Memaparkan catatan dengan label ESP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ESP. Papar semua catatan

Khamis, 24 Februari 2022

APA PENTINGNYA ESP INI UNTUK BADAN KITA?

 Assalamualaikum.

APA PENTINGNYA PROTEIN / ESP INI UNTUK BADAN KITA?
👍👍ESP adalah sumber protein - protein pula komponen yang membina kulit, rambut, kuku, dan otot kita
👉👉Setiap inci tubuh badan kita memerlukan protein untuk berfungsi. Jadinya ESP dapat membantu untuk membekalkan keperluan protein yang cukup untuk badan.

APA TANDA KITA KEKURANGAN PROTEIN?
👉Selalu penat dan mengantuk
Rasa penat sebab kuat kerja atau tak cukup rehat tu normal. Tapi yang tak normal kalau terlalu kerap sangat penat dan badan rasa lemah je, ditambah rasa mengantuk nak tidur je walau kita tidur awal. Itu tandanya badan kita dah start bagi signal kekurangan protein.
Dalam protein ada asid amino yang penting untuk pergerakan oksigen dalam darah.
Kurang protein > kurang asid amino > kurang sumber oksigen salur ke sel dan organ > penat, letih, tidak bermaya, nak tidur
👉Kulit kelihatan kusam, mudah breakout dan tona kulit tak lawa
Salah satu kepentingan protein untuk kecantikan kulit ialah untuk membina sel-sel kulit yang baru atau ‘baby skin’ yang sihat.
Cycle kulit kita ni lebih kurang sama macam period juga, 28 hari. So kalau korang tak cukup protein intake, itu yang kulit jadi kusam sebab sel-sel kulit baru kekurangan blok asas penting iaitu protein.
👉Bila protein tak cukup, ditambah dengan sel kulit yang dah kena attack dengan radikal bebas daripada sinaran matahari, itu yang macam-macam masalah kulit timbul 1 persatu. Protein ni la yang dapat membantu untuk membaiki sel-sel kulit yang sedia ada.
👉Selalu rasa nak mengunyah
Kita baru lepas makan tapi masih rasa nak capai snack, biskut atau apa-apa la asal boleh mengunyah. Ini memang antara petanda badan kita kurang protein. Perut kita paling lambat nak hadam protein jadinya bila kita consume protein kita akan rasa kenyang lebih lama.
Kalau badan kitra kurang protein, makanlah banyak mana pun takkan rasa kenyang. Badan bagi signal rasa lapar sentiasa and kita akan craving makan makanan yang tinggi karbohidrat, yang manis-manis, snacks sebab nak kenyang cepat.
👉Rambut mulai rapuh dan gugur banyak daripada biasa.
Rambut kita juga diperbuat daripada protein. Bila badan kita tak cukup protein, badan kita masuk ke “‘starvation mode” .
Means badan kita akan start tarik protein daripada anggota badan yang tak penting seperti rambut dan kulit untuk salurkan protein kepada organ badan yang penting. Sebab ni lah rambut mula rapuh lepas tu gugur.
👉Kerap demam selsema
Korang tahu tak sistem imun badan kita diperbuat daripada protein?
Bila badan tak cukup protein, kita tak mampu nak melawan jangkitan virus. Sebab itu kita senang jatuh sakit.
Bila kita kurang protein, badan kita akan gunakan protein yang ada dalam badan untuk bagi organ badan berfungsi dan ada tenaga. Pada asalnya protein itu sepatutnya digunakan untuk membina otot, sistem imun, rambut, kuku, sel kulit.

⚠️⚠️So boleh nampak effect yang akan berlaku apabila korang kurang protein?
Korang tak perlu risau lagi sebab ESP ni memang membekalkan kandungan protein yang mencukupi serta mudah diserap oleh badan.🎯🎯









Consume ESP settle masalah sebab manfaat ESP cukup lengkap dah.♥️♥️
Perlukan ESP ? Nak Order?
Click link di bawah untuk order ESP
LENNY BONIFACE
Mama Jual Shaklee
Shaklee Independent Distributor
(Location : Bandar Baru Bangi, Cyberjaya, Putrajaya & Sepang)


Jumaat, 18 Disember 2020

OMG, Berat Badan Aku Naik

 Semalam, aku pergi bersantai di rumah kawan aku. Kemudian di rumahnya ada penimbang berat badan. Biasalah, bila jumpa penimbang, kena naik penimbang lah.

