Pengarang: Masayu Ahmad
Harga: RM30
ISI KANDUNGAN BUKU:
1.Tujuan rawatan pantang
1.1Tempoh rawat dan rehat
· Pemulihan kesihatan dalaman
· Pemulihan luaran
· Persediaan penjagaan bayi
· Menurunkan berat badan
1.2. Fasa berpantang
· Fasa sebelum bersalin
· Fasa 44 hari
· Fasa 44 hari hingga 100 hari
· Fasa 100 hari dan seterusnya
· Ubatan konvensional & tradisional
1.3 Pelan kecantikann & kesihatan
1.4 Senarai kelengkapan berpantang
1.5 Perancangan selepas pantang
· Tip untuk ibu/wanita hamil
· Tip untuk bapa
· Panduan selesai proses bersalin
Bab 2: Persediaan Bersalin
2.1 Lokasi Bersalin
2.2 Kaedah Bersalin
2.3 Persediaan Menyambut Bayi
2.4 Persediaan Mental Dan Fizikal
2.5 Prosedur bersalin
Bab 3: Persediaan Berpantang
3.1 Tujuh persediaan asas
3.2 Bantuan Penjagaan
3.3 Kelengkapan Ibu
3.4 Kelengkapan Bayi
3.5 Penyusuan Eksklusif
3.6 Tip dalam pantang
Bab 4: Rawatan Berpantang
4.1 Tradisional Dan Moden
4.2 Istilah Dalam Pantang
4.3 Masalah Dalam Pantang
4.4 Menu dalam pantang
4.5 Khasiat herba untuk wanita berpantang
4.6 Kekal cergas semasa berpantang
Bab 5: Rawatan Tradisional
5.1 Jenis Rawatan
5.2 Petua Pantang
5.3 Pemulihan selepas bersalin
5.4 Amalan Rutin 44 Hari
5.5 Kekal sihat semasa berpantang
Bab 6 : Rawatan moden
6.1 Jenis rawatan
6.2 Jenis rawatan moden
6.3 Gabungan moden dan tradisional
Bab 7: Rawatan kaedah Islam
7.1 Sejarah perbidanan wanita Islam
7.2Tip dan amalan
Bab 8: Cabaran Langsing
8.1 Menu Dalam Pantang
8.2 Senaman Yang Sesuai
8.3 Detoksifikasi
Bab 9: Diet Sihat Kekal Langsing
9.1 Pemakanan Seimbang
9.2 Gaya Hidup Sihat
9.3 Senaman Sebagai disiplin
9.4 Diet dan senaman selepas pantang
Bab 10: Panduan Langsing & Sihat
10.1 Dilema wanita
10.2 Kekal cergas dan sihat
10.3 Panduan pemilihan kosmetik, ubatan dan pil kesihatan
10.4 Tip agar sentiasa bermotivasi untuk sihat, langsing
Bab 11: Motivasi Selepas Bersalin
11.1 Menangani Tekanan ‘Pelbagai Tugas’
11.2 Tips & Motivasi Suri Rumah
11.3 Tip cergas dan sihat 24 jam
Contoh petikan bab
3.1 Tujuh persediaan asas
Persediaan berpantang
Tujuh perkara utama yang dikenal pasti perlu diambil perhatian wanita sebelum berada pada akhir kelahiran dan juga sebelum menempuh 44 hari berpantang. Persediaan fizikal, mental, peralatan bayi, hospital bersalin, kelengkapan berpantang, penjagaan berpantang dan informasi ibu hamil serta penjagaan bayi perlu disenaraikan dan mendapat maklumat secukupnya.
Fizikal
Ibu hamil akan mengalami proses akhir ketika kandungan menghampiri tarikh kelahiran. Sangat perlu untuk memastikan pengambilan pemakanan seimbang, berat badan tidak berlebihan dan juga tubuh kekal aktif bertenaga. Untuk memudahkan proses bersalin, anda harus banyak bergerak, berjalan, turun naik tangga pada fasa ke tiga kehamilan (usia kandungan 7, 8 dan 9 bulan).
Jangan beri alasan malas sekiranya mahukan proses bersalin yang lebih mudah. Selebihnya mudah atau tidak bergantung kepada rezeki. Namun ibu hamil masih boleh bersedia dengan menikmati hari-hari teakhir kelahiran dengan melakukan regangan, berjalan perlahan-lahan dan sebagainya.
Mental
Persediaan mental dengan membaca surah-surah pilihan seperti surah Mariam, Luqman, Yusof, agar diri sentiasa tenang dan menikmati hari-hari kandungan yang semakin membesar. Biarkan fikiran sentiasa relaks dan ketika kontraksi pertama berlaku, sematkan dalam diri bahawa masanya sudah tiba, perlu ditempuhi dengan tenang. Jangan terbawa-bawa kisah dan pengalaman yang kurang menyenangkan perasan. Setiap wanita hamil mengalami keadaan yang berbeza.
Peralatan bayi
Buat senarai peralatan bayi, untuk memudahkan anda tahu apa yang sudah ada dan apa yang belum. Simpan dan letak di satu sudut yang memudahkan anda untuk mengemas kini. Sediakan beg khas untuk barangan bayi yang akan dibawa bersama ketika berada di hospital untuk beberapa hari.
