Memaparkan catatan dengan label E-book. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label E-book. Papar semua catatan

Rabu, 15 April 2015

Sneak Peak - E-book Yeay! Mama sudah Resign

Nota inspirasi 6- Umi Arbee Ali

Saya selesaikan seberapa banyak hutang. Lupakan kad kredit. Adakan simpanan, insuran dan pelaburan secukupnya. Segera cukupkan simpanan untuk haji rukun Islam kelima. Latih diri hentikan perbelanjaan mengarut dan tidak perlu. Belajar berjimat dan menyimpan setiap hari. Belajar memasak pelbagai menu.

Dari status pengedar, saya sasarkan bergelar stokis supaya pendapatan separuh masa menyaingi gaji hakiki saya. Saya membaca banyak buku berkaitan rezeki dan bina keyakinan serta kesedaran bahawasanya segala-galanya adalah milikNya. Saya dapatkan idea dan buka minda akan realiti WAHM. Melatih diri pengurusan masa dan rumahtangga.

Allah melapangkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (Allah) antara hamba-hamba-Nya (Allah), dan Dia (Allah) yang menyempitkan baginya. Sesungguhnya Allah terhadap segala sesuatu adalah al-‘Alim (Maha Mengetahui). Al-'Ankabut ayat 62

Telah empat bulan bergelar WAHM, saya masih mampu menghulur duit belanja kepada orang tua, membayar bil, menolong suami dan menggembirakan keluarga dengan percutian. Keluarga tetap utama. Bak kata orang tua, belajar setinggi mana tetap ke ceruk dapur juga. Tetap mengasuh anak jua. Namun, saya bahagia.



Berminat dapatkan E-book ini? Isi borang pertanyaan di sebelah Kanan Blog ini.

Rabu, 1 April 2015

E-Book Terbaru dari Masayu Ahmad : Yeay ! Mama sudah 'Resign'

Teks: Masayu Ahmad

Alhamdulillah, apa khabar kalian. Terima kasih buat pembaca blog yang selalu berkunjung dan tidak pernah jemu ke sini. Saya terkini dalam jadual penulisan untuk menuskrip seterusnya.

Untuk semua ebook dan buku kalian boleh ke sini ya www.akademibekerjadirumah.com/shop

Minggu ini cuti agak panjang dan anak-anak masih berada di rumah seperti biasa. Kunjungan anak-anak saudara masih bertamu ketika penghujung cuti.

Biasanya untuk cuti-cuti begini seperti selalu saya tidak akan bercuti di tempat yang sesak. Saya akan bercuti ketika kalian yang bekerja sudah kembali kepada rutin.

Bezanya sangat nyata kerana keadaan lebih tenang dan kosong tanpa ada kesesakan. Ini juga satu pilihan kan.

Mahu berhenti kerja.

Saya menerima banyak email yang mahu berhenti kerja. Ada juga terselit email yang mahu kembali bekerja.

Dua situasi di atas berbeza. Berbeza apa matlamat yang mahu kita capai.

1. Matlamat kebebasan kewangan.

Ada suri yang sudah capai matlamat kebebasan kewangan. Justeru mahu bekerja dengan lebih fleksibel dan tidak ada tekanan dari mana-mana pihak. Namun begitu dalam proses mencapai kebebasan kewangan masih ramai masih berusaha 'bertarung dan berjuang'.

2. Fleksibel

Ada yang mahu berhenti kerja dan mahu merai gaya hidup 'fleksibel'. Iaitu kita tahu dan sudah kuasai cara kerja tanpa 'majikan'. Kita pandai ubahsuai mengikut kesibukan masa.

Sekiranya dahulu ita sangat penat dengan kesesakan jalan raya, bos yang cerewet dan kemudian kita berhijrah kembali ke rumah. Kita sudah selesa dan pendapatan juga konsisten. Cuma akan tetap ada cabaran dalam bentuk lain seperti pengurusan masa dan imbangan mengurus anak-anak dan bisnes serentak. Sudah tentu model bisnes bekerja dari rumah seorang wanita tidak sama dengan suamai/lelaki.

3. Apa tujuan sebenar bekerja di rumah?

Apabila saya menerima email bahawa beliau sudah mampu mendapat pendapatan 4K sebulan seperti sebagaimana gaji dahulu. Maksudnya ia sudah ok sumber itu dapat dijana dengan baik. Tetapi apa pula cabaran atau masalah yang menyebabkan kita mahu kembali bekerja di luar rumah?

Senaraikan semula kelebihan dan kekuranga. Dari situ kita tahu apa fokus yang kita mahu.

Ketika berbincang dengan biras di dapur. Kerja di rumah sememangnya agak penat tetapi kita tidak ada terbeban dengan masalah yang dibawa menyebabkan kita 'tekanan'. Apabila penat kita boleh berehat dan apabila sudah cukup tenaga kita kembali ke trek untuk bekerja dengan baik.

Ia berbeza apabila kita bekerja di luar rumah, kadangkala kita membawa bersama masalah tidak suka, tidak selesa, masalah kerja dan kadangkala emosi itu terbawa-bawa ke rumah.

Emosi penat dan emosi tekanan adalah berbeza. Apabila penat kita rehat dan kita masih gembira berada di rumah bersama keluarga.

Baca lebih banyak perkongsian pengalaman dari 15 surirumah yang telah 'resign' dalam ebook ini ya.




 

Berminat mendapatkan E-book yang berinformasi untuk ibu-ibu yang ingin berhenti kerja dan bekerja dari rumah, hubungi saya ya:

Lenny Boniface 
di 
 016-8749195 (SMS/WhatsApp/Telegram)
lenny.boniface@gmail.com (E-mel)
https://www.facebook.com/lenny.Boniface

Rabu, 12 November 2014

Pesanan dari Pengetua ABDR : 10 Sebab Mahu Bisnes Online

10 sebab mahu bisnes online
Teks: Masayu Ahmad

1. Boleh mula bila-bila masa.
Sangat penting apabila kita mahu memulakan bisnes kita perlu tahu bilakah masa yang sesuai untuk bermula. Bisnes offline ataupun mempunyai kedai fizikal adalah lebih banyak perancangan yang perlu dibuat. Ini kerana ia melibatkan kos yang besar berdasarkan apa jenis model bisnes yang kita pilih. Bisnes online kita boleh bermula bila-bila masa yang kita suka, kerana ia adalah satu cara untuk kita belajar. Belajar dari asas sebelum kita boleh menguasai setiap fasa perkembangan bisnes. Selagi kita tidak bermula, selagi itulah kita tidak tahu bisnes online ini sesuai atau tidak.

