Memaparkan catatan dengan label Alfalfa Complex. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Alfalfa Complex. Papar semua catatan

Ahad, 1 Mei 2016

PROMOSI BULANAN ::: MEI 2016

Assalamualaikum.

Setiap bulan ada sahaja promosi dari Shaklee..:) Yeay.. bagus kan...

Jadi LBJ senaraikan beberapa promosi yang sedang berjalan di Shaklee sepanjang bulan MEI 2016 :

1. COLLAGEN POWDER SHAKLEE

MANFAAT COLLAGEN POWDER SHAKLEE (Klik Sini)




2.  ALFALFA COMPLEX




3. VITA-LEA FOR CHILDREN



4. SET DETOKS SHAKLEE




5. SET RAMADHAN



Isnin, 11 April 2016

Jom Detox Cara Shaklee :)

Assalamualaikum.


(sumber : Shaklee Malaysia )

Although in its natural, healthy, state the body is detoxing at all times, all our exposure to toxins places a heavy burden on the body’s capacity to cleanse itself. How do you support your body’s detox process? #LiveAmazing #ShakleeDetox#DetoxTheShakleeWay #DetoxToLiveAmazing#ShakleeMalaysia #healthychoices #healthylifestyle














Kelebihan mendapatkan Set Detox Shaklee :

* FREE membership (jimat RM 79.50)
* FREE postage (jimat RM 10 / RM 20)
* FREE Meal Plan Detox Leaflet
* FREE (exclusive only) "Live Amazing" Paper Bag
* 5% cash rebate ( pada bulan MEI 2016)


Dapatkan Set Detox dengan : 
WhatsApp/SMS    ke --- 016 874 9195 Lenny

Isnin, 16 November 2015

Tak Selesa

Assalamualaikum.

Hari ini LBJ cuma nak ceritakan sedikit tentang kisah aktiviti hari ini dan juga apa yang LBJ rasa.

Hari ini, LBJ menggantikan puasa. Ini baru hari kedua. Erm... Dugaannya macam-macam.

Dan hari ini, 'bladder' LBJ rasa kurang selesa. Tak tahu kenapa. Mungkin akibat kurang minum air sepanjang hari semalam. Jadi, masa buka nanti LBJ harus meningkat pengambilan air kosong.

Apa yang LBJ boleh buat jika rasa bahagian pembuangan kencing tidak selesa ialah LBJ mengambil Alfalfa Complex Shaklee dan minum air kosong yang banyak. Dan jangan lupa mengambil

Khamis, 20 Ogos 2015

Menghadapi Masalah Kewanitaan dengan GLA Complex dan ALFALFA Complex

Assalamualaikum.

Bersiaran lagi dengan ML.

Menghadapi masalah kewanitaan?
Haid tidak teratur
Keputihan
PMS
Senggugut
Kulit Bermasalah
'Kekeringan'

ML boleh cadangkan 2 produk Shaklee untuk masalah-masalah di atas:

1. GLA Complex
2. Alfalfa Complex



GLA Complex - Membantu menstabilkan dan mengimbangkan hormon dalaman dan sistem/fungsi tubuh badan. Sangat membantu wanita dalam menghadapi tempoh pra-haid, haid dan selepas haid. Bagus diamalkan oleh wanita-wanita yang ingin mendapatkan zuriat.

Alfalfa Complex - Boleh disebut sebagai kembar manjakani. Membantu mengurangkan keluaran keputihan. Boleh detox tubuh badan. Detox membantu mengeluarkan segala-gala toksin yang mengganggu dan mengacau sistem dan fungsi dalaman badan.


*****************************

Ingin mendapatkan produk Shaklee? Ingin menjana pendapatan bersama Shaklee?
WhatsApp/SMS    ke --- 016 874 9195 Lenny
Kedai E-book dan produk-produk ilmiah lain di 

Selasa, 18 Ogos 2015

Bila Tempoh Subur?

Assalamualaikum.

Mari ML kongsikan apa yang ML belajar (serba sedikit) tentang waktu kesuburan wanita. Sebenarnya ML pun tak arif tentang hal sebegini, tetapi pernah juga ML berjumpa dengan doktor untuk tanya 1 soalan berkaitan tentang persediaan apa untuk yang ML perlu lakukan untuk hamil.