Pada bulan terakhir beg keperluan untuk ke hospital boleh diletakkan di bonet kereta, untuk memudahkan apabila sudah ada tanda-tanda awal akan bersalin. Juga kad pemeriksaan bulanan, serta keperluan lain yang berkaitan. Untuk menjimatkan bajet peralatan bayi boleh dirancang pembelian melalui musim jualan muran atau jualan harga murah iaitu pembelian terus di gudang peralatan bayi dan kanak-kanak. Ia lebih menjimatakan.
Kelengkapan berpantang
Kelengkapan berpantang, termasuklah barut, bengkung, tungku, ubatan atau jamu untuk memulihkan kesihatan dalaman dan luaran. Menyediakan bilik berpantang juga adalah memudahkan anda berehat di bilik khusus tanpa gangguan. Buat senarai terlebih dahulu sebelum membeli keperluan berpantang. Kadangkala untuk kelahiran ke dua, ke tiga dan seterusnya masih boleh menggunakan kelengkapan pantang semasa melahirkan anak pertama seperti batu sungai (untuk bertungku), set sauna (memanaskan badan) dan bengkung. Manakal set bersalin perlu dibeli yang baru mengikut citarasa ibu hamil.
Penjagaan semasa berpantang
Sama ada kelahiran sulung, anak ke dua atau ke tiga, ibu hamil perlu membuat persediaan siapa yang akan menjaga ketika berpantang kelak. Sekiranya berada di rumah mertua, boleh selidik lebih awal gaya penjagaan ibu mertua melalui adik beradik, ipar duai atau berbincang sendiri dengan ibu mertua. Begitu juga sekiranya dijaga suami atau adik beradik, anda boleh berbincang terlebih dahulu apa yang anda mahukan dan juga berdasarkan pengalaman mereka.
Langkah lain sekiranya sudah mempunyai beberapa orang anak, boleh sahaja menghantar anak-anak yang lain transit di pusat jagaan semasa tempoh bersalin. Juga boleh membayar upah pembantu sementara hanya selama dua bulan, iaitu selama tempoh berpantang.
Hospital bersalin
Sangat penting menyenaraikan maklumat awal berkenaan lokasi atau tempat bersalin. Senaraikan beberapa lokasi pilihan untuk memudahkan anda ketika berada situasi kecemasan ketika kontraksi atau tanda-tanda bersalin sudah ada.
Senarai hospital bersalin kini boleh dan mudah didapati melalui carian internet, juga melalui majalah keibubapaan atau majalah berkaitan bayi dan kanak-kanak yang banyak di pasaran.
Informasi wanita hamil dan penjagaan bayi
Maklumat dan info berkaitan kehamilan dan penjagaan bayi boleh didapati melalui buku-buku, artikel di majalah, laman web kehamilan, perkongsian pengalaman dan juga pertanyaan kepada pakar perbidanan. Gunakan masa yang ada untuk meningkatkan informasi anda berkaitan kehamilan dan penjagaan bayi, agar memudahkan diri membuat persediaan dengan lebih sempurna dan teratur.
3.2 Bantuan Penjagaan
Bagi pasangan yang baru kali pertama akan menimang cahaya mata, selalunya amat teruja untuk menanti hari bahagia tersebut. Jika masih mempunyai ibu atau mertua, kelahiran anak sulung biasanya,akan dibantu mereka semasa tempoh berpantang. Bukan sahaja mudah untuk memberi panduan berpantang, malah kaedah tradisional turut ditekankan bagi mertua atau ibu yang masih mengekalkan rawatan tradisional untuk berpantang.
Bagaimana pula untuk kelahiran kedua, ketiga dan seterusnya. Masih ada cara untuk anda menjalani tempoh pantang yang masih releven dengan menjalani tempoh pantang di rumah sendiri. Berikut beberapa alternatif yang boleh digunakan.
Menggunakan khidmat bidan
Masih ada bidan-bidan yang menyediakan rawatan kepada ibu bersalin. Maksudnya datang terus ke rumah menyediakan kelengkapan mandian rebusan, menyediakan makanan ibu bersalin, bertungku, berurut. Ada yang menyediakan sehingga 44 hari rawatan.
Hanya tempoh kritikal di bawah penjagaan ibu atau mertua
Tempoh penjagaan sehingga tempoh kritikal ibu yang mengalami jahitan yang banyak dan juga luka yang lambat sembuh dan pergerakan yang terbatas. Bagi mereka yang mengalami proses bersalin yang lebih mudah, hanya mendapat pemantauan dari ibu atau mertua selama 10 hari atau 2 minggu sahaja. Hari seterusnya boleh dibantu oleh suami sendiri atau pembantu rumah.
Suami bercuti untuk menjaga isteri berpantang
Jika tiada pilihan lain, suami boleh mengambil cuti tahunan selama dua minggu atau mengikut kebenaran majikan. Tidak salah berkongsi hari-hari penuh makna bersama isteri. Adalah lebih mudah suami menyediakan kelengkapan isteri, ini juga membuatkan ikatan rumahtangga lebih harmoni dan erat.
Contohnya anda merancang kehamilan awal tahun dan jangkaan bersalin hujung tahun. Ini memudahkan suami mengambil cuti pada hujung tahun sebagai cuti khusus untuk menjaga isteri semasa berpantang. Dua minggu pertama berpantang isteri memerlukan perhatian dan rawatan yang teliti.
Untuk tempahan & pembelian, sila hubungi :
Lenny Boniface
di
lennbj608@gmail.com
016-8749195 (SMS/WhatsApp)
https://www.facebook.com/lenny.boniface
Please LIKE my FB FanPage : Lenny Cute Cute Shop
Jazakallah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan