana yang struggle bila berkaitan breastfeeding ini. Dan banyak isu-isu yang ibu-ibu sendiri tak tahu bagaimana nak ceritakan dan selesaikan. LB sendiri pun mengalami masalah yang sama. Sehinggakan LB sendiri rasa tertekan. Namun, setiap ibu mengalami sitausi yang berbeza, masalah yang berbeza.

Ada ibu-ibu yang ditakdirkan menyusukan anak tanpa ada apa-apa isu atau masalah. Tetapi tak kurang juga menghadapi pelbagai kekangan dan isu.

Bagi LB, semasa anak pertama LB tidak mempunyai pengalaman dan mencari jalan sendiri dalam penyusuan serta menghadapi campurtangan ibu sendiri berkaitan penyusuan ini. Maka, LB merasakan penyusuan ibu sewaktu itu adalah penyusuan yang tidak berjaya. Tetapi, jika dianalisakan kembali, anak sulung LB, Iman sihat dan ceria. Jadi, penyusuan gagal atau berjaya bukan isu yang utama.

Untuk anak kedua, ini adalah masih dalam proses atau masih dalam perjalanan. Macam yang LB baca dalam blog Exclusive Pumping, penyusuan adalah proses hari ke hari (day by day basis) Maksudnya, usah fikirkan sasaran jangka panjang, tetapi buat sasaran dari hari ke hari. Yang penting bayi mendapat susu ibu.



Jika menghadapi masalah, cari penyelesaian, melalui 'support group',  bahan bacaan atau konsultasi. Usah berputus asa, usah menekan diri sendiri. Take it easy.

Paling penting, sokongan dan understanding dari suami. Suami yang memahami sangat membantu ibu-ibu yang tengah struggle menyusu badan.


Silalah pergi ke website/blog http://exclusivepumping.com/ untuk membantu anda (ibu-ibu menyusu) untuk mendapat motivasi dan inspirasi, supaya proses penyusuan adalah suatu pengalaman yang manis dan indah buat anda.


Selasa, 26 Ogos 2014

Segmen Shaklee : Vitamin Shaklee dan susu ibu

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.

Untuk entri ini saya ingin bercerite tentang Shaklee dan keistimewaan Shaklee. Dah sangat banyak bahan bacaan mengenai Shaklee dan produknya. Jadi, saya ingin menyatakan Shaklee dari kaca mata saya pula. Kebanyakkan kalau kita baca blog berkaitan Shaklee, kebanyakan kenal Shaklee kerana mereka ibu-ibu yang menyusu badan dan mencari produk yang membantu mereka menghasilkan susu badan. Persepsi kebiasaan yang saya dapat (termasuk diri saya sendiri) ialah apabila mengambil vitamin Shaklee maka susu akan melimpah ruah. Itu tidak benar. Kerana penghasilan susu badan adalah berdasarkan permintaan dan pengeluaran susu badan. Apabila makin banyak susu badan yang dikeluarkan (atau di-ektrak keluar) makin banyak penghasilan susu badan. Sekiranya, susu badan tidak dikeluarkan dari payudara, badan kita mempunyai system peraturan, permintaan tak banyak, jadi badan pun hasilkan susu  tak banyak.

Saya yakin ramai dah ibu-ibu yang dah ada ilmu tentang susu badan. Jadi, ini sekadar intro. Sebenarnya vitamin Shaklee bukan menyebabkan susu badan yang banyak. Tetapi, vitamin Shaklee membantu ibu-ibu menghasilkan susu badan yang lebih berkhasiat dan pekat. Sebenarnya, vitamin Shaklee membantu ibu-ibu lebih sihat. Membekalkan ibu-ibu dengan nutrient dan khasiat yang diperlukan oleh badan. Apabila ibu-ibu lebih sihat maka pengeluaran susu badan lebih bermutu.  Target dia ialah kesihatan ibu. Ibu sihat, penjagaan bayi lebih baik, menyusukan anak dengan lebih ceria. Betul tak? Berminat mendapatkan produk Shaklee boleh hubungi saya ya.


 Boleh WhatsApp/ SMS ke 016-8749195 atau emel : lenny.boniface@gmail.com




Jazakallah.


Hidup ini Ujian

Ada ketika aku mempersoalkan takdir diri dan kehidupan. Aku mempersoalkan masa lepas. Kenapa begitu?  Kenapa begini?  kalau aku buat begitu,...