Tetapi hari ini MLl bukan bercerita pasal persediaan untuk hamil, tetapi ingin kongsikan apa yang ML fahami tentang waktu subur.

Pernah tengok gambarajah seperti di bawah?

Ahad, 2 Ogos 2015

Apa masalah anda? Cuba Alfalfa

Assalamualaikum.

Inginkan detoks tubuh badan?
Inginkan supplemen yang membantu mengatasi masalah keputihan?
Ingin mengurangkan simtom-simtom diabetes?
Ingin memiliki bahan menambah kuantiti susu badan?
Ingin memperbaiki stamina dan mengurangkan keletihan badan?
Ingin mengurangkan simtom-simtom semasa haid atau pra-haid?
Ingin melegakan sakit-sakit sendi atau atritis?
Ingin mengurangkan keasidan tubuh badan?
Ingin mengurangkan masalah penghadaman?
Ingin mengatasi masalah kewanitaan - 'longgar'?

  




Dapatkan Alfalfa Shaklee yang penuh dengan khasiat dan nutrien. Merupakan makanan tambahan sejak zaman dahulu kala lagi.

Pilihlah produk dari Shaklee kerana Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam.

WhatsApp / SMS ke 016 874 9195 Lenny untuk pembelian dan pertanyaan.

*Konsultasi cara pengambilan supplemen diberikan kepada pelanggan yang telah membeli.

Isnin, 27 Julai 2015

Toksin dan Penyakit

Assalamualaikum.

Semakin kita maju ke hadapan di dunia ini - dengan makanan segera, teknologi kimia, teknologi pertanian, dan lain-lain, semakin bertambah penurunan kesihatan kita. Kenapa? Kerana semakin banyak toksin yang kita kumpulkan setiap hari melalui makanan yang dihasilkan melalui teknologi moden.

ML ingin kongsikan satu posting dari Dr Zubaidi Hj Ahmad berkaitan bagaimana kesihatan badan kita semakin merosot setiap hari kerana toksin.

Sumber :   Dr Zubaidi Hj Ahmad

PERANAN TOKSIN DALAM PENYAKIT

Mengikut konsep dan teori penyembuhan semulajadi bahawa, faktor utama yang menyebabkan organ-organ dan tubuh mengidap pelbagai jenis penyakit ialah kerana toksin atau racun dalam badan.

Selasa, 16 Jun 2015

10 Tips Hebat untuk Mommy-Mommy BF di Bulan Ramadan

Assalammualaikum.

Salam Ramadan. Moga-moga Ramadan ini adalah terbaik tahun ini untuk anda sekalian. Anyhoo..
ML terpikat dengan satu post di Facebook Permata Hati Bonda berkaitan penyusuan bayi di Bulan Ramadan, jadi ML kongsikan dengan pembaca serta sebagai rujukan ML juga jika ML mempunyai baby suatu hari nanti. Semoga penulis Permata Hati Bonda mendapat pahala yang berganda-ganda kerana memberikan ilmu kepada pembaca sekalian.

Sabtu, 16 Mei 2015

Set Membantu Slimming

Assalamualaikum.

Anda mempunya masalah berat badan berlebihan?
========================================

Mari amalkan supplemen Shaklee untuk mengawal berat anda sambil meningkatkan kesihatan keseluruhan. Berat badan berlebihan meningkat risiko seseorang untuk mendapat pelbagai penyakit.

Dalam set untuk pelangsingan ini, kita ada Lecithin, Alfalfa Complex, Garlic, dan Herbalax.

Cara set ini berfungsi - 

1. Lecithin membakar dan mencairkan lemak tubuh. 
2. Alfalfal bertindak sebagai penyerap lemak-lemak yang telah dicairkan untuk di'keluar'kan dalam bentuk najis.
 3. Herblax sebagai pelawas membantu membersihkan usus daripada sisa2 buangan supaya usus lebih sihat dan kita lebih sihat. 
4. Garlic bertindak untuk mengurangkan kandungan kolesterol dalam darah dan tubuh pada masa yang sama meningkat imuniti tubuh.

Lenny Boniface di :
016-8749195 WhatsApp


C.O.D Bandar Baru Bangi, Cyberjaya & Putrajaya

Ahad, 12 April 2015

Kesuburan dan Vitamin Shaklee

Assalamualaikum.