2. Sesuai untuk surirumah.
Ada banyak beza surirumah dan suri yang bekerjaya. Ada surirumah yang tidak ada asas dan tidak tahu bagaimana untuk bermula. Ada juga suri yang bekerjaya yang tidak ada pengetahuan dan kemahiran dalam dunia online. Jadi kategori 'dua suri' ini perlu belajar dari asas. Iaitu asas bagaimana boleh memulakan bisnes online dengan modal minima. Belajar transaksi online, belajar berurusniaga dengan pembekal dan juga pelanggan. Sudah tentu bisnes online sesuai untuk suri yang tidak mahu keluar dari rumah. Tinggal sahaja lagi kemahiran ini perlu diasah dan belajar secara berperingkat.

3. Biasakan dengan menggunakan modal yang minima
Ada banyak kes yang saya terima sama ada melalui perkongsian mahupun email yang dikirim pembaca. Salah satunya ada suri yang sudah mengeluarkan modal sehingga berpuluh atau belas ribu untuk memulakan bisnes. Mengeluarkan produk tanpa tahu siapakan pelanggan yang ingin membeli produk tersebut. Inilah maksudnya 'terbakar tangan' atau 'modal' hangus apabila produk itu tidak bergerak dan ia menyebabkan 'modal' juga menjadi beku. Satu pengajaran di sini ialah, sekiranya kita belum ada pengalaman, boleh belajar dahulu dengan menggusahakan secara sambilan. Sekiranya kita bermula dengan program 'dropship' maka ia salah satu cara selamat untuk kita mengembangkan bisnes. Pertamanya kita tidak perlu menyimpan stok, yang ke dua kita mencari sekurangnya 500 pelanggan yang pertama. Apabila sudah mahir menguruskan pelanggan barulah kita belajar pula mengambil stok yang sudah sedia ada pelanggan. Itu lebih berbaloi dan rendah risiko.

(*Tips dari Pengetua ABDR sendiri)

****************TAMAT*******************






Rahsia Khidmat Pelanggan, Usahawan Online

(*Tajuk-tajuk dalam E-book ini) :

Bab 1: Urusniaga Online

Bab 2: Mengembirakan Pelanggan

Bab 3: Membina Keyakinan pelanggan

Bab 4: Menawan Hati Pelanggan

Bab 5: Menghargai Pelanggan

Bab 6: Kuasa Khidmat Pelanggan

Bab 7: Khidmat Pelanggan Profesional

Bab 8: Kuasa Suara Dan Gerak Hati

Bab 9: Tingatkan Bilangan Pelanggan Setia 

Bab 10: Tingkatkan Keuntungan Dengan Kuasa Pelanggan Gembira



Inginkan maklumat lanjut?Atau pembelian E-book?  Jangan segan-segan jangan malu-malu, hubungi saya melalui cara-cara yang anda selesa, SMS boleh, WhatsApp boleh, e-mail pun boleh :

Lenny Boniface 
di
lenny.boniface@gmail.com
016-8749195 (SMS/WhatsApp)
https://www.facebook.com/lenny.Boniface




Isnin, 10 November 2014

E-book Super WAHM Super Mom - Ulasan 1

Bismillah.

Assalamualaikum.
Alhamdulillah.

E-book Super WAHM, Super Mom, boleh dijadikan panduan untuk suri-suri yang bekerja mahupun tidak bekerja. Jom kita dahulu ulasan dari Anys Idayu (seorang Guru Online ABDR) tentang buku Ebook yang SUPER DUPER ni...





Ulasan Anys Idayu
(Sumber: http://anysidayu.blogspot.com/2013/06/ulasan-ebook-super-wahm-super-mom.html)

Alhamdulillah selesai sudah membaca ebook super wahm super mom untuk yang keberapa kalinya, tak berapa ingat sebab selalu diulang-ulang pembacaan. Saya sangat seronok membaca ebook ini kerana kandungannya sangat memberi kata semangat dan mencetuskan sumber inspirasi. Di sini saya ulas sedikit tentang ebook super wahm super mom ini.


Suka saya nyatakan seperti kata penulis Pn. Masayu Ahmad, ‘selagi mana wanita itu bergelar ibu, isteri rumahlah tempat terbaik untuk kita. Kembalikan kegemilangan wanita di zaman Rasulullah. Sesuai dengan fitrah dan tuntutan Al-Quran dan sunnah. Kembali ke tempat asal namun bukan sekadar duduk dalam tempurung’. Jadi bagi wanita yang bergelar suri rumah sepenuhnya janganlah kalian berasa rendah diri. Sebenarnya pengorbanan ibu di rumah sangatlah besar. Malah kalian bukan sahaja dapat melihat anak-anak membesar depan mata, makan pakaian keluarga juga dapat diuruskan dengan sempurna.

Ibu-ibu yang berada di rumah boleh mengambil peluang yang ada bukan sahaja duduk di rumah semata-mata menguruskan rumah tangga. Cuba terokai dan pelajari serta cari peluang-peluang yang ada untuk memulakan langkah menambah pendapatan. Sebagai contoh, jika suri yang ada kelapangan melayari internet, cuba terokai dan cari peluang yang boleh digunakan untuk menjana rezeki hanya melalui talian dan yang tidak memerlukan suri bergerak ke luar sepenuhnya. Dengan cara ini, insya Allah pengurusan rumahtangga masih berjalan seperti biasa dan suri juga sudah dapat melakukan satu aktiviti yang lebih berfaedah serta dapat membantu suami.


WAHM yang membawa maksud work at home mom (menguruskan dua perkara iaitu bekerja atau bisnes dan rumahtangga). Ini merupakan trend yang sangat popular kini. Sudah ramai wanita yang menjadi wahm dan melakukannya secara sepenuh masa atau sambilan. Walau bagaimanapun, masih ada persoalan daripada ramai yang masih keliru sama ada mahu terus bekerja atau berhenti untuk menguruskan bisnes yang sedang rancak naik. Sebenarnya semua jawapan bagi persoalan ini sudah terjawab dalam ebook ini. Bagi yang masih keliru untuk memilih, Insya Allah jika kalian membaca ebook ini pasti kalian lebih yakin untuk membuat keputusan.

Dalam ebook ini juga ada perkongsian daripada Puan M yang berkongsi delima, terpaksa berhenti bekerja kerana keadaan kesihatan yang sangat merosot dan keadaan kewangan yang tidak stabil. Tapi tiada pilihan lain. Cari peluang yang boleh membantu menjana pendapatan. Ia tidak mudah dan memang memberi cabaran besar kerana faktor kesihatan. Kembali pada Allah, diberikan satu ujian dan hikmah yang mungkin kita tidak ketahui. Punca rezeki juga dari Allah. Insya Allah tetapkan hati, rezeki di mana-mana. Cari dan gali semangat dan peluang baru. Situasi terkini Puan M, boleh diikuti dalam ebook ini.