Dan, aku terkejut, berat badan aku 71.2 kg. OMG. Berat sangat. Coz, aku punya range berat badan biasanya antara 65 kg ke 68 kg.  Dan apabila dah melebih 68 kg aku sangat terkejut. 

Tapi sebenarnya kan, aku sendiri tahu yang kebelakangan ini aku makan agak banyak dan tak terkawal. Selalunya aku jaga kuantiti makan sebab aku ada pre-diabetes. Jadi bila jadi macam ini, aku kena cari solusi untuk masalah berat badan makan makin naik ini.

Antara solusi yang boleh aku apply-kan ialah :

1. Bersenam - aku memang merancang untuk bersenam atau aktiviti fizikal yang senang seperti berjalan kaki untuk panaskan badan , keluarkan peluh. InsyaAllah, doakan ya.

2. Berpuasa - aku plan nak lancarkan puasa-puasa ganti dan puasa sunat, insyaAllah. Kerana berpuasa ini bermanfaat selain menguruskan berat badan dan nak tambah amal pahala. 

3. Memilih pemakanan yang lebih sihat - aku kena lebih berjaga-jaga dalam pemilihan makanan. Walaupun hakikatnya sangat susah nak berdiet, bila sekeliling adalah makanan tidak berkhasiat dan juga majlis makan yang selalu diadakan.

4. Mengambil supplemen dalam membantu pengurangan berat badan - Aku perlu istiqomah dalam pengambilan supplemen dalam membantu pengurangan berat badan. Antara supplemen Shaklee yang membantu pengurangan kolesterol dalam badan ialah  PHYTOCOL-ST dan juga ESP. 




Mari aku terangkan apa fungsi PHYTOCOL-ST dalam proses mengurangkan berat badan. Di dalam PHYTOCOL-ST mengandungi Fitosterol.

Apa fungsi Fitosterol? Struktur Fitosterol adalah hampir sama seperti kolesterol, dan dengan pengambilan Fitosterol, ia akan bersaing dengan kolesterol untuk tapak penyerapan di dalam sistem penghadaman. Maka, Fitosterol seumpama bertindak sebagai penghalang kolesterol daripada diserap dan pada masa yang sama akan disingkir keluar bersama fitosterol. 

Maka, PHYTOCOL-ST ini membantu badan kita menyingkirkan lemak-lemak yang akan 'melekat' dalam dalaman tubuh kita. 




Kemudian, apa fungsi ESP dalam membantu proses kurangkan berat badan? Antara bestnya ESP ini ialah, ESP boleh memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Maka ESP akan membantu orang-orang yang sedang berusaha kuruskan badan mengurangkan pengambilan makanan yang berlebihan.
Selain itu, protein sangat membantu dalam proses inch-loss. Kerana, protein sihat membantu meningkatkan metabolisma, pada masa sama menyingkirkan lemak tanpa kehilangan otot badan.

Aku akan membuat jurnal perjalanan kurangkan berat badan di blog ini, insyaAllah. Doakan saya ya.


LENNY BONIFACE
Mama Jual Shaklee
Shaklee Independent Distributor

https://www.wasap.my/60168749195/



Rabu, 16 Disember 2020

3 Kebaikan ESP untuk Ibu Menyusu

 Aku sendiri pernah lalu pengalaman menyusukan anak pertama dan kedua. Jujur kata, menyusu anak adalah aktiviti yang agak tough bagi aku. Aku dapat anak pertama pada usia 33 tahun, agak berusia. Dan terasa badan cepat penat. 

Dan I nak share 3 kebaikan ESP Shaklee yang aku rasai sebagai ibu menyusukan anak.

1. Lebih Bertenaga dan Tenaga Tahan Lebih Lama

Minum ESP Shaklee setiap pagi bagi ibu menyusu akan membantu ibu-ibu lebih bertenaga atau tenaga tahan lebih lama sehingga ke malam hari. Kerana menyusu anak ini 'mengambil' tenaga dari ibu-ibu. Sebab itu setiap kali selepas menyusu, atau mengepam, ibu-ibu terasa lapar dan letih. Solusinya ialah mengamalkan ESP setiap hari.

2. Membantu Penghasilan Susu 

Mengikut kajian umum, protein membantu penghasilan susu yang berkualiti. ESP adalah protein berasaskan soya. Penghasilan susu adalah berdasarkan supply and demand, tetapi ESP membantu ibu-ibu menghasilkan susu yang lebih berkualiti. 