Vitamin Shaklee membantu kesuburan suami dan isteri? Betul kah? Bukan Vitamin cuma untuk kesihatan umum sahaja. Apabila kita sebut kesihatan umum, ia juga merangkumi kesihatan seksual. Apabila tubuh kita berfungsi dengan baik dan optimum, bermakna ia termasuk dalam sistem seksual badan.

Jadi apakah yang kita boleh amalkan untuk membantu kesuburan tubuh kita?
Jawapannya ialah pemakanan seimbang dan sihat, mengamalkan gaya hidup sihat serta pengambilan supplemen.

Vitamin Shaklee manakah yang disarankan untuk diamalkan untuk membantu kesuburan?
Kami menyarankan Vitamin Asas seperti berikut:

(1) ESP (Protein) - Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain2.

(2) Vita-Lea (Multivitamin) - multivitamin lengkap untuk keperluan badan.

(3) Vitamin C -membantu proses sintesis hormon-hormon kritikal yang berkaitan dengan seks dan kesuburan seperti androgen, estrogen & progesteron.

(4) B-Complex - memberi tenaga, perasaan tenang dan mengurangkan stress.

*ESP, Vita-Lea, B-Comp & Vit-C adalah vitamin asas, dan tunjang utama untuk kesihatan badan.

(5) Vitamin E & Selenium -Terkenal sebagai "vitamin seks". Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.

(6) Zinc - Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat. Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.

(7) Alfalfa - Sangat baik diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa "sakit ketika bersama", membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu dalam masalah PCOS.

(8) GLA Complex - Sangat baik diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. GLA (Gamma Linolenic Acid) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai "Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)". Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah dan likat, dan sangat membantu sperma berenang terus ke uterus, dan terus laki ke Tiub Fallopio, yang seterusnya berenang ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).

**************************
OFFER BULAN APRIL 2015
**************************





Inginkan maklumat lanjut dan pembelian supplemen Shaklee?


Lenny Boniface
di
016-8749195 (SMS/WhatsApp)
lenny.boniface@gmail.com
https://www.facebook.com/lenny.Boniface
*Boleh isi Borang Pertanyaan@Cadangan di sebelah kanan Blog ini

Khamis, 2 April 2015

Diabetes : Elakkan amputasi

Bismillah.

Alhamdulillah.
Assalamualaikum.

Elak Potong Kaki

Kawal tahap glukos darah penting untuk minimum komplikasi
(Dipetik dari : Metro Ahad 9 Nov 2014, ditulis oleh : Zaitie Satibi)
Ramai dalam kalangan kita lebih bimbang mengenai penyakit jantung dan barah yang menjadi 2 penyebab utama kematian dan memberikan hanya sedikit perhatian terhadap diabetes.

Sepatutnya tidak begitu kerana diabetes adalah penyakit membawa maut yang meningkat dengan cepat dan menambah risiko kepada penyakit pembunuh utama yang lain.

Kira-kira 360 juta orang kini menghidap diabetes di seluruh dunia, manakala Kajian Kesihatan dan Kemorbidan Kebangsaan Malaysia (NHMS) pada 2011 menunjukkan peningkatan daripada 14.9% pada 2006 kepada 20.8 % pada 2011. Ini bermakna seorang dalam setiap lima orang rakyat Malaysia dewasa kini menghidap diabetes.

Peningkatan jumlah penghidap diabetes selari dengan pertambahan saiz badan mereka yang berkembang secara berterusan dalam tempoh 2 tahun kebelakangan ini.

Diabetes ialah penyakit yang tidak boleh dipulihakan tetapi dengan usaha mencukupi, kita boleh melambat atau menghentikan komplikasi yang dikaitkan dengan kemajuan penyakit itu. Mengawal tahap glukos darah sangat penting untuk meminimumkan komplikasi yang berkait dengan diabetes.

Kawalan gula dalam darah yang tidak baik untuk satu tempoh panjang akan membawa kepada beberapa komplikasi termasuk penyakit jantung, penyakit buah pinggang, retinopati dan neuropati (kerosakan saraf).

Kerosakan saraf Diabetes

Hilang deria rasa, rasa kebas, berdenyut-denyut, sakit rasa terbakar, malah rasa seperti dicucuk-cucuk jatum pada kaki, jari kaki, jari tangan, lengan dan tangan adalah gejala kerosakan saraf.