‘’Sekarang baru perasan yang rupanya mak bekerja dari rumah dan bisnes sendiri sebab mahu pastikan anak-anak sentiasa depan mata dan selamat. Satu pekerjaan yang ramai ibu-ibu masa kini yang memegang ijazah, master dan PHD impikan. Bidang yang dulu saya benci tapi kini menjadi sumber pendapatan dan suatu yang suka saya buat dan saya sayang bisnes saya. Kini saya adalah imej pada mak saya satu ketika dulu’’ (Pn Fauziah Ahmad, www.mybabyberries.com)

''Tak kira apa pun pekerjaan kita, asalkan niat betul saya percaya kita dipermudahkan. Ramai yang membuat tanggapan saya tak perlu bersusah payah kerana berkahwin dengan suami yang bergelar doktor. Namun sebagai hamba Allah kita perlu menyumbang kemahiran yang ada untuk membantu orang lain''. (Pn. Norazizah Ruslan, Bisnes & Health Advisor)

Penulis ada menyentuh pelbagai aspek tentang cara bagaimana menguruskan stress supaya semua aktiviti dan tugasan dapat diuruskan dengan sempurna. Bagaimana mahu memotivasikan diri yang akan lemau apabila berdepan dengan situasi stress. Malah turut ada perkongsian dan pandangan serta pengalaman ibu-ibu dalam menguruskan masa dan cabaran membesarkan anak-anak. Dalam masa yang sama turut melakukan bisnes sebagai sumber rezeki.

Bergerak tidak bertangguh dalam menguruskan masa dan menyelesaikan matlamat yang perlu dicapai supaya pengurusan masa dapat diuruskan dengan success. Penting bagi kita yang memilih untuk menjadi WAHM, muhasabah dan lihat kembali apa sebenarnya matlamat yang kita mahukan. Jadikan ia sebagai matlamat utama.



Seperti kata penulis, sangat penting uruskan sibuk yang terurus. Cuba buat agihan tugas mengikut keutamaan. Salah satunya ubah kebiasaan. Rancang ruti kerja sehari, seminggu, sebulan dan setahun. Senarai kerja bukan hanya perlu untuk wanita yang bekerja di pejabat. Malah suri juga perlu ada senarai kerja yang mahu dilakukan keesokkan hari supaya hari tersebut dapat berlalu dengan melaksanakan aktiviti yang telah dirancang serta dapat menyudahkan semua dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Setiap orang memiliki putaran 24 jam yang sama. Maka perancangan yang jelas spesifik dan realistic perlu untuk membantu mencapai matlamat.

Ebook ini berkongsi banyak tentang cara dan tip mengurus rumahtangga serta keluarga. Tips urus tenaga yang super sibuk dengan tugasan harian serta anak-anak yang memerlukan perhatian setiap masa. Cara mengawal semangat yang teruk ketika melihat kerja rumah yang terlampau banyak, perlu ada motivasi supaya tidak mudah merundum. Jika ibu yang tidak pandai menguruskan masa dan aktiviti dengan terancang, maka itu yang akan menyebabkan mereka mudah stress, mudah marah dan akhirnya anak-anak yang akan menjadi mangsa.

Amalkan membaca Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar ketika mahu tidur. Hilang segala kepenatan dengan limpahan kasih sayang Allah. Antara zikir yang dikongsi oleh penulis seperti yang disarankan oleh Rasulullah kepada salah seorang isteri baginda yang mengadu penat menguruskan rumahtangga.

Tidak kita apa pun jawatan dan tugas yang kalian lakukan, selagi kalian bergelar wanita, isteri dan ibu kepada anak-anak, suami dan keluarga, ebook ini memang sangat sesuai dijadikan bahan bacaan motivasi supaya semangat tidak sentiasa merundum, tidak lemau dan cepat putus asa walau pelbagai cabaran yang hadir.

Saya sendiri membacanya berulang kali. Setiap kali baca pasti akan bersemangat. Fikir dan sentiasa letakkan diminda, semat kuat-kuat apa matlamat sebenarnya kita mahu dalam menguruskan keluarga dan mencari pendapatan. Jika rasa tidak bersemangat, bacalah ebook ini. Insya Allah jika kita baca dengan hati yang ikhlas kerana untuk mendapat semangat baru, pasti Allah buka pintu hati kita


Inginkan maklumat lanjut?Atau pembelian E-book?  Jangan segan-segan jangan malu-malu, hubungi saya melalui cara-cara yang anda selesa, SMS boleh, WhatsApp boleh, e-mail pun boleh :

Lenny Boniface 
di
lenny.boniface@gmail.com
016-8749195 (SMS/WhatsApp)
https://www.facebook.com/lenny.Boniface



Jumaat, 4 April 2014

TERKINI : Promosi & Pakej E-book yang Terhebat

(oleh: Lenny Boniface)

Salam.

Alhamdulillah.

Dup dap... dup dap... Jantung saya berdegup-degup saspen. Kenapa? Kerana sesuatu insiden yang tak dapat saya ceritakan. Anyway... Kita sudah masuk ke bulan April. Sungguh laju masa berlalu, sudah suku tahun pertama dah. Untuk bulan April mari kita lihat apa yang tersedia di Akedemi Bekerja di Rumah untuk keperluan pembaca-pembaca yang mencari ilmu untuk menambahkan pendapatan.

1.  PROMOSI PAKEJ MULA BISNES MAKANAN

Harga sebenar pakej ini ialah RM 130, tapi untuk bulan April yang ceria ini, kami menawarkan harga RM 100 SAHAJA!!   Terbaik!!!

 




2. PAKEJ DUO   >>  RM 50   >>  2 E-Book POWER!!

Dua e-book hebat yang memberikan panduan untuk anda mengusahakan perniagaan secara online. Harga yang kababoom!! Sangat-sangat murah berbanding ilmu yang diberikan... Jangan lepaskan peluang.. MASA TERHAD!!! Fuyoo!


 



Inginkan maklumat lanjut? Jangan segan-segan jangan malu-malu, hubungi saya melalui cara-cara yang anda selesa, SMS boleh, WhatsApp boleh, e-mail pun boleh :


Selasa, 18 Mac 2014

Inspirasi Super Wahm, Super Mom - Review Pembaca

Salam.

Saya berkongsikan review daripada salah seorang pemilik e-book Super WAHM Super Mom. Mari kita lihat bagaimana e-book ini membantu beliau.



Ulasan Puan Durra


Masih tertanya-tanya samada pilihan untuk bekerja dari rumah adalah langkah yang betul? Mungkin ada yang masih berbelah bagi, samada kerana tiada sokongan dari keluarga & rakan-rakan. Atau mungkin juga tiada kenalan yang boleh dijadikan panduan atau contoh.

Saya juga mengalami masalah yang lebih kurang sama pada awalnya. Alhamdulillah, kini sudah masuk tahun ke-5 saya bergelar Work At Home Mom. Pada ketika itu, kebanyakan bahan bacaan yang menjadi rujukan saya adalah terbitan dalam bahasa inggeris. Dan satu-satunya buku yang saya menceritakan 101 kisah-kisah inspirasi ibu-ibu yang bekerja dari rumah ialah, Chicken Soup for the Soul: Power Moms.

Tapi kini, atas usaha Puan Masayu Ahmad, buku Super Wahm, Super Mom telah diterbitkan pada Mac tahun 2013. Apa yang menarik tentang ebook ini ialah, selain tips untuk menguruskan rumah sambil menjalan perniagaan SOHO, ia turut memaparkan pengalaman 15 wanita yang bergelar WAHM


Kenapa saya dan rakan-rakan WAHM yang lain cukup positif serta suka untuk mengajak kaum ibu yang bekerjaya, mempertimbangkan pilihan bekerja dari rumah? Saya petik salah satu perenggan kesukaan saya.


"Selagi mana wanita itu bergelar isteri dan ibu, maka rumahlah tempat terbaik untuk kita kembali. Kembalikan kegemilangan wanita di zaman Rasulullah, dengan trend perkembangan internet memberangsangkan kita mampu lakukan sesuatu. Sesuai dengan fitrah dan tuntutan dalam Al-quran dan sunnah, kita kembali ke tempat asal namun bukan sekadar duduk dalam tempurung. Usaha kita, kerana mahu mengembalikan pesona didikan anak-anak bermula dari hasil air tangan ibu. Insya-Allah, saya percaya wanita-wanita yang berkongsi pengalaman di dalam ebook ini adalah wanita hebat yang sudah punya keputusan dan pilihan yang tepat. Dan saya juga amat yakin, kalian yang membaca ini juga akan mengambil langkah dan jalan yang sama. Semoga kita sama-sama meraih kejayaan dunia dan akhirat"
Masayu Ahmad 24.2.2013

Berikut ada bab-bab kandungan dalam buku tersebut.

Bab 1: Apa itu wahm, sahm, soho
Selain penerangan jelas tentang istilah & mitos WAHM, SAHM & SOHO, dalam bab pertama, penulis menyenaraikan pelbagai kelebihan, keistimewaan bekerja dari rumah dan kenapa ianya sesuatu perkara yang sangat menyeronokkan. Antaranya ialah :
"Boleh merasai ketenangan di kampung dan bercuti pada bila-bila masa. Betapa ramai orang yang sangat sukar mendapat cuti ketika anak sakit. Betapa ramai orang hanya tunggu hujung tahun semata-mata mahu bercuti, sedangkan kita boleh pilih dan ubah cara biasa itu. Lakukan perkara-perkara biasa dengan sentuhan luar biasa. Walau bercuti masih boleh membuat kerja atau rutin harian."

Bab 2: Mengambil keputusan bekerja dari rumah
Tiga wanita berkongsi pengalaman & pandangan melalui situasi yang berlainan berkenaan keputusan untuk bekerja dari rumah.
"Kita lihat beberapa pandangan berikut, iaitu Rubiah Ruslan sedang berfikir-fikir untuk meletak jawatan. Izam Suziani adalah bekas kakitangan kerajaan yang bekerja sebagai doktor, telah pun meletak jawatan. Manakalah Hanisah Noor mempunyai pengalaman tegar bekerja sendiri tanpa perlu meletak jawatan bermula dari kosong sehingga sukses mampu berdikari mengusahakan bisnes. Soroti tiga pandangan ini dan kalian berada dalam situasi yang mana."

Bab 3: Kisah Inspirasi Wahm, Soho
Ikuti kisah pengalaman 11 WAHM dari pelbagai latar belakang & pekerjaan. Antaranya,
Norazizah Ruslan (Business & health advisor)
Lyna Noh (Malaysian Mums Biz Network)
Faziatun Nisa (Chocville Online Choc Boutique)
Harlinda Halim (Malaysian Work-At-Home-Mom Community)

Bab 4: Cabaran bekerja dari rumah dan solusi
Bab 5: Tips sukses urus masa
Bab 6: Tips urus tenaga super mama
Bab 7: Tips urus rumah tangga
Bab 8: Tips motivasi surirumah terhebat

Seterusnya, dalam bab 4 - 8, penulis menceritakan dengan lebih dalam tentang cabaran-cabaran yang bakal dihadapi jika anda mengambil keputusan untuk bekerja dari rumah. Berada di rumah, menguruskan keluarga selama 24 jam, 7 hari seminggu, bukanlah perkara yang mudah. Apatah lagi jika kita turut mengendalikan perniagaan sendiri. Pengurusan masa, tekanan keluarga, masalah kewangan, kekurangan tenaga & stamina adalah antara yang perlu diberi perhatian. Apa yang saya suka, Masayu ada berkongsi pelbagai tips untuk menguruskan sebarang cabaran atau tekanan sepanjang menguruskan rumahtangga & perniagaan di rumah.

Dan apabila tiba masa kita kekurangan motivasi untuk meneruskan tugasan, boleh kita cuba beberapa cadangan dan panduan yang telah disenaraikan oleh penulis. InsyaAllah buku ini boleh menjadi teman terbaik kita.

Tulisan Masayu adalah santai dan sangat mudah difahami. Kandungannya tidak bersifat teknikal atau analitikal jadi para pembaca tidak akan merasa keliru dengan apa yang dibaca. Di penghujung buku, penulisnya turut berkongsi satu kisah teladan antara Rasulullah s.a.w dengan puteri baginda iaitu Fatimah r.a. yang menyentuh tentang kepentingan dan betapa besarnya nilai seorang wanita menguruskan rumahtangga di sisi Allah s.w.t.
Macam mana? Menarik kan... Ingin memiliki e-book yang SUPER POWER ni? Hubungi saya.
Kerana kita wanita zaman kini memerlukan sebuah panduan yang boleh membantu kita berjaya di bidang kerja dan juga rumahtangga yang harmoni dan bahagia.

Inginkan maklumat lanjut? Jangan segan-segan jangan malu-malu, hubungi saya melalui cara-cara yang anda selesa, SMS boleh, WhatsApp boleh, e-mail pun boleh :


Untuk pertanyaan, tempahan & pembelian, sila hubungi :
Lenny Boniface
di
lennbj608@gmail.com
016-8749195 (SMS/WhatsApp)
https://www.facebook.com/lenny.Boniface


Isnin, 17 Mac 2014

E-book 101 Idea Home-Based Bisnes --- Mengenali Pelanggan Anda

Salam.

Alhamdulillah.

Menarik! Menarik! Itu yang boleh saya katakana mengenai E-book 101 Idea Home-Based Bisnes. Ia memberikan pelbagai input dalam pelbagai aspek dalam perniagaan dari rumah. Hari ini saya ketengahkan aspek paling utama dalam perniagaan iaitu PELANGGAN. Mari kita telusuri sedikit petikan yang boleh didapati dari  E-book 101 Idea Home-Based Bisnes mengenai jenis-jenis pelanggan yang bakal kita hadapi.



Ok, baik bagi suri yang bekerja di rumah atau operasi bekerja di rumah. Terdapat beberapa pilihan produk dan servis.