3. Membantu Kecantikan Kulit dan Keanjalan Kulit Ibu 

Ibu walaupun sibuk dengan anak-anak kecil, tetap hendakkan kecantikan kulit. Jadi ESP selain membantu ibu dalam penyusuan, pada masa yang sama membantu mencantikkan kulit ibu. Aku juga mengalami pengalaman kulit yang cantik semasa mengamalkan ESP.


Banyak kebaikan yang para ibu boleh dapat dari ESP Shaklee. Ini hanya dari sebahagian daripadanya.

Harga setong ESP Shaklee ialah RM 161. 

Penghantaran seluruh Malaysia postage RM 10 Semenanjung Malaysia / RM 20 ke Sabah, Sarawak.

Nak dapatkan ESP Shaklee cuma perlu klik ke link wasap di bawah dan komen ESP. I will reply as soon as possible.



LENNY BONIFACE
Mama Jual Shaklee
Shaklee Independent Distributor
https://www.wasap.my/60168749195/




Khamis, 10 Disember 2020

Apa Yang Diperlukan Ibu-Ibu Bekerja ?

Assalamualaikum.

Zaman sekarang, ibu-ibu bekerja adalah kebiasaan semasa. Dan golongan ibu-ibu bekerja ini amat 'memerah' tenaga. Dan kami (ibu berkerjaya) perlukan tenaga tambahan kerana kami perlu 'juggle' 3 peranan utama dalam hidup.

Apa dia 3 peranan ibu yang bekerja ini? Mari kita tengok apa peranannya:

1. Peranan sebagai Ibu - Menjaga/menguruskan anak-anak dan kerja rumah

2. Peranan sebagai isteri - Memberi perhatian dan memenuhi keperluan suami

3. Peranan sebagai pekerja - Menjalankan kerja hakiki di pejabat 


Perhatikanlah peranan ibu bekerja ni.. Yess.. mommies you need energy and stamina untuk uruskan 3 peranan ini.

Di sini saya kongsikan sedikit tips untuk ibu-ibu kekal bertenaga dari pagi sehingga malam.

1. Tidur yang cukup dan berkualiti.

2. Bersenam 3 kali seminggu.

3. Makan makanan yang berkhasiat, eat clean, kurangkan makanan segera dan tinggi gula. Minum air putih (kosong) yang cukup.

4. Amalkan pengambilan Supplemen ESP Shaklee.



Kepada yang memerlukan ESP Shaklee ini boleh wasap saya melalui link di bawah ya.




LENNY BONIFACE
Mama Jual Shaklee
Shaklee Independent Distributor
https://www.wasap.my/60168749195/

Selasa, 15 September 2020

Pagi Yang Cepat

 Assalamualaikum.

Kamu adalah orang-orang yang sangat sibuk ke? Selalu kena berkejar ke sana ke sini, dan kamu rasa tak cukup masa nak ambil makanan berkhasiat sebab nak cepat sahaja.




Dan, kamu juga tak sempat nak duduk tenang dan makan sarapan pagi-pgi, sebab dah kena berkejar ke tempat kerja atau ke sekolah anak, atau nak ke kolej.

Dan, kamu memerlukan tenaga tambahan untuk menjalankan aktiviti pagi kamu. Dan pagi adalah masa untuk mengerjakan banyak perkara, jadi tak ada masa untuk mengisi perut selepas waktu sarapan. 

Jadi, di sini, saya perkenalkan dan kongsikan 2 produk Shaklee yang boleh membantu masalah tak sempat nak sediakan sarapan berkhasiat pada pagi hari, iaitu Meal Shakes dan ESP (Energizing Soy Protein).

Dua produk ini adalah 'shakes'. Bancuh dalam shaker boleh, buat macam air biasa pun boleh. Ia dalam bentuk serbuk, dan senang dibancuh. Sekejap sahaja dah siap.

Dengan hanya 2,3 minit penyediaan, kamu dah boleh menikmati sarapan yang berkhasiat dan mengenyangkan.

Kelebihan kedua-dua produk ini ialah:

1. Cepat disediakan

2. Berkhasiat

3. Memberikan Tenaga berpanjangan.

4. Rasa kenyang yang lebih lama sehingga waktu makan tengahari.

Kamu yang memerlukan 'bantuan' setiap pagi ini, boleh lah hubungi saya di 

http://www.wasap.my/60168749195/esp+mealshakes.



