Langkau ke kandungan utama

Masa dan WAHM

(oleh: Lenny Boniface)

Salam.

Alhamdulillah. Dipermudahkan urusan oleh Allah untuk saya menyiapkan beberapa iklan untuk barang jualan saya dan juga diberikan masa untuk menulis entri kali ini. Sebenarnya banyak yang ingin saya catatkan di sini tentang perjalanan saya dalam usaha menjadi WAHM ini. Baru beberapa hari saya berusaha untuk melibatkan diri saya dengan bisnes online secara serius, saya sudah mengalami bermacam-macam halangan kecil yang memang menyebabkan saya tidak fokus dengan matlamat utama saya. Maka dengan itu, saya berazam dengan sungguh-sungguh (di blog ini), saya akan tulis atau catatkan perkataan WAHM sekerap yang mungkin sehingga ia menjadi darah daging serta tulang belulang saya, supaya saya tidak akan lupa matlamat utama saya, iaitu WAHM.



Saya ingin kongsikan pengalaman yang beberapa hari ini bersama pembaca dan khususnya kepada golongan yang ingin menjadi WAHM juga. Pengurusan masa adalah paling utama sekali dalam apa jua matlamat dan usaha kita. Kerana kita tidak boleh lari dari masa. Dunia ini, Allah ciptakan 'bersama' masa. Masa adalah perkara paling penting dan harus diberikan perhatian oleh semua umat Islam dan umat manusia. Saya adalah individu yang sangat lalai dengan masa. Sehinggakan saya merasakan banyak perkara tidak penting dan tidak perlu dilakukan tepat pada masanya. DAN... itu adalah kesilapan dan kesalahan saya yang paling besar. Kerana apa? Kerana apabila saya melengah-lengah kerja saya, walaupun perkara itu sangat remeh dan kecil, akhirnya perkara itu akan menjadi beban kepada diri saya ini. Contoh paling mudah, baju yang perlu dibasuh. Tetapi saya selalu terbayang bahawa esok masih ada, esok-esok boleh basuh. Akhirnya, baju bertimbun dan selepas dibasuh ampaian tidak mencukupi, sebab baju terlalu banyak. Bukankah sudah menjadi masalah kepada diri saya. Maka, setiap insan yang sempurna harus pandai menguruskan masa dan berdisiplin. Dan saya kena berusaha ke arah itu, kerana dunia WAHM perlukan pengurusan masa dan dedikasi serta disiplin yang tinggi. 



Di sini, saya ingin mengingatkan diri saya dan juga pembaca, bahawa masa takkan berhenti dan menunggu kita. Jadi kita manfaatkan setiap detik hidup kita dengan benda yang bermanfaat, dan sekiranya peniaga (macam saya) masa itu adalah penting dalam perniagaan. Sekali terlalai, banyak perkara yang kita akan ketinggalan dan kerugian akan menjelma. Jadi, kita ingat-mengingatkan sesama kita. Alhamdulillah.

Sebelum mengundur diri, saya ingin memperkenalkan peluang kepada pembaca di luar sana untuk melakukan sesuatu yang luar biasa sambil mencari pendapatan sampingan. Terbuka kepada semua golongan yang ingin mencari kelainan dalam mencari pendapatan sampingan. Sila rujuk gambar di bawah dan hubungi saya untuk maklumat lanjut.



E-mail : lenny.bonifacejubilee@gmail.com
HP: 016-8749195
atau
Isi borang di ruangan sebelah kanan blog ini.

Jazakallah

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maklumat Umum : Waktu Operasi

Assalamualaikum. ML saja nak kongsikan maklumat waktu operasi ASNB cawangan Putrajaya. Sebab ML sendiri pun baru tahu waktu operasi pukul 8.15 pagi. Jadi apa salahnya ML berkongsi maklumat ini, agar kawan-kawan di luar sana yang ingin berurusan awal tahu. ******************************************* Ingin mendapatkan produk Shaklee? Ingin menjana pendapatan bersama Shaklee? WhatsApp/SMS    ke ---  016 874 9195   Lenny Kedai E-book dan produk-produk ilmiah lain di  http://lenny-e-bookshop.blogspot.com/ Jemput singgah di Kedai ML di Lelong http://www.lelong.com.my/merchant/lennbj.htm

𝗙𝗔𝗞𝗧𝗢𝗥 𝗞𝗘𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗜𝗠𝗣𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗘𝗠𝗔𝗦

  Berikut adalah beberapa faktor keuntungan simpanan emas untuk tuan puan fahami. 1. Nilai Kekal : Emas memang terkenal dengan nilai yang stabil. Walaupun di waktu ekonomi tidak menentu, nilai emas sentiasa kekal atau meningkat. 2. Pelindung Daripada Inflasi : Apabila harga barang naik, nilai emas biasanya juga turut meningkat. Simpanan emas tuan puan tidak terjejas oleh inflasi. 3. Kepelbagaian Pelaburan : Emas adalah cara yang baik untuk mempelbagaikan pelaburan tuan puan. Jika pasaran saham merudum, emas boleh membantu mengekalkan keseluruhan portfolio kewangan. 4. Permintaan Tinggi : Emas sentiasa ada permintaan tinggi, baik dalam industri perhiasan mahupun teknologi. Ini bermakna tuan puan boleh menjual emas pada  bila-bila masa jika perlukan wang. 5. Tiada Risiko Kebankrapan : Berbeza dengan simpanan di bank, emas tidak akan 'hilang' disebabkan masalah kewangan institusi. Emas adalah aset fizikal yang tuan puan boleh pegang. 6. Mudah Alih : Emas fizikal, seperti ba...

TERBARU ! e-Book : Bekerja & Berniaga: Panduan Untuk Suri

 Salam. Alhamdulillah. Alhamdulillah lahir lagi satu produk baru di ABDR, sebuah e-book 'based on true story' seorang suri yang bekerja dan berniaga. Ramai antara kita kaum suri bekerja pada masa yang sama melakukan perniagaan kecil-kecilan. Mari kita dapatkan e-book ini untuk membantu kita menguruskan kedua-duanya: kerja dan perniagaan.   + Sedikit 'insight' pada topic-topic yang terdapat dalam e-book  Bekerja & Berniaga: Panduan Untuk Suri ini :                                                                                    ...