1. Produk fizikal
2. Produk digital
3. Servis fizikal
4. Servis digital

Dalam konteks mengenali pelanggan, saya mahu menyentuh dalam bab ini mengenali pelanggan. Sebelum kita membuat perancangan menjual sesuai produk, sudah tentu kita perlu kenalpasti siapa sasaran pelanggan. Sama ada pelanggan tersebut perlu berjumpa secara fizikal atau secara maya sahaja.

Kebanyakan pemilik bisnes dari rumah, mempunyai kelebihan iaitu mengenali pelanggan melalui online tanpa batas. Sama ada ia secara langsung atau tidak langsung.

Bagaimana mengenali pelanggan secara tidak langsung. Contohnya komunikasi kita bersama pelanggan melalui kedai online, melalui blog dan juga melalui urusan jual beli.

Pelanggan baru
Pelanggan baru biasanya, pelanggan kali pertama urusniaga dengan kita. Sama ada kita akan terus bina hubungan dengan pelanggan tersebut atau sekali sahaj urusniaga.

Pelanggan di kalangan teman rapat atau saudara mara
Ini juga pelanggan. Mudah lagi melalui medan sosial seperti fb, sangat mudah untuk kita membina hubungan, mengekal hubungan seterusnya ada berlaku transaksi kewangan melalui produk dan servis yang kita tawarkan.

Pelanggan setia
Pelanggan ini kita jaga dan bina hubungan. Sama ada melalui hubungan komunikasi secara maya atau secara fizikal. Pun begitu, banyak kelebihan mempunyai pelanggan setia, kerana setiap kali ada produk atau promosi baru pelanggan ini setia membeli dan tidak pernah ketinggalan. Bina seberapa banyak pelanggan setia. Ia sangat penting untuk kelangsungan bisnes. Tambah dari masa ke semasa.

Pelanggan mudah diurus
Pelanggan sebegini tidak banyak kerenah, sekali tanya harga dan terus beli. Apabila ada masalah, diterangkan mudah faham dan mudah menerima respon dengan baik.

Pelanggan cerewet
Pelanggan sebegini dapat dikenalpasti seawal dia bertanyakan harga. Sama ada dia berwang atau sebaliknya. Minimakan dengan pelanggan sebegini, sekiranya lebih banyak emosi yang tidak berbaloi lupakan sahaja wangnya. Terus sedia dengan pelanggan yang mudah diurus dan mudah dalam urus niaga.

Pelanggan online
Nama pun bekerja dari rumah, sangat mudah untuk kita berinteraksi tanpa bertemu muka. Hanya perlu online, melalui gajet, hp, media sosial dan pelbagai cara. Banyak kelebihan melayan pelanggan online berbanding pelanggan bertemu secara fizikal.

Pelanggan fizikal
Ada sesetengah urusniaga memerlukan berjumap dengan pelanggan. Pun begitu terpulang kepada pemilik bisnes, sama ada perlu berjuma di sesuatu lokasi atau pejabat di rumah. Sekiranya perlu berjumpa di pejabat di rumah, pastikan perkara berkaitan keselamatan perlu diambil perhatian.



Menarik kan? Berminat untuk baca keseluruhan isi kandungan buku E-book? Dapatkan dari saya. Jangan segan-segan jangan malu-malu, hubungi saya melalui cara-cara yang anda selesa, SMS boleh, WhatsApp boleh, e-mail pun boleh :
Untuk pertanyaan, tempahan & pembelian, sila hubungi :
Lenny Boniface 
di
lennbj608@gmail.com
016-8749195 (SMS/WhatsApp)
https://www.facebook.com/lenny.Boniface




Rabu, 12 Mac 2014

Perkongsian Pengalaman -BHG 2 .....(Petikan dari E-book 101 Idea Home-Based Bisnes)

Salam,

Alhamdulillah.

Entri lepas, kita berkongsi pengalaman ibu berniaga, kali ini kita baca pula pengalaman lain ibu yang bekerja dari rumah, dan juga petikan ini diambil dari E-book 101 Idea Home-Based Bisnes



Apakah momentum dan strategi yang digunakan untuk kekal bekerja dari rumah.

Walaupun saya kini mengusahakan bisnes yang mempunyai outlet, saya kekal bekerja dari rumah sahaja dan insyaAllah akan kekal begitu. Untuk itu, saya memastikan bisnes ini mempunyai 3 perkara agar tidak bergantung kepada saya untuk berada di lokasi sentiasa:

  •  SOP (standard operation procedure)
  •  Pekerja yang mahir dan integrity tinggi
  •  komunikasi yang jelas dan baik antara semua pihak terlibat
Jangan takut untuk memberikan tanggungjawab dan kuasa kepada pekerja yang sepatutnya. Agar beban kerja anda berkurangan dan lebih banyak dapat dicapai dengan sinergi tenaga ramai orang berbanding hanya kita sahaja. Dengan adanya 3 perkara di atas, insyaAllah bisnes ini tidak bergantung kepada saya untuk beroperasi.Untuk saya pula, saya kini mempunyai masa bekerja yang jelas walaupun fleksibel. 
Saya peruntukkan kerja-kerja ‘berat’ yang memerlukan fokus, strategi dan pemikiran pada masa yang paling optimum untuk saya – selepas tengah malam. Siang hari saya memantau progress bisnes melalui komunikasi dengan staff dan pelanggan menerusi mobile application seperti fanpage, whatsapp, kakao talk etc sambil menguruskan rumah dan anak-anak. Malam, selepas anak tidur adalah masa untuk saya mengemas rumah dan berehat. Selalunya saya akan tidur sebentar dan bangun selepas beberapa jam untuk fokus kepada urusan bisnes pula. Setakat ini, pembahagian masa sebegini tidak membebankan saya dan dapat memberikan momentum harian yang sangat diperlukan. Namun, saya sangat fleksible dan bersedia untuk mengubah rutin ini mengikut keadaan dan permintaan keluarga dan bisnes. Inilah kecantikan bekerja dari rumah.
Perkongsian Puan M
Dalam E-book ini banyak lagi pengalaman-pengalaman ibu-ibu atau suri-suri yang bekerja dari/di rumah yang sangat menarik untuk dibaca. Perkongsian wanita-wanita ini memberikan inspirasi kepada kaum-kaum ibu, atau kaum wanita yang ingin bekerja dari rumah. Dapatkanlah E-book 101 Idea Home-Based Bisnes dari saya. Hubungi saya. Jangan segan-segan jangan malu-malu, hubungi saya melalui cara-cara yang anda selesa, SMS boleh, WhatsApp boleh, e-mail pun boleh :
Untuk pertanyaan, tempahan & pembelian, sila hubungi :
Lenny Boniface 
di
lennbj608@gmail.com
016-8749195 (SMS/WhatsApp)
https://www.facebook.com/lenny.Boniface