Kerosakan saraf juga boleh berlaku dengan senyap, maksudnya anda langsung tidak menunjukkan gejala. Keadaan ini sangat berbahaya, terutamanya bagi penghidap diabetes dan pradiabetes. Tahukah anda, sehingga 60-70 % penghidap diabetes juga mengalami beberapa jenis kerosakan saraf?

Jika tindakan segera tidak diambil, keadaan ini akan membawa kepada pemotongan anggota iaitu satu daripada komplikasi neuropati yang paling berpotensi menjadi serius.

Diabetes menjadi penyebab utama pemotongan anggota bawah di seluruh dunia

Doktor meramalkan hampir separuh daripada semua pemotongan anggota disebabkan oleh neuropati dan masalah peredaran yang boleh dielakkan.

Di Malaysia, sejumlah besar pesakit diabetes dimasukkan ke wad ortopedik di hospital kerajaan disebabkan komplikasi dari diabetes. Majoriti daripada mereka perlu tinggal di hospital untuk tempoh lama dan perlu dimasukkan ke wad serta dibedah berulang kali.

Segelintir pula memerlukan pemotongan di sekeliling kaki atau buku lali, manakala segelintir lagi terpaksa menerima pemotongan di bawah atau atas lutut. Risiko mengalami pemotongan kaki ialah 27.7 kali lebih besar untuk yang menghidap diabetes.

Faktor yang membawa kepada pemotongan anggota

Beberapa faktor utama biasanya menyebabkan pengulseran dan seterusnya amputasi. Ini termasuk:

i) Neuropatiperiferal yang mengurangkan deria rasa – mungkin ada sebiji batu kecil di dalam kasut anda dan anda terus berjalan sepanjang hari tanpa anda menyedarinya.

ii) Penyakit vaskular – yang mengurangkan aliran darah ke kaki.

Kedua-dua keadaan ini menyebabkan pesakit mudah mendapat ulser dan lepuhan yang boleh membawa kepada pemotongan.

Penghidap diabetes harus mendapat pendidikan asas mengenai penjagaan kaki dan memeastikan mereka membuat pemeriksaan kaki secara tetap. Risiko mendapat pengulseran boleh dinilai melalui pemeriksaan klinikal asas terhadapa kaki pesakit.

Selain mengamalkan penjagaan kaki dan kebersihan diri yang baik, penghidap diabetes hendaklah mengambil ubat merendahkan gula dalam darah setiap hari seperti dipresripsikan oleh doktor mereka. Jangan sesekali meninggalkan satu dos.

Satu makanan tambahan yang berguna untuk penghidap diabetes dikenali sebagai mecobalamin sebenarnya ditemui oleh sepasukan saintis Jepun. Bentuk aktif vitamin B12 ini membantu regenerasi saraf periferal yang rosak.

Mecobalamin – Vitamin B12 yang aktif

Mecobalamin ialah satu bentuk vitamin B12 yang aktif dari segi neurologi yang penting kepada sistem pusat dan periferal iaitu untuk membantu melindung daripada proses degenerasi sistem saraf dan menggalakkan saraf sihat.

Dengan mecobalamin, hati tidak perlu menukarkan bentuk B12 yang tidak aktif iaitu cyanocobalamin kepada mecobalamin kerana ia menjadi aktif apabila diambil secara oral. Mengambil 500 mikrogram (mcg) mecobalamin 3 kali sehari selama 4 bulan berjaya menghasilkan penurunan kerosakan saraf periferal penghidap diabetes.

Penyelidikan juga membuktikan bentuk vitamin B12 yang aktif ini, mecobalamin, lebih berkesan berbanding vitamin B12 yang biasa (cyanocobalamin) untuk memulihkan semula saraf rosak dalam kalangan penghidap diabetes.

Panduan penjagaan kaki harian untuk penghidap diabetes

1. Periksa kaki dan jari anda setiap hari dan bersihkan dengan sabun yang kasar mungkin merosakkan kulit.

2. Rasa suhu air dengan jari tangan atau siku anda sebelum memasukkan kaku ke dalam air itu kerana penghidap diabetes tidak dapat membezakan sama ada air itu terlampau panas atau sejuk. Kelecuran mungkin boleh berlaku dengan mudah.