** harga ESP RM 161.25, Meal Shakes RM 120.00 + postage RM 10

Isnin, 18 Februari 2019

Jatuh Cinta Kali Pertama Aku dengan ESP

Ni dia. Ada story pasal dia ni.

Kisahnye, aku kenal dan jatuh cinta dengan shaklee sebab dia ni laa. Nama dia ESP atau nama penuh Energizing Soy Protein.

Dari mana ku jumpa? Online. Time tu famous set menyusu dari Shaklee. Lalu ku beli dia ni dengan kawan2 dia (set menyusu). Tak ingat dah setnye. Dah 7 tahun kak oi.

Aku beli dia ni sebab masalah susu badan merudum. (p/s, masalah susu merudum sebab akak jahil). Back to the story, aku pon beli lah set menyusu.

Dah beli, tipikal of me, tak makan pon, tak sentuh pon vitamin nye. Teruknya perangai aku. Beli2 buat hiasan.






Then, takdir Allah, aku terbaca posting fb member ofis pasal ESP ni la. Dia kata, pas minum ESP badan maintain bertenaga walaupun menyusu badan dan puasa. Aku pun terkesima. (boleh ke guna istilah terkesima?) Time tu puasa, menyusu badan lagi, memang aku perlukan bantuan untuk badan aku.

Apa lagi terus capai ESP bancuh minum. (Time sahur la). Yep, seperti dikata. Kenyang lebih lama, badan tak mudah letih walau posa dan menyusu.
Paling terbaik lah time tu aku rasa, terus aku join ahli shaklee.

Testimoni aku sendiri kan, bukan sahaja ESP untuk tenaga sahaja tau, untuk kulit cantik gebu, pun adalah kesan minum ESP konsisten.

Aku ingat lagi, one of my member ofis kata, wajah aku makin berseri. Aku pun tersipu2. Ropenye minum ESP boleh mencantikkan kulit. Yang Best mak aku marah aku, kata aku makin putih, kata aku pucat. Rupanya bukan pucat, aku makin melepak. (maafkan aku ye menyatakan yang benar)

Best kan Best kan Best kan?

Adik2 akak2 nak kesan seperti apa i dapat lepas consume ESP?
Boleh lah wasap dengan klik link di bawah









Isnin, 2 Oktober 2017

Bulan Oktobe Bulan Hebat

Assalamualaikum.

Hari Isnin, hari yang positif dan ceria. Semua berdasarkan perspektif diri. Sudah bermula bulan Oktober. Bagi kami yang berkecimpung dalam Shaklee, Oktober memberikan kelainan dari bulan lain. Ada OFFER.

OFFER apa ya?
ESP - Energizing Soy Protein.
Sesiapa yang pernah minum protein soya ini, (kebiasaannya ibu-ibu menyusu) akan mencintai ESP ini.

Ibu-ibu, kalau menyusu badan, cepat lapar dan letih. ESP ini membantu ibu-ibu menahan kelaparan yang keterlaluan akibat menyusu badan, selain itu, badan lebih bertenaga.

Saya sendiri merasainya. Kisah ini pernah diceritakan dahulu. Takpelah saya ulang dalam versi pendek. Saya pernah membeli set menyusu Shaklee. Dan set ini datang dengan ESP. Tapi saya tak minum ESP. Saya makan sahaja vitamin-vitamin lain. Sehinggalah suatu hari saya terbaca status ofismate yang minum ESP semasa berpuasa dan pada masa yang sama menyusu badan. Status FB beliau lebih kurang bermaksud begini : Minum ESP berpuasa tak lapar sangat dan tak letih walaupun menyusu. (lebih kurang gitu lah bunyi nya.) . Apa lagi, saya terus capai ESP saya yang tak buka-buka lagi dan cuba.

Ya. Memang terbukti tak cepat lapar, dan tak letih walaupun menyusu di bulan puasa. Sejak itu, saya jatuh hati dengan Shaklee. Dan terus ingin menjadi ahlinya.

Alhamdulillah, saya masih setia dengan Shaklee, kerana saya yakin dengan produknya.

Jadi, bulan Oktober ini ada promo beli 4 ESP dan dapat diskaun 5%.

ESP bukan sahaja untuk ibu-ibu menyusu sahaja, ia sesuai untuk semua golongan.



Untuk pembelian boleh online boleh klik sini ->   ESP BUY 4 Get 5%

Rabu, 23 Ogos 2017

Hendak Maintain Tenaga Yang Stabil?

Assalamualaikum.

Pernah kah anda mengalami kelaparan yang amat sangat pada waktu tertentu? Misalnya sebelum tengah hari, ( waktu-waktu dekat-dekat nak haid atau semasa haid). Saya kebiasaan akan mengalaminya waktu-waktu sebegitu, terutama dekat-dekat tengah hari.

Ataupun anda jenis yang selalu terasa lapar sepanjang masa?

Saya pernah belajar pasal makanan ini. Pasal Glisemik Indeks atau GI.

Saya terangkan sedikit mengenai GI ini. Makanan ini ada ideks glisemik. Mengikut penerangan dari website www.glysemicindex.com -

The Glycemic Index (GI) is a relative ranking of carbohydrate in foods according to how they affect blood glucose levels. Carbohydrates with a low GIvalue (55 or less) are more slowly digested, absorbed and metabolised and cause a lower and slower rise in blood glucose and, therefore insulin levels.

Maksudnya, GI ini adalah penetapan tahap karbohidrat dalam makanan dan bagaimana ia mempengaruhi tahap gula dalam darah.   Karrbohidrat yang mengandungi indeks GI yang rendah ( 55 atau ke bawah ) adalah dihadam, diserap dan termetabolisma dengan kadar lebih perlahan, dan ini menyebabkan peningkatan gula dalam darah dalam kadar yang lebih perlahan dan juga tahap insulin.

Dalam terma orang biasa makanan yang GI dia rendah, badan akan serap secara perlahan dan stabil. Tapi untuk tahap GI yang tinggi ia akan cepat diserap dan cepat dihadam, maka anda akan cepat lapar balik, kerana makanan telah dihadamkan dengan cepat.

Untuk individu yang mempunyai penyakit kencing manis adalah lebih baik mengamalkan makanan dengan GI rendah, supaya hormon insulin dalam badan lebih stabil.

Shaklee ada satu produk yang saya sendiri ambil yang mempunyai GI rendah iaitu - ESP (Energizing Soy Protein).



Testimoni saya sendiri, kalau puasa ambil ESP, memang mengekalkan tenaga sepanjang hari. Satu lagi kalau diamalkan, kulit jadi lebih gebu.

Kalau anda orang yang jenis nak tak kena lapar yang melampau pada waktu tertentu dalam satu, saya cadangkan ambil produk ini untuk maintain tenaga dan tahan lapar.


Selasa, 20 September 2016

ESP- Energizing Soy Protein

Manfaat dan Kebaikan ESP :






1. Awet Muda
   Asid amino penting untuk membina otot, kuku,rambut, darah, organ, kulit, gland dan lain-lain.
   Pengambilan yang kerap dan konsisten adalah kunci kepada awet muda.

2. Bagus untuk Hormon
   Kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, yang fungsinya
   bersamaan dengan hormon wanita.
  Membantu merendahkan paras kolesterol.
  Membantu mencegah risiko osteoperosis dan sakit jantung.

3. Bagus untuk Prostat
    Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti berupaya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser.
    Membantu memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada Kanser.
Sangat bagus dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.

4. Kulit remaja
   Merangsang pembentukan semula kulit dan otot
  Mengurangkan kedutan
 Agen anti-penuaan
  Mengembalikan seri kulit dan kepejalan otot
 Membantu mempercepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.

5. Pembekal tenaga
   Membekalkan tenaga segera
   Meningkatkan sistem imun
  Bagus untuk kekal bertenaga
  Membantu mencegah migrain, isomnia dan tekanan

6. Membaiki pigmentasi
    Membaiki masalah rambut beruban dan rambut gugur
   Membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua

7. Membaiki memori
    Meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan.

Berminat mendapatkan ESP yang sangat bagus untuk kulit anda ini?


Harga : RM 150 per kanister
Postage : RM 10.60

Boleh SMS/Whatsapp ke 016 8749195 untuk order.


Sabtu, 11 Jun 2016

Resepi ESP - Untuk Eksperimen Sendiri

Assalamualaikum.

LBJ ingin salin nota ini ke blog untuk rujukan LBJ sendiri nak eksperimenkan ESP. Sumber tertera di bawah.