Ahad, 26 Januari 2014

101 Idea Home-Based Bisnes




Pengarang : Masayu Ahmad
Harga : RM50

Bab 1: 101 Idea Home-Based Bisnes
Bab 2: Mula Bisnes Tanpa Modal
Bab 3: Rancang, Sasar Matlamat
Bab 4: Strategi Pemasaran Online
Bab 5: Strategi Pemasaran Offline
Bab 6: Operasi Dari Rumah
Bab 7: Khidmat pelanggan Online
Bab 8: Produk Digital vs Produk Fizikal
Bab 9: Strategi Pemasaran Gaya Rasulullah
Bab 10: Rahsia Bisnes Siti Khadijah
Bab 11: Pengalaman Usahawan Sukses


REVIEW BUKU 101 Idea Home-Based Bisnes

oleh:  Nadra Amat

Assalamualaikum,

Selepas membaca ebook 101 idea home based bisnes, saya baru mengetahui sebenarnya banyak jenis bisnes yang boleh dijalankan. Ebook ini sangat sesuai kepada mereka terutamanya para wanita surirumah atau pun yang berkerjaya tetapi ada keinginan untuk membuka bisnes sendiri. Malah di dalam ebook ini turut diberi tip-tip berharga untuk memulakan bisnes. Melalui ebook ini rasanya penulis telah membantu ramai wanita untuk mendapat peluang untuk mencari pendapatan sendiri. Beruntunglah kepada mereka yang ada bakat, minat dan berani untuk membuka bisnes sendiri. Idea-idea yang dikongsikan di dalam ebook ini sangat dekat dengan kemahiran dan kehidupan wanita.

Jikalau anda seorang yang ada keinginan untuk memiliki bisnes sendiri, dapatkan ebook ini. Insyaallah, ebook ini dapat membantu memberi panduan kepada anda untuk memilih bisnes yang sesuai dengan kemahiran, bakat, minat dan kemampuan kewangan anda.


Untuk tempahan & pembelian, sila hubungi :
Lenny Boniface 
di
lennbj608@gmail.com
016-8749195 (SMS/WhatsApp)
 https://www.facebook.com/lenny.boniface

Please LIKE my FB FanPage : Lenny Cute Cute Shop


Sabtu, 25 Januari 2014

E-Book Panduan 44 Hari Pantang Tradisional dan Moden





Pengarang: Masayu Ahmad
Harga: RM30 




ISI KANDUNGAN BUKU:

1.Tujuan rawatan pantang
1.1Tempoh rawat dan rehat
           · Pemulihan kesihatan dalaman
           · Pemulihan luaran
           · Persediaan penjagaan bayi
           · Menurunkan berat badan
1.2. Fasa berpantang
          · Fasa sebelum bersalin
          · Fasa 44 hari
          · Fasa 44 hari hingga 100 hari
          · Fasa 100 hari dan seterusnya
          · Ubatan konvensional & tradisional
1.3 Pelan kecantikann & kesihatan
1.4 Senarai kelengkapan berpantang
1.5 Perancangan selepas pantang
        · Tip untuk ibu/wanita hamil
        · Tip untuk bapa
        · Panduan selesai proses bersalin

Bab 2: Persediaan Bersalin
2.1 Lokasi Bersalin
2.2 Kaedah Bersalin
2.3 Persediaan Menyambut Bayi
2.4 Persediaan Mental Dan Fizikal
2.5 Prosedur bersalin

Bab 3: Persediaan Berpantang
3.1 Tujuh persediaan asas
3.2 Bantuan Penjagaan
3.3 Kelengkapan Ibu
3.4 Kelengkapan Bayi
3.5 Penyusuan Eksklusif
3.6 Tip dalam pantang

Bab 4: Rawatan Berpantang
 4.1 Tradisional Dan Moden
4.2 Istilah Dalam Pantang
4.3 Masalah Dalam Pantang
4.4 Menu dalam pantang
4.5 Khasiat herba untuk wanita berpantang
4.6 Kekal cergas semasa berpantang

Bab 5: Rawatan Tradisional 
5.1 Jenis Rawatan
5.2 Petua Pantang
5.3 Pemulihan selepas bersalin
5.4 Amalan Rutin 44 Hari
5.5 Kekal sihat semasa berpantang

Bab 6 : Rawatan moden 
6.1 Jenis rawatan
6.2 Jenis rawatan moden
6.3 Gabungan moden dan tradisional

Bab 7: Rawatan kaedah Islam 
7.1 Sejarah perbidanan wanita Islam
7.2Tip dan amalan

Bab 8: Cabaran Langsing 
8.1 Menu Dalam Pantang
8.2 Senaman Yang Sesuai
8.3 Detoksifikasi

Bab 9: Diet Sihat Kekal Langsing 
9.1 Pemakanan Seimbang
9.2 Gaya Hidup Sihat
9.3 Senaman Sebagai disiplin
9.4 Diet dan senaman selepas pantang

Bab 10: Panduan Langsing & Sihat
10.1 Dilema wanita
10.2 Kekal cergas dan sihat
10.3 Panduan pemilihan kosmetik, ubatan dan pil kesihatan
10.4 Tip agar sentiasa bermotivasi untuk sihat, langsing

Bab 11: Motivasi Selepas Bersalin 
11.1 Menangani Tekanan ‘Pelbagai Tugas’
11.2 Tips & Motivasi Suri Rumah
11.3 Tip cergas dan sihat 24 jam



Contoh petikan bab

3.1 Tujuh persediaan asas

Persediaan berpantang
Tujuh perkara utama yang dikenal pasti perlu diambil perhatian wanita sebelum berada pada akhir kelahiran dan juga sebelum menempuh 44 hari berpantang. Persediaan fizikal, mental, peralatan bayi, hospital bersalin, kelengkapan berpantang, penjagaan berpantang dan informasi ibu hamil serta penjagaan bayi perlu disenaraikan dan mendapat maklumat secukupnya.


Fizikal
Ibu hamil akan mengalami proses akhir ketika kandungan menghampiri tarikh kelahiran. Sangat perlu untuk memastikan pengambilan pemakanan seimbang, berat badan tidak berlebihan dan juga tubuh kekal aktif bertenaga. Untuk memudahkan proses bersalin, anda harus banyak bergerak, berjalan, turun naik tangga pada fasa ke tiga kehamilan (usia kandungan 7, 8 dan 9 bulan).
Jangan beri alasan malas sekiranya mahukan proses bersalin yang lebih mudah. Selebihnya mudah atau tidak bergantung kepada rezeki. Namun ibu hamil masih boleh bersedia dengan menikmati hari-hari teakhir kelahiran dengan melakukan regangan, berjalan perlahan-lahan dan sebagainya.
Mental
Persediaan mental dengan membaca surah-surah pilihan seperti surah Mariam, Luqman, Yusof, agar diri sentiasa tenang dan menikmati hari-hari kandungan yang semakin membesar. Biarkan fikiran sentiasa relaks dan ketika kontraksi pertama berlaku, sematkan dalam diri bahawa masanya sudah tiba, perlu ditempuhi dengan tenang. Jangan terbawa-bawa kisah dan pengalaman yang kurang menyenangkan perasan. Setiap wanita hamil mengalami keadaan yang berbeza.