3. Perlahan-lahan lap dan keringkan kaki anda, terutama di celah jari kaki. Jangkitan boleh berlaku di tempat lembap.

4. Jika kaki anda terlalu kering, ia mungkin merekah dan menyebabkan jangkitan. Lembutkan kulit yang kering dengan menyapu losyen, jeli petroleum, lanolin atau minyak. Elak menyapu di celah jari kaki jika ada kudis atau jangkitan di situ.

5. Maklumkan kepada doktor anda dengan segera jika wujud kudis, lecur, lebam, luka atau sebarang perubahan lain pada badan anda.


===========TAMAT============

Pesanan dari Lenny Boniface :

Saya sendiri adalah peghidap Diabetes Jenis II. Peringkat saya sekarang hanya mengamalkan pemakanan terkawal - iaitu mengawal pemakanan saya untuk mengelakkan bacaan gula dalam darah saya dalam keadaan di normal dan di bawah daripada takat yang ditetapkan oleh pakar perubatan.

Sebenarnya kebanyakan kita tidak akan tahu kita mempunyai penyakit kencing manis atau tidak, sebaik-baiknya kita dapatkan pemeriksaan menyeluruh termasuk pemeriksaan kencing manis. Mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Jaga pemakanan, dan amalkan gaya hidup sihat.

Saya sekarang mengamalkan kawalan pemakanan - kurangkan makanan manis atau tinggi gula atau karbohidrat, dan mengamalkan pengambilan supplemen Shaklee yang membantu saya menstabilkan kandungan gula dalam darah dan membantu menghasilan insulin dan juga membantu sistem tubuh menukarkan makanan kepada tenaga dengan lebih efisien.

Supplemen Shaklee yang saya amalkan sekarang: Vivix, B complex dan Alfalfa. Sekiranya anda berminat mendapat supplemen ini daripada saya. Sila sms/whatsapp ke 016-8749195. Terima kasih.



Rabu, 25 Februari 2015

Manfaat Alfalfa Complex Shaklee

Salam.
Alhamdulillah.

Kebaikan dan Manfaat Alfalfa Complex Shaklee:
Alfalfa sangat kaya dengan pelbagai nutrisi - Alfalfa telah digunakan oleh manusia sejak lebih dari 2500 tahun dan telah dikenalpasti sebagai makanan yang palingkaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian. Ia membekalkan nutrisi yang mana kebanyakannya tidak terdapat di dalam buah-buahan mahupun sayuran. Ia kaya dengan protein, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia. 10 biji alfalfa menyediakan nutrisi yang menyamai segelas susu.

# 1. Mencuci hati, darah dan usus - ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon darah dan mencantikkan kulit dan otot.*

# 2. Melawan alahan - Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air (athlete's foot)*

# 3. Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut -Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser, gastrik, hepatitis dan sembelit.*

# 4.   Menyingkirkan lemak dan kolesterol - kajian klinikal menunjukkan bahawa penggunaan jangka panjang alfalfa akan menghapuskan lemak dan mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya alfalfa sahaja yang mempunyai saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolesterol.*

# 5.  Melawan tumor - Pengambilan konsisiten alfalfa, membantu mengalkalikan badan, dengan itu memperbaiki sel-sel kanser dan membuang tumor.*

# 6.  Melegakan keletihan *

# 7.   Mencegah/merawat atrithis - Melegakan sakit atritis dan kesakitan*

(sumber : Buku Panduan Nutrisi)

AWAS! Pesakit SLE tidak boleh mengambil produk Alfalfa Complex.

*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Selasa, 17 Februari 2015

Alamak! Lari Jadual

Teks : Lenny Boniface

Assalamualaikum. Bersiaran di tempat tidur bertemankan anak yang tidur di atas perutku. Hurm... entah kebelakangan tukar taste pula Iman ni. Kebiasaan tidur atas lengan, seminggu ni tidur atas perut pula.

Musim saya, musim menunggu datangnya haid. Oops. Perlu cerita ke? Sebenarnya ramai di kalangan wanita yang mengalami haid tidak teratir ataupun haid 'lari jadual' biasa. Saya pun sama juga. Banyak faktor yang menyebabkannya. Salah satu stress, gangguan emosi, mengambil ubat hormon, pemakanan, dan lain-lain. Saya pun rasa saya agak stress sedikit sebab bertukar tempat kerja, serta memikirkan banyak perkara. Walaubagaimanapun, setiap masalah ada penyelesaiannya.