(sumber : http://ibu2ahmad.blogspot.my/2013/05/blog-post.html)
Di bawah nie, saya senaraikan resepi-resepi yang boleh anda semua cuba;

1) ESP + Air suam
2) ESP + Fresh Milk (sama ada susu kotak atau susu tepung)
3) ESP + Fresh Milk + kurma (rendam kurma dalam susu selama beberapa jam, kisar kurma bersama susu dan tambah 1 sudu ESP)
4) ESP + susu Anmum
5) ESP + Performance Drink Shaklee + MealShake Shaklee
6) ESP + Nesvita 3in1
7) ESP + jus Twister Tropicana
8) ESP + Ribena
9) ESP + jus buah (tembikai, epal, lobak putih, peria, pegaga dan lain-lain)
10) ESP + Milo/Horlicks
11) ESP + sirap bandung
12) ESP + fresh milk + 1 sudu madu + 1 sudu oat + 1 sudu serbuk koko (kisar)
13) ESP + koko + oat
14) ESP + Milo/serbuk coklat Cadbury + susu HL
15) ESP + kurma + oat + susu tepung + madu + air masak (kisar)
16) ESP + kurma + kismis + badam + fresh milk (kisar)
17) ESP + MealShake Shaklee + Milo (sejuk lagi sedap)
18) ESP + Mestle Bliss (sejuk-sejuk dari peti ais)
19) ESP + kurma + Nestum (bukan 3in1) + MealShakes + susu tepung (kisar kemudian letak ketul ais, sedap dan kenyang)
20) ESP + kurma + badam + avocado + air (kisar sekali)

Khamis, 9 Jun 2016

Resepi Mudah ESP Shaklee - khas untuk Bulan Ramadhan

(Sumber : Shaklee Today)

Berkhasiat, tenaga segera dan sedap.




Bahan2 :
3 Sudu Besar ESP
1 cawan susu rendah lemak
1 cawan ais
5 biji kurma (dibuang biji)

Cara2: 
Masukkan semua bahan ke dalam blender.
Kisar sehingga halus (smooth)

*Nota kalori:
Nilai kalori 358 Kcal
Karbohidrat 40.1g
Protein 28.g
Lemak 13.3 g

Sabtu, 21 Mei 2016

Ready For Ramadhan?

Assalamualaikum / Hi mommies... 

Bulan Ramadhan tak lama nak menjelma.

Apa persiapan mommies?
Espcially mommies yg menyusu badan, mommy ini sarankan bekalkan diri anda dengan ESP dan Performance Drink.
                                   


Pengalaman mommy ni, ESP sangat membantu dalam mengekalkan tenaga sepanjang hari di musim puasa. Dan walaupun menyusu atau mengepam, badan tak terasa lesu atau over lapar...
Cubalah.

Performance drink pula membantu hidrasi pantas badan di waktu berbuka utk ibu2 menyusu ni.

Berminat?
Whatsapp/sms 016 874 9195 utk order. smile emoticon

Selasa, 10 Mei 2016

Jurnal Kehamilan LBJ : 9

Assalamualaikum.

Dah nak habis dah batteri badan ni. Hari ini tak rehat tengah hari. Ada urusan luar.

Hmmm... hari ini sepatutnya ganti puasa. Tak jadi pula. Sebab lambat bangun.. huhuhu

Bercerita tentang ganti puasa berjangkit kepada tajuk bulan Ramadhan. Apa akak-akak, abang-abang dah sediakan apa yang patut untuk bulan Ramadhan?

LBJ doa dapat lah berpuasa penuh tahun ini. Jarang-jarang dapat peluang berpuasa penuh. Hihihi.

Menjelang bulan Ramadhan ini, LBJ ingin lah promote-promote kat akak-akak, dan adik-adik yang mempunyai anak-anak atau menyusukan anak dengan produk-produk Shaklee, khususnya SET RAMADHAN.

Paling-paling minimum pun LBJ sarankan ESP - Energizing Soy Protein. Kenapa? kerana LBJ sendiri mengalami kepenatan bila menyusukan anak di dalam bulan Ramadhan. ESP menjadi asbab kenapa LBJ terus menjadi penggemar produk-produk Shaklee.

SET RAMADHAN

Apa yang ada dalam Set Ramadhan ni?