Peralatan bayi
Buat senarai peralatan bayi, untuk memudahkan anda tahu apa yang sudah ada dan apa yang belum. Simpan dan letak di satu sudut yang memudahkan anda untuk mengemas kini. Sediakan beg khas untuk barangan bayi yang akan dibawa bersama ketika berada di hospital untuk beberapa hari.
Pada bulan terakhir beg keperluan untuk ke hospital boleh diletakkan di bonet kereta, untuk memudahkan apabila sudah ada tanda-tanda awal akan bersalin. Juga kad pemeriksaan bulanan, serta keperluan lain yang berkaitan. Untuk menjimatkan bajet peralatan bayi boleh dirancang pembelian melalui musim jualan muran atau jualan harga murah iaitu pembelian terus di gudang peralatan bayi dan kanak-kanak. Ia lebih menjimatakan.


Kelengkapan berpantang
Kelengkapan berpantang, termasuklah barut, bengkung, tungku, ubatan atau jamu untuk memulihkan kesihatan dalaman dan luaran. Menyediakan bilik berpantang juga adalah memudahkan anda berehat di bilik khusus tanpa gangguan. Buat senarai terlebih dahulu sebelum membeli keperluan berpantang. Kadangkala untuk kelahiran ke dua, ke tiga dan seterusnya masih boleh menggunakan kelengkapan pantang semasa melahirkan anak pertama seperti batu sungai (untuk bertungku), set sauna (memanaskan badan) dan bengkung. Manakal set bersalin perlu dibeli yang baru mengikut citarasa ibu hamil.


Penjagaan semasa berpantang
Sama ada kelahiran sulung, anak ke dua atau ke tiga, ibu hamil perlu membuat persediaan siapa yang akan menjaga ketika berpantang kelak. Sekiranya berada di rumah mertua, boleh selidik lebih awal gaya penjagaan ibu mertua melalui adik beradik, ipar duai atau berbincang sendiri dengan ibu mertua. Begitu juga sekiranya dijaga suami atau adik beradik, anda boleh berbincang terlebih dahulu apa yang anda mahukan dan juga berdasarkan pengalaman mereka.
Langkah lain sekiranya sudah mempunyai beberapa orang anak, boleh sahaja menghantar anak-anak yang lain transit di pusat jagaan semasa tempoh bersalin. Juga boleh membayar upah pembantu sementara hanya selama dua bulan, iaitu selama tempoh berpantang.

Hospital bersalin
Sangat penting menyenaraikan maklumat awal berkenaan lokasi atau tempat bersalin. Senaraikan beberapa lokasi pilihan untuk memudahkan anda ketika berada situasi kecemasan ketika kontraksi atau tanda-tanda bersalin sudah ada.
Senarai hospital bersalin kini boleh dan mudah didapati melalui carian internet, juga melalui majalah keibubapaan atau majalah berkaitan bayi dan kanak-kanak yang banyak di pasaran.

Informasi wanita hamil dan penjagaan bayi
Maklumat dan info berkaitan kehamilan dan penjagaan bayi boleh didapati melalui buku-buku, artikel di majalah, laman web kehamilan, perkongsian pengalaman dan juga pertanyaan kepada pakar perbidanan. Gunakan masa yang ada untuk meningkatkan informasi anda berkaitan kehamilan dan penjagaan bayi, agar memudahkan diri membuat persediaan dengan lebih sempurna dan teratur.


3.2 Bantuan Penjagaan
Bagi pasangan yang baru kali pertama akan menimang cahaya mata, selalunya amat teruja untuk menanti hari bahagia tersebut. Jika masih mempunyai ibu atau mertua, kelahiran anak sulung biasanya,akan dibantu mereka semasa tempoh berpantang. Bukan sahaja mudah untuk memberi panduan berpantang, malah kaedah tradisional turut ditekankan bagi mertua atau ibu yang masih mengekalkan rawatan tradisional untuk berpantang.
Bagaimana pula untuk kelahiran kedua, ketiga dan seterusnya. Masih ada cara untuk anda menjalani tempoh pantang yang masih releven dengan menjalani tempoh pantang di rumah sendiri. Berikut beberapa alternatif yang boleh digunakan.


Menggunakan khidmat bidan
Masih ada bidan-bidan yang menyediakan rawatan kepada ibu bersalin. Maksudnya datang terus ke rumah menyediakan kelengkapan mandian rebusan, menyediakan makanan ibu bersalin, bertungku, berurut. Ada yang menyediakan sehingga 44 hari rawatan.

Hanya tempoh kritikal di bawah penjagaan ibu atau mertua
Tempoh penjagaan sehingga tempoh kritikal ibu yang mengalami jahitan yang banyak dan juga luka yang lambat sembuh dan pergerakan yang terbatas. Bagi mereka yang mengalami proses bersalin yang lebih mudah, hanya mendapat pemantauan dari ibu atau mertua selama 10 hari atau 2 minggu sahaja. Hari seterusnya boleh dibantu oleh suami sendiri atau pembantu rumah.
Suami bercuti untuk menjaga isteri berpantang
Jika tiada pilihan lain, suami boleh mengambil cuti tahunan selama dua minggu atau mengikut kebenaran majikan. Tidak salah berkongsi hari-hari penuh makna bersama isteri. Adalah lebih mudah suami menyediakan kelengkapan isteri, ini juga membuatkan ikatan rumahtangga lebih harmoni dan erat.

Contohnya anda merancang kehamilan awal tahun dan jangkaan bersalin hujung tahun. Ini memudahkan suami mengambil cuti pada hujung tahun sebagai cuti khusus untuk menjaga isteri semasa berpantang. Dua minggu pertama berpantang isteri memerlukan perhatian dan rawatan yang teliti.


Untuk tempahan & pembelian, sila hubungi :
Lenny Boniface 
di
lennbj608@gmail.com
016-8749195 (SMS/WhatsApp)
 https://www.facebook.com/lenny.boniface

Please LIKE my FB FanPage : Lenny Cute Cute Shop


Jazakallah

Khamis, 23 Januari 2014

44 Resepi Pantang Tradisional Melayu


Ebook 44 Resipi Sihat Berpantang
Harga pra tempahan RM30.


Pemakanan ialah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. Ini kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Mereka mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Apalagi semasa melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu.

Dapatkan EBOOK 44 RESIPI PANTANG yang lengkap dengan resipi berkhasiat untuk ibu-ibu dalam proses berpantang.


Nasi
1.      Nasi Herba
2.      Nasi Goreng Lada Hitam
3.      Nasi Ulaman Herba Ikan Bakar
4.      Bubur Nasi Ulam

Ikan
5.      Ikan Bilis Herba Istimewa
6.      Ikan Bilis Lada Hitam
7.      Ikan Gelama Panggang
8.      Ikan Kembung Bakar
9.      Ikan Parang Masak Pindang
10.  Ikan Selar Panggang
11.  Ikan Selar Rebus Halia
12.  Ikan siakap Kukus Halia
13.  Ikan Tenggiri Singgang
14.  Sup Ikan Haruan
15.  Ikan Tenggiri Kukus Istimewa
16.  Sup Ikan Merah

Daging
17.  Daging Lada Hitam
18.  Singgang Daging

Ayam
19.  Ayam Organik Bakar
20.  Ayam Organik Bakar Halia Muda
21.  Ayam Organik Lada Hitam
22.  Ayam Organik Masak Tomato
23.  Bergedel Tempe Istimewa
24.  Sup Bebola Tauhu
25.  Sup Bebola Tenggiri

Sayuran/Ulaman
26.  Kailan Bertauhu
27.   Kerabu Pegaga
28.  Pisang Kebatu Rebus
29.  Sawi Lada Hitam
30.  Sawi Rebus
31.  Tauhu Sayur Campur
32.  Sup Sayur Campur
33.  Sup Ayam Organik
34.  Tempe Goreng Istimewa
35.  Tumis Sawi Herba
36.  Halwa Halia

Minuman Herba/
37. Air Halia Muda
38. Air Kunyit
39. Air Rebusan Pegaga
40. Jus Halia Kurma
41. Rebusan Manjakani

Minuman Kesihatan/ Penambah Susu Ibu
42. Jus Lobak Merah
43. Jus Lobak Merah dan Saderi
44. Jus campuran lobak dan tembikai susu

Sarapan/Menu Petang
Tip makanan Sihat Ibu Berpantang
Info Herba/ Ulaman untuk Ibu Berpantang
Diari Menu Sihat 44 Hari Pantang
Apa Kata Pakar/ Perbidanan


Harga E-book: RM30
lenny.bonifacejubilee@gmail.com

SMS/WhatsApp 016-8749195 Lenny

PESONA DIDIK ANAK CARA SUNNAH - Ebook






Bab 1 Pendidikan Awal Kanak-kanak
1.1 Pengenalan: Apakah Pendidikan Awal Kanak-kanak?
1.2 Kepentingan Pendidikan Awal Kanak-kanak
1.3 Penglibatan Ibubapa dalam Pendidikan Pra Sekolah
1.4 Apakah Pendidikan Awal Kanak-kanak dalam Islam?
1.5 Siapakah Dr Abdullah Nasih Ulwan
1.6 Tadika atau Home School
1.7 Guru Yang Disayang Allah
1.8 Pendidikan Berkesan Kepada Anak-anak
1.9 Positive Parenting vs Strict Parenting
1.10 Kepentingan Bermain Dalam Pendidikan Awal Anak-anak

Bab 2 Keluarga Yang Diredhai
1.1 Perkahwinan Yang Baik
1.2 Didik Anak 100 tahun Sebelum Dilahirkan!
1.3 Didik Anak Dalam Kandungan
1.4 Anugerah Yang Tidak Ternilai
1.5 Pentingnya Ayah Dalam Keluarga
1.6 Ibu Yang Sukses
1.7 Didik Dengan Hikmah
1.8 Keluarga Pemangkin Anak Soleh
1.9 Rumah Sebagai Madrasah Pertama
1.10 Hukum dan Denda Dalam Islam

Bab 3 Rangsang Anak 0 – 3 tahun
1.1 Al-Quran Sebagai Perangsang
1.2 Cipta Suasana Yang Merangsang
1.3 Bina Hubungan Baik
1.4 Kebaikan Urutan Bayi
1.5 Kebaikan Susu Ibu
1.6 Sentuh dan Peluk
1.7 Berbuallah!
1.8 Bermain Dengan Anak
1.9 Membaca Untuk Anak
1.10 Jom Main Belon!

Bab 4 Rangsang Anak 4 – 6 tahun
1.1 Menggalakkan Akhlak Yang Baik
1.2 Kebaikan Bercerita
1.3 Permainan Manipulatif
1.4 Kepentingan Aktiviti Seni dan Kraf
1.5 Rangsang Kreativiti Anak
1.6 Jom Kita Mengira
1.7 Rangsang Awal Untuk Baca

Bab 5 Si Kecil Sudah Bersedia
1.1 Bila Mahu Mula?
1.2 Hebatnya Otak Bayi!
1.3 Merangsang Anak Bijak
1.4 Panduan Memilih Tadika
1.5 Panduan Pertama Kali ke Tadika
1.6 Membantu Anak yang Takut

Bab 6 Tip Mama Junior
1.1 Tip Cepat Membaca
1.2 Tip Ajar Anak Solat
1.3 Tip Cerai Botol Susu
1.4 Tip Menangani Mengamuk
1.5 Tip Anak Cepat Bercakap
1.6 Tip Anak Pandai Menulis
1.7 Tip Menerapkan Disiplin

Bismillah.

Petikan sebahagian ebook PESONA DIDIK ANAK CARA SUNNAH.

1.5 Apakah Pendidikan Awal Kanak-Kanak Dalam Islam

Apabila kita membicarakan soal pendidikan awal kanak-kanak, banyak pandangan dan pendapat datangnya daripada orang-orang barat seperti Maria Montessori. Pandangan mereka lebih popular sedangkan di dalam Islam, kita mempunyai tokoh yang lebih hebat dan pandangan mereka lebih selari dengan Islam. Di Antara tokoh Islam yang sering membicarakan soal pendidikan anak-anak adalah Nabi Muhammad s.a.w, Imam Syafie, Ibnu Khladun, Imam Al-Ghazali, Dr Abdullah Nasih Ulwan dan ramai lagi.

Pendidikan Awal kanak-kanak dalam Islam memasukkan elemen-eleman tauhid, aqidah dan akhlaq di setiap pengajarannya dalam mendidik anak-anak, berlainan dengan pemikiran barat yang hanya memikirkan secara logik akal.

Contoh yang baik bagi memasukkan elemen Islam di dalam pendidikan anak-anak, seperti kita menceritakan tentang sedapnya sebiji buah epal. Bagi barat, epal hanya dipandang sebagai sebiji epal. Bercerita tentang warna dan rasanya ataupun bagaimana menanamnya. Namun di dalam Islam, dengan sebiji epal, kita kaitankannya dengan bagaimana hebatnya Allah menciptakan epal yang manis. Kaitan matahari dan tumbesaran pokok epal dan bagaimana Allah menjadikan alam ini satu tempat yang sesuai untuk banyak kehidupan.


Harga RM30. PM untuk memilikinya. Ebook akan sampai ke tangan anda pada 1.1.2014.


Harga E-book: RM30
lenny.bonifacejubilee@gmail.com
SMS/WhatsApp 016-8749195 Lenny

Hidup ini Ujian

Ada ketika aku mempersoalkan takdir diri dan kehidupan. Aku mempersoalkan masa lepas. Kenapa begitu?  Kenapa begini?  kalau aku buat begitu,...