WARNING!!  Pastikan betul-betul dahulu diri anda tidak mengandung baru boleh ikut tips di bawah ya.


Untuk kes-kes haid lari jadual ni, kita boleh mengamalkan beberapa supplemen Shaklee. Saya kalau rasa macam haid saya ini lambat nak datang, saya terus ambil GLA Complex Shaklee. Tapi tak ada laa terus makan teru keluar haid. Tak ada laa sampai macam tu. Tetapi selepas makan GLA Complex jika lambat haid, kemungkinan selepas sehari ke tiga hari, akan membantu haid anda keluar.
Untuk gangguan hormon akibata stress, makan lah B complex Shaklee. B Complex Shaklee ini sangat membantu saya ya. Terutama bila keadaan stress atau emosi terganggu.

Selain itu, mengamalkan Alfalfa Shaklee juga membantu kitaran haid anda menjadi normal. Alfalfa ni banyak kebaikan. Salah satunya membantu masalah haid.

Selepas tu, sekiranya kita wanita mempunyao masalah senggugut yang teruk ataupun biasa-biasa sahaja, boleh juga mengamalkan pengambilan Ostematrix Shaklee. Sangat membantu ya.

Saya berkongsi apa yang saya makan dengan anda semua. Anda mempunyai apa-apa cerita untuk dikongsikan? Tinggalkan komen di bawah ya.

Berminat mendapatkan vitaminShaklee? Hubungi saya

Lenny Boniface
di
016-8749195 (SMS/WhatsApp)
lenny.boniface@gmail.com
https://www.facebook.com/lenny.Boniface
*Boleh isi Borang Pertanyaan@Cadangan di sebelah kanan Blog ini



Selasa, 26 Ogos 2014

Segmen Shaklee : Vitamin Shaklee dan susu ibu

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.

Untuk entri ini saya ingin bercerite tentang Shaklee dan keistimewaan Shaklee. Dah sangat banyak bahan bacaan mengenai Shaklee dan produknya. Jadi, saya ingin menyatakan Shaklee dari kaca mata saya pula. Kebanyakkan kalau kita baca blog berkaitan Shaklee, kebanyakan kenal Shaklee kerana mereka ibu-ibu yang menyusu badan dan mencari produk yang membantu mereka menghasilkan susu badan. Persepsi kebiasaan yang saya dapat (termasuk diri saya sendiri) ialah apabila mengambil vitamin Shaklee maka susu akan melimpah ruah. Itu tidak benar. Kerana penghasilan susu badan adalah berdasarkan permintaan dan pengeluaran susu badan. Apabila makin banyak susu badan yang dikeluarkan (atau di-ektrak keluar) makin banyak penghasilan susu badan. Sekiranya, susu badan tidak dikeluarkan dari payudara, badan kita mempunyai system peraturan, permintaan tak banyak, jadi badan pun hasilkan susu  tak banyak.

Saya yakin ramai dah ibu-ibu yang dah ada ilmu tentang susu badan. Jadi, ini sekadar intro. Sebenarnya vitamin Shaklee bukan menyebabkan susu badan yang banyak. Tetapi, vitamin Shaklee membantu ibu-ibu menghasilkan susu badan yang lebih berkhasiat dan pekat. Sebenarnya, vitamin Shaklee membantu ibu-ibu lebih sihat. Membekalkan ibu-ibu dengan nutrient dan khasiat yang diperlukan oleh badan. Apabila ibu-ibu lebih sihat maka pengeluaran susu badan lebih bermutu.  Target dia ialah kesihatan ibu. Ibu sihat, penjagaan bayi lebih baik, menyusukan anak dengan lebih ceria. Betul tak? Berminat mendapatkan produk Shaklee boleh hubungi saya ya.


 Boleh WhatsApp/ SMS ke 016-8749195 atau emel : lenny.boniface@gmail.com




Jazakallah.


My Checklist For My Life Goals or Progress Goals

 #hidupiniujian Ini adalah chceklist aku nak buat untuk aku catat progress dan goals aku: 1.  Aktiviti kempiskan Perut. 2. Habit catat perbe...