Kita ada : Mighty 3 Gem + Lecithin



Pengenalan sikit tentang manfaat yang kita-kita boleh dapat dari Set Ramadhan ini:

1.  ESP – Energy Soy Protein 
Memberikan 14g Protein Soya yang tiada pengubahansuaian genetic (non-GMO), yang berkualiti tinggi, Indeks Glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan tenaga sepanjang hari.

2. Meal Shakes
Membekalkan 19 vitamin dan mineral perlu,  nutrient asas untuk kekal sihat dan kuat.
Merupakan sumber serat dan protein  yang terbaik, serta diperkayakan  dengan kalsium.

3. Performance – Pure hydration Drink
Memberikan tenaga segera dan berkekalan. Menyokong hidrasi pada tahap optima.
Gabungan  elektrolit  OPTI-LYTE proprietari  ditambahkan dengan campuran unik karbohidrat membekalkan penghidratan lebih cepat dari air dan membekalkan tenaga untuk kekal cergas.

4. Lecithin – Pengemulsi  Semulajadi Lemak
Mengekalkan berat badan yang sihat
Membantu penyerapan nutrien.

Berapa harga?
 RM 398.75

Macam mana nak beli?
 WhatsApp ke 016 8749195  untuk langkah selanjutnya  ATAU 
boleh KLIK sini -> SET RAMADHAN untuk pembelian ONLINE terus ke Shaklee



Isnin, 18 April 2016

Jurnal Hamil LBJ : 4

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Alhamdulillah dah pukul 6.28 petang, dan LBJ masih boleh bertahan lagi untuk teruskan puasa gantian. Apabila hati dah niat nak puasa in shaa Allah dipermudahkan.

Alhamdulillah, LBJ dah masuk 5 bulan dan on the way masuk  bulan ke-6, badan dah rasa bertenaga sikit.

LBJ nak kongsikan sedikit apa yang LBJ makan semasa sahur tadi. LBJ cuma bancuh ESP Shaklee campur milo segelas dan makan kurma 3 biji. Alhamdulillah boleh bertahan sampai sekarang.

ESP ini wajib semasa bulan Ramadan nanti dan juga bagi sesiapa yang ingin lebih tahan lapar semasa berpuasa.

Sepatutnya, pada hari Sabtu lepas LBJ menyiarkan tentang check-up bulanan dengan Doktor Noraini. Tetapi memang tak sempat, jadi LBJ update di entri kali ini sahaja.

16 April lepas LBJ pergi cehck up di klinik O&G doktor Noraini. Ultrasound menunjukkan semua dalam keadaan normal. Dan EDD di-re-EDD-kan, jadi due date 09.09.2016 pada scan mula-mula sekali adalah tepat. Jadi LBJ dijangka due awal bulan 9. Sempatlah beraya.

Pada saat ini juga LBJ juga nak buat 1 resolution, iaitu LBJ membuat keputusan untuk berjaya dalam bisnes Shaklee. LBJ tahu bukan senang tetapi, LBJ nekad nak jayakan juga, Kena belajar dan belajar.

Memang tak mudah, tapi LBJ rasa jika LBJ tak cuba sekali dengan sepenuh daya upaya, LBJ takkan tahu LBJ akan berjaya ke tak kan. Ini adalah jurnal tentang usaha menuju kejayaan, bukannya jurnal untuk mengalah.

(Kalau boleh dinyanyikan) Akan LBJ tempuh segala yang patut untuk berjaya. Tetapi semua kena ada tunjuk ajar dan pembelajaran. Orang tidak berjaya dalam sekelip mata.

Demi anak-anak dan masa depan, LBJ wajib berjaya dan berkorban masa untuk membina tangga-tangga menuju kejayaan. In shaa Allah.

Khamis, 3 Mac 2016

Botox dan Lelaki

Assalamualaikum.

Santai-santai petang sambil baca majalah. Nampak tak gambar yang saya upload ni?

Hmmm... lelaki zaman sekarang sudah mula mengamalkan penjagaan 'kecantikan' atau paras rupa.
Secara peribadi, LBJ lebih suka kepada rupa wajah yang semulajadi, rapi dan kemas. Berbanding mengejar olahan paras rupa melalui suntikan atau pembedahan.

Kepada jejaka-jejaka di luar sana yang ingin mengamalkan penjagaan kulit, LBJ sarankan banyakkan menjaga pemakanan, mengamalkan senaman, dan mengambil supplemen. + minum air banyak.

Cara lebih semulajadi adalah lebih baik daripada mengubah bentuk wajah.
Supplemen Shaklee menawarkan beberapa produk yang membantu mengekalkan kesihatan kulit wajah dan awet muda.

Antara yang disyorkan untuk wajah flawless dan awet muda ialah :

1. VIVIX
2. COLLAGEN POWDER
3. ESP
4. VITA-E
5. VITA-C
6. B COMPLEX

In shaa Allah dengan mengamalkan supplemen seperti di atas secara konsisten dan berpanjangan, anda sekalian akan merasakan perubahan pada kulit wajah, malah kesihatan keseluruhannya.


:
:
:

Tawaran MAC 2016 - Beli 7 tong ESP dengan harga 6 tong ESP  
                                       - Beli 2 tong ESP dapat 5% diskaun....... cepat-cepat grab ya... hanya 1 whatsapp away... :P


*******************************************

Ingin mendapatkan produk Shaklee? Ingin menjana pendapatan bersama Shaklee?
WhatsApp/SMS    ke --- 016 874 9195 Lenny

Kedai E-book dan produk-produk ilmiah lain di 

Khamis, 25 Februari 2016

ESP

Assalamualaikum.

ESP ----> RM 150 + Free Postage

Kebaikan:

1. Lebih bertenaga

2. Kulit Gebu dan cantik

3. Membantu penyusuan - milk booster

4. GI rendah - sesuai untuk yg mengawal pemakanan

Untuk pembelian whatsapp/sms ke 016 874 9195

Panduan pemakanan diberikan selepas pembelian. 



Khamis, 10 September 2015

ESP VS Meal Shakes Shaklee - Apa bezanya?

Assalamualaikum.

Hari ini ML akan bercerita tentang ESP dan Meal Shakes. Dua-dua produk ini memang ada di dalam rumah ML. ESP untuk ML sendiri, Meal Shakes untuk anak.

Berikut adalah sedikit penerangan umum tentang kedua-dua produk. 



Khamis, 3 September 2015

Cerita Promosi di Bulan September 2015

Assalamualaikum.

Agak penat bila menguruskan fail-fail kaunter. Pengalaman pertama bertugas kaunter.

"Di kaunter mana?" mesti tertanya-tanya. Tak boleh beritahu ya. Nanti ML kena serbu kang.

Alhamdulillah. Allah berikan kesempatan untuk bangun awal dan berblogging :). Jadi apa ML nak cerita hari ini?

Promosi Bulan September 2015 (1hb sehingga 30hb) 
         (1) Beli 7 kanister ESP dengan harga 6 kanister.



Promosi Bulan September 2015 (1hb sehingga 30hb) 
         (2) Beli 2 kanister dapat diskaun 5%



Apa kebaikan ESP ini? ML akan sambung di entri seterusnya. 



*******************************************

Ingin mendapatkan produk Shaklee? Ingin menjana pendapatan bersama Shaklee?
WhatsApp/SMS    ke --- 016 874 9195 Lenny

Kedai E-book dan produk-produk ilmiah lain di 

Isnin, 24 Ogos 2015

Misi Kulit Cantik dan Kurus

Assalamualaikum.
Oh oh.. Nak mulakan misi mencantikkan kulit ML. Selama tak pernah berjaga kan.. Niat di hati nak cantikkan kulit wajah ML.


ML memang tak suka tengok cermin, mungkin sebab kulit yang kurang cantik.

Jadi mulai hari ini, ML wajib hari-hari minum ESP dan juga makan vitamin-vitamin Shaklee yang lain. Yoshhhh (buat macam bunyi orang Jepun buat bila bersemangat).

Oops ada masalah, ML kuat pelupa. Jadi akan selalu lupa membancuh ESP...
Penyelesaiannya... makan Lecithin Shaklee.. membantu ingatan dan boleh kuruskan badan.
Ayoh... kita mulakan misi untuk cantik dan kurus. :) :) :)



*******************************************

Ingin mendapatkan produk Shaklee? Ingin menjana pendapatan bersama Shaklee?
WhatsApp/SMS    ke --- 016 874 9195 Lenny

Kedai E-book dan produk-produk ilmiah lain di 

My Checklist For My Life Goals or Progress Goals

 #hidupiniujian Ini adalah chceklist aku nak buat untuk aku catat progress dan goals aku: 1.  Aktiviti kempiskan Perut. 2. Habit catat perbe...